Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

MOHAMAD AFIQ BN JOHARI


901202-01-6771
PISMP PENGAJIAN AGAMA ISLAM AMBILAN JANUARI 2011

Pertama sekali, syukur pada Tuhan yang maha Esa kerana berkatnya, saya dapat
menyiapkan tugasan EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional ini.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam membantu menyiapkan tugasan ini. Terutamanya kepada ahli
kumpulan saya yang bersama-sama memerah buah idea dan berbincang serta
membahasakan isu yang telah dipilih secara telus dan kritis bagi mendapatkan isi dan
kupasan terbaik untuk dipersembahkan kepada pensyarah.
Semester kali ini, kami mempelajari subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional (EDU3083). Oleh itu, kami telah diberikan tugasan daripada pensyarah
pembimbing kami iaiitu En. Kundayis Labeh. Bagi tugasan EDU3083 ini, kami telah
ditugaskan untuk melaksanakan dua tugasan. Tugasan pertama berkehendakka kami
untuk menyediakan satu skrip teks forum dengan memilih satu isu berkenaan dengan
etika keguruan dan seterusnya mengumpul maklumat dan membahaskan isu tersebut
serta mencari konklusi bagi mengatasi isu yang telah dipilh. Seterusnya hasil daripada
kajian dan penelitian yag telah kami jalankan secara berkumpulan akan dibentangkan
dalam bentuk forum dihadapan kelas dan di nilai oleh pensyarah pembimbing.
Tugasan kumpulan ini ternyata mempunyai cabarannya yang tersendiri apabila kami
perlu untuk duduk secara berkumpulan dan mencari kata sepakat bagi meilih satu isu
yang hendak diketengahkan dan kemudainnya begerak mengumpulkan maklumat dan
hujah bagi menghasilkan satu skrip teks forum yang berkualiti dan koheren. Saya akui
ia bukan satu tugas yang mudah apabila kami etropaksa beberapa kali menukar soalan
dan skrip jawapan forum bagi memastikan ianya sesuai dan menajwab persoalan serta
pemasalahan yang kami ketengahkan. Sering kali juga kami bertikam lidah dan
menemui jalan buntu dalam usaha ini. Kesemuanya bagi memastikan kami tidak
terkeluar dari landasan dan hujah yang dipersembahkan juga tidak tersasar dari topik
yang dipilih. Tugasan kedua pula meminta kami untuk menyediakan peta grafik bagi
menjelaskan konsep kepimpinan guru dan langkah ynag diambil kerajaan dalam usaha
untuk memartabatkan profesion keguruan. Tugasan ini merupakan tugasan individu.
Awalnya, saya begitu kurang yakin sama ada saya mampu menyiapkan tugasan
ini kerana dalam masa yang sama saya juga perlu menyiapkan tugasan bagi subjek
yang lain selain kajian tindakan yang sangat menuntut untuk disiapkan segera.
Tambahan pula, saya juga sibuk dengan tugas saya sebagai Setiausaha Agung
Jawatankuasa Perwakilan pelajar dan Ini merupakan cabaran buat diri saya kerana
saya perlu melaksanakan kesemua tugasan saya dalam masa yang sama. Sejujurnya,
pelaksanaan tugasan ini benar-benar memerlukan saya untuk bijak mengurus masa
agar saya mampu menyiapkan tugasan dengan teratur dan sistematik.
Tidak dinafikan bahawa dalam usaha untuk saya menyiapkan tugasan ini
sememangnya banyak masalah dan cabaran yang saya tempuhi. Antara masalah yang
perlu untuk saya hadapi ialah masalah untuk mencari bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk dan isu yang telah kami pilih. Selain itu tugas mengumpulkan maklumat
bagi menjawab tugasan individu juga memerlukan saya membaca banyak buku
berkaitan sebelum kesemua maklumat yang telah dikumpulkan disaring dan hanya
yang terbaik sahaja dipilih untuk dimasukkan kedalam tugasan ini.
Saya juga menghadapi kesukaran untuk memilih, membina dan menyusun
bahan dan fakta yang telah dikumpulkan dalam bentuk persembahan grafik. Proses ini
sememangnya menguji kesabaran kerana sememangnya bukan mudah untuk
menyusun segala maklumat dan fakta yang telah dikumpul kedalam satu bentuk
persembahan grafik yang besuai selain saya perlu untuk menyusun kesemua maklumat
tersebut sebaiknya agar ia tidak bercelaru dan mengelirukan pembaca selain perlu
untuk dipesembahkan dalam bentuk yang menarik.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya berasa sungguh bertuah kerana
berpeluang untuk mempelajari ilmu berkaitan dengan profesionalisme keguruan dan
kepimpinan dalam bidang keguruan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan yang
diperoleh dala subjek ini sangat penting bagi diri saya apabila bergelar guru kelak.
Sebagai seorang guru, sudah tentu berhadapan dengan pelbagai ragam dan karenah
murid yang pelbagai. Jadi, saya boleh aplikasikan strategi dan kemahiran yang telah
saya pelajari terhadap murid saya yang bermasalah kelak.
Melalui tugasan ini juga banyak yang saya pelajari berkenaan denga isu semasa
berkaitan dengan etika keguruan dan profesionalisme keguruan. Pengetahun yang
diperolehi ini amat berguna bagi saya sebagai persediaan untuk menghadapi temu
duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang dijangka akan diadakan pada bulan
september tahun ini. Maka dengan menyiapkan tugasan ini dan mengikuti sesi forum
yang dijalankan akan membantu sedikit sebnayak telah membantu saya untuk
mempersiapkan diri untuk temu duga tersebut.
Asas kepimpinan dan profesionalisme keguruan ini merupakan sesuatu ilmu
yang baharu buat diri saya. Melalui pembacaan dan pencarian maklumat saya
berkaitan dengan tugasan ini, banyak ilmu dan maklumat baru saya perolehi dan
ketahui. Saya seronok melaksanakan tugasan saya ini.
Antara kekuatan yang ada pada saya semasa melaksanakan tugasan ini adalah,
saya mempunyai ramai rakan yang menjadi rujukan dan dijadikan pasangan kolaborasi.
Oleh itu, ia sedikit sebanyak memberi kelebihan daripada segi perkongsian pengalaman
dan langkah proses yang digunakan semasa menjalankan intervensi. Selain itu,
rujukan buku juga mudah diperolehi daripada perpusatakaan, tambahan pula laman-
laman sesawang banyak memberikan perkongsian ilmu. Kajian berkaitan dengan
perkemabgan kanak-kanak yang dapat diakses melalui internet juga membantu guru
untuk membuat analisis dan perbandingan dengan baik.
Dengan menyiapkan tugasan ini saya juga dapat memahami prinsip akauntabiliti
guru dengan lebih baik lagi selain saya dapat memahami tanggungajwab sebagai
seorang guru yang sebenar dengan lebih baik. Penghayatan akauntabiliti guru
haruslah dihayati sepenuhnya kerana ia akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Ini kerana melalui penghayatan tersebut ia membolehkan
semua guru untuk menajlankan tugas mereka dengan lebih baik, komited serta
berdedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akauntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid dan profesion keguruan
pasti akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tugasnya. Oleh yang demikian akauntabiliti perlu untuk dihayati sebaikya oleh seorang
guru kerana dengan pengabaian akauntabiliti akan menyebabkan banyak kepincangan
akan berlaku dan cita-cita negara untuk emlahirkan modal insan yang cemerlang akan
terbantut dan gagal. Ini seklaigus akan menajtuhkan martabat profesion keguruan dek
kerana perbuatan aybg tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.
Antara kelemahan yang ada pada diri saya semasa daripada bermulanya
sehingga selesai tugasan ini adalah, sebelum melaksanakan tugasan, saya terlalu
sibuk dengan tugasan peribadi dan juga tugasan di kampus. oleh yang demikian saya
terpaksa menangguhkan tugasan EDU ini. Walhal, pada masa yang sama saya boleh
melakukan tugasan secara perlahan-lahan. Namun saya langsung tidak mengambil
peduli tentang tugasan ini. Oleh itu, apabila saat akhir, saya terpaksa memaksa diri
untuk menyiapkan tugasan. Dan ini telah menyebabkan banyak kerja yang perlu saya
lakukan dalam satu masa, sehinggakan tidak tahu mana yang perlu didahulukan. Saya
akui, secara keseluruhannya dalam tugasan ini, pengurusan masa agak kurang efisien.
Cadangan penambahbaikkan yang perlu saya lakukan pada masa-masa akan
datang adalah, saya perlu mengubah cara kerja yang saya amalkan sekarang. Saya
perlu merancang cara kerja dengan mendahulukan kerja yang penting terlebih dahulu
kemudian barulah kepada tugasan yang kurang penting. Selain itu, saya perlu
mengurus masa dengan lebih efisien, dengan cara membahagi-bahagikan masa untuk
melakukan kerja yang penting dengan kerja yang dilakukan pada masa lapang.
Akhir sekali, diharapkan dengan penghasilan tugasan ini, ilmu yang telah saya
perolehi dapat saya gunakan pada masa akan datang. Semoga dengan penghasilan
tugasan ini memberi kepentingan kepada individu yang berkepentingan dan juga
memberikan pengetahuan dan perkongsian ilmu kepada kita semua.

Anda mungkin juga menyukai