Anda di halaman 1dari 6

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM

KISAH NABI ADAM DI DUNIA

ISI CATATAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih, Pada pengacara


Para hakim yang bijaksana
Guru-guru rakan semua
Mari hayati… cerita hamba

Ayuh kawan-kawan dengarkan cerita saya pada hari ini yang bertajuk KISAH
NABI ADAM DI DUNIA

Dari tanah ia tercipta


Iradat Allah penguasa semesta Syair
Terpesona malaikat.. kagum melihatnya
Itulah adam manusia pertama Dari tanah dicipta
manusia
Ya kawan-kawan.
Nabi adam adalah manusia pertama yang Allah ciptakan. Baginda adalah Tanahnya kering
makhluk yang sempurna yang Allah ciptakan dari tanah. Allah ada menyebut lumpurnya hitam
cerita tantang penciptaan nabi Adam dalam firmannya yang berbunyi:
   Ditiupkan roh
    kedalam tubuhnya

Itulah asal lahirnya
adam
Maksudnya:
(pantun)
Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah
liat kering , yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk.
(surah Al-hijr ayat 26)

Hawa pula Allah ciptakan dari rusuk kiri nabi Adam, sebagai pendampingnya di
syurga.

Kawan-kawan
Begitulah Allah berkuasa dalam menjadikan sesuatu. Pandanglah sekeliling
kita banyak kejadian aneh berlaku di dunia ini, contohnya, kelahiran bayi
kembar siam, ibu yang melahirkan bayi kembar lapan dan sebagainya. Tatkala
Allah berkehendak ia pasti akan berlaku. Renunglah hikmah disebalik kejadian
Adam dan hawa hidup
Kawan-kawan gembira di syurga
Perintah Allah jangan
Adam dan hawa gembira disuyrga hampiri pohon
dihampiri jangan Pohon larangan larangan
buah khuldi dimakan dihukum kedunia Godaan iblis tidak
gembiranya iblis tertawa kegirangan mampu mereka
patahkan
Kasihan nabi adam. Kerana termakan dengan pujuk rayu iblis. Mereka telah Buah khuldi dimakan
termakan sejenis buah dari pepohon yang di larang Allah S.W.T. maka mereka dihukum kedunia
telah diperintahkan untuk keluar dari syurga sebagai hukuman buat mereka.
(lagu)
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Nabi Adam dan
Hawa amat menyesali akan kesilapan yang telah mereka lakukan. Mereka
tidak berhenti berdoa di dunia agar Allah ampunkan dosa mereka.

  


  
  
 
 
Maksudnya:
mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami
sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat
kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".

(Surah Al-A’raf ayat 23)

ya kawan-kawan,
maha pengasih Allah S.W.T telah mengampunkan dosa nabi Adam dan Hawa.
Sedangkan Allah mengampunkan dosa hambanya apatah lagi kita. tindakan
kerajaan Malaysia memansuhkan Akta ISA demi keselamatan dan perpaduan
sejagat adalah tindakan yang wajar diberi pujian.
Hadirin sekalian,

Setelah diturunkan didunia, jadilah nabi Adam khalifah pertama di muka bumi.
Memikul amanah dengan penuh tanggungjawab dan ketaatan kepada Allah
untuk memakmurkan bumi Allah ini.

Tapi malangnya

terpisah adam, dari hawa tercinta Syair/ lagu


di jabal rahmah kembali berjumpa
dikurniakan mereka kembar nan dua
berkembang biak atas dunia

firman Allahdalam surah al-A’raf ayat 172:

   


  
 
 
 
Maksundya:
Dan ingatlah ketika tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari
sulbi mereka, dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka.

Ya kawan-kawan
Setelah nabi adam dipertemukan semula dengan Hawa, baginda telah
dikurniakan dengan sepasang anak kembar.

Anak adalah amanah Allah. justeru itu, peliharalah mereka dengan sebaik
mungkin, janganlah jadi seperti sebahagian ibu bapa hari ini yang sanggup
mendera anak mereka seperti kejadian dera yang menimpa adik Nur Aina
Nabiha Abdullah yang maut didera ala komando oleh bapanya sendiri.
Astarghfirullah…
Kawan-kawan

Zuriat,
Kau pembawa berkat sajak
Hasilkan tanaman kembangkan pertanian
Ternakan dijana pakaian tercipta
Terbentuklah tamadun pertama manusia

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 26:

  


 
 
 

Maksudnya:
Wahai anak adam! Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu
bahan-bahan untuk pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan.

Ya kawan-kawan
Begitulah kehidupan nabi Adam di muka bumi ini. Baginda telah beradaptasi
dengan keadaan kehidupan yang baru dan mencipta ketamadunan. Baginda
bertani untuk mendapatkan bekalan makanan. Baginda juga menternak biri-
biri untuk membuat pakaian. Sesungguhnya Allah jualah maha pemberi rezeki.
Ingat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang mempunyai asset berjuta
ringgit asalnya hanya menolong ibunya menjual roti.
Kawan-kawan
Setelah anak-anak nabi adam meningkat dewasa,

Habil dijodohkan dengan Iqlima Sajak / lagu


Seorang yang cantik juga rupawan
Qabil dijodohkan dengan labuda
Orangnya hodoh jelik rupanya

akhirnya
Kerana dengki dan iri hati
Habil dibunuh saudara sendiri

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 30:

   


  
 

Maksudnya:
Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya sehingga tergamak membunuh
saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia golongan orang-
orang yang rugi.

Kawan-kawan
Jauhi sikap dendam dan iri hati kerana ia adalah sifat mazmumah. Tindakan
tentera negara asing yang mencabuli negara Iraq dan merampas minyak
negara tersebut adalah satu sikap yang kejam.

Rentetan pembunuhan pertama didunia, Allah telah mengajar manusia cara


menguruskan jenazah. Satu lagi ketamadunan manusia tercipta dan bermula
pada zaman nabi Adam.

Kawan-kawan
Lagu
Nabi adam semakin tua
Zuriatnya pula semakin ramai tak terkira
Fitrah manusia ada penghujungnya
Wafat Adam kembali kepada yang esa
Pada usia 1000 tahun, wafatlah nabi adam kembali kepada sang penciptanya.

sekian

Anda mungkin juga menyukai