Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini adalah menerangkan tentang secara keseluruhan kajian yang meliputi

permasalahan kajian dan latar belakang kajian berkaitan dengan permasalahan dan

isu-isu yang berlaku berkaitan dengan literasi sains dalam kalangan kanak-kanak.

Seterusnya, bahagian ini juga menyatakan objektif kajian dan persoalan kajian untuk

menentukan hasil dan matlamat yang ingin dicapai dalam kajian yang dijalankan.

Selain itu, bahagian ini menerangkan tentang kerangka konseptual dalam

pembangunan modul literasi sains bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun semasa

pandemik Covid-19 yang meliputi teori-teori yang digunakan dan kaedah yang akan

dijalankan dalam kajian ini. Definisi-definisi istilah juga dinyatakan dalam bahagian

ini bagi mengetauhi maksud sesuatu istilah dengan lebih mendalam bagi setiap

maksud tajuk yang ingin dibahaskan dalam kajian ini. Seterusnya, pengkaji

menghuraikan kepentingan kajian kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

1.2 Pernyataan Masalah


Kepentingan modul pembelajaran kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan

Matematik (STEM) perlulah dilaksanakan sejak di peringkat awal usia lagi. Aktiviti

STEM yang dijalankan dapat membantu memupuk minat kanak-kanak kepada bidang

sains dan inovasi. Menurut Boe (2011), golongan profesional STEM yang mempunyai

kelayakan adalah perlu untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa serta untuk

memenuhi tuntutan kontemporari bagi memastikan tenaga yang mencukupi dan

mampan serta mempertimbangkan pembangunan teknologi semasa. Jadi, pendekatan

sejak awal usia lagi dapat mengasah dan memupuk minat kanak-kanak sekaligus dapat

membantu mereka memiliki kemahiran dalam dunia sains dan teknologi.

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mengenalpasti bahawa

murid-murid kurang mempunyai kemahiran dalam mengaplikasikan ilmu pengetahuan

kerana guru kurang menerapkan kemahiran berfikir dalam diri mereka. (PPPM 2013-

2025). Untuk meningkatkan kemahiran literasi sains dalam diri kanak-kanak, guru

hendaklah meningkatkan kemahiran mereka dalam mengendalikan aktiviti dan juga

kelas. Aktiviti-aktiviti ini hendaklah dijalankan sejak usia awal kanak-kanak lagi bagi

merangsang pemikiran mereka dengan lebih berkesan lagi. Berdasarkan kaji selidik

yang telah dijalankan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

pada tahun 2008, negara Amerika Syarikat, India serta Korea Selatan mempunyai

kesedaran awam yang tinggi mengenai fakta sains dan teknologi berbanding dengan

negara Malaysia yang mempunyai peratusan yang rendah. Bahkan, pihak awam juga

tidak menyedari bahawa peluang kerjaya adalah tinggi jika mereka memanfaatkan

kemahiran literasi sains dalam diri mereka.


Penutupan operasi dalam peringkat pendidikan akibat berlakunya pandemik

Covid-19 memberikan impak yang besar dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Menurut Connie Ompok et al. (2020), pendedahan kanak-kanak kepada akiviti STEM

adalah sangat penting dalam mempersiapkan kanak-kanak untuk menghadapi dunia

sains dan teknologi semasa dan juga pada masa hadapan walapun berlakunya dengan

situasi pandemik Covid-19. Menurutnya lagi, satu modul perlulah dilaksanakan untuk

kanak-kanak untuk mendekatkan mereka dengan beberapa aktiviti yang boleh

dilakukan oleh mereka dengan penglibatan guru, ibu bapa dan persekitaran kanak-

kanak sebagai guru ketiga dalam pendidikan awal kanak-kanak. Aktiviti ini mampu

menerapkan penyuburan minat dan pendedahkan kepada STEM untuk kanak-kanak

dan ianya sangat diperlukan pada masa kini. Selain itu, aktiviti literasi sains dapat

membantu kanak-kanak dalam perkembangan pemikiran kritis dan kemahiran

penaakulan.

1.3 Latar Belakang Kajian

Menurut Organisasi Kerja Sama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) (2016), literasi

sains didefinisikan sebagai suatu pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk

mengenal pasti sesuatu soalan, memperoleh pengetahuan baru, menjelaskan fenomena

saintifik, membuat kesimpulan berdasarkan suatu fakta, memahami ciri-ciri sains,

mempunyai kemahiran proses sains membentuk persekitaran alam serta memberikan

kesediaan kepada kiita untuk terlibat akan masalah-masalah yang timbul berkaitan

dengan sains. Tujuan untuk membangunkan modul literasi sains ini adalah untuk

melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran saintifik, dapat mengenal pasti


sesuatu masalah yang timbul dan memahami masalah, serta menerapkan dan

mengintegrasikan konsep sains yang telah dipelajari ke dalam penyelesaian yang

sesuai di dunia realiti. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran literasi sains yang

tinggi juga harus memiliki amalan kreatif, inovatif dan inventif yang bersesuaian

dengan kemahiran yang akan digunakan pada masa kini dan Revolusi Industri 4.0.

