Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Usaha mengatasi tabiat merokok

Pendahuluan:
Pada belakangan ini, tabiat merokok telah menjadi semakin
berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita. Oleh
itu, pihak berkaitan harus berganding bahu untuk mengatasi tabiat
merokok dalam kalangan masyarakat. Tepuk dada tanya selera.
Persoalannya, apakah usaha mengatasi tabiat merokok?

Isi 1: kerajaan mengadakan kempen


Antara cara untuk mengatasi tabiat merokok ialah kerajaan
harus mengadakan kempen kesedaran tentang bahayanya tabiat
merokok kepada masyarakat. Hal ini kerana pihak kerajaan
mempunyai pengaruh yang kuat dan bertanggungjawab untuk
mendidik masyarakat tentang pengetahuan kesihatan. Contohnya,
kempen Tak Nak harus diadakan di Dewan Masyarakat atau di
kawasan perumahan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dalam
kempen tersebut. Kesannya, masyarakat sedar akan kemudaratan
merokok kepada tubuh badan mereka dan menghindari tabiat
tersebut. Tuntasnya, pihak kerajaan memainkan peranan yang afdal
dalam mengatasi tabiat merokok.

Isi 2: ibu bapa mendidik dan memantau tingkah laku anak


Selain itu, ibu bapa harus mendidik dan memantau tingkah laku
anak-anak untuk menangani tabiat merokok. Hal ini demikian
kerana anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah
bertanggungjawab mencorakkannya. Tamsilnya, ibu bapa harus
menapis rakan-rakan yang dikenali oleh anak-anak mereka
supaya mereka tidak mudah terjeremus dalam kancah negatif dengan
rakan yang negatif. Akibatnya, anak-anak akan dapat
membezakan antara kaca dengan permata dan menjauhkan diri
daripada kegiatan merokok. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting
untuk menyelesaikan masalah merokok.

Isi 3: pihak sekolah menganjurkan ceramah


Seterusnya, pihak sekolah harus menganjurkan ceramah
kesihatan untuk para pelajar untuk menangani tabiat merokok. Hal ini
disebabkan oleh pelajar menghabiskan kebanyakan masa di
dalam sekolah berbanding di dalam rumah. Misalnya, pihak
sekolah dapat menjemput doktor atau pakar kesihatan untuk
menyampaikan ceramah tentang keburukan merokok kepada pelajar.
Impaknya, para pelajar tidak akan berani mendekati tabiat yang
akan memudaratkan tubuh badan mereka. Rumusannya, pihak
sekolah patut menganjurkan ceramah untuk menangani masalah
merokok sejak di bangku sekolah.

Isi 4: media massa menyebarkan mesej yang positif


Tambahan pula, media massa harus menyebarkan mesej tentang
kesan tabiat merokok untuk mengatasi tabiat merokok. Hal ini
lantaran media massa telah menjadi suatu kemudahan yang tidak
dapat dipisahkan dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, media
massa dapat menyebarkan kesan-kesan merokok dan keburukannya
pada dada akhbar, majalah ataupun di kaca televisyen untuk
menyampaikan mesej tersebut. Implikasinya, masyarakat dari
semua lapisan akan mengetahui kesan merokok dan akan
menasihati antara satu sama lain tentang keburukannya.
Ringkasnya, media massa memainkan peranan afdal dalam
membanteras tabiat merokok dalam kalangan masyarakat.

Penutup:
Kesimpulannya, terdapat banyak usaha mengatasi tabiat
merokok. Oleh itu, semua pihak harus menggembleng tenaga bagai
aur dengan tebing untuk membanteras tabiat merokok dalam kalangan
masyarakat. Bidalan orang tua-tua, hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih.

Anda mungkin juga menyukai