Anda di halaman 1dari 5

Gerhana Tanda Kekuasaan Allah SWT

Keatas Peraturan Alam


25/12/2019 
456

SHARE 

Facebook
 
Twitter
 
 

Tazkirah Pimpinan
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

26 Rabi’ul Akhir 1441H l 23 Disember 2019

GERHANA TANDA KEKUASAAN ALLAH SWT KE ATAS PERATURAN ALAM

Pengenalan

Malaysia bakal menyaksikan satu fenomena alam iaitu Gerhana Matahari Cincin
ataupun Gerhana Matahari Anulus. Fenomena Gerhana Matahari Anulus merupakan
peristiwa yang jarang berlaku. Kali terakhir ia berlaku dalam negara kita adalah
pada 22 Ogos 1998, iaitu 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor.

Fenomena gerhana merupakan fenomena alam yang unik dan menjadi satu
keajaiban khusus di zaman terdahulu kerana kejadian alam berubah dari keadaan
yang biasa. Apatah lagi jika gerhana matahari ia berlaku apabila bulan melalui
antara bumi dan matahari dengan melindungi matahari.

Bezanya pada Gerhana Matahari Cincin  dengan Gerhana Matahari Penuh ialah
daripada segi keadaan bulan yang melindungi matahari. Pada model bumi sfera,
dalam fonomena cincin, bulan tidak menutupi matahari sepenuhnya dan nampak
seperti cincin.

Gerhana : Tanda Kekuasaan Allah, Bukannya Khurafat


Dari perspektif Islam, kejadian fenomena alam seperti gerhana matahari juga
pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW. Pada asalnya masyarakat jahiliyyah
mengait kejadian pelik fenomena alam dengan kepercayaan khurafat seperti
berhubung kait hidup dan matinya seseorang.

Lantas kepercayaan khurafat di zaman jahiliyyah ini dihapuskan oleh Islam dengan
sabdaan Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah yang berbunyi :

.‫ص َّدقُوْ ا‬ َ ‫ َو‬،‫ َو َكبِّرُوْ ا‬،َ ‫ فَا ْدعُوا هَّللا‬،َ‫ فَإِ َذا َرأَ ْيتُم َذلِك‬،‫ت أَ َح ٍد َوالَ لِ َحيَاتِ ِه‬
َ َ‫ َوت‬،‫صلُّوْ ا‬ ِ ‫ الَيَ ْنخ‬،ِ ‫ت هَّللا‬
ِ َ‫َسف‬
ِ ْ‫ان لِ َمو‬ ِ ‫س َو ْالقَ َم َر آيَت‬
ِ ‫َان ِم ْن آيَا‬ َ ‫إِ َّن ال َّش ْم‬

“Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda
kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana karena kematian seseorang
dan tidak juga kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal
tersebut maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, bertakbir, solat dan
bersedekah”. – riwayat al-Bukhari dan Muslim

Malah Islam mengajar manusia bahawa setiap kejadian dan peraturan alam ini
semuanya berlaku dengan kekuasaan dan izin Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha
Bijaksana. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah, malah Allah Maha
Berkuasa mengadakan apa apa sahaja tanpa siapa yang mampu menegah-Nya.

Disebabkan itu, apabila manusia gerun kepada makhluk tanpa gerun pada Allah
yang akhirnya manusia meletakkan sesuatu mampu memberi kesan sedangkan
Allah jualah yang menentukan sesuatu di sinilah timbulnya kepercayaan yang
khurafat. Maka manusia semestinya kembali kepada Allah SWT, bukannya kepada
alam dengan kepercayaan yang karut apatah lagi menyembah selain-Nya.

ْ ۤ ‫ٱس ُجد‬
٣٧ َ‫ُوا هَّلِل ۤ ِ ٱلَّ ِذي َخلَقَه َُّن إِن ُكنتُمۡ إِيَّاهُ ت َۡعبُ ُدون‬ ۡ ‫س َواَل لِ ۡلقَ َم ِر َو‬ ْ ‫َو ِم ۡن َءا ٰيَتِ ِه ٱلَّ ۡي ُل َوٱلنَّهَا ُر َوٱل َّشمۡ سُ َو ۡٱلقَ َم ۚ ُر اَل ت َۡس ُجد‬
ِ ۡ‫ُوا لِل َّشم‬

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta
matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula
sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang
menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.” – [Surah
Fussilat: 37]

Alam Menurut Peraturan Allah, Mengapa Manusia Tidak?


Gerhana menjadi bukti bahawa sesuatu yang berlaku di bawah kekuasaan Allah
SWT. Sama ada fenomena gerhana mahupun peraturan siang dan malam yang
merupakan perstiwa setiap hari dalam kehidupan manusia.

Malah Allah menerangkan bagaimana alam ini tunduk pada kekuasaan-Nya yang
menjadikan alam ini dalam keadaan teratur tanpa berlaku sebarang kerosakan.

