Anda di halaman 1dari 7

Kepentingan pendidikan bergantung kepada perubahan tingkah laku manusia dalam usaha

untuk membentuk warga negara yang jujur, mematuhi undang-undang, setia kepada
pemerintah dan cinta kepada negara’

Berdasarkan pernyataan diatas, anda dikehendaki menganalisis isu-isu berkaitan


aspek amalam profesionalisme guru dalam usaha meningkatkan professional kendiri.

1.0 Pengenalan

Agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian


Tinggi (KPT) ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan
Malaysia, kompetensi profesional yang patut dicapai oleh setiap guru, keperluan yang patut
dicapai oleh setiap guru, keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan IPG selaras
dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) iaitu memartabatkan
profesion keguruan. Menurut Ismail dan Subki (2014), tugas guru yang berbentuk “
meningkatkan tahap pembelajaran, pengetahuan dan pencapaian” melayakkan guru digelar
sebagai seorang professional dengan kemahiran dan kompetensi yang dimiliki untuk
melaksanakan tugas tersebut. Persoalannya, apakah isu-isu berkaitan aspek amalan
professionalisme guru dalam usaha meningkatkan professional kendiri?

2.0 Isu Amalan Profesionalisme Guru

2.1 Guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil dalam subjek yang diajar.

Guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang
diajar ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan di
mana-mana sekolah mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Oleh itu, guru
mengalami masalah untuk mengajar subjek yang bukan bidang mereka. Natijahnya, guru
tidak dapat mengajar dengan berkualiti dan berkesan. Kandungan isi pengajaran yang tidak
lengkap. Guru menjadi tertekan dan menjadikannya malas untuk belajar tentang subjek
tersebut. Guru akan menjadi kurang berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam
pengajaran. Kesannya kepada pelajar ialah pelajar merasa tidak yakin dengan pengajaran
yang disampaikan. Mereka merasa bosan dengan isi pengajaran guru kerana tidak mahir
mengajar subjek tersebut. Akibatnya, pelajar hilang minat dan mendapat keputusan
peperiksaan yang tidak memuaskan atau prestasi merudum.

2.2 Kerja-kerja pengkeranian dan pengurusan sekolah yang membebankan.

Selain tugas guru sebagai seorang tenaga pengajar di sekolah, guru juga harus
membuat kerja-kerja pengkeranian dan pengurusan sekolah yang membebankan seperti
membuat laporan, mengisi borang maklumat pelajar, mengurus yuran dan sebagainya.
Sepatutnya, tugas guru hanya mengurus untuk meransangkan suasana pembelajaran
dalam kelas dan mewujudkan situasi-situasi pembelajaran yang berkesan, mengurus
keadaan fizikal dan disiplin bilik darjah serta mengurus sumber bahan pengajaran dan
pembelajaran yangdigunakan. Berdasarkan portal Utusan Online, kerja-kerja perkeranian
mengganggu proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru. Oleh itu, tugas-tugas
sampingan seperti ini membebankan para guru dalam membahagikan antara masa untuk
menyediakan rancangan mengajar dengan kerja-kerja pengkeranian. Terdapat hampir 100
tugas guru yang disenaraikan terpaksa dilakukan oleh seorang guru dalam satu tempoh
penggal sekolah. Isu ini selalu disuarakan oleh kesatuan guru atau di Kementerian
Pelajaran Malaysia berkaitan masalah ini. Majoriti tugas yang membebankan adalah kerana
terdapat banyak pelaksanaan tugas guru yang perlu menggunakan aplikasi capaian internet.
Walhal, mereka berada di penempatan pedalaman yang sukar untuk mendapatkan capaian
internet. Akibatnya, tugas hakiki guru terabai, kesihatan guru terjejas kerana stres dengan
kerja-kerja luar dan menjadi tidak bersemangat untuk mengajar di dalam kelas kerana terlalu
sibuk.

2.3 Guru yang malas untuk mencari ilmu

Seterusnya, isu guru yang malas untuk menimba atau mencari ilmu pengetahuan.
Hal ini dibuktikan dengan kurangnya amalan membaca dalam kalangan murid. Berdasarkan
keratan akhbar Berita Harian, kekurangan kempen membaca turut menyumbang kepada
kurangnya peningkatan dalam amalan membaca rakyat negara ini. Oleh itu, guru tidak harus
mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.
Malek, (2007)

2.4 Guru yang cetek pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Sehubungan dengan itu, isu masalah guru yang cetek pengetahuan berkaitan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Mereka memberikan alasan bahawa tidak
menerima capaian internet kerana berada di kawasan pedalaman. Menurut Ismail et.al
(2017), guru yang tidak menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sukar
untuk menarik minat dan focus murid terhadap sesuatu topik pembelajaran.

2.5 Guru yang tidak telus dan amanah

Selain itu, masalah guru yang tidak telus dan amanah dalam menjalankan
tanggungjawabnya. Hal ini berdasarkan isu guru yang membocorkan soalan peperiksaan,
membocorkan rahsia sekolah atau dari segi pengurusan masa. Kesannya, murid akan
mengikuti apa yang dipelajarinya daripada guru dan mengintepretasikannya seperti meniru
semasa peperiksaan, hadir lambat ke sekolah, ponteng sekolah dan sebagainya.

2.6 Guru yang bekerja sambilan

Tambahan pula, isu guru yang bekerja sambilan untuk menambahkan pendapatan
semakin popular di kalangan guru. Contoh kerja sampingan yang dilakukan guru seperti
pengajar tuisyen, penceramah seminar , berniaga di pasar malam , perniagaan skim
pyramid (MLM), menjadi agen insurans dan memandu teksi atau Grab. Aktiviti kerja
sampingan selepas waktu di sekolah membawa kesan negatif seperti keletihan dan lesu,
perancangan mengajar tidak lengkap, melakukan aktiviti dalam waktu pejabat atau semasa
tugas rasmi dan tiada tumpuan mengajar. Menurut akhbar Utusan Online, disebabkan
komitmen pemikiran, masa dan tenaga lebih terarah kepada kerja luar, ada guru yang
mengabaikan tugasan hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2.7 Guru yang tidak mengambil berat masalah pelajar

Akhir sekali, isu guru yang tidak mengambil berat dan peduli tentang masalah
pelajar. Tugas guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas tetapi juga mengambil peduli,
mengambil berat dan menyayangi murid mereka yang melibatkan responsif sensitif terhadap
orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman dan
masalah mereka. Menurut Sani (2005), tidak kira sama ada remaja dari kota ataupun desa
atau daripada golongan berada ataupun miskin boleh terlibat dengan gejala sosial yang
terus berleluasa dan menjadi semakin parah. Kebiasaannya, segala masalah sosial berlaku
di sekolah seperti ponteng, buli, vandalisme, merokok, pengambilan dadah dan
gangsterisme. Tambahan pula, gejala sosial dan sahsiah diri dalam kalangan remaja yang
merupakan masa depan negara semakin kritikal.

3.0 Cara Mengatasi Masalah

3.1 Menghadiri kursus atau meningkatkan tahap kelayakan.

Oleh itu, menurut Esa (2016), menggunakan pendekatan, strategi dan teknik
pengajaran yang pelbagai termasuk berani mencuba pembelajaran abad ke-21 untuk
kepentingan masa hadapan negara. Guru juga perlu meningkatkan profesionalisme sama
ada tahap kelayakan ataupun mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan supaya dapat
mahir dalam apa jua subjek yang diajar.
3.2 Pembahagian kerja

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan
pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian
membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu
dengan terperinci. Guru Besar dan pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas
kepada guru-guru agar pembahagian kerja tersebut adil dan mengikut kemampuan guru
tersebut.

Semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu diuruskan sendiri oleh
mereka serta aktiviti tersebut dijalankan di luar kawasan sekolah. Guru-guru dan pelajar pula
hanya perlu menghadiri program tersebut sebagai peserta atau jemputan sahaja. Menurut
Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah
Malaysia (PKPSM), apabila sekolah menjadi tuan rumah dan pengurus acara, sekolah ingin
buat yang terbaik sedangkan persiapannya mengambil masa yang lama. Maka, lebih baik
program yang dianjurkan oleh pihak luar diadakan diluar kawasan sekolah dan diuruskan
oleh mereka sendiri. Hal ini akan meringankan beban guru kerana guru tidak perlu bersusah
payah membuat persiapan untuk sesuatu program luar.

3.3 Memupuk sikap budaya ilmu

Budaya ilmu ialah segala aktiviti ilmu pengetahuan yang dilaksanakan oleh setiap
anggota dalam masyarakat dan yang diterima sebagai nilai tara utama dalam amalan hidup.
Antara komponen budaya ilmu ialah budaya bermusyarah, membaca, berfikir, belajar dan
berkarya. Guru sepatutnya menjadi “role model” yang mengamalkan segala aspek nilai
budaya ilmu dahulu dan menunjukkannya kepada murid-murid supaya mereka dapat
mengikutinya dalam amalan budaya ini. Natijahnya, kewujudan budaya ilmu di kalangan
guru dan murid adalah sejajar dengan salah satu cita-citanya yang terkandung dalam
pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu
pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur
hidup. Oleh itu, para guru perlu mempunyai semangat juang yang kental dan sentiasa
bersedia serta berani untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan untuk menggalas
cabaran ini.

3.4 E-pembelajaran

Menurut Hanafi (2016), untuk menghadapi pelajar-pelajar abad ke-21, pensyarah


atau guru perlulah bersedia dengan teori dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk
menghadapi cara hidup atau stail hidup pelajar abad ke-21. Oleh itu, sepatutnya tiada lagi
halangan untuk guru mahir dalam TMK ini. Kerajaan telah memperkenalkan E-pembelajaran
yang merangkumi beberapa jenis pendidikan seperti melalui internet, Pendidikan Jarak Jauh
(PJJ), pendidikan terbuka, pendidikan radio dan televisyen serta penggunaan komputer
dalam pendidikan. Tuntasnya, guru haruslah menginterasikan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam sistem pendidikan untuk meningkatkan penggunaan TMK di kalangan
murid-murid sekolah dan seterusnya menghasilkan pekerja ilmu bagi menjamin
perkembangan negara maju.

3.5 Melahirkan guru yang berwibawa dan amanah

Menurut Fadlan (2006), jujur dan amanah adalah dua perkara yang perlu disematkan
dalam jiwa bakal guru. Jujur dalam menjalankan tugas adalah perkara utama apabila anda
memegang jawatan sebagai pegawai kerajaan. Menguruskan masa pula melibatkan
penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang masa dengan sesuai untuk
mencapai matlamat. Guru perlu mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik untuk
mendapat kesan yang maksimum.

3.6 Tindakan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling


Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 dimana ianya untuk memantau dan memberi kebenaran
kepada individu yang terlibat. Antara panduan yang ditetapkan ialah ketika memohon telah
disahkan jawatan, kerja sampingan tidak melebihi 4 jam seminggu, markah prestasi tahunan
guru haruslah tinggi iaitu bersamaan atau melebihi 80% bagi tahun sebelumnya, kerja
sampingan tidak mengganggu tugas rasmi, tidak dibenarkan menggunakan peralatan
pejabat atau sekolah dan pemohon mendapat sokongan Ketua Jabatan masing–masing.
Oleh itu, sebagai seorang guru kita mestilah mengutamakan perkerjaan keguruan
berbanding pekerjaan sambilan.

3.7 Melahirkan guru yang penyayang dan prihatin

Oleh itu, seorang guru mestilah peka terhadap persekitaran dan masalah yang
dihadapi oleh muridnya. Hal ini demikian kerana guru adalah antara orang yang paling dekat
dengan murid. Menurut Salhah (2005), guru yang sentiasa mewujudkan komunikasi dua
hala di dalam kelasnya sudah tentu akan meningkatkan penglibatan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, akan dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran
guru. Sikap guru yang menyayangi dan mengambil berat anak muridnya akan dapat
menjalinkan hubungan rapat antara guru dan murid. Situasi seperti ini sudah tentu akan
mewujudkan rasa penghargaan di kalangan murid-murid dan mereka akan melibatkan diri
secara aktif dalam pengajaran guru. Oleh itu, pendekatan kepedulian merupakan
kesanggupan seseorang guru untuk berkorban demi pelajarnya.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,


pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Agensi dan institusi latihan perguruan juga patut menyediakan keperluan yang jelas dan
lengkap. KPM juga harus berganding bahu berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan
institusi pendidikan guru.
RUJUKAN

Abdullah Sani bin Yahaya, (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Esa. (2016, Mei 17). GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Utusan Online.
Diperolehi pada September 8 ,2018, daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/guru-pembina-negara-bangsa-
1.326974#ixzz5QWglUMee
Hanafi, Atan. (2016). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Norhisyam, Mohammad. (2009, November 26). Guru SK dibebani tugas kerani. Utusan
Online. Diperolehi pada September 8 ,2018, daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1126&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Forum&pg=fo_01.htm
Malek Muhamat Said, (2007). Mengurus khidmat bimbingan dan kaunseling sekolah. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.
Nor, Azma. Laila. (2018, April 12). Budaya Membaca Mahasiswa. Berita Harian.
Prof. Dr. Anuar Ahmad Guru. (2011, September 2). Kerja Luar Semakin Serius, Kementerian
perlu Kaji. Utusan Online. Diperolehi pada September 8 ,2018, daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm#ixzz5QWaNho00
Salhah Abdullah, (2005). Guru Sebagai Fasilitator. Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn.
Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, (2014). Pengantar Pengajian
Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar, (2006). Kerjaya sebagai guru. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Wan Ismail Wan Abdullah, Nur Iyliani Kamaruzaman, Mohd Rahim Ariffin, Abdul Hakim
Abdullah, Ab Aziz Sulaiman, Mustafa Che Omar dan Roslan Ab Rahman, (2017).
Kolerasi Kefahaman dan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Guru Pendidikan Islam. The International Seminar On
Islamic In Contemporary Society. 1059-1061.

Anda mungkin juga menyukai