Anda di halaman 1dari 5

KOD DAN NAMA KURSUS :

BSJ3034 - KAJIAN MANUSKRIP DAN SASTERA MELAYU

TUGASAN INDIVIDU :

ANALISIS TERHADAP MANUSKRIP HIKAYAT TENGKORAK KERING

KUMPULAN A

NAMA PENSYARAH :

DR. BAZRUL BIN BAHAMAN

SEMESTER 2 2019/2020
1. ASPEK BAHASA

Dari aspek tulisan, tulisan jawi telah digunakan dalam teks ini. Faktor penggunaan tulisan
ini adalah kerana tulisan jawi merupakan tulisan utama dalam teks-teks hikayat pada zaman
tersebut. Hal ini boleh dilihat melalui penulisan manuskrip-manuskrip melayu lain yang mana
kebanyakkannya ditulis menggunakan tulisan jawi. Sukar untuk dijumpai manuskrip melayu
yang menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan utama dalam penulisan manuskrip. Sekiranya
dilihat dari sudut penggunaan bentuk tulisan, khat nasakh telah digunakan bentuk utama dalam
penulisan teks ini. Faktor tulisan memainkan peranan penting dalam memahami dan mengkaji
manuskrip tersebut. Secara keseluruhannyan teks tersebut adalah mudah difahami. Namun
begitu, timbul juga beberapa kesukaran dalam memahami perkataan yang digunakan dalam teks
ini dan terdapat juga beberapa perkataan yang langsung tidak dapat dikenal pasti apa yang
dimaksudkan oleh penulis. Contohnya, antara perkataan-perkataan yang sukar dikenal pasti ialah
‘syahdan’, ‘laksa’ dan ‘tiada khali’.

Dari aspek bahasa pula, penggunaan bahasa melayu lama telah digunakan dalam
penulisan teks ini. Bahasa melayu lama atau klasik merupakan bahasa yang bersesuaian dengan
zaman tersebut dan ia telah digunakan dalam kalangan masyarakat. Penggunaan bahasa ini
adalah bertujuan untuk memudahkan penyampaian mesej dan nilai-nilai yang hendak diterapkan
terhadap masyarakat pada waktu itu. Contohnya, perkataan ‘syahdan’, ‘laksa’, ‘tiada khali’,
‘cetera’ dan ‘ceritera’. Semua perkataan ini adalah sukar untuk difahami melainkan dengan
merujuk kamus-kamus bahasa yang berkaitan.

Selain itu, manuskrip ini juga menggunakan bahasa arab dalam penulisan teks ini. Bahasa
Arab ini merupakan bahasa yang bersesuain dengan isi kandungan manuskrip tersebut yang
berkaitan dengan hukuman seksa dan azab akibat meninggalkan solat. Selain itu, manuskrip ini
juga tergolong dalam Manuskrip Islam yang terkandung di dalam Manuskrip Melayu.
Penggunaan bahasa Arab adalah bersesuaian dengan Bahasa Melayu yang dapat menerima kata-
kata pinjaman daripada bahasa asing. Antara contoh perkataan Arab yang digunakan di dalam
teks manuskrip ini ialah ‘solat’ dan ‘syahadah’.

Terdapat di beberapa tempat yang menggunakan istilah Arab tetapi penggunaannya


amatlah sedikit. Contohnya, perkataaan ‘Bismillahirahmanirrahim’ pada permulaan hikayat ini,
perkataan ‘Ya Rab Ya Saiyidi Ya Maulaya Ya Rabbal Alamin’ iaitu doa yang dipinta oleh Nabi
Allah Isa a.s untuk menghidupkan tengkorak kering dan penggunaan perkataan ‘Ashhadu An La
Ilaha illa Allah wa Ashhadu Annaka Isa Ruhhullah’ iaitu lafaz syahadat yang digunakan oleh
tengkorak kering setelah Allah telah mengabulkan doa Nabi Allah Isa a.s dengan menghidupkan
tengkorak tersebut.
2. FIZIKAL MANUSKRIP

Richard Olaf Winsted dalam buku klasiknya A Historical of Classical Malay Literature
(1969-97) mengatakan tidak menemui naskah awal dan tiada ada catatan serta penjelasan tentang
asal-usul Hikayat Tengkorak Kering yang dikenal juga dengan judul Hikayat Raja Jumjumah,
King Skull (Raja Tengkorak), Hikayat Jumjumah, dan Hikayat Tengkorak Kering Boleh Berkata,
sebelum abad ke-19. Namun demikian, menurut Winstedt, berbagai versinya dapat ditemukan
dalam bahasa Sunda, Aceh, Persia, Hindustan, Afganistan, dan sudah barang tentu dalam bahasa
Melayu. Bankan, syair ini telah pula diterjemahkan kedalam bahasa Inggris dan dimuat dalam
Asiatic Jounal and Monthly Register pada tahun 1823.

Manuskrip Hikayat Tengkorak Kering merupakan terbitan yang diterbitkan sebelum


tahun 1950an dan atau sukar diperolehi, terbitan habis cetak atau tiada dalam pasaran. Koleksi
nadir merupakan khazanah warisan ilmu yang memuatkan maklumat penting berkaitan sejarah
awal sosio-budaya, ekonomi, bahasa, agama, kepercayaan, politik di Nusantara dan Tanah
Melayu merangkumi Alam Melayu, Straits Settlements, Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan
Kepulauan Melayu. Ia terdapat dalam bentuk mikrofilem dengan rujukan Hikayat Tengkorak
kering [Microfilm: NL 2553]. (1894). Penang: Mercantile Press.

Di antara manuskrip Melayu yang dikategorikan sebagai manuskrip Islam ialah ‘Hikayat
Tengkorak Kering’ atau juga dikenali sebagai ‘Hikayat Raja Jumjumah’. Manuskrip ini berkisar
tentang perbualan antara Nabi Isa a.s dengan Tengkorak Kering atau dikenali juga sebagai Raja
Jumjumah yang telah mati dan dihidupkan semula untuk bertutur perihal soalan yang ditanya
oleh Nabi Allah Isa. Mesej utama yang hendak disampaikan ialah perihal mati, azab kubur dan
perkaitan antara amalan dunia dan akhirat. Jelas disini, segala unsur yang dibawa mempunyai
banyak hubungkait dengan kepercayaan seorang muslim.

Dalam Melayu umumnya, dan Kepulauan Riau-Lingga khususnya, hikayat ini popular
melalui edisi cetak litografi (edisi cetak batu) menggunakan huruf jawi atau huruf Arab Melayu
yang dihaskan oleh percetakan dan penerbit di Pulau Pinang serta Singapura. Versi cetak paling
tua dari hikayat ini, tercatat berasal dari tahun 1894, dan dicetak oleh Mencantile Press di Pulau
Pinang Microfilm edisi cetak tahun 1894 ini antara lain berada mderan National Library
Singapura dengan nomor katalogus NL 2553. Seten adi cetak Puteu Pinang, muncul kembali
beberapa versi cetak oleh penerbit di Singapura antara tahun 1896 dan 1917. Ian Proudfoot
dalam Early Malay Printed Book (1992:511), mencatat tiga versi cetak di Singapura yang kini
tersimpan pada sejumlah perpustakaan di Inggeris, Jakarta, Belanda dan Singapura.
3. GAMBARAN MASYARAKAT

Hikayat Tengkorak Kering atau Raja Jumjumah mengisahkan kisah seorang raja Syam
yang mempunyai kekuasaan yang hebat iaitu raja yang bernama Jumjumah. Raja ini mangkat
setelah sakit. Tengkorak itu berkata bahawa, beliau merupakan seorang yang beriman dan
seorang raja yang hebat, mempunyai kekuasaan yang cukup luas merangkumi seluruh bumi
Syam, Syiria, Mesir dan sekitarnya. Beliau juga merupakan seorang yang pemurah, sering
melakukan kebajikan kepada rakyat. Harta-hartanya itu sering melakukan amal kebaikan kepada
rakyat-rakyat dan banyak melakukan kebajikan. Di sini kita dapat melihat bahawa Raja
Jumjumah merupakan seorang yang sangat dermawan kerana banyak kebajikan yang telah
dilakukan oleh Raja Jumjumah, terutamanya kepada anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal.
Bukan itu sahaja, Raja Jumjumah juga banyak menghidangkan makanan kepada fakir dan miskin
pada setiap hari dan membuat wakaf-wakaf rumah kepada fakir dan miskin serta kepada pendeta.

Selain itu, Raja Jumjumah merupakan seorang yang mempunyai pangkat dan darjat
kebesaran yang tinggi kerana beliau merupakan seorang raja di negeri Syam. Selain itu,
tengkorak kering itu juga menceritakan berkenaan harta dan kekuatan yang ada, yang mana harta
dan kekuatan yang beliau miliki sangat luar biasa. Pada zaman tersebut, tiada seorang raja-raja di
dalam dunia seperti Raja Jumjumah yang sangat masyhur akan kebesaran dan kemulian
sepertinya. Apabila beliau pergi berburu maka orang yang mengiring beliau adalam seramai
enam belas laksa (seribu orang). Pakaian-pakaian askar di bawah naungan Raja Jumjumah
adalah bersulamkan benang emas, perak, mutiara dan sebagainya. Anjing-anjingnya juga
berantaikan emas dan perak. Sekalian rakyat juga banyak membayar ufti kepada beliau tiap-tiap
tahun. Raja Jumjumah telah memerintah negeri Syam sehingga 400 tahun lamanya. Semua
rakyat dan hamba-hambanya sangat menghormati akan Raja Jumjumah kerana kemasyhurannya.

Bukan itu sahaja, melalui manuskrip ini juga dapat dilihat gambaran masyarakat yang
ingkar arahan Tuhan. Sungguhpun Raja Jumjumah merupakan seorang yang dermawan dan kuat
bersedekah, tetpai beliau ingkar akan suruhan Allah dan Rasulullah. Ini kerana, semasa hayatnya
beliau tidak pernah menunaikan ibadah seperti solat. Malaikat Izrail memanggilnya sebagai
seorang yang celaka dan musyrik kerana tidak patuh akan suruhan Allah. Raja Jumjumah
menyatakan bahawa semasa beliau sihat beliau banyak melakukan amal kebajikan tetapi amal
kebajikan beliau langsung tidak menjadi asbab untuk dia terlepas dari azab kubur oleh hanya
kerana dia tidak menunaikan solat. Dia telah menderita dengan seksa azab pedih semasa belaiu
nazak dan sehinggalah ke dalam kubur. Demikianlah, akan seksa kepada orang-orang yang
meninggalkan solat.
4. FUNGSI TEKS

Manuskrip Hikayat Tengkorak Kering ini banyak memberikan tauladan dan iktibar yang
dapat kita peroleh daripadanya. Di sini dapat memberikan kita gambaran bahawa betapa
tingginya kuasa Allah SWT terhadap segala-galanya. Ini adalah kerana setelah Nabi Isa Alaihi
Salam berdoa kepada Allah untuk menghidupkan tengkorak tersebut, dengan kebesaran Allah,
Allah telah memakbulkan doa Nabi Isa dan tengkorak itu dapat berkata-kata semula. Nabi Isa
telah bertanyakan kehidupan tengkorak tersebut semasa dia hidup dan tengkorak itu bercerita
segala pertanyaan Nabi Isa. Semasa hari kemangkatannya, tengkorak tersebut dapat melihat akan
kebesaran Allah. Dia merasakan azab pedih dan panas membara akan ketidakpatuhan dan ingkar
suruhan Allah semasa dia sihat. Balasan yang menimpa dia itu adalah kerana beliau
meninggalkan solat. Setelah selesai bercerita, tengkorak tersebut merayu kepada Allah untuk
dihidupkan semula. Dengan izin Allah, tengkorak tersebut telah hidup semula. Dia meninggalkan
segala kemewahan yang dia miliki sebelum ini dan hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Selain itu, melalui hikayat ini juga dapat memberikan kita peringatan bahawa betapa
pedihnya azab dan seksa kepada orang yang meninggalkan solat. Sebelum kewafatan Raja
Jumjumah, dia telah menghadapi azab dan pedih yang tidak dapat tertanggung olehnya. Dia
memberitahu kepada Nabi Isa bahawa segala kenikmatan yang diperoleh pada ketika itu iaitu
makanan dan baju yang bersulamkan benang emas langsung tidak memberi manfaat kepadanya
pada waktu itu. Beliau sangat takut melihat wajah-wajah malaikat pada ketika itu kerana
malaikat datang dengan muka agak bengis dan dengan api yang menyala serta memanggilnya
sebagai orang yang celaka. Raja Jumjumah merayu agar dia dapat terlepas dari azab kerana
beliau banyak bersedekah sebelum ini dengan memberikan wakaf rumah, makanan dan
sebagainya. Namun, sedekah beliau tidak berguna hanya kerana beliau telah meninggalkan solat
semasa waktu dia sihat.

Kesimpulannya, dengan segala kemewahan yang kita ada tidak berguna saat azab
menimpa diri kita. Jika kita hidup dalam serba kekurangan sekalipun, jika kita menunaikan
tanggungjawab kita sebagai Hamba Allah dan patuh akan suruhan Allah, nescaya kita akan
mendapat balasan yang baik di alam sana kelak dan berbeza pula jika kita ingkar akan arahan
Allah kita akan ditempatkan di neraka. Jadi, manuskrip ini banyak memberikan akan peringatan
dan pedoman.

Anda mungkin juga menyukai