Lihat bagaimana peraturan kedudukan matahari dan peredaran bulan yang


natijahnya pertukaran malam dan siang dalam keadaan sistematik dan teratur
menerusi firman Allah yang berbunyi :

َ ‫ُون ۡٱلقَ ِد ِیم * اَل ٱل َّشمۡ سُ یَ ۢنبَ ِغی لَهَ ۤا أَن تُ ۡد ِر‬
‫ك ۡٱلقَ َم َر‬ ِ ‫َاز َل َحتَّ ٰى عَا َد ك َۡٱلع ُۡرج‬ ۡ ۡ ‫ك ت َۡق ِدی ُر ۡٱل َعز‬
ِ ‫یز ٱل َعلِ ِیم * َوٱلقَ َم َر قَ َّد ۡرنَ ٰـهُ َمن‬
ِ ِ َ ِ‫َوٱل َّشمۡ سُ ت َۡج ِری لِ ُم ۡستَقَ ࣲّر لَّهَ ۚا َذ ٰل‬
َ‫ار َو ُك ࣱّل فِی فَلَ ࣲك َی ۡسبَحُون‬ ُ ِ‫َواَل ٱلَّ ۡی ُل َساب‬
ِ ۚ َ‫ق ٱلنَّه‬

Maksudnya :
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke
tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi
Maha Mengetahui. Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa
peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat
awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan
yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula
tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di
tempat edarannya masing-masing. – [Surah Ya-Seen 38 – 40]

Kerosakan Berlaku Apabila Manusia Meninggalkan Peraturan Allah

Hasil dari pengamatan ayat-ayat Allah yang menerangkan mengenai kejadian dan
peraturan alam, maka ketahui bahawa ayat Allah mempunyai dua kategori iaitu :

1. Ayat yang dibaca ‫روؤة‬ ‫ة المق‬ ‫آي‬


2. Ayat yang yang disaksikan / diperhatikan ‫ آية المنظورة‬/ ‫آية المشاهدة‬

Kejadian alam merupakan ayat yang diperhatikan agar manusia mengambil


pengajaran dari kejadian sekeliling. Belajar bagaimana alam yang terbentang luas
dalam menjalani peraturan yang ditetapkan oleh Allah atas mereka tanpa berlaku
kerosakan.
Sedangkan manusia pula hidup dalam keadaan kerosakan dan kemusnahan adalah
kerana manusia itu meninggalkan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Bukanlah Allah menjelaskan bahawa kerosakan itu sendiri berpunca dari tangan-
tangan jahat dan kotor manusia kerana pengabaian terhadap perintah dan larangan
Allah atas kehidupan manusia.

Firman Allah SWT :

۟ ُ‫ض ٱلَّ ِذی َع ِمل‬ ۡ ۡ ۡ


َ‫وا لَ َعلَّهُمۡ َی ۡر ِجعُون‬ ِ َّ‫ظَهَ َر ٱلفَ َسا ُد فِی ٱلبَرِّ َوٱلبَ ۡح ِر بِ َما َك َسبَ ۡت أَ ۡی ِدی ٱلن‬
َ ‫اس لِیُ ِذیقَهُم بَ ۡع‬

Maksudnya :
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-
perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat). – [Surah Ar-Rum 41]

Kembali Kepada Fitrah Dan Peraturan Allah Untuk Berjaya

Sebagai seorang yang beriman, maka wajib kepada kita untuk kembali semula
kepada fitrah yang telah diciptakan oleh Allah ke atas kita dan juga peraturan-Nya.
Inilah pengabdian diri apabila manusia menghubungkan segala kejadian yang
berlaku dengan ketetapan dari Allah agar manusia redha akan ketentuan-Nya.

Perbezaan ahli saintis Islam dan Barat pada membincangkan proses dan kejadian
alam ialah pada “WHY” bukan pada “HOW”. Kedua-dua aliran akan membentangkan
proses yang sama kerana lumrah alam demikian namun jawapan kepada “WHY”
adalah beza pada dasar. Saintis Barat akan menjawab “ia kejadian semula jadi
alam” manakala Saintis Islam akan memberi jawapan “ia kembali kepada ketentuan
dan kekuasaan Allah”.

Inilah perbezaan dasar yang menjadi pasak dalam aqidah kehidupan kita. Manusia
yang mengabdikan diri kepada Allah meletakkan sesuatu hasil itu diberikan oleh
Allah, dan kita hanya berusaha mengikut ketentuannya pada perkara sebab dan
musabbab. Manakala mereka yang “ghairah” akan kekuatan tersendiri akan
meletakkan dirinyalah penentu segala-gala tanpa memikirkan soal ketentuan dari
Allah.
Sehubungan itu, pengajaran penting dalam fenomena ini ialah pensyariatan solat
sunat gerhana berjemaah. Memimpin manusia kembali ke akidah yang sahih dan
kesatuan ummah menerusi pengabdian diri kepada Allah.

Abdullah bin ‘Amru radiyallahu ‘anhuma berkata :

ٌ‫صالَةَ َجا ِم َعة‬ َ ‫ُول هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم نُو ِد‬
َّ ‫ي إِ َّن ال‬ ِ ‫ت ال َّش ْمسُ َعلَى َع ْه ِد َرس‬
ِ َ‫لَ َّما َك َسف‬

Maksudnya: Ketika berlakunya gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW


pengumuman telah dibuat untuk menunaikan solat jama’ah. – al-Bukhari

Penutup

Di akhir kesempatan ini, beberapa pesanan sempena fenomena Gerhana Matahari


Anulus yang bakal terjadi pada 26 Disember ini, maka hasil perbincangan di atas,
marilah sama-sama kita hayati :

1. Kejadian dan fenomena alam merupakan tanda kekuasaan Allah, tiada kaitan
perkara yang khurafat.

2. Manusia semestinya mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah yang bersifat


“kejadian alam” agar melihat betapa hebatnya kekuasaan pentadbiran-Nya.

3. Manusia wajib kembali kepada peraturan Allah bagi menyelesaikan sebarang


permasalahan. Kerosakan mula berlaku apabila manusia meninggalkan peraturan-
Nya.

4. Hidup berakidah meletakkan kekuasaan Allah penentu segala sesuatu. Kita


diwajibkan berusaha dan menyerahkan hasil keputusannya atas ketentuan Allah
SWT.

Sekian.

*YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH*


Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)

Anda mungkin juga menyukai