Anda di halaman 1dari 40

1.

0 Pengenalan
Sudah menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpotensi
tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila
mereka dewasa kelak. Tambahan pula dengan corak kehidupan masa kini yang banyak
memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai
dengan kehendak masyarakat dan negara.
Namun begitu, tidak semua kanak-kanak ini dilahirkan normal dan mengalami masalah
pembelajaran yang perlu dikesan kekurangan tersebut dari peringkat awal lagi oleh ibu
bapa dan guru. Ibu bapa perlu peka dengan setiap aktiviti atau tindak balas yang tidak
normal yang dilakukan oleh kanak-kanak ini. Mereka tidak boleh menganggap bahawa
perubahan positif akan berlaku apabila meningkat remaja tanpa rawatan dan terapi yang
khusus oleh pihak yang berwajib.
1.1 Latar belakang Kurikulum Pendidikan Khas
Falsafah pendidikan khas adalah satu usaha yang berterusan untuk
menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Bagi memenuhi dan kehendak falsafah pendidikan khas, kurikulum yang
dibina berlandaskan 3 prinsip utama :
1.1.1 Pendidikan menyeluruh dan bersepadu yang memberi fokus kepada
potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta social.
1.1.2 Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsang dan
mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.Ini
bermakna pembelajaraan yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid
dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dapat digunakan untuk
dirinya dan juga masyarakat amnya.
1.1.3 Pendidikan sepanjang hayat pula memberi fokus pemerolehan
ilmupengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat
menjana penguasaan ilmu secara berterusan untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.
Manakala objektif pendidikan khas pula adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan
pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas dan juga menyediakan pendidikan yang
sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas.Selain itu, objektif
pendidikan khas juga member peluang kepada murid pendidikan khas ini untuk
mengembangkan bakat dan potensi mereka di samping menguasai kemahiran asas 3M serta
membina keyakinan diri yang positif terhadap pembelajaran.
Menurut Jamila K.A Mohamad (2005), pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh
mereka yang berkeperluan khas tetapi ia perlu diketahui oleh semua
masyarakat terutama sekali warga pendidik. Menurutnya lagi, tanpa pengetahuan
tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan yang mendalam juga akan
mengakibatkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini yang
menyebabkan kanak-kanak ini digelar sebagai malas, bodoh, degil, nakal dan sebagainya.
Situasi ini akan menyebabkan murid-murid tersebut tidak berkeyakinan diri dan sentiasa
mempunyai tingkahlaku negatif yang menimbulkan masalah kepada guru dan pengajaran
pembelajaran tersebut.
2.0 Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD)
Menurut Barkley (1990), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau Attention Deficit
Hyperactive (ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di
kalangan kanak-kanak. Menurut beliau lagi, ia adalah satu kecelaruan perkembangan yang
berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan,
keadaan hiperaktif impulsif yang kerap dan teruk berbanding dengan keadaan biasa
diperhatikan pada individu di peringkat yang normal. Menurut Paul Cooper dan Katherine
(2002), ADHD berlaku mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif,
dan tidak member perhatian.
Manakala Reif (2005) mendefinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD)
sebagai ADHD is neurobiological behavioural disorder characterized by chronic and
developmentally inappropriate degrees of intention, impulsivity and some cases
hyperactivity.
Merujuk kepada Wintraub (1997), dalam Natural Treatments For ADD and Hyperactivity,
bunyi imej, warna dan pergerakkan semuanya berterusan bergerak dan berterusan
mengganggu. Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan
menyelesaikan segala tugasan. Manakala menurut Lahey (1997), ADHD adalah masalah
kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian kerana terhadnya
kebolehanuntuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tingkah laku tidak sabar.
Manakala menurut Azizi Yahaya (2006), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau
ADHD merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang berlaku pada zaman kanak-
kanak yang mempunyai ciri-ciri kurang tumpuan , keadaan hiperaktif yang kerap dan teruk
berbanding biasa. Menurut Sir George F.Still (1902), ADHD disebabkan oleh disfungsi
genetic bukan asuhan yang lemah. Horrocks dan Jackson (1972) menjelaskan bahawa sesuatu
tingkah laku atau perbuatan yang berlaku dalam keadaan yang agak tetap dianggap sebagai
mengalami kecelaruan.
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) berlaku dengan begitu ketara pada
sesetengah kanak-kanak terutamanya pada peringkat prasekolah dan juga murid-murid
sekolah rendah. Gejala ini mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal
tingkah laku mereka bagi member tumpuan yang sepenuhnya. Satu kajian telah dilakukan ke
atas kanak-kanak Malaysia yang berumur di antara 5-15 tahun menunjukkan bahawa seramai
4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkan yang dihidapi oleh kanak-kanak lelaki
berbanding kanak-kanak perempuan. National Insitute of Mental Health (NIMH)
mengjangkakan sebanyak 3% sehingga 5% kanak-kanak akan mengalami ADHD. Dan
sesetengah pakar psikiatri mengatakan bahawa ADHD terjadi 8% hingga 10% pada usia
kanak-kanak sekolah.
2.1 Kategori ADHD
Menurut American Academy of Family Physicians, ADHD yang berlaku di kalangan
kanak-kanak terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
2.1.1 Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian)
Kanak-kanak ini mempunyai daya tumpuan yang singkat terhadap sesuatu
perkara. Selain itu, kanak-kanak ini juga sering melakukan kesalahan yang sama
ketika melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama
juga kanak-kanak ini gagal mematuhi arahan dan gagal menyiapkan tugasan atau
kerja sekolah serta kerap mengalami maslah dalam mengatur tugas dan aktiviti-
aktiviti harian. Simptom lain yang dikaitkan dengan kurang tumpuan ialah kanak-
kanak ini tidak akan memberikan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
2.1.2 Implusif (mengikut dorongan hati).
Bagi kanak-kanak ini pula mereka terdorong untuk melakukan sesuatu perkara
dan tindakan dengan mengikut kata hati dengan tidak berfikir terlebih dahulu.
Ini termasuklah menjawab soalan yang dikemukan oleh guru di dalam kelas
dengan terburu walaupun soalan yang diajukan belum habis disoal oleh guru.
Manakala jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak ini juga tidak tepat dengan soalan
yang disoal oleh guru. Selain itu, kanak-kanak ini juga sering kali mengganggu
kanak- kanak lain ketika melakukan aktiviti, bermain dan ketika menjawab soalan
guru. Apabila kanak-kanak ini melakukan sesuatu perkara, mereka akan cepat
berubah tindakan dengan melakukan tindakan yang lain pula. Sebagai contoh ketika
mereka sedang menulis sseuatu latihan yang diberi oleh guru, kanak-kanak implusif
ADHD ini akan beralih tindakan kepada bermain alat permainan di dalam kelas.
2.1.3 Hiperaktif (berlaku terlalu aktif).
Bagi kanak-kanak hiperaktif ini mereka akan berkelakuan seperti
menggoyangkan badan iaitu kaki dan tangannya serta resah di tempat duduknya. Kanak-
kanak ini juga sukan berlari-lari, memanjat perabot di kelas atau rumah dan sukar
untuk mereka duduk dalam keaadaan yang tenang.Kelakuan hiperaktif ini
seringkali merungsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak yang berusia dua tahun
hingga tiga tahun yang mula pandai berlari, memanjat dan melompat. Simptom lain
bagikanak-kanak hiperaktif ini ialah kanak-kanak ini banyak bercakap dan
bersikap degil serta membantah apabila arahan diberikan kepada kanak-kanak
tersebut.
3.0 Punca-punca berlakunya Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan bagi mengenal pasti punca berlakunya ADHD ini.
Namun kajian yang dilakukan juga masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar
berlakunya ADHD di kalangan kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom ADHD
tersebut. Menerusi kajian yang dilakukan oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat atau
ciri ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang rapat juga boleh mempengaruhi kecacatan.
Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Ini kerana
kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali
ganda berpotensi menjadi ADHD berbanding dengan mereka yang tidak mepunyai sejarah
ADHD. Pendapat ini dibuktikan melalui pendapat Baekley (1998), yang mengatakan bahawa
80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan.
Manakala menurut Sandra (2005), ADHD berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan
aktiviti dan tahap metabolisme yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Mereka yang
mengalami ADHD juga menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak
berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD. Berdasarkan pendapat Friend
(2006), kajian yang dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan terdapat tiga bahagian
otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum. Ketiga-tiga bahagian ini mengawal
fungsi yang berlainan. Untuk penghidap ADHD mereka akan kekuranganelectricall
activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak.
Dalam hal ini juga, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa amalan merokok dan
pengambilan akohol ketika ibu sedang mengandung mempengaruhi dan mempunyai risiko
yang tinggi mendapat ADHD bagi bayi yang dikandung itu. Kemudiannya, factor lain yang
menyebabkan kanak-kanak penghidap ADHD ini ialah masalah kesulitan dalam
pembelajaran antara penyebab seseorang kanak-kanak berkelakuan ADHD kerana kanak-
kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba memahami sesuatu yang dipelajari.
4.0 Ciri -ciri kanak-kanak Hiperaktif Atau ADHD menurut Wiliam Cruickshank
Menurut William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada dua
jenis:
4.1 Sensory Hyperactive (Pancaindera):
4.1.1 Lemah dan gagal memberi tumpuan .
Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana
terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu
yang menghiburkan walaupun seketika. Selalunya mereka gagal
memberikan tumpuan yang baik dalam proses pembelajaran.
4.1.2 Mudah hilang tumpuan.
Kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan terhadap pembelajaran
dan aktiviti pada waktu yang seketika sahaja dan beberapa minit
kemudiannya mereka akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu
yang lain yang dapat menghiburkan hatinya.
4.1.3 Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali.
Kanak-kanak ADHD ini memberi perhatian pada pandangan
dan pendengaran yang berulang kali.
4.1.4 Tidak dapat membuat gambaran, pengasingan dan meyatakan
kaitan atau perhubungan.
Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu
objek, membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada
hubung kait seperti perbezaan antara pokok kelapa dan pokok pinang.
4.1.5 Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang
Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan
keadaan persekitaran dari saiz, jarak dan keadaan ruang.
4.2 Motor Hiperaktif( motor kasar dan motor halus)
4.2.1 Tingkahlaku yang aktif dan melampau.
Kanak-kanak ADHD ini kadangkala akan bertindak dengan agresif
yang boleh menyebabkan pergaduhan dan kecederaan kecil dengan rakan
- rakannya.
4.2.2 Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang.
Seterusnya apabila kanak-kanak ADHD ini mendapat sesuatu bahan
atau barang mereka akan cuba menggunakan pelbagai cara
bagi memanipulasikan bahan tersebut.Mereka akan bertindak
dengan menghentak, memukul, membaling, melontar dan
sebagainya terhadap bahan atau barang tersebut. Lebih-lebih lagi jika
terdapat orang di sekitar kanak-kanak ADHD ini, dia mugkin akan menjadi
sasaran mereka untuk bertindak secara agresif.
