Betul
PREV ARTICLE NEXT ARTICLE
“Awak nak masuk syurga tak?”
“Ehh..mestilah nak. Ada ke yang tak nak masuk syurga?”
“Kalau nak masuk syurga, tak boleh ada dosa kan? Kalau nak hilangkan dosa, mesti kena banyak taubat dan
minta ampun kan? Jadi, dah berapa kali awak solat taubat dan istighfar dalam minggu ini?”
Krik. Krik. Krik…
Ya, manusia itu sifatnya pelupa dan alpa. Malah penuh dengan dosa. Namun, itu tidak bermakna yang kita tidak
ada peluang untuk menebus dosa-dosa kita itu. Tidak ada cita-cita atau impian yang lebih besar daripada
mendapat redha Allah dan seterusnya mendiami syurga Allah yang hakiki di akhirat nanti.
Maka, segeralah bertaubat. Istighfar dan memohon keampunan Allah. Allah kan Maha Pengampun, Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah sangat suka apabila hamba-Nya sentiasa ingat dan memohon ampun
kepada-Nya.
Jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah. Jika sudah bertaubat, namun kemudiannya kembali mengulangi
dosa itu kembali, teruskan taubat! Taubat, taubat dan taubat sehinggalah ajal menjemput kita.
“Maka Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha
Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-
anakmu, dan mengadakan untuknya kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”
Surah an-Nuh: ayat 10-12
Berbalik kepada soal solat taubat. Secara mudah, cara solat taubat lebih kurang sama sahaja sepertimana solat
sunat yang lain. Solat taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang
dikehendaki.
Namun lebih baik sekiranya solat ini dilakukan pada waktu tengah malam atau sepertiga malam ketika
suasananya lebih sunyi dan tenang.
Asas Solat Taubat
Niat“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
2. Bacaan semasa solat
Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Kafirun. Manakala pada rakaat yang kedua
pula hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.
3. Bertasbih
Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak
40 kali:
Tasbih“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk
orang-orang yang zalim.”
4. Beristighfar
Bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT. Berdoalah dengan
penuh harapan untuk mendapat keampunan daripada Allah.
Luahkan segalanya kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Anggaplah seolah-olah sekejap lagi kita akan
mati. Pasti kita akan berdoa dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh.
Mudah sahaja kan untuk solat taubat? Ambil masa dan muhasabah diri setiap hari. Saban hari, ada saja dosa
yang kita lakukan. Bersihkan kembali diri kita daripada dosa dengan membanyakkan istighfar dan memohon
keampunan kepada-Nya. Amalkan solat sunat taubat setiap hari jika boleh.
Mari kita renungkan, Rasulullah s.a.w yang bebas dosa itu pun beristighfar tidak kurang dari 70 kali setiap hari.
Jadi, sudah tentu kita manusia yang setiap detiknya sentiasa menambah koleksi dosa seharusnya lebih banyak
beristighfar dan memohon keampunan Allah.
Lalu, bagaimana pula dengan kita yang mahu mengikut dan menjadi umat Rasulullah? Sudahkah kita
beristighfar lebih 70 kali pada hari ini?