Anda di halaman 1dari 1

[ZULHISHAM BIN SAMUD (179599)]

1. Apa masalah mental yang boleh berlaku berkaitan dengan bendaan pada kanak-kanak
dan orang dewasa?
Masalah mental yang boleh berlaku berkaitan dengan bendaan pada kanak-kanak dan orang
dewasa ialah ianya berkaitan dengan pengaruh persekitaran di sekeliling kita. Ianya lebih
kepada kemewahan atau sesuatu benda yang berkaitan dengan kehidupan kita dimana benda
tersebut menjadi instrumental kepada diri kita. Sebagai contoh, jika kanak-kanak terlihat
sesuatu permainan yang cantik, dia mahu memiliknya walaupun permainan itu bukan
miliknya. Kemudian, masalah mental yang berlaku pada kanak-kanak ialah endowment
effect. Endowment effect ialah situasi dimana kanak-kanak menempatkan nilai-nilai dalam
sesuatu benda. menurut Jean Piaget pula, violent rage adalah situasi dimana mereka akan
marah apabila barang kepunyaan mereka diambil. Ini kerana mereka sudah mempunyai sifat
kepunyaan yang instrumental terhadap barang kepunyaan mereka. Mereka juga mempunyai
masalah attachment object yang dikaji oleh Bruce Hood dan Paul Bloom. attachment
object adalah keadaan dimana mereka mereka sudah mempunyai satu atau beberapa barang
kepunyaan mereka yang mereka sangat sayang dan akan selalu membawa barang tersebut ke
mana sahaja mereka pergi. Sebagai contoh, jika mereka attach kepada bantal tidur, mereka
akan bawa bantal itu ke kampung, dan ke tempat lain untuk tidur bersama demi keselesaan
ketika tidur.
2. Bagaimana sesuatu benda boleh menjadi perangsang kepada mental?
Sesuatu benda itu boleh jadi perangsang kepada mental adalah disebabkan dua faktor iaitu
instrinsik dan ekstrinsik. Instrinsik adalah faktor dari diri sendiri atau dalaman. Benda itu
mestilah mempunyai kaitan dengan hati dan perasaan mereka menyebabkan mereka tertarik
terhadapnya. Sebagai contoh, sesorang itu suka kepada perempuan yang berkaca mata. Jadi
apabila dia ternampak perempuan berkaca mata mentalnya akan dirangsang secara automatic
untuk melakukan lakuan yang lain seperti jantung berdegup kencang, berpeluh dan ingin
memikat wanita itu. Kemudian, faktor ekstrinsik pula adalah perangsang dari luar yang
memberi rangsangan kepada mental seseorang. Perangsang dari luar ataupun agen adalah
berbentuk seperti wang, harta, manusia, ganjaran dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang
murid yang menduduki peperiksaan STPM, ibu bapanya akan memberikan ganjaran
motorsikal kepadanya sekiranya dia cemerlang dalam STPM. Situasi ini akan menyebabkan
mental murid itu dirangsang untuk belajar bersungguh-sungguh demi ganjaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai