Anda di halaman 1dari 1

Menurut perspektif Islam, dimana pendapat Al-Ghazali serta al-Quran dan hadis

menunjukkan bahawa Islam memandang seseorang individu manusia sejak daripada lahir
mempunyai potensi untuk dikembangkan sesuai dengan kemampuannya. Perkembangan
seseorang anak itu mula daripada kandungan yang disebut sebagai al-janin, kemudian al-
tifli, al-tamyiz, al-aqil dan al-auliya sebagai tingkat tertinggi perkembangan manusia.
Manusia itu berkembang dari dalam kandungan sampai lahir ke dunia sehingga mencapai
tingkat tertinggi dan terakhir iaitu tingkat kewalian dan kenabian. Pada tingkat ini manusia
sudah mampu mencapai tujuan Pendidikan Islam iaitu mendekatkan diri kepada Allah. Nilai
lebih terliha jelas pada sistem pendidikan iaitu tujuan hidup manusia sebagai makhluk
ciptaan Tuham, yang tunduk pada hakikat penciptaannya. Tujuan Pendidikan Islam adalah
berupaya mewujudkan peribadi muslim yang sempurna untuk mendapat kebahagiaan di
dunia dan akhirat. Dalam Islam juga menekankan agar berkasih saying kepada anak dan
tidak menggunakan kekerasan. Sikap ini tidak sesuai digunakan untuk mendidik anak-anak,
kerana ianya menyebabkan kesan negatif kepada mereka dan merosakkan makna
kemanusiaan dalam diri kanak-kanaknya. Oleh itu berlandaskan al-quran dan Haids,
menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai potensi yang baik dan harus
dikembangkan sehingga menjadi peribadi yang sempurna. Menurut pandangan tokoh Islam,
iaitu Muhammad Iqbal mungkin dianggap tepat mengenai eksistensialisme. Di mana beliau
mengatakan mengenai ego (peribadi manusia) dalam buku Asrar-i-khudi. Menurutnya, ego
atau khudi adalah menggambarkan “saya yang unik”, kreatif dan sentiasa bergerak maju.
Khudi bermakna Self-Reliance (kepercayaan pada diri sendiri), self-resferct (rasa harga diri),
self-confidence (percaya diri), self-prevervation (penjagaan diri sendiri) dan self-assertion
(penegasan diri). Menurut Iqbal, ego adalah pendorong daya kreativiti setiap manusia,
setiap manusia juga memiliki ego yang berbeza dan hasil kreatif yang dihasilkan juga tidak
sama. Menurut Iqbal, Tuhan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada ego untuk
berekspresi. Suatu masyarakat menurut Islam dan muslim berusaha menjadikan dirinya
individu yang sempurna. Jadi, menurut Iqbal peribadi sempurna iaitu dengan mencontohi
sifat-sifat Allah dalam egonya seperti berkobar-kobar dalam menimbulkan sifat-sifat
uluhiyyah (ketuhanan) dalam diri. Oleh itu, menurut Iqbal peribadi sejati bukan yang
menguasai alam benda tetapi peribadi yang dilingkupi Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai