Anda di halaman 1dari 1

KEMAHIRAN HANTARAN ARAS BAHU

Hantaran ini sering dilakukan kerana bola hantaran paras bahu ini dapat dilontar dengan
lebih jauh dan tinggi. Bola yang dihantar dengan cara ini sukar untuk dipintas atau direbut
dengan mudah oleh pihak lawan. Hantaran ini juga dilakukan semasa membuat serangan balas
secara mengejut (counter-attack). Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh
mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring,
menukar hala hantaran atau memusingkan badannya. Jika hantaran ini dilakukan dengan teknik
yang betul, akan menjadi lebih kuat, cepat dan tepat. Hantaran begini boleh dibuat ke hadapan
penerima.
Teknik Hantaran Pada Aras Bahu
Pegang bola di atas tapak tangan kanan.
Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan, bertindak sebagai paksi kepada pergerakan
kaki kanan.
Berat badan berada di atas kaki kanan.
Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.
Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran.
Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick.
Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar.
Bagi hantaran jaraj jauh, gunakan pergerakan whip pergelangan tangan dan jari.

Anda mungkin juga menyukai