Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai budaya dan sosial mereka.

. Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin biasanya tidak dirancang. Siapakah yang berisiko?

Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa Kurang berminat dengan sekolah Sejarah penderaan fizikal atau seksual Kurang pengawasan ibu bapa.

Apakah kesan-kesannya?

Dari aspek perubatan:


o o o o

Kehamilan yang tidak diingini Pengguguran anak yang tidak selamat Pembuangan bayi Jangkitan seksual

Dari aspek psikologi dan sosial:


o o o o

Masalah perhubungan. Lihat (Memahami seksualiti) Mengalami gangguan emosi Tiada keharmonian keluarga dan sosial Implikasi undang-undang

Bagaimana untuk mengelakkannya?

Elakkan melakukan hubungan seks


o

Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.

Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan "Tidak, bukan sekarang". Anda masih boleh berkata "tidak" walaupun pernah berkata "ya" sebelum ini. Lihat (Ketegasan).

Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin

Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.

Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah. Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela.

Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.

Apakah implikasi undang-undang yang ada?

Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu. Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.

Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk

menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanakkanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai "Statutory rape" .

Anda mungkin juga menyukai