Literasi dalam sains adalah amat penting kerana merangkumi setiap bahagian

dalam kehidupan kita. Untuk mendekatkan diri kita terhadap keperluan dan

kepentingan literasi sains, sebagai seorang guru kita mesti melengkapkan diri dengan

pengetahuan dalam bidang ini iaitu kemahiran dalam proses sains agar dapat

diterapkan kepada kanak-kanak. Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011),

pendidikan sains membantu meningkatkan kognitif kanak-kanak dalam memahami,

menganalisis, mengaplikasi dan mensintesis sesuatu perkara. Pendekatan dan strategi

yang digunakan guru juga haruslah bersesuaian dalam pendidikan sains untuk

membantu kanak-kanak memahami dengan lebih jelas semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Literasi saintifik membantu kita membentuk corak pemikiran, tingkah

laku, dan membina watak manusia untuk menjaga dan bertanggungjawab terhadap diri

mereka sendiri dan masyarakat, serta keadaan sekeliling. Menurut Essam Al-Jaddou

(2015), salah satu objektif utama dalam pendidikan aliran moden ialah penerapan

amalan kemahiran berfikir kreatif untuk melahirkan individu yang mampu berdepan

dengan sesuatu rintangan serta dapat menguasai ilmu pengetahuan untuk diaplikasikan

dalam kehidupan terutama pada abad ke-21 kini.

Menurut Ahmad Zamri (2017), pelaksanaan pendidikan STEM tidak dapat

dijalankan dan dikembangkan dengan baik oleh pendidik adalah disebabkan

kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang lemah. Umumnya semenjak


berlaku pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita, aktiviti pengajaran dan

pembelajaran banyak ditangguhkan dan pusat asuhan serta sekolah-sekolah telah

diarahkan tutup oleh pihak kementerian susulan peningkatan kes dalam kalangan

masyarakat demi mengekang wabak ini daripada terus menular. Situasi ini

menyebabkan segala proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terpaksa

dihentikan dan ditangguhkan. Keadaan ini menyebabkan pihak guru dan kanak-kanak

menjalankan aktiviti yang terhad untuk mematuhi piawaian tatacara piawaian operasi

standard yang telah ditetapkan. Walaupun hakikat sebenarnya pendidikan sains ini

merupakan suatu perkara yang sangat penting untuk masa hadapan kanak-kanak,

tetapi disebakan berlakunya pandemik Covid-19, pelbagai aktiviti terpaksa

ditangguhkan dan ini sekaligus mengganggu proses perkembangan literasi sains dalam

diri kanak-kanak.

Menyedari keadaan ini, suatu modul literasi sains dibangunkan untuk

meningkatkan kemahiran literasi di dalam diri kanak-kanak 3 hingga 4 tahun

sekaligus dapat membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang

boleh dilakukan di dalam kelas semasa pandemik Covid-19 berdasarkan panduan yang

diberikan seperti di dalam modul. Pengkaji akan melihat kebolehgunaan untuk kanak-

kanak sama ada ianya boleh digunakan ataupun sebaliknya. Di dalam modul tersebut,

terdapat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk dijadikan panduan oleh guru-

guru. Di dalam RPH tersebut, akan dinyatakan langkah-langkah dari proses permulaan

hingga ke proses akhir, bahan dan alatan yang digunakan, dan objektif perlaksanaan.

Fungsi modul ini adalah untuk meningkatkan kemahiran literasi sains dalam diri

kanak-kanak serta dapat memaksimumkan pembelajaran berpusatkan murid.


Fungsi modul yang dibangunkan juga adalah untuk mencabar kemampuan

kanak-kanak dalam berfikir sekaligus meningkatkan aras pemikiran mereka.

Pendekatan yang dijalankan dengan kaedah berpusatkan murid dapat membantu

kanak-kanak menjadi seorang yang berdikari. Selain itu, ianya dapat meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran seseorang guru juga dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti

yang berkaitan dalam subjek Sains. Interaksi sosial antara kanak-kanak dengan guru

semasa aktiviti dijalankan juga dapat menjana pemikiran aras tinggi. Oleh itu, dengan

adanya modul ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat menyumbang dan memberikan

idea bagi menjalankan aktiviti yang bersesuaian dalam kalangan kanak-kanak agar

mereka dapat menghubungkan minat dalam aktiviti pembelajaran dengan dunia nyata.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang dibentangkan dalam kajian ini seperti berikut:

1.4.1 Menganalisis keperluan modul literasi sains pandemik semasa Covid-19 di

dalam bilik darjah dalam kalangan kanak-kanak 3-4 tahun.

1.4.2 Mereka bentuk dan membangunkan modul literasi sains pandemik Covid-

19 di dalam bilik darjah dalam kalangan kanak-kanak 3-4 tahun.

1.4.3 Menilai kebolehgunaan modul literasi sains pandemik Covid-19 di dalam

bilik darjah dalam kalangan kanak-kanak 3-4 tahun.


1.5 Persoalan Kajian

Berikut merupakan permasalahan yang akan dikaji kepada persoalan yang berikut:

1.5.1 Adakah modul literasi sains pandemik Covid-19 di dalam bilik darjah perlu

dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun?

1.5.2 Apakah reka bentuk modul literasi sains pandemik Covid-19 di dalam bilik

darjah dalam kalangan kanak-kanak 3-4 tahun?

1.5.3 Apakah kebolehgunaan modul literasi sains pandemik Covid-19 di dalam

bilik darjah dalam kalangan kanak-kanak 3-4 tahun?

1.6 Kerangka Konseptual

Pengkaji telah menganalisis beberapa kajian-kajian lepas untuk melihat aktiviti-

aktiviti yang pernah dilakukan di dalam bilik darjah untuk meningkatkan kemahiran

literasi. Modul literasi sains yang dirancang adalah untuk mengembangkan kemahiran

yang dapat digunakan di dalam semua bidang seperti penaakulan, penyelesaian

masalah, pemikiran kreatif dan kritis kemahiran kreatif serta kemahiran lain. Modul

literasi sains yang dibangunkan dalam kajian ini adalah berasaskan kepada tiga teori

utama yang diperlukan bagi meningkatkan kemahiran literasi sains untuk kanak-kanak

yang berumur 3 hingga 4 tahun di dalam bilik darjah semasa pandemik Covid-19. Satu

kerangkan konseptual telah dibina untuk kajian yang dilakukan seperti rajah di bawah:
Literasi Sains Semasa Pandemik
Dalam Bilik Darjah Untuk
Kanak-kanak 3-4 tahun.

TEORI
1. Teori Perkembangan Jean Piaget
2. Teori Pembelajaran Bruner
(Pembelajaran Induktif)
3. Teori Kontruktivisme
(Implikasi Vygotsky)

Design and Development Research (DDR)

Kurikulum Permata Alam


1.Analisis Keperluan Modul
Bahan
2. Reka Bentuk Modul
( Meneroka dan
3. Kebolehgunaan Modul memanipulasi alam bahan
dalam bentu pepejal dan
cecair)

Modul Literasi Pandemik


Covid-19 Dalam Bilik Darjah
1.7 Definisi Istilah

Bahagian ini menerangkan istilah yang digunapakai dalam kajian ini agar pengkaji

dapat memahami konsep dengan lebih mendalam:

1.7.1 Pembangunan Modul

Menurut Society for International Development (2020), pembangunan merupakan

suatu proses pertumbuhan, perubahan positif atau penambahan atau kemajuan kepada

komponen fizikal, pertumbuhan ekonomi, pembangunan persekitaran, serta

peningkatan sosial dan demografi. Pembangunan juga dilihat sebagai suatu perkara

yang berguna dalam proses perubahan yang dilakukan itu. Menurut Abdul Hanid Halit

(2011), modul membincangkan sesuatu tajuk tertentu mengikut urutan. Modul juga

merupakan suatu pakej untuk pelajar agar mereka dapat belajar untuk lebih

memahami serta dapat menguasai dalam sesuatu unit pembelajaran.

1.7.2 Literasi Sains

Menurut Toharudin (2011), science literacy yang telah digunakan oleh Hart iaitu

orang pertama menggunakan istilah literasi sains dari Stanford University membawa

maksud sesuatu tindakan dalam memahami sains dan mengaplikasikannya dalam

keperluan masyarakat. Manakala menurut Mendikbud (2017) Sains adalah suatu

keupayaan sistematik untuk mencipta, membangun, dan mengorganisasi pengetahuan

untuk memahami alam semesta.

1.7.3 Pandemik Covid-19


Pandemik adalah suatu keadan penularan bagi suatu wabak penyakit yang baru

dikenalpasti di seluruh dunia. Penyakit tersebut menyebabkan orang awam mudah

dijangkiti serta dapat merebak dengan meluas melalui dari seorang individu kepada

seorang individu secara berterusan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM), Coronavirus (CoV) merupakan sejenis virus baru yang menyebabkan

jangkitan saluran pernafasan kepada manusia. Terdapat beberapa jenis coronavirus

seperti Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV) dan

severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS).

