Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH KEMPEN KITAR SEMULA

Dasawarsa ini, kitar semula kerap menjadi diskusi di media massa. Hal ini demikian kerana
kempen ini mempunyai seribu satu kebaikan. Antaranya ialah alam sekitar akan terpelihara kerana
sampah sarap akan diproses kembali dan tidak dibiarkan mereput. Seterusnya, kitar semula juga
dapat menjana pendapatan kerana tin dan kertas lama boleh dijual semula. Selanjutnya, kempen ini
dapat mendidik masyarakat untuk menjaga kebersihan.Tuntasnya, semua pihak harus bekerjasama
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan kempen ini.

Antaranya, kita dapat mewujudkan persekitaran yang bersih. Ini kerana persekitaran
yang bersih dapat menjamin kesihatan kita. Seterusnya, amalan kitar semula dapat mengurangkan
ancaman alam sekitar dan kita dapat menghirup udara yang segar. Selain itu, amalan kitar semula
juga dapat menjimatkan kos penyelenggaraan tapak pelupusan sampah dan kuantiti sampah juga
dapat dikurangkan. Akhir sekali, kita juga dapat menyelamatkan hutan kerana pokok-pokok tidak
ditebang secara tidak terkawal untuk menghasilkan kertas.

Tuntasnya, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memupuk amalan kitar semula
supaya dapat menyelamatkan bumi kita.

1. Membekalkan bahan mentah untuk industri

Contohnya surat khabar lama penting untuk kilang kertas.

LANGKAH LANGKAH KEMPEN KITAR SEMULA

  

Dasawarsa ini, kempen kitar semula kurang mendapat sambutan dalam kalangan
masyarakat. Oleh sebab itu, pelbagai langkah pramagtik perlu diatur bagi menjayakan kempen ini.
Langkah perdana ialah ibu bapa perlu memberi didikan kepada anak-anak tentang kepentingan
amalan kitar semula, bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Seterusnya, pihak
sekolah turut memikul obligasi menjayakan kempen ini. Misalnya, pihak sekolah mengadakan
ceramah tentang kitar semula. Selanjutnya, pihak kerajaan perlu menggubal polisi pembuangan
sampah. Tuntasnya, semua pihak harus bekerjasama untuk menjayakan kempen ini.
FAEDAH BERSUKAN / BERSENAM

‘Badan sihat, minda cergas’ merupakan slogan yang sinonim dengan kepentingan bersukan.
‘Sudah terang lagi bersuluh’ terdapat pelbagai faedah bersukan. Antaranya ialah bersukan dapat
menjamin kesihatan kerana toksik-toksik di dalam badan akan keluar melalui peluh. Seterusnya,
bersukan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Impaknya, hal ini dapat menghindarkan diri
seseorang terjebak dalam gejala sosial. Selanjutnya, sukan merupakan medium untuk mengeratkan
hubungan silaturahim masyarakat majmuk kerana sukan melahirkan semangat berpasukan untuk
meraih kemenangan. Tuntasnya, bersukan mempunyai banyak manfaat kepada masyarakat.

CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN

‘Badan sihat, minda cergas’ merupakan slogan yang sinonim dengan kepentingan penjagaan
kesihataan. ‘Sudah terang lagi bersuluh’ terdapat pelbagai langkah pramagtik untuk menjaga
kesihatan. Langkah perdana ialah kita perlu melakukan senaman untuk membuang toksik di dalam
badan. Tamsilnya, berenang dan berjogging. Selanjutnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala
dapat menghindar daripada penyakit kronik seperti kencing manis. Seterusnya, pemakanan
seimbang berdasarkan piramid makanan dapat menjamin kesihatan. Tuntasnya, penjagaan
kesihatan penting untuk mendapat kehidupan yang berkualiti. Hal ini selaras dengan slogan ‘rakyat
sihat, negara sejahtera’.

FAEDAHO AKTIVITIO KOKURIKULUMO

Aktiviti kokurikulum adalah wadah melahirkan insan yang cemerlang. Terdapat pelbagai
faedah menyertai aktiviti kokurikulum. Faedah perdana ialah aktiviti kokurikulum dapat memupuk
semangat berpasukan. Tamsilnya, anggota pasukan bekerjasama bagai aur dengan tebing semasa
menjalani latihan kawad kaki. Seterusnya, nilai kepemimpinan dalam diri pelajar juga dapat disemai.
Misalnya, ahli persatuan diberi peluang memegang jawatan seperti pengerusi. Seterusnya, pelajar
dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Impaknya, hal ini dapat menghindarkan diri
seseorang daripada terjebak dalam gejala sosial. Tuntasnya, pelajar wajar menyertai aktiviti
kokurikulum.

Anda mungkin juga menyukai