Anda di halaman 1dari 3

MOHD SUFIAN BIN MOHD YATIM 901116-01-5887

REFLEKSI BIG SEMESTER 2


Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmatNya, kami opsyen RBT 3 ambilan Jan 2010 telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG), bertempat di Argotek, IPG Kampus Tun Hussein Onn. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Sepanjang program ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan program ini. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal lagi iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami memilih lokasi ini kerana kami berpendapat bahawa berbakti di dalam IPG sendiri adalah satu permulaan yang baik sebelum berbakti di luar kawasan IPG. Hal ini telah mengajar saya supaya kita lebih menghargai IPG kita sendiri. Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat

berpasukan dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru pelatih dan pensyarah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugasan tertentu. Walaupun begitu, kami tetap membantu kumpulan yang lain untuk menyiap tugasan mereka. Selain itu, kami juga memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam usaha kami mendapatkan keperluan yang penting sebelum program dijalankan iaitu mendapatkan peralatan asas yang diperlukan untuk gotong royong itu nanti seperti cangkul, berus cat, cat, skateur dan sebagainya. Saya bersyukur kerana kami dapat hadapi semuanya dengan baik tanpa sebarang kekangan. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya dapat kenalpasti sepanjang program BIG ini.

Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program BIG ini kerana diadakan di dalam kawasan institut yang mana kami tidak perlu besusah payah untuk mencari kenderaan dan kos yang diperuntukkan juga agak jimat. Kesemua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar

sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam tentatif program BIG ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti juga lebih selamat dan selesa serta mempunyai kemudahan yang cukup kondusif. Tambahan pula, persiapan dalam kalangan ahli kumpulan adalah rapi dan cukup bersedia dari segi peralatan. Kesemua peserta berjaya melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna. Semua kumpulan dapat memberikan kerjasama dan memberikan komitmen yang terbaik semasa gotong royong dijalankan. Dari segi kelemahan yang saya dapat lihat sepanjang program ini, kelemahan yang pertama saya lihat adalah dari segi pembahagian tugasan bagi setiap guru pelatih. Pengurusan yang tidak teratur dapat lihat apabila sebahagian guru pelatih hanya mendapat satu tugasan biarpun pada perancangan awal setiap guru pelatih mendapat dua tugasan. Selain itu juga, tentatif program perlu dimaklumkan lebih awal iaitu sekurang-kurangnya seminggu awal dari tarikh program itu dijalankan supaya guru pelatih tahu apa yang mereka perlu buat dan dapat bersedia lebih awal. Kesimpulannya, program BIG pada kali ini telah mencapai objektif utamanya iaitu untuk menyokong IPG Lestari serta memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara

berkumpulan. Segalanya

berjalan dengan begitu sempuran tanpa sebarang

kekangan. Namun begitu, kelemahan yang dikenal pasti juga perlu diambil kira supaya penambahbaikan boleh diberi untuk program sebegini yang bakal kami adakan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai