Anda di halaman 1dari 3

SENARIO

FCE 3400
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BACELOR PENDIDIKAN, PENDIDIKAN JASMANI

NAMA

MATRIK

MUHAMMAD ERWAN BIN BERHAN

172891

SEBASTIAN JANTI ANAK RIBUT

172754

MOHAMAD SHAHRUL HISHAM KHASIM

172584

NAMA PENSYARAH: DR. ROSNANI MAHMUD

Senario
Pada 2 Oktober 2015 bersamaan hari Jumaat, ahli kumpulan kami
telah

pergi

ke

Sekolah

Menengah

Kebangsaan

Khir

Johari

yang

berpangkalan di Beranang, Selangor untuk berjumpa dengan guru yang


mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah
tersebut. Pada hari tersebut, ahli kumpulan kami telah dipertemukan
dengan seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan

di sekolah tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Khairul

Anuar.

Objektif kami pergi kesekolah tersebut adalah untuk berjumpa guru


yang mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
kepada pelajar sekolah berkenaan untuk membincangkan masalah yang
dihadapi beliau dalam mengajar mata pelajaran tersebut.

Pada tinjauan kami pada hari tersebut, kami mendapati beberapa


masalah yang dihadapi oleh Cikgu Kahirul Anuar ini. Hasil perbincangan
kami selama 2

jam ini telah mendapati beberapa masalah seperti

kekurangan guru yang bertauliah untuk mengajar pelajar-pelajar bagi


mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Oleh itu, guru-guru
yang bukan dari latar belakang dan lulusan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan ditugaskan untuk mengajar pelajar sekolah berkenaan.

Hal ini akan menyebabkan guru yang ditugaskan tersebut hanya


mengambil sambil lewa kerana mereka menganggap mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini bukanlah satu mata pelajaran yang
penting. Tambahan pula guru yang diberi jadual mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan guru yang tidak mahir dan
hanya untuk memenuhi minit mengajar mereka sahaja. Kebiasaannya

guru tersebut akan memberi sebiji bola untuk pelajar bermain pada waktu
tersebut kata Cikgu Hairul Anuar.
Cikgu Hairul Anuar juga telah meluahkan beberapa kekurangan yang
ada pada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan ini. Antaranya ialah guru-guru tersebut tidak mahir untuk
mengendalikan pelajar semasa diluar kelas atau di padang.

Kesimpulannya, kami dapat mengenal pasti beberapa perkara yang


perlu di perbetulkan dan diperbaiki bukan sahaja di Sekolah Menengah
Kebangsaan Khir Johari ini malahan di semua sekolah di seluruh Malaysia.
Antara aspek yang perlu diperbaiki ialah pemilihan guru yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Pihak yang berwajib
perlualah memastikan dan menempatkan sekurang-kurangnya 4 atau 5
orang guru yang berkelulusan Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan.

Hal ini sekali gus dapat mengatasi masalah guru mata pelajaran lain
yang terpaksa mengajar pelajar-pelajar di sekolah untuk mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Disamping itu, guru-guru lepasan
Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan misalnya, akan dapat mengendalikan
kelas mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini mengikut
silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai