Anda di halaman 1dari 10

Latihan intensif karangan Bahasa Melayu Berikut merupakan beberapa perenggan

lengkap daripada tajuk karangan yang berbeza. Lengkapkan perenggan tersebut


dengan mengisi penanda wacana atau kata/frasa permulaan ayat yang sesuai.

Punca Kesesakan Lalu Lintas

1. ......................................... yang menyebabkan masalah kesesakan di bandar-


bandar kita terus menjadi-jadi sejak kebelakangan ini adalah kerana pertambahan
bilangan kenderaan yang amat pesat. Kedudukan ekonomi negara kita yang mantap
dan suasana politik kita yang stabil menyebabkan Malaysia kaya dengan peluang
pekerjaan. 2. .................................... meningkatkan pendapatan dan taraf hidup
rakyat kita. 3. ..................................... lebih ramai rakyat Malaysia hari ini mampu
memiliki kenderaan peribadi dan tidak lagi terlalu bergantung kepada sistem
pengangkutan awam. 4. ........................................... sistem jalan raya yang ada di
bandar-bandar kita tidak berkembang selaras dengan peningkatan bilangan
kenderaan. 5. ......................................... jalan-jalan tersebut tidak dapat menampung
pertambahan kenderaan yang amat mendadak ini. 6. ......................... pergerakan
kenderaan di bandar-bandar menjadi kurang lancar dan berakhir dengan kesesakan
yang serius.

Punca Keruntuhan Akhlak Remaja

1. ....................................... menyebabkan masalah keruntuhan akhlak dalam


kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini adalah kerana ibu
bapa kurang menitikberatkan didikan agama. 2. ................................... ibu bapa
moden hari ini amat sibuk dengan urusan kerja dan mengabaikan aspek kerohanian
dalam kehidupan mereka. 3. ............................................ kebanyakan ibu bapa juga
terlalu ghairah memastikan kecemerlangan akademik anak-anak dan menganggap
didikan agama tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap masa hadapan
anak-anak. 4. ......................................... terdapat sesetengah ibu bapa sendiri yang
kurang arif tentang suruhan serta pantang larang agama mereka dan tidak mampu
mendidik anak-anak dalam soal tersebut. 5. ................................................., anak-
anak yang berasal daripada keluarga sedemikian akan membesar tanpa sebarang
nilai murni. Mereka juga tidak akan mempunyai sebarang prinsip atau pegangan
hidup yang kukuh serta tidak mampu membezakan antara intan dan kaca. 6.
............................................ golongan ini mudah terjebak dalam pelbagai gejala
sosial. 7. ............................................... masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
remaja di negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun

Kesan Penglibatan Pelajar dalam Kumpulan Haram

1. ............................................. terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang


melibatkan diri dengan kegiatan kumpulan haram ialah mereka akan hilang peluang
untuk memperoleh pendidikan yang sempurna. 2. .................................... mereka
akan terlalu sibuk dan asyik dengan urusan kumpulan mereka sehingga hilang
tumpuan tehadap pelajaran. Pelajar-pelajar ini juga akan sentiasa ponteng sekolah.
3. ...................................... mereka tidak dapat mengikuti pelajaran yang
disampaikan oleh para guru. Mereka juga tidak akan berminat terhadap pengajaran
guru dan tidak mampu menyiapkan pelbagai tugasan yang diamanahkan oleh guru.
4.............................. sesetengah pelajar ini akan gagal dalam segala ujian atau
peperiksaan yang dijalankan. 5. ............................................ dalam kalangan mereka
yang akan meninggalkan dunia persekolahan tanpa menamatkan pengajian. 6.
..........................................., pelajar-pelajar ini akan meninggalkan bangku sekolah
tanpa sebarang kelulusan atau kemahiran yang amat diperlukan dalam dunia
pekerjaan hari ini. 7. ........................................ mereka akan menghadapi masalah
besar untuk mendapatkan pekerjaan dan hidup melarat Kesan.
Jawapan:

1. Salah satu faktor/ Antara faktor


2. Hal ini seterusnya
3. Oleh itu / Hasilnya / Maka
4. Malangnya / Namun begitu / Walau bagaimanapun
5. Akibatnya / Kesudahannya / Pendek kata
6. Akibatnya / Kesudahannya / Pendek kata

.jawapan
1. Salah satu faktor yang
2. Kebanyakan
3. Selain itu / Tambahan pula / Lagipun / Di samping itu
4. Selain itu / Tambahan pula / Lagipun / Di samping itu
5. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Kesudahannya
6. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Kesudahannya
7. Itulah sebabnya / Akibatnya / Maka tidaklah menghairankan sekiranya

jawapan
1. Salah satu kesan yang
2. Hal ini disebabkan/ Perkara ini disebabkan
3. Selain itu / Seterusnya / Di samping itu
4. Akibatnya 5. Ada juga 6. Biasanya / Kesudahannya / Lazimnya / Akhirnya
7. Sebagai akibatnya / Kesudahannya
Latihan

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak.

Lengkapkan tempat kosong dalam karangan di bawah.

Amalan ____________(1) merupakan satu amalan yang mulia. Membaca


amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat
harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu
berusaha untuk _______________(2) keluarga berilmu dengan menyemai minat
membaca dalam kalangan anak-anak.

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat
membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke
________________(3). Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta
dan sayang akan buku. Sebagai contoh, _______________(4)boleh membawa
anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa
cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas,
anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup.

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan _________(5) di rumah.


Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat ____________(6)buku dan majalah.
Malahan, boleh dijadikan tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan
mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat
menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan
surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan___________(7).
Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik
anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah..

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan__________(8) teladan


yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh
teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai
contoh, sikap gemar____________(9) surat khabar, majalah, buku dan sebagainya
patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi ________(10) lapang. Lama-
kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu
‘___________ (11)acuan, begitulah kuihnya’. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa
perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.

Tambahan pula, ibu bapa boleh __________(12)anak-anak ke pameran


buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
mengunjungi kedai buku ketika _________(13) ke pusat beli-belah. Dengan
mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat
ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat _____________(14)cara memilih
bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti.
Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak
ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan
________(15) suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya.

Seterusnya, ibu bapa juga boleh_______________(16) buku kepada anak-


anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila
anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan
berasa ____________(17) kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka.
Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan
buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan
ini sepatutnya _____________(18)sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak.
Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk


memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca
___________ (19) ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi
pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang.
Soalan : Pusat sumber sekolah anda kurang dikunjungi oleh pra pelajar
walaupun mempunyai pelbagai pelbagai kemudahan.Tulis sepucuk surat
kepada guru pusat sumber sekolahanda untuk mengemukakan cadangan-
cadangan bagi mengatasai masalah itu.

No.60,Jalan 14/1,
Taman Segar,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
___________________________________________________________________
Guru Pusat Sumber,
Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 30 JANUARI 2016

Tuan,
Cadangan-Cadangan Bagi Mengatasi Kelemahan Pengurusan Di Pusat Sumber
Sekolah

Saya merupakan pelajar Tingkatan Tiga Arif di sekolah ini. Belakangan ini saya
perhatikan bahawa bilangan pelajar yang mengunjungi Pusat Sumber semakin
berkurangan walaupun mempunyai pelbagai kemudahan._____________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________.

2. Persekitaran pusat sumber yang suram dan tidak ceria menyebabkan para
pelajar tidak berminat mengunjungi pusat sumber. Saya mencadangkan agar
diadakan projek “Taman Dalam Pusat Sumber”._____________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________.

3. Pustakawan pula hendaklah diberi kursus tentang cara-cara mengendalikan


pusat sumber dengan lancar. Pustakawan sekolah mendapati kurang cekap
mengurus proses peminjaman dan pemulangan buku. Buku-buku juga diletak tidak
mengikut label pada rak. Amat diharapkan agar kursus tersebut dapat
menmantapkan sistem pengurusan di pusat sumber.

4. _____________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Hasil kutipan yang diperoleh itu dapat digunakan untuk rujukan keceriaan pusat
sumber atau menambah bilangan buku rujukan untuk para pelajar.

5. Semoga cadangan-cadangan yang saya kemukakan ini dapat


dipertimbangkan sewajarnya agar bilangan pelajar yang mengunjungi pusat sumber
akan meningkat.

_______________________.

Yang benar,

Ramona Aini Rahim


(RAMONA AINI RAHIM)
USAHA-USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

PERANAN PIHAK SEKOLAH


- Melalui aktiviti kokurikulum
- Contohnya penubuhan kelab permainan tradisional
- Menganjurkan pertandingan tradisional
- dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan
- dapat menarik minat pelajar

PERANAN MEDIA MASSA


- menghebahkan permainan tradisional melalui surat khabar, televisyen, majalah, radio dan
internet.
- Menganjurkan pertandingan melalui program jom heboh atau mytv3.
- Contohnya layang-layang tercantik, teng-teng, congkak dan sebagainya

PERANAN INDIVIDU
- Setiap individu mestilah mempelajari permainan tradisional
- Setiap individu juga mestilah mengambil bahagian didalam pertandingan
- Contohnya pihak sekolah mengadakan pertandingan congkak, dam , batu seremban, gasing,
layang-layang dan sebagainya.

PERANAN PIHAK KERAJAAN


- Mengadakan pesta permainan tradisional
- Contohnya Festival Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor.
- Setiap negeri mestilah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut

PERANAN MASYARAKAT
- memberikan sokongan dengan menubuhkan kelab permainan tradisional di tempat tinggal.
- Menganjurkan pertandingan di peringkat kampung atau kawasan perumahan
- Contohnya permainan gasing dan layang-layang

PERANAN IBU BAPA


- ibu bapa memperkenalkan permainan tradisional sejak kecil lagi
- ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-masa anak-anak untuk bermain permainan ini.
- Contohnya bermain congkak pada masa lapang

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM


KALANGAN ANAK-ANAK.
Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat
penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus
menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha
untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam
kalangan anak-anak. (38)

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat
membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke
perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang
akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini,
anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan
gemar membaca buku seumur hidup. (64)

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah.


Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan,
boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah
mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-
anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar.
Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu
bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak
mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70)

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik
untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang
baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap
gemar membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan
oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi
ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ‘bagaimana acuan, begitulah
kuihnya’. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk
dicontohi anak-anak.(69)

Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku.


Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi
kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat
tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu,
mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai.
Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan.
Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku
sebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan
ahli keluarganya. (73)

Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak.


Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-
anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan
berasa gembira kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah
berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku
berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini
sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian
dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. (73)

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk


memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca jambatan
ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal
pemimpin pada masa akan datang. (33 )

Anda mungkin juga menyukai