Anda di halaman 1dari 5

E-PRAKTIS

BAB
MASYARAKAT AGRARIA
2
SOALAN STRUKTUR
1 Lengkapkan jadual di bawah dengan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16
dan 17 Masihi.

Ciri Huraian
Kegiatan ekonomi (a) Senaraikan tiga jenis kegiatan ekonomi agraria yang diamalkan
oleh masyarakat agraria di Belanda.
(i)
(ii)
(iii)

Kesuburan tanah (b) Senaraikan empat kaedah yang diamalkan oleh masyarakat agraria
di Belanda untuk memelihara kesuburan tanah.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Petempatan (c) Nyatakan dua buah lokasi petempatan masyarakat agraria di


Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 Masihi.
(i)
(ii)

Sistem pengairan (d) Senaraikan dua langkah yang diambil oleh masyarakat agraria di
Belanda untuk mengairi tanah pertanian pada abad ke-16 dan
ke-17 Masihi.
(i)
(ii)

Peningkatan (e) Senaraikan tiga kaedah atau teknologi pertanian yang diamalkan
teknologi masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 Masihi.
(i)
(ii)
(iii)

ACE AHEAD Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
SOALAN ESEI
1 Bincangkan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

ACE AHEAD Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
JAWAPAN CADANGAN
SOALAN STRUKTUR
SOALAN 1
(a) (i) Pertanian
(ii) Penternakan
(iii) Tanaman hortikultur
(b) (i) Memugar tanah pertanian
(ii) Menggunakan baja asli
(iii) Membuang rumput
(iv) Sistem tanaman giliran
(c) (i) Pinggir pantai
(ii) Kawasan tebus guna
(d) (i) Mendirikan kincir angin
(ii) Menambak tanah pertanian
(e) (i) Sistem penanaman giliran
(ii) Sistem batas/sistem penanaman deretan
(iii) Penemuan peralatan baharu seperti tenggala beroda/mesin menampi bijirin

SOALAN ESEI
SOALAN 1
Pendahuluan
• Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, sistem ekonomi feudal diamalkan secara meluas di
China.
• Sebahagian besar daripada penduduk di China terlibat dalam kegiatan bercucuk tanam
secara kecil-kecilan.
• Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyebabkan sebilangan kecil masyarakat
terlibat dalam penanaman tanaman komersial.
• Perkembangan pesat dalam bidang pertanian menyebabkan muncul masyarakat agraria di
China pada abad ke-16 dan 17 Masihi.
• Masyarakat agraria di China mempunyai ciri-ciri yang dapat dikesan dalam bidang
ekonomi, petempatan, dan kemajuan dalam teknologi pertanian.
Isi-isi Penting
(a) Kegiatan ekonomi
• Sebahagian besar daripada penduduk di China terlibat dalam aktiviti bercucuk
tanam.
• Antara tanaman makanan yang ditanam oleh masyarakat agraria ialah padi, gandum,
millet, kaoliang, barli dan oat.
• Perkembangan pesat penanaman tanaman makanan di China adalah seperti berikut:

ACE AHEAD Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 3
Tanaman Perkembangan
Padi • Padi ditanam di lembah Sungai Kuning dan Sungai Yangtze.
• Padi ditanam di bahagian selatan China.

Gandum • Gandum merupakan tanaman makanan utama di utara China.


• Kawasan penanaman gandum ialah wilayah Shantung, Kansu,
Shensi, utara Anhui dan Hupeh.
Millet Tanaman ini ditanam di wilayah Kansu, Shensi dan Shansi.

• Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di
China.
• Perkembangan ini menyebabkan sistem penanaman komersial mula diperkenalkan.
• Antara tanaman komersial yang diusahakan adalah tembakau, kapas, mulberi, dan
tebu.
(b) Petempatan
• Masyarakat agraria dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan
lembah sungai.
• Kawasan lembah sungai yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di China ialah
lembah Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze.
• Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk
menjalankan aktiviti pertanian.
• Masyarakat agraria mendirikan petempatan di kawasan tanah pamah yang terletak di
bahagian selatan China.
• Kawasan ini menjadi tumpuan masyarakat agraria kerana tanah subur dan terdapat
sistem saliran dan pengairan.
(c) Sistem pengairan
• Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan.
• Petani mempunyai kemahiran dalam membina terusan bagi mengawal aliran air
sungai.
• Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelakkan banjir.
• Mereka juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi
penanaman padi.
• Empangan dibina untuk membekalkan bekalan air bagi mengairi kawasan pertanian.
(d) Kesuburan tanah
• Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah
pertanian.
• Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah
pertanian.
• Sistem penanaman bergilir telah diamalkan di China sejak zaman dinasti Han.
• Petani menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.
(e) Peningkatan teknologi
• Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian.
• Pelbagai jenis peralatan baharu telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.

ACE AHEAD Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1


4 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk
memanjang di permukaan tanah.
• Selain itu mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan
kolar kuda.
• Di samping teknologi pertanian, masyarakat agraria di China memperkenalkan
kaedah baharu dalam pertanian seperti sistem tanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan
pengkhususan dalam pertanian.
Kesimpulan
• Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, masyarakat agraria memainkan peranan penting
dalam bidang ekonomi.
• Masyarakat agraria di China mencapai kemajuan pesat dalam kaedah dan teknologi
pertanian.
• Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran
hasil pertanian
• Dalam pada itu, pengenalan tanaman komersial menyebabkan kedudukan ekonomi
menjadi stabil dan mantap.
• Kemajuan dalam bidang ekonomi meletakkan asas bagi kebangkitan China sebagai
negara yang kuat di Asia.

ACE AHEAD Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 5

Anda mungkin juga menyukai