Anda di halaman 1dari 22

BAHASA MELAYU 1

Pemahaman

NAMA: TAHUN 3:

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Apabila cuti sekolah, Abu dan ayahnya sering ke sungai untuk memancing. Abu dan
ayahnya sama-sama minat memancing. Abu pandai memancing. Dia belajar daripada
ayahnya. Cara memasang umpan, membaling pancing dan merasai pancing semuanya
dia tahu.

Sambil memancing, Abu dan ayahnya berbual-bual tentang hobi mereka. Asyik
berbual-bual, pancing Abu mula ditarik ikan. Batang pancingnya meliut kuat. Abu terus
memegang pancingnya dengan kuat. Bapanya segera membantu Abu menarik
pancingnya secara perlahan, kalau tidak ikan akan terlepas.

Nasib Abu memang bertuah, dia mendapat seekor ikan lampam yang besar setelah
dibantu oleh ayahnya. Dia semakin bersemangat. Dibalingnya sekali lagi pancing ke
tengah sungai, tetapi kali ini tali pancingnya tersangkut di dahan pokok. Ayahnya
menyuruh Abu menarik perlahan tetapi Abu tidak sabar, disentaknya tali tersebut dan
terpelanting balik ke dahinya.

Sifat gopohnya menyebabkan dahi Abu telah bengkak terkena ketulan timah yang
tersangkut di hujung pancing. Mulai hari itu, Abu berjanji kepada ayahnya untuk berhati-
hati dengan keadaan tersebut.
1 Apakah hobi Abu?

A Melancong
B Berlari di pantai
C Suka memancing ikan
D Suka berehat di pantai
2 Daripada siapakah Abu mempelajari selok-belok memancing?

A Dengan bapanya
B Melalui kawannya
C Melalui pengalamannya
D Kawannya yang
membantu

3 Mengapakah Abu tidak tergesa-gesa menarik pancingnya apabila dimakan ikan?

A Bimbang pancingnya patah


B Bimbang ikan akan terlepas
C Bimbang bahaya mata pancing
D Bimbang umpannya akan putus

4 Maksud disentaknya ialah

A tarik perlahan.
B lepas secara perlahan.
C ditariknya dengan kuat.
D dirampas dengan cepat.

5 Apakah pengajaran daripada peristiwa yang telah menimpa Abu?

A Taat itu baik


B Sabar itu iman
C Takut dapat memberi kejayaan
D Gopoh boleh memberi bencana

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Satu pameran dan jualan hasil pertanian telah diadakan di Stadium Sultan
Muhammad IV. Pameran tersebut diadakan selama seminggu. Saya telah membuat
tinjauan di pameran ini.

Pameran ini disertai oleh petani-petani dari seluruh Kelantan. Menurut seorang
pegawai pertanian, Encik Ahmad Ramlee, pameran ini diadakan untuk membantu
petani menjual tanaman mereka terus kepada pembeli.

Seorang peserta pameran ini, Pak Harun menyatakan rasa gembira kerana dapat
menjual hasil kebunnya seperti pisang, nangka, keledek dan sayur-sayuran dengan
cepat dan mudah. Hasil jualannya memuaskan kerana ramai orang yang datang ke
pameran itu.

Pameran ini dikunjungi oleh penduduk dari seluruh Kelantan dan para pelancong
juga. Mereka berpuas hati dengan harga barang-barang di pameran itu.
6 Apakah yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV?

A Pameran dan jualan barangan kraftangan


B Pameran dan jualan hasil pertanian
C Pameran dan jualan hasil lukisan
D Pameran dan jualan kain batik

7 Siapakah yang menyertai pameran ini?

A Para petani dari seluruh negeri Kelantan


B Para pelancong dari seluruh Kelantan
C Para peneroka dari seluruh Kelantan
D Para penoreh dari seluruh Kelantan

8 Mengapakah Pak Harun gembira?


A Dapat menyertai pameran ini
B Dapat membeli hasil pertanian di pameran ini
C Dapat melihat pameran dan jualan hasil pertanian
D Dapat menjual hasil kebunnya dengan cepat dan
mudah

9 Bagaimanakah keadaan sayur-sayuran di pameran itu?

A Segar dan mahal harganya


B Segar dan murah harganya
C Segar dan sederhana harganya
D Tidak segar dan murah harganya

10 Siapakah yang pergi ke pameran ini?

A Para petani sahaja


B Para nelayan sahaja
C Para penoreh getah sahaja
D Penduduk dari seluruh Kelantan dan para pelancong

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada masa dahulu, tidak jauh dari istana Maharaja, terdapat sepasang burung
helang membuat sarang di atas sebatang pokok. Pada suatu hari, mereka mendapati
salah seekor anak mereka di dalam sarang telah hilang ketika mereka keluar mencari
makanan. Kejadian itu amat mendukacitakan helang tersebut. Mereka hendak tahu
siapa yang mencuri anak mereka itu.

Pada keesokannya, mereka berpura-pura terbang keluar mencari makanan. Mereka


hinggap di atas sebatang pokok tidak jauh dari sarang mereka itu untuk melihat apa
yang berlaku. Tidak lama kemudian, mereka ternampak seekor musang keluar dari
lubang di dalam batang pokok di bawah sarang mereka itu. Musang itu memanjat naik
lalu makan anak burung helang di dalam sarang itu.

"Oh, rupanya musang bedebah itu yang makan anak kita," kata helang jantan.

"Kita tak berdaya nak membunuh musang bedebah itu. Lagi pun, kita tak dapat
masuk ke dalam lubangnya. Kita perlu mencari jalan lain untuk membunuhnya."

Pada suatu hari, helang betina ternampak seorang puteri sedang mandi bersama-
sama beberapa orang dayang di sebuah kolam. Puteri menanggalkan kalung saktinya,
lalu mandi dengan gembiranya di dalam kolam itu. Helang betina terbang turun lalu
memagut kalung itu dan dibawanya terbang ke atas sebatang pokok di tepi kolam itu.

"Kalungku diterbangkan seekor helang!" teriak puteri itu dengan cemas. "Dayang!
Cepat panggil pengawal. Suruh mereka tangkap helang yang melarikan kalungku itu,"

Inang pun segera memanggil beberapa pengawal. Helang betina itu sengaja
terbang rendah dan perlahan-lahan supaya dapat dilihat dan diikut oleh pengawal.
Setelah sampai di bawah pokok sarang mereka, helang sengaja memasukkan kalung
puteri yang dicuri itu ke dalam lubang tempat musang itu tinggal.

Seorang pengawal pun cuba mengeluarkan kalung dari lubang itu. Tetapi didapati di
dalamnya ada seekor musang. Apa lagi! Pengawal itu pun segera membunuh musang
itu dengan pedangnya. Selepas itu kalung di dalam lubang itu pun diambilnya. Dengan
demikian, dapatlah helang tinggal dengan aman di sarang itu tanpa gangguan dan
ancaman lagi.
11 Burung helang membuat sarang di mana?
A di dalam rumah
B di atas tanah
C di atas pokok
D di atas batu

12 Di manakah musang itu membuat sarang?

A di dalam lubang bawah pokok


B di tepi lubang bawah pokok
C di bawah pokok tepi batu
D di atas pokok tepi lubang

13 Siapakah yang mencuri kalung tuan puteri?

A Helang jantan C Anak helang


B Helang betina D Musang

14 Mengapakah helang sengaja terbang rendah?

A Supaya pengawal menangkapnya


B Supaya pengawal membunuhnya
C Supaya pengawal memukulnya
D Supaya pengawal melihatnya

15 Mengapakah pengawal itu membunuh musang?

A Disangkanya musang itu kecil


B Disangkanya musang itu besar
C Disangkanya musang itu berbahaya
D Disangkanya musang itu pencuri

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Arnia dan Azam dalam perjalanan pulang dari sekolah. Ketika mereka sampai di
persimpangan jalan, mereka terdengar suara kucing yang mengiau-ngiau dari arah
semak di tepi jalan.
Tanpa membuang masa, mereka bergegas ke arah suara itu. Seekor anak kucing
sedang mengiau-ngiau kesakitan. Mereka menghampiri kucing tersebut. Kakinya luka
dan berdarah. "Kemungkinan kucing ini telah dilanggar oleh kereta", kata Arnia.

Azam mengelap luka di kaki kucing itu dengan sapu tangan. Akhirnya, mereka
bercadang untuk membawa pulang kucing itu. Dalam perjalanan pulang, kucing itu tidak
berhenti mengiau-ngiau.

Tiba di rumah, Arnia terus memberi kucing itu minum susu. Kemudian, beliau
merawat kaki kucing itu. Arnia memberi kucing itu nama Tompok. Setelah sembuh,
kucing itu menjadi lebih sihat. Setiap petang Arnia dan Azam membawa kucing itu untuk
bersiar-siar. Kadang-kadang mereka bermain dengan Tompok. Tompok mempunyai
ekor yang panjang dan bulu yang lembut. Warnanya pula bertompok-tompok. Arnia dan
Azam sangat sayang kepada kucing itu.

16 Mengapakah Arnia dan Azam berhenti di persimpangan jalan?

A Kerana lupa jalan pulang


B Kerana ada kucing melintas
C Kerana mereka tersesat jalan
D Kerana terdengar suara mengiau-ngiau

17 Apakah sikap yang dipamerkan oleh Arnia dan Azam?

A Sikap rajin dan taat


B Sikap zalim dan sombong
C Sikap tidak membuang masa
D Sikap prihatin dan penyayang

18 Di manakah kucing itu dibawa oleh Arnia dan Azam?


A Ke sekolah
B Ke rumah Azam
C Ke rumah Arnia
D Ke klinik haiwan

19 Apakah yang dilakukan oleh Arnia untuk menyelamatkan kucing itu?

A Membawa pulang ke sekolah


B Membersihkan bulu kucing itu
C Memberi nama pada kucing itu
D Memberi susu dan merawat kucing itu

20 Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku kepada kucing itu jika Arnia dan
Azam tidak menyelamatkannya?

A Mungkin kucing itu lari


B Kucing itu mungkin mati
C Kucing itu akan gembira
D Kucing itu akan mengikut Arnia dan Amin pulang

Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Permainan congkak pilihan yang muda,


Boleh bermain di mana sahaja,
Sekali bermain pemainnya dua,
Dikumpul di hujung untuk dikira.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,


Melenggang-lenggok menari di udara,
Merah, hijau, kuning pun ada,
Mengubat hati yang duka lara.

Garisan dilukis menjadi tumpuan,


Semasa melompat tak kena garisan,
Jumlah pemain tiada batasan,
Lompat ketinting mendapat gelaran.
21 Siapakah yang suka bermain congkak?

A Orang tua
B Orang lelaki
C Orang muda
D Kanak-kanak

22 Mengapakah guli dikumpul di hujung?

A Lubangnya lebih besar


B Untuk mengira jumlahnya
C Supaya permainan cepat tamat
D Memberikannya kepada lawan

23 Rangkap kedua puisi berkaitan dengan

A angin.
B penari.
C kapal terbang.
D layang-layang.

24 Berapa orangkah diperlukan untuk bermain lompat ketinting?

A Dua
B Lima
C Bebas
D Empat

25 Apakah yang dimaksudkan dengan "menari di udara"?

A Pesta tarian
B Melayang-layang
C Berlenggang-lenggok
D Tarik-menarik di udara

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Ismai : Hari ini pasukan bola keranjang negeri Pahang akan melawan pasukan bola
l keranjang negeri Johor di Stadium Tertutup di Kuantan. Adakah awak mahu
pergi?
Yusof : Ah, aku tidak minatlah!
Ismai : Mengapa awak tak minat? Permainan bola keranjang memang seronok.
l
Yusof : Sebenarnya aku tidak berapa faham, terutama cara hendak mendapatkan
mata.
Ismai : Eh, senang saja! Kalau pemain melontar di luar kawasan D dan jaringannya
l tepat. Pasukan itu mendapat tiga mata.
Yusof : Kalau dua dan satu mata?
Ismai : Kalau pemain dapat menyumbat gol di dalam kawasan D, pasukan akan
l mendapat dua mata. Untuk lontaran percuma sekiranya masuk gol dapat pula
satu mata.
Yusof : Oh, begitu!
Ismai : Yang paling menarik ialah bagaimana hantaran bola dibuat. Hantaran tepat dan
l sempurna.
Yusof : Kalau begitu, mari kita pergi.
Ismai : Baiklah.
l
26 Di manakah perlawanan bola keranjang antara Pahang dan Johor akan
berlangsung?

A Di Johor
B Di Stadium Johor
C Di bandar Kuantan
D Di Stadium Tertutup Kuantan

27 Mengapakah Yusof tidak mahu pergi menyaksikan perlawanan bola keranjang?

A Sebab dia tidak berminat


B Sebab permainannya tidak mencabar
C Sebab Kuantan jauh dari tempatnya
D Dia memang tidak suka sejak kecil lagi

28 Bahagian manakah Yusof tidak faham dalam permainan bola keranjang?

A Peraturan
B Pengadilan
C Bagaimana memperoleh mata
D Tidak faham secara keseluruhan permainan

29 Mengikut keterangan Ismail, berapa matakah bagi setiap pelontar lontaran


percuma yang berjaya?
A Mendapat empat mata
B Mendapat satu mata
C Mendapat tiga mata
D Mendapat dua mata

30 Mengapakah Yusof akhirnya bersetuju pergi menyaksikan perlawanan bola


keranjang?

A Setelah dia faham akan keterangan Ismail


B Setelah dia diberi peluang bermain
C Setelah dia dipujuk oleh Ismail
D Setelah dia didesak oleh Ismail

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Setiap hari kita menggunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng atau
menumis makanan. Kita jarang mengkaji kandungan kolestrol di dalam minyak tersebut.
Menurut kajian Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) bahawa
mereka yang sering menggunakan minyak kelapa sawit sebagai bahan makanan
adalah berupaya mengurangkan sebanyak 7 hingga 38 peratus kolestrol dalam darah.

Sekiranya dibandingkan dengan lemak binatang yang digunakan dalam mentega,


minyak kelapa sawit kurang 50 hingga 100 kali ganda kolestrol berbanding dengan
lemak binatang. Selain itu, minyak kelapa sawit sebenarnya boleh memberikan
kelegaan kepada kesihatan terutama dalam mengurangkan risiko di serang penyakit
jantung dan barah.

Minyak kelapa sawit juga mengandungi kesan "anti-thrombotik" yang berupaya


menyembuhkan penyakit jantung dan pembuluh darah yang tersumbat. Malahan
protein dan vitamin E juga terkandung di dalam minyak kelapa sawit.
31 Minyak kelapa sawit seringkali digunakan untuk

A menggoreng atau menumis makanan.


B mengubat penyakit jantung dan barah.
C mengubat penyakit pembuluh darah tersumbat.
D dijadikan bahan kajian dalam penyelidikan-penyelidikan oleh pengkaji.

32 Kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia
(PORIM) menunjukkan bahawa

A kandungan kolestrol dalam minyak kelapa sawit adalah tinggi.


B kebanyakan mentega diperbuat daripada minyak kelapa sawit dan bukan
lemak binatang.
C minyak kelapa sawit berupaya mengurangkan sebanyak 7 hingga 38 peratus
kolestrol dalam darah.
D minyak kelapa sawit berupaya menyembuhkan penyakit jantung dan
pembuluh darah yang tersumbat.

33 Pilih pernyataan yang benar mengenai petikan

A kandungan kolestrol dalam mentega yang dibuat daripada kelapa sawit


adalah lebih tinggi.
B kandungan kolestrol dalam mentega yang di buat daripada lemak haiwan
adalah lebih tinggi.
C kandungan kolestrol dalam mentega yang dibuat daripada kelapa sawit
adalah 50 hingga 100 kali ganda lebih tinggi.
D kandungan kolestrol dalam mentega yang dibuat daripada lemak binatang
adalah 50 hingga 100 kali ganda lebih rendah.

34 Minyak kelapa sawit dikatakan berupaya menyembuhkan penyakit jantung dan


pembuluh darah yang tersumbat kerana

A mengandungi kesan "anti-thrombotik".


B mengandungi protein dan vitamin E
C mengandungi lemak binatang.
D mengandungi kolestrol.

35 Berikut adalah bahan yang terkandung dalam minyak kelapa sawit kecuali

A kolestrol.
B lemak haiwan.
C anti-thrombotik.
D protein dan vitamin E.
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sejak akhir-akhir ini timbul gejala kurang meminati makan sayur dikalangan kanak-
kanak. Menyedari hakikat ini, timbul satu cadangan supaya menghidangkan sayur-
sayuran yang pelbagai warna untuk mereka. Kempen makan sayur-sayuran juga
hendaklah bersama-sama dengan buah-buahan. Pengasing daging dan ikan amat perlu
bagi mengelakkan mereka hanya memilih makanan kesukaan mereka. Masalah ini
telah disuarakan oleh Persatuan Pengasuh Berdaftar dengan kerjasama Yayasan
EMKAY.

Harus diingat sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai vitamin dan mineral yang
penting untuk kesihatan. Tambahan pula, makanan ini mengandungi makanan berserat.
Lemak dan kalori yang rendah dalam sayur-sayuran dan buah-buahan, boleh
membantu menyeimbangkan berat badan. Selain itu, ia juga dapat melindungi badan
daripada penyakit kanser dan jantung. Oleh yang demikian, kebijaksanaan ibu bapa
mempengaruhi anak-anak mereka merupakan faktor utama bagi menjayakan galakan
ini.
36 Mengapakah dicadangkan agar dihidangkan sayur-sayuran yang pelbagai warna
untuk kanak-kanak?

A Kerana untuk mempelbagaikan khasiat


B Kerana untuk mempelbagaikan hidangan
C Kerana kanak-kanak sukakan kepelbagaian warna
D Kerana untuk menangani masalah kurang minat memakan sayur di kalangan
kanak-kanak

37 Pengasingan daging dan ikan amat perlu untuk

A mengelakkan pengambilan protein dan lemak yang berlebihan.


B mengelakkan mereka memilih makanan kesukaan mereka.
C mengelakkan pengambilan lemak yang berlebihan.
D mengelakkan berlaku pembaziran.

38 Persatuan Pengasuh Berdaftar dengan kerjasama Yayasan EMKAY telah


menyuarakan perkara-perkara berikut kecuali

A pengasingan antara daging dan ikan dalam satu hidangan.


B pengasingan antara sayur dan daging dalam satu hidangan.
C masalah kurang minat memakan sayur di kalangan kanak-kanak.
D perlunya hidangan sayur-sayuran yang pelbagai warna kepada kanak-kanak.

39 Sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu menyeimbangkan berat badan


kerana

A mengandungi lemak dan kalori yang rendah.


B mengandungi makanan berserat.
C mengandungi vitamin.
D mengandungi mineral.

40 Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko diserang


penyakit

A kanser dan taun.


B kanser dan jantung.
C jantung dan darah tinggi.
D kencing manis dan darah tinggi.

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

ATURCARA MAJLIS HARI GURU


7.30 pagi - Murid-murid dan guru-guru berkumpul di tapak perhimpunan.
7.40 pagi - Bacaan doa dan nyanyian rangkaian lagu.
7.50 pagi - Ucapan wakil murid.
8.10 pagi - Ucapan Guru Besar.
8.40 pagi - Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri.
9.20 pagi - Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.
9.50 pagi - Persembahan dan permainan.
11.20 pagi - Jamuan.
12.00 tengah hari - Bersurai.

41 Bilakah sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun?

A 16 Feb C 16 Mac
B 16 Mei D 16 April
42 Di manakah murid-murid berhimpun?

A Di atas pentas
B Di dalam kelas
C Di dalam dewan
D Di tapak perhimpunan

43 Apakah acara seterusnya selepas guru besar memberikan ucapan?

A Jamuan
B Ucapan dari wakil murid
C Bacaan dan rangkaian lagu
D Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri

44 Berapakah tempoh masa majlis ini berlangsung?

A 4 jam
B 5 jam
C 4 jam 30 minit
D 5 jam 30 minit

45 Mengapakah sambutan Hari Guru diadakan?

A Untuk murid bergembira bersama guru


B Supaya murid dapat memohon maaf pada Hari Guru
C Supaya murid dapat memberikan hadiah kepada guru
D Untuk mengenang dan menghargai jasa guru sebagai pendidik
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Lemang ialah sejenis makanan tradisional yang disukai oleh masyarakat Melayu.
Biasanya lemang disediakan pada Hari Raya Aidilfitri.

Lemang dibuat daripada pulut dan santan. Rasanya seperti ketupat pulut, namun
lemang lebih lazat. Lemang lazimnya dimakan dengan rendang daging atau rendang
ayam.

Lemang dimasak di dalam buluh. Untuk membuat lemang, buluh akan dipotong
mengikut panjang setiap ruas. Daun pisang dimasukkan ke dalam buluh sebagai
pengalas di sekeliling permukaannya. Kemudian, beras pulut dan santan dimasukkan
ke dalam buluh itu. Buluh ini diletak berdekatan dengan bara api dan dibiarkan hingga
masak.

Kini, lemang bukan sahaja disukai oleh masyarakat Melayu malah masyarakat lain
di Malaysia.
46 Apakah makanan yang sangat disukai oleh masyarakat Melayu?

A Pulut
B Ketupat
C Lemang
D Rendang

47 Bilakah lemang biasanya disediakan?

A Pada Hari Raya Aidilfitri


B Pada Tahun Baru Cina
C Pada Hari Krismas
D Pada Hari Guru

48 Lemang biasanya dimakan dengan __________.

A daging goreng
B ayam bakar
C kuah gulai
D rendang

49 Daun apakah yang dimasukkan ke dalam buluh sebagai pengalas dalam proses
membuat lemang?

A Daun getah
B Daun pisang
C Daun kelapa
D Daun pandan

50 Apakah bahan yang dimasukkan ke dalam buluh sebelum diletakkan berdekatan


bara api?

A Gandum
B Beras pulut
C Daging ayam
D Beras pulut dan santan

Anda mungkin juga menyukai