1.7.4 Bilik Darjah

Menurut Mok Soon Sang (2011), bilik darjah ialah satu bilik yang mempunyai pelajar

dan terdapat pengawasan seorang guru. Bilik darjah tersebut akan digunakan bagi

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahkan, fungsi bilik darjah juga

adalah untuk pelajar memperoleh maklumat dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu

perkara yang dibincangkan bersama oleh guru.

1.7.5 Kanak-kanak

Kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun

seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta

Kanak-Kanak, 2001. Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan kajian bersama kanak-

kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun yang berada di TASKA.

1.8 Kepentingan Kajian


Kajian yang dijalankan bagi mengkaji pembangunan modul dalam kemahiran literasi

sains semasa pandemik Covid-19 kepada kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4

tahun. Perlaksanaan aktiviti yang hendak dijalankan memerlukan kemahiran guru

untuk melaksanakan aktiviti. Modul yang dibangunkan juga untuk membantu semasa

proses PdP di dalam kelas sekaligus mencapai objektif pelajaran dalam subjek Sains.

Kepentingan khusus kajian adalah kepada:

1.8.1 Kurikulum PERMATA

Matlamat Kurikulum PERMATA Negara adalah menyediakan program asuhan dan

didikan awal untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini membantu

guru untuk menyediakan persekitaran dan pengalaman pembelajaran awal kepada

kanak-kanak. Kurikulum PERMATA juga memberikan peluang kepada kanak-kanak

untuk menikmati pembelajaran yang berkualiti sekaligus melahirkan modal insan

yang berkualiti dari pelbagai aspek. Tujuan kajian yang dijalankan untuk melihat

kebolehlaksanaan modul literasi sains semasa pandemik Covid-19 kepada kanak-

kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun.

1.8.2 Guru

Modul literasi sains ini juga dapat membantu guru-guru di TASKA untuk

menjalankan projek dan amali yang berkaitan dengan subjek sains untuk

diaplikasikan di dalam kelas bersama kanak-kanak. Modul yang dibina juga

diharapkan dapat membantu guru dalam menguruskan kelas, penyediaan susunan

bahan dan alatan, prosedur-prosedur yang perlu diambil dan langkah keselamatan

yang perlu dititiberatkan. Ini kerana guru memainkan peranan penting dalam
keberkesanan sesuatu perkara di dalam bilik darjah. Selain itu, ianya sedikit sebanyak

untuk membantu guru meningkatkan kemahiran saintifik semasa menjalankan aktiviti

yang disediakan.

1.8.3 Ibu Bapa

Mengikut bahagian PERMATA (2010), antara falsafah PERMATA Negara adalah

menekankan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka. Dengan

itu, kajian ini membolehkan ibu bapa untuk lebih cakna dengan perkembangan literasi

sains yang dimiliki oleh anak-anak mereka dan membantu anak-anak untuk

meningkatkannya ketika di luar TASKA. Ini kerana ibu bapa juga merupakan insan

yang terdekat dengan kanak-kanak dan faktor kejayaan kanak-kanak juga bergantung

kepada penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka.

1.8.4 Kanak-Kanak

Kajian dalam pembangunan modul ini membantu kanak-kanak untuk meningkatkan

literasi sains dalam diri mereka, membentuk sikap saintifik, membantu mereka

mengenal pasti sesuatu masalah, mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang

timbul dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan ke dunia sebenar. Selain itu, ianya

membantu kanak-kanak agar mereka tidak ketinggalan walaupun berlakunya

pandemik Covid-19 agar mereka mempunyai akses kepada pendidikan dan berpeluang

mempelajari dan menerokai sesuatu perkara yang baru untuk menimba pengalaman

dalam aktiviti pembelajaran literasi sains. Seterusnya, ianya membantu kanak-kanak

untuk meningkatkan kefahaman kepada sesuatu sebab yang terjadi dalam setiap

perkara dan membantu mereka untuk menganalisis sesuatu perkara dengan baik

dengan bimbingan guru di dalam bilik darjah.


1.9 Rumusan

Modul yang dihasilkan dapat membantu meningkatkan kemahiran literasi sains dan

dapat membantu guru dalam menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21.

Keupayaan guru dalam mengaplikasikan literasi sains kepada kanak-kanak mampu

meningkatkan kualiti dalam pembangunan modal insan supaya mereka pada suatu

masa nanti mampu menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 yang diterajui dalam

bidang sains dan teknologi. Modul yang dibangunkan juga dapat menjadi panduan

kepada guru tentang cara-cara melaksanakan aktiviti yang melibatkan aktiviti sains

yang boleh dilakukan bersama-sama dengan kanak-kanak untuk membantu

meningkatkan kemahiran literasi sains. Selain itu, guru juga boleh menggunakan

pelbagai aktiviti lain yang menarik dan seharusnya dioptimumkan dalam

perlaksanaanya agar kanak-kanak memperoleh manfaat sekaligus guru dapat

menghasilkan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai