Anda di halaman 1dari 68

KONFLIK ANTARABANGSA

PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918) Faktor politik Negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar spt Jerman dan Itali. - menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia Nasionalisme yang kuat - Kuasa-kuasa ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing

1)

2)

3)

Persaingan sengit berlaku dikalangan kuasa Eropah akibat Imperialisme Baru - kuasa Barat mula bersaing membentuk lingkungan pengaruh masing- masing untuk dapatkan bahan mentah dan pasaran. - persaingan antara kedua-dua pakatan mula mengancam kuaa dunia iaitu antara perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga

4)

Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand -pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya telah dibunuh oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. -Austria dengan sokongan Jerman telah mengisytiharkan perang ke atas Serbia 28 Julai 1914. -Tindakan Jerman telah menyerang Perancis melalui negara berkecuali iaitu Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain. -Britain campurtangan dengan meminta bantuan AS

Kesan Perang Dunia Pertama


1) 2)

3)

4)

Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah Termenterainya Perjanjian Versailles pada Jun 1919 yang mengubah peta Eropah dan membentuk negara baru Membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada 1919 untuk mengalakkan keamanan dan kerjasama bersama namun gagal. Negara-negara berperang mengalami inflasi dan hutang peperangan yang tinggi kerana perbelanjaan perang yang besar.

5) Berlakunya masalah inflasi dan pengangguran 6) Pasaran dunia mula diambil alih oleh AS dan Jepun. 7) Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya 8) Dari aspek sosial, berlaku kehilangan banyak nyawa.

PERANG DUNIA KEDUA (1939-1945)


Faktor-faktor: 1. Politik Rasa tidak puashati terhadap Perjanjian Versailles Beberapa negara kehilangan tanah jajahan dan terpaksa membayar pampasan yang tinggi Jerman diarahkan mengurangkan saiz angkatan tenteranya tetapi Adolf Hitler telah membina angkatan tentera yang besar.

Perang saudara tercetus di Rusia. Berjaya dikuasai oleh komunis dibawah pimpinan Lenin dan kemudian diganti oleh Stalin. Itali membentuk kuasa tentera yang kuat dibawah pimpinan Mussolini yang menjajah Habsyah & France Jepun muncul sebagai satu kuasa besar di Timur yang berasa bertanggungjawab membebaskan negara-negara Timur dari penjajahan Barat.

2. Faktor Ekonomi Pada tahun 1929, kemelesetan ekonomi berlaku di AS, Britain, Perancis dan Itali. Ini menyebabkan negara-negara tersebut terpaksa mengurangkan peruntukan ketenteraan mereka. Tetapi di Jerman, Hitler telah mengukuhkan ketenteraannya dan menjalankan dasar perluasa kuasa Keadaan yang sama berlaku di Jepun.

RENTETAN PERISTIWA Britain dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman setelah Jerman & USSR menyerang Poland. Jepun melancarkan serangan ke atas Pearl Harbour pada 7 Disember 1941dan menduduki Tanah Melayu dan Singapura pada Sept 1942. Muncul pakatan berasingan: i) Kuasa Bersekutu- Britain, Perancis, Rusia & AS ii)Kuasa Paksi - Jerman, Itali, Jepun Jerman telah dikalahkan pada Mei 1945 Kemaraan Jepun berjaya disekat dengan pengeboman ke atas Hiroshima (6 ogos 1945) dan Nagasaki (8 Ogos 1945)

Kesan Perang Dunia II menyebabkan Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur memperlihatkan keruntuhan imperialisme Barat dgn kemerdekaan tanah jajahan kuasa Eropah. Cth: AS memerdekakan Filipina, Britain memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu & Singapura. Dari aspek sosial, peperangan menyebabkan banyak nyawa terkorban Membawa kepada kesedaran pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia sehingga terbentuknya PBB pada Oktober 1945.

KEMUNCULAN BLOK DUNIA & PERANG DINGIN Blok dunia i) negara-negara sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli ii)kerjasama berdasarkan politik, ekonomi atau geografi Perang Dingin i) berlaku disebabkan ideologi dan fahaman politik berbeza ii)merujuk kepada persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis dengan blok komunis.

iii) tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua blok sebaliknya menggunakan propaganda ekonomi dan ketenteraan. # Kesan Perang Dingin ialah penubuhan NATO dan SEATO Negara-negara Dunia Ketiga i) tidak bersekongkol dengan mana- mana negara/ blok

ii) mengamalkan sikap berkecuali iii) menjadi rebutan kuasa besar.

Dasar berbaik-baik dengan semua negara Matlamat/kepentingan dasar luar: i) menjamin keselamatan rakyat dan negara ii) memelihara kepentingan nasional iii) mengekalkan kedaulatan negara iv) menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi v) mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa

vi) Menjadi warga global yang bertanggungjawab


dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.


Dua bentuk hubungan luar: hubungan bilateral i)


Hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Cth: hubungan Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Vietnam

ii)

hubungan multilateral
Merujuk hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, OIC dan NAM.

Faktor-faktor yang mempengaruhi Dasar Luar: Faktor Sejarah Hubungan luar telah terjalin dengan negara lain seperti China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu Hubungan luar berbentuk perdagangan Terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu. Malaysia menyertai Komanwel bersama negara bekas tanah jajahan Bitish yang lain seperti Australia dan NZ

Ancaman Komunis (PKM) yang menggugat keselamatan negara menyebabkan Malaysia mengamalkan pro Barat dan anti komunis. Bergantung kepada kuasa Barat kerana belum mempunyai keupayaan pertahanan Faktor Ekonomi Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas. Menjalin hubungan baik dengan negara lain dalam memajukan ekonominya.

Sejak zaman Biritish, Malaysia adalah pengeluar utama bijih timah dan getah. Terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara maju yang lain seperti Britain dan AS. Selepas merdeka, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing untuk meningkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan. Menjelang 1980an, Dasar Pandang ke Timur dilancarkan untuk menggalakkan pelaburan dari Timur seperti Jepun dan Korea.

menjalin hubungan baik dengan negara-negara membangun dan negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan dan pelaburan. Faktor politik mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya berdasarkan prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negera-negara lain seperti menyokong Palestin

Berpegang teguh pada Piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia. Tegas dalam pendirian menyokong semua resolusi PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia. Faktor Geografi Mempunyai kedudukan yang strategik di AT dan bersempadan dengan kebanyakan negara rantau ini. Perairan menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan dunia.

keselamatan serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap negara.

Faktor Demografi Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam kerana majoriti penduduknya beragama Islam. tidak mengadakan hubungan dengan Israel kerana dasar negara itu yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin

rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum diberi kebabasan untuk mengamalkan kebudayaan dan agama masing-masing. Menentang keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan sehingga undang-undang dasar aparteid dihapuskan. Faktor kepelbagaian kaum mempengaruhi pemggubalan dasar luar negara.

PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA


Dapat dibahagikan kepada 3 tahap iaitu: 1) Tahap Pertama (1957-1970) Semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman Pro Barat dan anti komunis Ancaman PKM menyebabkan Malaysia memerlukan bantuan pertahanan negara Komanwel seperti Australia dan New Zealand Menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu pada 1956.

British berjanji memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang manamana negara. Menjalankan juga dasar berbaik-baik dengan negara jiran selepas peristiwa Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Cuba memelihara hubungan dengan negara jiran melalui perjanjian seperti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.

Dari segi ekonomi, Malaysia bergantung kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonominya kerana: i) Malaysia merupakan negara anggota blok sterling ii) Mengharapkan permintaan Barat terutama Britain untuk pasaran bijih timah dan getah iii) Pelabur Britain masih menguasai peratus besar dalam ekonomi Malaysia terutama perladangan dan perindustrian. Untuk mengelak pergantungan ini, Malaysia mula mengamalkan pasaran terbuka.

Tahap Kedua (1972-1981) Semasa pemerintahan Tun Abdul Razak (19721976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981) dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali Ini kerana : i)kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA ii)kurangnya pengaruh British di Timur. iii)pergolakan di Vietnam melibatkan AS dan China.

Untuk mencapai matlamat dasar luar, Malaysia mengisytiharkan ZOPFAN bersama-sama negara ASEAN. Menjalin hubungan dengan negara-negara komunis seperti China, Jerman Timur dan Korea Utara. Malaysia menjalin persahabatan dengan Vietnam melalui hubungan diplomatik. Berjaya mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia dengan kerjasama negara jiran.

Tahap Ketiga (1881-2003) Semasa pentadbiran Tun Seri Dr. Mahathir Mengekalkan dasar tahap kedua tetepi menekankan kepentingan ekonomi berkaitan isu perdgn, pelaburan dan pembangunan di kalangan negara membangun. Untuk mencapai matlamat, Malaysia mengadakan hubungan erat dengan negara ASEAN sperti meyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea. Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model.

Bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan yang baik. Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain melalui lawatan PM ke negara seperti Afrika, Amerika Selatan dan Pasifik Selatan. Membawa bersama misi perdagangan.

KOMANWEL Dibentuk pada 1931dan dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan Britain yang baru merdeka Dianggotai oleh 54 buah negara maju dan membangun Sekreteriat Komanwel ditubuhkan pada 1965 yang beribu pejabat di London. Matlamat penubuhan ialah: i) membina semangat setia kawan di kalangan anggota ii) mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Faedah yang diperolehi oleh Malaysia: i) membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara untuk meyekat PKM ii) menjanjikan bantuan pertahanan semasa konfrontasi dengan Indonesia iii) bantuan teknikal dan biasiswa dalam pendidikan melalui Rancangan Colombo. Sumbangan/ Peranan Malaysia i) Menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM pada tahun 1989 dan mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. ii) lantang bersuara menentang dasar Aparteid iii) menganjurkan Sukan Komanwel pada 1998.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


Ditubuh secara rasmi pada 1945 selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan. Beribu pejabat di San Francisco tetapi berpindah ke New York pada 1946. Pada awalnya keahlian seramai 51 buah negara sahaja tetapi bertambah kepada 189 negara pada 2002. Malaysia menjadi ahli sejak 1957 Negara anggota aharus akur Piagam PBB. Menggariskan asas bubungan antarabangsa.

Terdapat 4 matlamat PBB: i) menjamin keamanan dan keselamatan dunia ii) menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota. iii) kerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsadan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. iv) menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

Peranan Malaysia dalam PBB: 1) Sejak 1960. Malaysia dipilih menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo (Zaire) 2) 1989, Malaysia dililih menwakili pasukan pengaman PBB ke Namibia 3) 1990an, menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea. 4) Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia. 5) Lantang bersuara di PBB menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan 6) Menyarankan Benua Antartika menjadi warizan dunia yang diletakkan bawah milik semua negara.

7) Mengambil pendirian teguh memerangi gejala penggunaan dadah 8) PM menjadi Yang DiPertua Persidangan antarabangsa di Vienna pada Jun 1987 9) Bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB seperti FAO, WHO, UNESCO 10) Pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada 1965, 1989 dan 1999. 11) Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agong PBB untuk menyelesaikan konflik di Myanmar. 12) Mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan mengadakan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Ditubuhkan pada September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin. Ahli-ahlinya terdiri dari negara mmebangun di Asia tenggara, Afrika dan Amerika Selatan. Terdiri dari 113 negara, 16 pemerhati dan 28 tetamu jemputan. Matlamat penubuhan: i) mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau blok komunis. Malaysia menganggotai NAM selepas 1970, selepas pertukaran dasar

Prinsip perjuangan adalah: i) mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara ii) menyelesaikan sebarabg pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman iii) menghormati hak asasi manusia Sumbangan Malaysia : 1) membuat usul dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi seperti isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu antartika

2) Mengemukakan cadangan bagi menghapuskan dasar aparteid di Afrika Selatan dalam Sidang Kemuncak ke Lapan di Harare. 3) 1989, diberi penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade. 4) Dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota 5) Menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM ke 13 pada 2003 - mendaftarkan 2 anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina - menekankan usaha menghidup kembali NAM - pernyataan bersama dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan AS terhadap

Dikenali juga sebagai Negara-negara Dunia Ketiga Mempunyai banyak persamaan dari segi: i) latar belakang ekonomi ii) pernah dijajah oleh kuasa Barat iii) masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. iv) tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti seperti kawalan harga bahan mentah dan kadar faedah pinjaman yang diberikan.

Matlamat kumpulan ini adalah : i) untuk mengatasi harga eksport bahanbahan mentah ii) meingkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangannegara anggota tanpa bergantung kepada negara maju. Malaysia memainkan peranan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan kerana ideanya datang dari Tun Dr. Mahathir. Strateginya dengan penubuhan G15 pada 1989 dengan sidang kemuncak pertama di Kuala Lumpur.

Antara projek yang dirancang: I) kerjasama dalam bidang sains dan teknologi ii) penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur iii) penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) iv) penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)


Ditubuhkan atas idea Tunku Abdul Rahman pada 1971 yang beribu pejabat di 1971. Semasa ditubuhkan mempunyai 57 buah negara dengan tiga negara pemerhati. Matlamat: 1) mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam 2) bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam 3) mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam

4) bersama-sama memastikan tempat- tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari. Peranan OIC Memberi bantuan kepada negara Islam yang mempunyai masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Negeria Menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.

 

Sumbangan Malaysia dalam OIC Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha OIC yang pertama Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan Perang Iran-Iraq Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka mendapat semula tanahair dari Israel. Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada 1974 dan 2003. Menganjurkan persidangan menentang pengganas dikalangan negara Islam pada 2002

Menawarkan biasiswa kepada pelajarpelajardari negara OIC untuk belajar di UIAM Mengeyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi lain. Faedah Mendapat pinjaman dari Bank Pembagunan Islam Memberi bantuan menubuhkan UIAM

MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) Bermula dengan ancaman komunis di Malaysia dan juga negara-negara jiran. Tunku Abdul Rahman mencadangkan ASA sebagai kerjasama dengan jiran membendung pengaruh PKM 31 Julai 1961, ASA ditubuhkan di Bangkok yang melibatkan Malaysia, Thailand dan Filipina.

Matlamat penubuhan: 1) menjalin kerjasama dikalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial 2) Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dikalangan negara anggota 3) mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negaranegara serantau Kurang berjaya kerana kurang kerjasama

Cantuman tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia Tujuan penubuhan: 1) meningkatkan perhubungan persahabatan 2) menyelesaikan pertelingkahan antara M-F dan M-I Malaysia mengambil langkah mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. MAPHILINDO ditubuhkan dan mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat S & S terhadap penubuhan Malaysia.

Majoriti rakyat bersetuju Indonesia dan Filipina kurang berpuashati dan terus menentang pembentukan Malaysia Persengketaan berterusan, MAPHILINDO tidak kagi berperanan.

Malaysia ingin terus berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negaranegara jiran Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 telah membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Matlamat: 1) mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara 2) membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan

ASEAN

3) meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian 4) memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan 5) mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa  Jumlah ASEAN telah bertambah kepada 10 negara anggota apabila semua negara Asia Tenggara menjadi ahli.  Papua New Guinea sebagai pemerhati.

Peranan dan Sumbangan Malaysia Dalam ASEAN


POLITIK

1) Mengisytiharkan ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) dalam Deklarasi Kuala Lumpur semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada November 1971. 2) Mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea dibawah Norodom Sihanouk di Kuala Lumpur pada 1982. 3) Memutuskan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear.

EKONOMI 1) Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian. Contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia) 2) Penmbentukan AFTA yang diumumkan pada Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada 1992. 3) Memperluas skop kerjasama ekonomi sebelah Timur yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan dengan penubuhan East Asian Economic Caucus (EAEC)

4) Meneruskan kerjasama tidak rasmi setelah ditentang oleh negara maju terutamanya AS melalui konsep ASEAN + 3 PENDIDIKAN 1) Penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan dalam kerjasama pendidikan. 2) Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

Kebudayaan/Sosial
1) Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN 2) Pertukaran rancangan televisyen dan radio 3) Mengadakan sukan SEA 4) Mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada 1992

CABARAN MASA DEPAN


Globalisasi Perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat Perubahan meliputi skop yang luas dihubungkan dengan kemajuan teknologi, khususnya teknologi maklumat dan komuniskasi Terdapat 2 pendapat berbeza tentang globalisasi

ICT Faktor pemangkin hubungan manusia antara sesebuah negara: 1) adanya peralatan teknologi baru seperti komputer dan internet 2) perkembangan teknologi telekomunikasi seperti telefon mudah alih 3) kos pengangkutan yang murah ICT merujuk kepada kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi dengan pantas, mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan

Langkah-langkah ke arah negara ICT 1) menyediakan prasarana bagi merebut peluang serta faedah yang dihasilkan. 2) mempromosikan penggunaan ICT 3) merancang pembinaan prasarana ICT seperti dalam Wawasan 2020 4) melancarkan projek MSC yang membawa kepada pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital

Koridor Raya Multimedia


Menyediakan belanjawan sebanyak RM5.2 bilion bagi projek berasaskan ICT dalam RMK8 RM 1 bilion diagihkan bagi program luar bandar untuk mengelakkan jurang perbezaan Diharapkan perkembangan dan penggunaan ICT akan melaksanakan k-ekonomi ke arah Malaysia dalam posisi yang lebih baik dlaam era globalisasi

K-ekonomi
Iaitu ekonomi berlandaskan pengetahuan yang merujuk pada keupayaan seseorang menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nulai baru yang membawa kemajuan Kepentingan k-ekonomi: 1) mampu bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan yang disediakan. 2) Teknologi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan merupakan penggerak utama dalam menjana keuntungan, peluang pekerjaan dan perkongsian pintar.

  

3) melahirkan sumber yang paling berharga iaitu modal intelek dan pekerja berpengetahuan Modal intelek dihasilkan melalui: i) kekayaan pengetahuan ii) semangat serta daya saing yang tinggi Tenaga kerja berpengetahuan amat diperlukan untuk membangunkan industri berasaskan pengetahuan Inovasi merupakan kunci utama yang menentukan kejayaan k-ekonomi dan boleh dicapai melalui R&D Peruntukan besar dalam usaha menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten.

K-masyarakat Merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan mmeperkaya diri dengan pengetahuan agar dapat terus bersaing. Selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat Prasana k-society dibangunkan terutama dalam pendidikan

Usaha-usaha dalam membangun dan menyusun semula pendidikan: 1) menubuhkan sekolah wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum untuk meningkatkan daya saing 2) menubuhkan sekolah bestari yang dilengkapi prasarana teknologi maklumat dalam usaha memupuk cinta IT 3) Kurikulum diubahsuai dan dibentuk semula untuk melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis dan berfikiran kritis dan analitis

Ini akan dapat melahirkan kumpulan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi. Matlamat k-masyarakat dan k-ekonomi adalah selari dengan wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik.

The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to delete the image and then insert it again.

Anda mungkin juga menyukai