Anda di halaman 1dari 8

FATWA MUFTI JOHOR MENGENAI KITAB-KITAB SESAT

[1948]

  ‫ِيم‬
ِ ‫الرح‬
َّ ‫ـن‬ َّ ِ ‫ِب ْس ِم هَّللا‬
ِ ‫الر ْح َم‬
‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله‬ 
‫أجمعين‬ ‫وصحبه‬
‫اما بعد‬ 

PENDAHULUAN
Bunyi surat daripada Kukup, Johor minta dimasukkan dalam
kitab "Perbandingan Iktiqad Orang-orang Melayu" iaitu:

Kepada Sekalian Pembaca Al-Muhtaramin  ‫المحترم‬


Apabila saya membaca akhbar harian Majlis yang cemerlang tertarik
benar saya membaca “Perbandingan Iktiqad Orang-Orang
Melayu” terlebih dahulu daripada membaca berita-berita yang lain,
tambahan pula segala keterangan yang disiarkan itu amat mudah dan
senang difahami dengan cukup nas-nas dan ayat-ayat al-Quran yang
menerangkan mana-mana yang salah dan mana-mana yang benar.
Tetapi sedang separuh perjalanan “Perbandingan Iktiqad Orang-
Orang Melayu” keluar bersambung-sambung dalam akhbar Majlis tiba-
tiba ada orang menyalahkan siaran Al-Ustaz Mohamad Ismail Salleh,
Perak itu hingga nampaknya terhenti siaran itu sementara.

Saya memang amat gemar mengetahui adakah betul kitab-kitab lima


buah yang dikatakan Ustaz Mohamad Ismail Salleh itu salah (mengajar
ilmu sesat)?. Perkara ini saya fikir bukan mudah dan sebarang-barang
orang yang boleh memberi jawapan yang sepenuh-penuhnya melainkan
ulama'-ulama' yang terbilang jua dengan sebab itulah masalah yang
termusykil ini dibawa pertanyaan kepada Yang Mulia Habib Mufti
Kerajaan Negeri Johor.

Alhamdulillah, rupanya pertanyaan saya itu tidak menjadi sia-sia dan


dihampakan sebagaimana tuan-tuan pembaca al-muhtaramin telah dapat
menatap yang disiarkan di dalam akhbar Majlis keluaran hari Rabu, 29
September, 1948 dan telah difikir setengah daripada setengah tuan-
tuan pembaca al-muhtaramin tidak dapat membaca siaran itu maka
disiarkan semula di dalam kitab ini.
Yang demikian jawapan Yang Mulia Habib Mufti Kerajaan Johor itu
saya amat-amat hargai dan diucapkan berbanyak terima kasih dan
terhutang budilah saya dan Ustaz Mohamad Ismail Salleh tidak dapat
dibalas melainkan berdo'a ke hadhrat Tuhan Jalla wa Azza mudah-
mudahan dipanjangkan umurnya dan dimurahkan rezeki.

Dengan kerana jawapan inilah saya hantar kepada Al-Ustaz Mohamad


Ismail Salleh, Perak supaya tidak terbantut siarannya itu diulangi semula
sambungannya di akhbar Majlis dan terus saya minta jadikan buku ialah
terbit syor ini daripada tiga-empat orang guru-guru saya sendiri.

Tuan-tuan pembaca al-muhtaramin marilah kita beramai-ramai


mengucapkan syukur ke hadhrat Tuhan Jalla wa Azza Yang Maha Kuasa
ucapkan selamat sejahtera atas usaha Ustaz Mohamad Ismail Salleh,
Perak yang berbahagia atas bersusah-payah menyiarkan kitab-kitab yang
disalahkan itu supaya tidak kelak kita terkena mempelajari ilmu yang
sesat.

Adapun menyiarkan rencana-rencana seumpama ini bukannya suatu


pekerjaan yang mudah dan senang dengan kerana itu saya berharap
kepada sekalian pembaca-pembaca al-muhtaramin membantu dan
sokonglah membeli kitab yang amat berharga ini supaya dibaca anak
cucu kita di belakang hari kelak. Dengan adanya kitab yang tersebut
dapatlah mereka itu berpandukan mana yang benar dan mana yang
salah.

Sekali lagi saya minta kepada sekalian pembaca-pembaca al-


muhtaramin mendoakan mudah-mudahan Ustaz Mohamad Ismail Salleh,
Perak berusaha lagi mengarang kitab-kitab yang lain menjadi berguna
kepada kita semua umat Islam mudah-mudahan Tuhan Jalla Wa Azza
Yang Maha Kuasa mengurniakan bintangnya daripada suatu masa ke
suatu masa ke hadapan yang terlebih cemerlang lagi adanya. Wassalam.

Al-Haqir,
MOHAMAD SALLEH BIN MOHAMADON
Kukup, 
Johor
1 Oktober, 1948.

AL-USTAZ MOHAMAD ISMAIL BIN SALLEH - KITAB 


"PERBANDINGAN IKTIQAD ORANG-ORANG MELAYU"                      
Sesungguhnya saya yang tersebut nama di atas adalah pada hari Jumaat
24.9.48 telah menerima surat beregister No.135 Kukup, Johor
bertarikh 22.9.48 daripada Tuan Mohamad Salleh bin
Mohamadon berkenaan dengan makalah saya itu minta dikeluarkan
sambungannya dan dicetak. Bersamanya tuan itu saya sertakan salinan
surat keterangan daripada Pejabat Mufti Kerajaan Johor dalam
perkara kitab-kitab karangan ulamak Jawi yang lima buah itu iaitu kitab:
‫ دان بيان‬، ‫ فتح العارفينـ‬،‫ كشف االسرار‬،‫ عمل معرفة‬، ‫الدر النفيس‬
‫التجلي‬ 
maka  salinan surat yang terhantarkan kepada saya itu ialah seperti di
bawah ini:
Almukarram, 
Al-Ustaz Mohamad Ismail bin Salleh –
Simpang Tiga Talang, Kuala Kangsar, 
Perak. 

Dengan sejahteranya.

Tuan,

Adalah saya dengan hormatnya dimaklumkan iaitu “Perbandingan


Iktiqad Orang-Orang Melayu” yang tuan siarkan di dalam
akhbar Majlis nampaknya sudah lama terhenti pada hal perkara ini
tersangat mustahak hendak diketahui umat Melayu akan sambungannya
supaya diketahui yang mana salah dan yang mana benar pada agama
kita Islam yang maha suci. Tambahan pula keterangan-keterangan yang
tuan siarkan itu amat mudah dan lekas dapat difahami. Dari sebab itu
saya berharaplah supaya tuan cetakkan jadi sebuah kitab. Saya percaya
mendapat sokongan daripada segala peringkat orang-orang Islam yang
hendak mengetahuinya, tambahan pula segala kitab-kitab yang tuan
salahkan itu memanglah benar salahnya sebagaimana Fatwa Yang
Mulia Habib Mufti Kerajaan Johor.  Bersama-sama ini dikirimkan
salinannya supaya ditatapi tuan.

Demikianlah diharapkan berhasil bagaimana permintaan saya ini dan


harap jua disiarkan sambungannya di akhbar Majlis supaya dapat
ditatapi sebelum dicetak. Demikianlah bengan berbanyak-banyak terima
kasih dan berharap sedikit jawapan daripada pihak tuan hal perkara ini
adanya. Wassalam.

Kukup, Johor. 
22 September, 1948                                                             

                                                                    tandatangan
                                MOHAMAD SALLEH BIN MOHAMADON 

Kemudian tuan ini sebutkan salinan surat pejabat Mufti Kerajaan


Johor dalam perkara kitab lima buah itu demikian bunyinya:

Pejabat Mufti Kerajaan Johor 27 julai 1948 Bilangan (2) dlm f.m
101/48
Daripada: Mohamad Salleh bin Mohamadon, 
Kukup, Johor.
Tarikh: 2.7.48

Perkara:

KITAB-KITAB KARANGAN ULAMA JAWI


                                                                
SOAL

Dalam akhbar harian Majlis berturut-turut kali mengeluarkan memberi


keterangan lima buah kita jawi yang dituduh oleh Ustaz Mohamad Ismail
Salleh, Perak pengajaran agama sesat iaitu kitab:  ،‫عمل معرفة‬ ،‫الدر النفيس‬
‫التجلي‬ ‫ فتح العارفين دان بيان‬،‫كشف االسرار‬ .
Adakah sebenar-benarnya kitab itu mengandungi ilmu palsu dan
sesat ? Harap dapat fatwa.

MOHAMAD SALLEH BIN MOHAMADON


Kukup
2 Julai, 1948.

JAWAB

Alhamdulillah. Fatwanya:
Kitab-kitab tuan penyoal sebutkan itu ialah lima (5) buah iaitu:
1. Kitab Bayan At Tajalli 
2. Kitab Kasyful Asrar 
3. Kitab Amal Ma’rifah 
4. Fatehul Arifin 
5. Addurun Nafis
Tetapi saya tidak berjumpa di pejabat agama kitab-kitab itu melainkan yang (4) dan
yang (5) dan saya ada jumpa sebuah kitab di tepi kitab ( ‫)مفتاح الجنة‬ yang
‫اسرار الدين‬ yang boleh dibangsa kepada
dinamakan Asrar Addin 
kitab Addurun Nafis ‫الدر النفيس‬ itu.
Kitab Addurun Nafis
 saya berjumpa 2 buah- (1) dicetak sendiri
oleh Mohamad Majid Al-Kurdi di Makkah dalam tahun 1335H dan (2) di tepi kitab
yang bernama Hidayatus-Salikin  ‫هداية السالكين‬ yang dicetak olehnya dalam
tahun 1331 Hijrah. Maka saya telah baca beberapa tempat di dalamnya
saya didapati kitab itu menunjukkan agama  Wahdat al- wujud  ‫وحدة‬
‫الوجود‬ yang asalnya agama Hindu kemudian dipotong baginya
pakaian daripada ayat-ayat atau Hadis-hadis yang ditukar maknanya
kepada agama Hindu.
Agama Wahdat al-wujud telah ijmak ulama Islam atas bahawasanya
adalah ia agama kufur orang yang percaya kepadanya murtad ( ‫والعياذ‬
‫)باهلل‬
 isterinya tertalak daripadanya dapat anak haram zadah dan hartanya
kembali jadi hak Baitul Mal.

Saya didapati di dalamnya melawan sama sekali dengan Ilmu Tawhid dan
ia menetapkan bahawa Tuhan itu tiada lain melainkan orang kafir,
sekalian orang manusia yang lain, segala binatang dan langit, bumi,
bulan, bintang, itu semuanya Tuhan jika ada seorang mati ertinya
setengah daripada Tuhan mati. Jika jadi buta atau sakit atau lapar atau
jimak atau apa-apa pun begitulah juga Tuhan (Maha Suci Tuhan Rabbul-
Izzah daripada bersifat dengan perkataan yang keji lagi najis yang
dituturkan oleh orang-orang jahat itu).

Saya nasihat tuan penyoal jangan sekali-kali membaca dan menatap


kitab itu atau yang sepertinya kerana ia termasuk di dalam jumlah kitab-
kitab yang diharamkan oleh ulama'-ulama' seperti kitab Al-Insan al-
Kamil  ‫االنسان الكامل‬ , kitab al-Futuhat Almulkiyah ‫الملكية‬ ‫كتاب الفتوحات‬ ,  al-
Nusus  ‫النصوص‬,  Syarah al-Nusus Lilnabulsi  ‫للنابلسي‬ ‫النصوص‬ ‫شرح‬ , kitab

Attawasin  ‫كتاب الطواسين‬ , kitab Khal’u Anna’lain  ‫خلع النعلين‬ ‫كتاب‬ demikian jua


kita-kitab yang dikarang oleh Abdul Karim al-Habli daripada Zabid negeri Yaman
dan lagi kitab-kitab yang dikarang oleh Ibn Sab-ein ‫ابن سبعين‬ dan lain-lain
karangan daripada orang-orang yang percaya kepada agama Hindu atau
tasawwuf Hindu dan falsafah Hindu kemudian dicampur-aduk kepada
tasawwuf Islam. 
 
Saya sendiri telah baca terjemah-terjemah daripada tasawwuf Hindu itu
didapati serupa dan semacam dengan mazhab tasawwuf Wahdatu al-
wujud  yang dinamakan oleh sesetengah orang Ilmu Hakikat kemudian

‫)طهارة‬,  Taharah Tariqat  (
dikata Taharah  Syariat (‫شريعةـ‬
‫)طهارطريقة‬ dan Taharah Hakikat (‫)طهارة حيقيقة‬, Sembahyang Syariat,
Sembahyang Hakikat hingga membawa kepada zakat, puasa, haji, dan
lain-lain.
Saya ingatkan sesiapa yang hendak tetap beragama Islam, janganlah berjinak
dan dekat kepada kitab-kitab itu atau dengan orang-orang yang mengaku
beragama itu.
Hubaya, hubaya  ‫!!هباي – هباي‬ Nescaya ia keluar daripada agama Islam
sama-sekali dan masuk ke dalam api neraka bersama-sama iblis dan
pengikut-pengikutnya. Maka saya tiada dapat peluang bagi menerangkan
satu-satunya kejahatan yang terkandung di dalam kitab  Addurun
Nafis  itu dan saya rasa tiada patut disalinkan di sini kerana ia amat
dicacatkan Tuhan–cacatnya yang amat ringan yang ia mengaku Tuhan
(Yang Maha Suci) ialah makhluk, Dialah  jauhar  dan Dialah  jisim,
aradh,  berubah dan …. Yang saya tiada ingin dan hati saya tiada sudi
menerima supaya ditulis di sini. Maka telah maklum bahawa banyak
orang-orang yang belajar tasawwuf dahulu telah pergi ke negeri India
belajar ilmu tasawwuf kononnya! Dan belajar falsafah India kepada juki-
juki di sana. Jemputlah baca dalam tarikh Baghdad dan di dalam Rihlah
Ibn Battutah   ‫رحلة ابن بطوطة‬ yang masyhur. 
Maka kitab-kitab Wahdat al-wujud yang dinamakan sebelah sini Ilmu
Hakikat itu ialah pusaka mereka yang sesat dahulu
itu. Pengarang Addurun Nafis masukkan Ahli Assunnah Wal Jamaah
kepada golongan yang adalah atas penglihatannya
itu ghisyawahawah ‫غشاوة‬. Meskipun adalah di dalam kitab ini ada
banyak salinan daripada ulama' yang betul, silapnya ia tiada faham betul.
Ia menukar makna-maknanya kepada agama Wahdat-al-wujud seperti
ia menukar ayat-ayat dan Hadis-hadis. Ada lagi ia membawa banyak
perkataan yang dikatakan Hadis tetapi  sebenarnya bukan Hadis.
‫ا للهم احفظ علينا ايماننا واسالمنا واحبنا على االيمان واالسالم‬
‫وامتنا على االيمان واالسالم آمين يا رب العالمين‬
‫ علوي طاهر الحداد‬ 
ALWI TAHIR AL-HADDAD
Mufti Kerajaan Johor

       ‫علوي طاهر الحداد‬ 


Lihat : 

1948[ ‫كتاب سست‬-‫فتوى مفتيـ جوهرـ مڠناءي كتاب‬


[ Lihat juga: 

i.      Perbandingan Iktiqad Orang-orang Melayu Bhg 1


ii.     Perbandingan Iktiqad Orang-Orang Melyu Bhg 3 
iii.    ‫الشهادة‬ ‫في كلمتي‬  ‫في ترجمة عقيدة اهل السنة‬
iv.    Kemuliaan Manusia, Roh Amalan Salih dan Kemuliaan Malaikat 
v.     Soal Jawab Mengenai "ADA" Allah SWT  
vi.    Muqaddimah  
vii.   Pengertian al-Muraqabah dan Ahli al-Muqarrabin
viii.   Kitab Ad-Durrun- Nafis
ix.    Kitab Ad-Durrun Nafis (Permata Yang Indah) 
x.     Ajaran Sesat Di Malaysia 
xi.    Ajaran Sesat Ketika Era Kerjaan Johor-Riau-Lingga   

      *************************************************** 

ِ ‫ض ا ْل ُع َل َمـ‬
،‫ـاء‬ ِ ‫ض ا ْل ِع ْل َم ِب َق ْب‬
ُ ‫ض ا ْل ِع ْل َم ا ْنت َِزا ًعا مِنَ ا ْل ِع َبا ِد َو َلكِنْ َي ْق ِب‬ُ ‫هللا الَ َي ْق ِب‬
َ َّ‫إِن‬
ِ ‫س ـ ِئلُوا َفــأ َ ْف َت ْوا ِب َغ ْيـ‬
‫ـر‬ ُ ‫ َف‬،‫وس ـا ُج َهاَل َء‬ ً ُ‫اس ُرؤ‬ ُ ‫ـق َعالِ ًمــا ا َّت َخـ َذ ال َّن‬ ِ ‫َح َّتى إِ َذا َل ْم ُي ْبـ‬
َ َ‫ضلُّوا َوأ‬
‫ضلُّوا‬ َ ‫ َف‬،‫ا ْل ِع ْل ِم‬
                           Maksudnya : 

“Sesungguhnya, Allah tidaklah mencabut ilmu dengan sekali cabut dari hamba-

Nya. Akan tetapi, Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan ulama. Sampai


apabila Allah tidak menyisakan seorang ulama pun, manusia pun mengangkat

pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ditanya lalu berfatwa tanpa

ilmu, sehingga mereka sesat dan menyesatkan.” [HR. al-Bukhari ]

PENGUMUMAN : Kitab "PERBANDINGAN IKTIKQAD ORANG-ORANG MELAYU" ini


sudah diterbitkan semula untuk pembacaan umum pada tahun 2012. Untuk
membuat pesanan dan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi penerbit : 

                              DARULFIKIR,
                              329B, Jalan Abdul Rahman Idris,
                              Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
                              50300 KUALA LUMPUR.
                              Tel : 603-26913892, 26981636/7.
                              Faks : 60326928757,
                              E-mel : e-mel@darulfikir.com.my
                              Laman Sesawang : www.darulfikir.com.my

Anda mungkin juga menyukai