5.0 Ciri-ciri perkembangan fizikal dan tingkahlaku perilaku kanak-
kanak ADHD.
Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya
penghidap ADHD hiperaktif impulsif mempunyai tingkahlaku yang lebih agresif daripada
penghidap ADHD impulsive. Sebagai contoh, kanak-kanak ADHD hiperaktif impulsive
kerap memulakan sesuatu pergaduhan dan membuat kesalahan akibat kecuaian.
Mereka juga tidak mahu mendegar percakapan atau arahan orang lain serta enggan
melakukan tugasan. Keadaan ini akan menyebabkan mereka mengalami masalah
pembelajaran kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk di tempatnya dan
tidak mendengar arahan guru. Selain itu, kanak-kanak ini juga mempamerkan ciri-ciri
perkembangan bahasa yang lambat. kesemua ini akan menyebabkan dia tidak disukai oleh
rakan-rakan sekelasnya dan menyebabkan terasing di dalam kelas.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat kanak-kanak hiperakif yang mempunyai
keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya
menyebabkan dia sukar dikawal di dalam suasana kelas biasa. Oleh itu kanak-kanak ini
memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkahlaku untuk meningkatkan tumpuan
perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu atau one to one
opproach. Guru-guru hendaklah sentiasa kreatif dalam tindakan mereka bagi mendapatkan
perhatian kanak-kanak ADHD ini dari semasa ke semasa.
Ciri-ciri lain yang sering dikenalpasti ialah :
i. Kemampuan akademik tidak optimal
ii. Masalah hubungan social
iii. Suka bermain tanpa mengira bahaya
iv. Sikap melanggar tatatertib
v. Suka memberontak
vi. Bertindak sebelum berfikir
vii. Memerlukan kepuasan dengan segera
viii. Tidak boleh menunggu giliran
ix. Suka mengganggu kawan
x. Suka mencuri
xi. Sentiasa bermasalah
xii. Selalu merosakkan barangan orang lain.
xiii. Kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lain
xiv. Suka bising, degil dan sukar dikawal.
xv. Tidak suka dibelai,namun kadang-kadang suka melakukan perkara yang dapat
menarik perhatian orang lain.
6.0 Ciri-ciri Intelektual Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD)
Selain daripada ciri-ciri perkembangan fizikal yang perlu kita perhatikan terhadap
kanak-kanak ADHD ini, sebagai guru dan juga ibu bapa kita juga perlu mengetahui ciri-ciri
intelaktual kanak-kanak ADHD bagi memudahkan kita mengawal dan membimbing mereka
di dalam kelas mahupun di rumah. Ciri-ciri tersebut ialah:
6.1 Mudah terganggu
Faktor ini dapat dilihat menerusi tindakan mereka yang sentiasa resah
gelisah ketika melakukan sesuatu aktiviti di dalam kelas. Fikiran mereka akan
sentiasa terganggu dengan perkara-perkara lain semasa melakukan perkara yang
dilakukan pada ketika itu.
6.2 Tidak boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara.
Apabila kanak-kanak diminta oleh guru untuk menumpukan perhatian
terhadap pengajaran guru di dalam kelas kanak-kanak ini akan bersikap sambil lewa
sahaja. Walaupun mereka melihat guru mengajar namun sebenarnya mereka
memikirkan hal lain. Reaksi ini dapat dikesan oleh guru dengan sikap mereka yang
gelisah di tempat duduk mereka di dalam kelas.
6.3 Tidak boleh menyiapkan kerja dan tugasan
Bagi kanak-kanak hiperaktif ini mereka tidak akan dapat menyiapkan
sesuatu tugasan dengan dan sempurna. Ini kerana kanak-kanak ini akan cepat berasa
bosan dengan sesuatu perkara yang mereka akan anggap penat dan membosankan.

7.0 Ciri ciri perkembangan motor kanak-kanak ADHD


Bagi perkembangan motor sama ada motor halus atau motor kasar, kanak-kanak
ADHD perlu diberi perhatian yang serius dan rapi oleh ibu bapa dan juga guru. Ini kerana
kanak-kanak hiperaktif ini akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa
memikirkan keselamatan diri sendiri. Keduanya kana-kanak ini juga suka melakukan aksi
yang merbahaya seperti melompat dari kerusi ke kerusi dengan jarak yang jauh, memanjat
grill pintu dan terjun ke bawah, memegang pisau yang tajam dan sebagainya. Selain itu,
kanak-kanak ADHD ini juga amat suka berlari-lari di dalam kelas. Mereka menganggap ia
adalah satu keseronokkan dan kepuasan walaupun kadang kala mereka terjatuh atau
tersungkur. Seterusnya kanak-kanak ADHD ini mempunyai masalah tidur yang lasak dalam
keadaan posisi badan yang tidak menentu dan beralih arah. Tidak mustahil juga jika sewaktu
tidur kanak-kanak ADHD ini berjalan ke tempat yang lebih selesa untuk dia tidur. Tambahan
pula kanak-kanak ADHD ini juga tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan dan suka
mengelamun atau berkhayal yang mengundang bahaya jika khayalan tersebut tidak disedari
dengan melakukan sesuatu yang di luar kawalannya.
8.0 Ciri-ciri Perkembangan Sosial kanak-kanak ADHD
Dalam perkembangan sosial, keadaan kanak-kanak ADHD mereka akan cepat bosan dan
pada waktu yang sama juga mereka tidak berdaya untuk menumpukan perhatian pada tugas
yang perlu disiapkan. Kanak-kanak ADHD ini juga tidak mempunyai sikap empati pada
perasaan orang lain. Selain itu, kanak-kanak ADHD ini kerap mengalami kesukaran
pemprosesan auditori dan juga seorang yang pelupa dan tumpuan mereka mudah terganggu
dengan situasi yang pelbagai.
9.0 Intervensi Awal melalui model perubatan dan model sosial
Menurut Hanson dan Lynch (1989), intervensi awal yang diatur untuk kanak-kanak
berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri
daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan
kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi social dan sokongan keluarga yang dilaksanakan
sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti.
Intervansi awal memainkan peranan yang penting dalam melengkapkan kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka memasuki sekolah rendah.
Intervansi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan
masyarakat. Tambahan pula intervensif awal mempunyai impak yang positif kepada
persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal juga boleh membantu
perkembangan dan kebolehan kanak-kanak.Selain itu, intervensi awal yang intensif dan
berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah
dan sekolah menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan
khas juga mungkin akan berkurangan.
Memandangkan permasalahan ADHD ini semakin meningkat di kalangan kanak-
kanak sewajarnya langkah-langkah segera perlu dilakukan supaya gejala ADHD di kalangan
kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki tidak membawa kepada penglibatan dalam
salah laku jenayah yang lebih serius seperti membunuh, merompak dan sebagainya apabila
dewasa nanti. Justeru itu intervensi awal perlu dilakukan melalui model perubatan dan
model social bagi mengurangkan masalah ADHD di kalangan kanak-kanak.
9.1 Intervensi Awal melalui Model Perubatan
9.1.1 Penyaringan
Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendaklah
ditentukan.kadang kala masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan
pengujian diperlukan contohnya Sindorm Down. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah
sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan perlu dilakukan.
Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara. Lazimnya
teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan murid
yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengjaran yang
bersesuai dengan murid berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian itu tidak membantu , barulah
guru akan merujuk murid tersebut untuk menajalani ujian diagnostic yang lebih terperinci.
9.1.1 Ujian Diagnostik
Melalui model perubatan, kanak-kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara
komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi khas ke atas mereka. Membuat
diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman
luas memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan
tingkah laku yang meyebabkan tidak menumpukan perhatian. Diagnosis dilakukan dengan
mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak, membuat pemerhatian dan
mendapatkan laporan tingkah laku sama ada di sekolah mahupun dirumah melalui ibu bapa
dan juga guru. Menurut Heward (2003) pengujan diagnosis dilakukan terhadap lima domain
untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang
menghalang perkembangan dirinya. Lima domain tersebut ialah:
Perkembangan motor
Kebolehan bergerak dan memanipulasikan objek akan mempengaruhi pembelajaran.
Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan kekuatan., kelenturan, ketahanan
lasak dan koordinasi tangan mata seseorang kanak-kanak. Pergerakkan otot besar dan
pergerakkan otot halus menunjukkan perkembangan motor seseorang kanak-kanak.
Perkembangan kognitif
Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran
mengira, mengingat perkara yang telah dilakukan pada pengalaman yang lepas, merancang
dan membuat keputusan apa yang akan dilakukan pada masa hadapan. Kebolehan mereka
mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai
masalah dan menghasilkan idea-idea baru adalah menunjukkan berlakunya perkembangan
kognitif.
Komunikasi dan bahasa
Komunikasi adalah penyampaian maklumat seperti perasaan , keinginan, keperluan,
pengetahuan, dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan
bahasauntuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat orang lain.
Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi
bukan lisan adalah pergerakkan badan, riak wajah, penumpuan mata dan sebaginya.
Pengujian tahap tersebut akan mengesan keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa
kanak kanak berkeperluan khas.
Perkembangan emosi dan sosial
Kanak-kanak yang mencapai kompotensi sosial rela berkongsi barang permainan dan akan
bekerjasama dengan raka-rakan yang lain. Mereka mengetahui kepentingan mengikut giliran
dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka dapat meluahkan persaan emosi dengan
teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan perkembanagn emosi dan sosial
kanak-kanak berkeperluan khas.
Perkembangan adaptif
Bagi perkembangan adptif murid dapat melakukan sesuatu perkara tanpa mengharap bantuan
orang lain. Contohnya memakai baju tanpa dibantu oleh orang lain, makan sendiri tanpa
disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh
tangan dan sebaginya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap
kemahiran adptif berkeperluan khas.
9.1.2 Rawatan Ubatan
Terdapat beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan
keadaan kanak-kanak hiperaktif menjadi lebih tenang dan tidak agresif. Namun begitu kesan
ubat ini tidak berpanjangan kerana sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan
timbul semula. Ubatan yang digunakan oleh doktor terhadap kanak-kanak ADHD ini
adalah mengikut peringkat umur. Ubat-ubatan tersebut ialah:
Bil Nama Ubat Peringkat Umur
1 Amphetamine 3 > tahun
2 Methylphenidate 6 > tahun
3 Pemoline 6 > tahun
4 Dexmethylphenidate 6 > tahun
5 Dextroamphetamine 6 > tahun
6 Atomextine 6 > tahun
Namun begitu, pengambilan ubat-ubatan ini memberi kesan sampingan terhadap kanak-kanak
ADHD. Antara kesan-kesan sampingan tersebut ialah;
Tidak boleh tidur
Kurang selera makan
Pitam dan mengantuk
Sakit kepala
Kadang kala menjadi pendiam dan kadang kala menjadi agresif.
Sakit perut
Sekiranya terdapat tanda-tanda yang berlarutan, ini menunjukkan bahwa dos yang diambil
berlebihan dan ia mesti dikurangkan.
9.1.3 Terapi Muzik
Selain daripada ubatan , rawatan boleh dilakukan terhadap kanak-kanak ADHD
dengan menggunakan terapi muzik. Dengan menggunakan terapi muzik jiwa kanak-kanak
ADHD akan menjadi lebih tenang dan meningkatkan kemahiran motor serta kemahiran
kognitif. Selain itu ia juga dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Dengan
menggunakan terapi muzik ini akan dapat membantu kanak-kanak ADHD untuk keupayaan
mereka dalam bidang akademik dan juga mengembangkan emosi dan sosial.
9.1.4 Terapi Belon Air.
Terapi belon air dapat membantu kanak-kanak untuk memberikan lebih fokus
terhadap pergerakan belon di dalam baling kaca. Ini menyebabkan mereka akan menumpukan
perhatian dan berupaya untuk mengembangkan kognitif mereka. Selain itu ia juga dapat
membantu kanak-kanak tersebut fokus terhadap sesuatu perkara, lebih-lebih lagi jika belon
air itu mengeluarkan belon berbagai warna. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui Penyelia
Pusat Dalam Komuniti Kuala Terangganu, Puan Sharifah Anum Syed Abdul Hadi yang
menyatakan bahawa sesi terapi yang digunakan bagi kanak-kanak hiperaktif ini telah
memberi kesan kerana setiap kali sesi terapi dilakukan kanak-kanak tersebut lebih terkawal
pergerakan dan akan duduk diam dengan memberi fokus terhadap sesi terapi seterusnya
terhadap pembelajarannya.
9.1.4 Terapi Brainwave
Terapi Brainwave adalah terapi yang digunakan terhadap kanak-kanak yang
mengalami ADHD dan Autisme. Dengan menggunakan terapi brainwave ini ia dapat
mengurangkan symptom ADHD, membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi lebih tenang
dalam tindakan, meningkatkan konsentrasi dan juga menormalkan perilaku kanak-kanak
ADHD. Terapi brainwave ini jugamengembangkan kebolehan kognitif seperti membuat
sesuatu keputusan, dapat memberi fokus terhadap sesuatu perkara dengan tepat dan juga
mengimbangi sebarang gangguan luar.
9.1.5 Pengurusan Tingkah Laku Murid ADHD
Dalam pengurusan tingkah laku murid ADHD ini guru hendaklah menetapkan peraturan
umum di dalam bilik darjah agar situasi di dalam kelas dapat dikawal. Antara peraturan
umum tersebut ialah:
Sentiasa konsisten
Berkomunikasi di antara guru dengan murid perlu jelas dan guru perlu mengelakkan
pertikaian serta mengabaikan sesetengah tingkah laku kecil.
Menghasilkan rancangan individu dan ikatan janji dengan murid sekiranya perlu.
Mengenal pasti tingkah laku khusus untuk diberikan tumpuan seperti mengangkat
tangan , berjalan, tidak berlari di koridor.
Membuat rancangan untuk waktu yang sukar bagi murid seperti waktu rehat, berbaris ke
perhimpunan dan pergerakan di antara bilik.
Guru perlu berhati-hati dan sedar akan masalah yang timbul dan alihkan tumpuan murid
dengan tugasan pilihan.
Guru hendaklah menyediakan beberapa strategi yang dapat diikuti oleh murid sekiranya
dia perlu menunggu untuk mendapatkan perhatian daripada orang dewasa.
Guru juga boleh menggunakan isyarat visual bagi mengingatkan murid agar memberikan
tumpuan kepada tugasan. Sebagai contoh guru boleh menggunakan sistem lampu isyarat
menggunakan kad warna iaitu warna hijau, warna kuning dan warna merah. Apabila murid
melakukan tugasan, kad hijau ditunjukkan dan pujian yang sesuai perlu diberikan. Kad
kuning ditunjukkan bagi memberi peringatan kepada murid supaya menumpukan
perhatian kepada tugasan. Jika murid melaksanakan tugasan guru secara serta merta
memberi pujian. Manakala kad merah digunakan apabila murid tidak meneruskan
tugasan dan hukuman dikenakan kepada murid ini.
9.2 Intervensi Awal melalui Model Sosial
9.2.1 Peranan Ibu Bapa terhadap anak-anak ADHD
Ibu bapa yang baik akan sentiasa menyokong dan membimbing anak-anak mereka
walaupun kanak-kanak tersebut tergolong dalam golongan yang istimewa. Menjaga nanak-
anak ADHD sememangnya mencabar dan menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa.
Walaubagaimanapun ibu bapa haruslah sedar dengan tanggunjawab mereka yang perlu
sentiasa meyokong dan berada disisi anaka-anak ADHD ini. Kanak-kanak ADHD ini sentiasa
menerima tekanan daripada sekeliling terutamanya daripada rakan-rakan mereka yang
normal. Bagi meredakan tekanan itu, ibu bapa seharusnya menerangkan kepada anak mereka
apa itu ADHD dan mengapa mereka menghidapinya. Sekiranya ibu bapa tidak dapat
menerangkan lebih jelas, ibu bapa dan kanak-kanak ADHD terbabit boleh menemui pakar-
pakar perubatan atau psikiatri bagi menerangkan dengan lebih jelas lagi. Ibu bapa juga perlu
mengelakkan perbuatan yang boleh menyinggungkan perasaan mereka seperti menengking
dan mengherdik kanak-kanak terbabit. Sekiranya tindakan ini dilakukan oleh ibu bapa akan
menyebabkan kanak-kanak itu berasa rendah diri, rasa takut dan menjarakkan lagi jurang di
antara ibu bapa dan kanak-kanak ADHD itu. Oleh itu, ibu bapa dan anak-anak perlulah
berkongsi bersama menghadapi masalah ADHD ini. Ibu bapa perlu menggalakkan kanak-
kanak ADHD terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti nyanyian, tarian , lukisan dan
sebagainya.
9.2.2 Peranan Guru Terhadap Kanak-kanak ADHD
Guru memainkan peranan yang penting dalam menguruskan kanak-kanak hiperaktif
atau ADHD ini di sekolah. Ini kerana kanak-kanak hiperaktif atau ADHD ini kadang kala
sukar dikawal dan akan bertindak agresif yang boleh menyebabkan kecederaan kepada diri
sendiri atau kepada orang lain. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa kreatif dalam tindakan bagi
menarik minat murid ADHD ini terhadap dirinya dan juga kepada pengajarannya. Guru juga
perlu mendapatkan semua maklumat yang boleh diperoleh sama ada melalui ibu bapa, doktor,
pakar psikiatari, hospital dan sebagainya. Dengan demikian, guru akan dapat membantu
murid ADHD menangani situasi yang dihadapi, merangsangnya terus belajar,
mempermudahkan proses pembelajaran dan meyediakan persekitaran yang membolehkan
kanak-kanak ADHD ini mengamalkan apa yang dipelajarinya. Guru hendaklah sentiasa
memberikan sokongan motivasi seperti pujian dan ganjaran terhadap kanak-kanak ADHD
ini sekiranya mereka dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Ini akan dapat
membantu kanak-kanak tersebut membina keyakinan diri dan juga mengembangkan
kemahiran kognitif, sosial dan emosi. Selain itu, guru hendaklah sentiasa prihatin terhadap
kanak-kanak ADHD dengan meyoal mereka perkara-perkara yang berkaitan
dengan kecenderungan mereka terhadap sesuatu perkara yang amat diminati. Ini akan
menimbulkan keserasian di antara guru dan murid. Sehubungan dengan itu, guru perlu
memikirkan cara komunikasi yang berkesan di antara guru dan murid bagi menunjukkan
penghormatan dan kasih sayang terhadap kanak-kanak ADHD ini. Dalam masa yang sama
juga guru dapat memahami dan menunjukkan perasaan empati dan simpati terhadap murid
tersebut. Kesannya ia dapat memudahkan guru merancang dan menilai sesuatu aktiviti
mengikut kemampuan murid-murid ADHD tersebut. Tambahan lagi, guru dapat
mengimbangi emosi kanak-kanak hiperaktif ini agar tidak mempengaruhi tingkah laku
mereka menjadi negatif yang akan menyulitkan keadaan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Dalam meningkatkan kemahiran bersosial di kalangan rakan-rakan mereka,
guru boleh melantik kanak-kanak ADHD ini memegang jawatan yang penting di sekolah
seperti pengawas perpustakaan, Ahli Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), AJK rumah sukan
dan sebagainya. Dengan itu, mereka akan menyedari bahawa mereka sentiasa dihargai oleh
guru dan rakan-rakan serta akan mendorong mereka untuk berani berkomunikasi sesama
rakan.
9.2.3 Peranan Sekolah dan PIBG
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah bagi membantu
murid-murid yang bermasalah dengan ADHD ini. Pihak sekolah hendaklah memilih guru
yang berkebolehan, optimis dan fleksibel dalam menangani permasalahan berkaitan murid-
murid ADHD ini. Ini kerana guru yang optimis akan sentiasa menolong murid yang
mengalami ADHD ini. Selain itu, pihak sekolah juga boleh merujuk kepada yang mempunyai
latihan dalam pendidikan khas kerana guru ini dapat mengenal pasti secara kasar masalah
yang dihadapi oleh murid. Dan kemudiannya sekolah hendaklah merujuk kanak-kanak yang
mempunyai masalah pendidikan khas ini khasnya ADHD kepada pihak hospital bagi
pemeriksaan yang lebih terperinci. Namun begitu, terdapat pihak pentadbir sekolah yang
masih kurang memberi sokongan kepada Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PKBP) yang dapat dilihat dari segi layanan terhadap guru dan murid
pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua. Selain itu juga kurangnya peruntukan
kewangan serta sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan
khas mengikuti peperiksaan awam di mana ia mungkin akan menjatuhkan graf peperiksaan
awam sekolah. Untuk menyelesaikan isu ini, pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah perlu memberi pendedahan Program Pendidikan Khas terutamanya
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran bagi sekolah-sekolah yang baru membuka
program ini terutamanya Guru Besar dan Pengetua Sekolah. Lebih penting lagi dialog di
antara guru pendidikan khas, Guru Besar atau Pengetua dengan pihak Jabatan Pendidikan
Khas secara berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi persefahaman tersebut selain
daripada penyampaian maklumat adalah telus dan terkini. Manakala Persatuan Ibu Bapa dan
Guru hendaklah berperanan aktif dalam menyampaikan maklumat mengenai pendidikan
khas ini terhadap ibu bapa yang lain. Secara tidak langsung, kanak-kanak pendidikan khas ini
terutamanya kanak-kanak ADHD tidak tersisih oleh rakan-rakan mereka yang normal
sekiranya pendedahan diberikan berkaitan dengan kanak-kanak istimewa ini. Mereka juga
tidak akan lagi dilabel sebagai kanak-kanak yang nakal dan bodoh. Persatuan Ibu bapa dan
guru juga boleh menyediakan pusat sumber khas dengan menyediakan buku bergambar,
kad dan alat permainan serta memberi pelbagai kemudahan kepada kanak-kanak istimewa
ini bagi menarik minat mereka dating ke sekolah. Taman permainan juga boleh diwujudkan
bagi melatih kemahiran motor dan bersosialisasi. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan
seminar, kursus atau pameran yang berkaitan dengan pendidikan khas ini bagi memberi
pendedahan yang lebih mendalam berkaitan dengan kanak-kanak istimewa ini.
9.2.4 Peranan Masyarakat dan NGO
Masyarakat juga mempunyai fungsi yang tersendiri bagi membantu kanak-kanak
ADHD ini. Mereka juga lebih sedar tentang peranan mereka. Ini dapat dibuktikan melalui
sokongan dan bantuan yang diberikan kepada kanak-kanak pendidikan khas ini. Mereka juga
sangat prihatin dengan memungut derma yang akan disumbangkan kepada kanak-kanak
ADHD dan juga masalah pembelajaran yang lain. Badan-badan NGO juga menyediakan
pelbagai aktiviti yang melibatkan kanak-kanak istimewa ini khasnya kanak-kanak
ADHD. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NGO ini akan dapat memberi
peluang terhadap kanak-kanak hiperaktif ini dan juga kanak-kanak istimewa lain untuk
bergaul dengan masyarakat dan juga meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial mereka.
Akhirnya, kanak-kanak ADHD ini akan mempunyai keyakinan diri dan dapat mewujudkan
silaturahim di antara kanak-kanak terbabit, ibu bapa dan juga masyarakat serta ahli NGO
tersebut.
9.2.5 Peranan Kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Jabatan Kebajikan
Masyarakat
Pihak kerajaan telah menjadi tunjang masyarakat dalam menghapuskan jurang di
antara murid aliran perdana dengan murid berkeperluan khas khususnya kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Kementerian Pelajaran sendiri telah mengadakan pelbagai program
yang berkaitan bagi membantu murid yang bermasalah bermula dari peringkat pra sekolah
sehingga ke peringkat menengah atas. Sebagai contoh telah diwujudkan beberapa buah
PUSAT SEHENTI yang pada asalnya adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.
Selain itu, pihak kerajaan dan Kementerian pelajaran Malaysia perlu menilai aspek
pembangunan fizikal sesebuah sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran. Ini kerana kebanyakkan sekolah yang mempunyai program
mempunyai kelas yang tidak kondusif bagi murid terutamanya murid yang bermasalah
hiperaktif, ADHD dan bermasalah emosi.Daripada tinjauan yang dibuat terhadap beberapa
buah sekolah sekitar Pendang didapati bahawa ruang kelas agak sempit dengan
menempatkan murid sebanyak enam hingga lapan orang murid. Ruang yang sempit akan
membataskan pergerakkan murid ini terutamanya murid hiperaktif ADHD kerana murid-
murid memerlukan ruang yang luas bagi membantu dari segi perkembangan emosi dan
perubahan tingkah laku.
10.0 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan untuk membantu
kanak-kanak ADHD.
Dalam menangani masalah tingkah laku ADHD di dalam kelas, guru perlu bijak untuk
menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi membantu kanak-
kanak ADHD.
10.1 Pendekatan Belajar Melalui Analisis Tugasan
Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada
beberapa komponen yang mudah untuk dikuasai dan dipelajari oleh murid. Kaedah ini akan
dapat membantu guru meyusun atur kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid.
Seterusnya, guru dapat memberikan latihan yang konsisten dan menilai tahap pencapaian
murid. Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:
Memastikan kemahiran yang sesuai diajar terhadap murid mengikut tahap keupayaan.
Menghuraikan secara ringkas kemahiran yang diajar.
Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada beberapa langkah kecil yang perlu dikuasai oleh
murid.
Langkah-langkah yang dipilih juga hendaklah mengikut kebolehan murid
Setelah itu, guru menjalankan analisis tugasan.
Guru perlu membuat pemerhatian dan penilaian terhadap murid apabila mereka telah
menguasai sesuatu kemahiran.
Membuat penambahanbaikan jika murid belum menguasai kemahiran yang diajar.
10.2 Pendekatan Belajar melalui Bermain
Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti
ini mereka akan melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman
dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh
meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor,
kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi. Oleh itu, guru hendaklah memastikan
permainan yang dirancang menepati ciri-ciri berikut:
Permainan tersebut mesti bebas dan terancang iaitu mengikut langkah yang tersusun.
Aktiviti tersebut dapat diterokai oleh murid dan mempunyai perkaitan dengan persekitaran
yang telah dilalui oleh murid.
Memberi peluang kepada murid untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga guru hendaklah
sentiasa menggalakkan murid dengan melibatkan secara aktif dalam aktiviti tersebut.

10.3 Pendekatan Pengajaran Bertema


Pendekatan pengajaran bertema digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan khas. Pemilihan tema mestilah bersesuaian denngan persekitaran, tahap murid,
situasi yang berkaitan dengan murid dan peristiwa semasa. Di samping itu, guru
hendaklah menggunakan pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum
kepada yang lebih khusus. Dengan itu guru dapat mengukuhkan pengetahuan dan
kemahiran terhadap murid.Pemilihan tema perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
Bersesuaian dengan kehidupan murid
Memberi peluang untuk mengaplikasikan kemahiran kepada murid kanak-kanak ADHD
seperti mendengar, membaca, menulis, mengira, menaakul dan sebagainya.
Menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Memilih aktiviti yang sesuai berdasarkan subtopic yang diajar bagi membantu murid
mempelajari isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks
yang lebih bermakna.
10.4 Pendekatan Pembelajaran berdasarkan Pengalaman.
Pendekatan Pembelajaran pengalaman adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan
individu. Pendekatan ini dapat meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi
peluang menilai keupayaan diri sendiri bagi melaksanakan kaedah ini guru hendaklah
memastikan sumber untuk proses pembelajaran mudah diperolehi dan memastikan suasana
yang positif untuk proses pembelajaran. Tambahan lagi, guru hendaklah memastikan murid
dapat mengimbangi intelek dan emosi dalam pembelajaran serta berkongsi perasaan dan
pemikiran murid tanpa mengongkong perasaan mereka ketika berinteraksi. Antara
prinsip-prinsip pendekatan pembelajaran pengalaman ialah guru memberikan latihan dan
peneguhan denganmengaitkan pembelajaran yang baru dalam kehidupan sebenar murid
seperti sekolah, keluarga dan komuniti.
10.5 Pendekatan Kolaborasi
10.5.1 Latihan Kemahiran Kerja
Latihan kemahiran kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan
khasbermasalah pembelajaran terutamanya bagi kanak-kanak ADHD. Matlamat
utama latihan ini adalah sebagai memberikan kemahiran kendiri, komunikasi,
sosialisasi dan kemahiran asas yang berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan
kemahiran kerja terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:
Latihan Dalaman
Bagi latihan dalaman ini, guru boleh melaksanakan aktiviti berbentuk projek seperti membuat
mural di luar bilik darjah, memelihara ikan di dalam kolam di sekitar sekolah, mewujudkan
sudut taman mini dan juga membuat biskut bagi jualan di kantin atau koperasi sekolah.
Ketika mengadakan aktiviti ini, guru hendaklah membuat pemantauan dan pemerhatian bagi
menilai kemahiran yang dibuat oleh murid. Selain itu, guru juga hendaklah sentiasa
memerhati tingkah laku murid bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Latihan yang melibatkan aktiviti luar kelas atau luar sekolah
Bagi aktiviti ini guru boleh bekerjasama dengan agensi luar untuk mengadakan projek yang
melibatkan murid-murid ADHD ini. Antara projek yang boleh dilakukan seperti
menghasilkan kraftangan yang mudah seperti bunga telur, bakul daripada kertas surat khabar
dan sebagainya.
Latihan kerja sebenar
Bagi mewujudkan kerja sebenar bagi sesuatu latihan kerja guru boleh mengadakan latihan
kerja yang mudah seperti membersihkan kelas dan juga persekitaran sekolah.
10.5.2 Aktiviti Luar Bilik Darjah
Bagi aktiviti di luar waktu pembelajaran ini adalah bertujuan
untuk memberi peluang kepada murid memperoleh pengalaman yang sebenar
untukditeroka, bersosialisasi dan berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Ia
juga adalah aktiviti yang menggembirakan di samping memperoleh
ilmu pengetahuan yang dapat diaplikasikan oleh kanak-kanak ADHD ini di
dalam kehidupan seharian mereka. Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik
darjah adalah aktiviti seperti lawatan ke tempat kraftangan atau seni kraf,
perkhemahan , kem motivasi, aktiviti riadah dan sebagainya.
10.6 Ganjaran dan hukuman
Ganjaran adalah alat yang paling berkesan untuk menguruskan tingkah laku.kanak-
kanak lebih cenderung untuk memberikan reaksi yang positif terhadap pujian atau ganjaran
sebaliknya hukuman akan menjadi kurang efektif dan kadangkala mendatangkan negative
terhadap murid atau guru. Sebagai guru pendidikan khas, guru perlu menetapkan peraturan
bilik darjah yang jelas, khusus dan ringkas yang dapat difahami oleh murid ADHD ini. Guru
juga perlu memastikan murid sentiasa memahami perkara yang akan berlaku sekiranya
mereka melanggar peraturan tersebut. Guru juga boleh mengubah peraturan mengikut
kesesuaian jika diperlukan dan ia mesti dibincang bersama dengan murid-murid ADHD ini.
Selain itu, guru juga hendaklah memberikan ganjaran dan pujian terhadap tingkah laku yang
khusus dengan serta merta seperti bagus, bijak, ingatan yang baik, menakjubkan dan
sebagainya. Tetapi sekiranya kanak-kanak ADHD ini masih tidak dapat menyelesaikan
tugasan yang diberi oleh guru dengan sempurna guru hendaklah mengucapkan kata-kata yang
memberikan motivasi untuk menyelesaikan tugasan itu dengan lebih baik.
Umpamanya, cuba sekali lagi ,pasti kamu berjaya, peningkatan kamu agak baik walaupun
tidak sempurna. Selain itu guru juga menggunakan pelekat bintang di hadapan kelas bagi
menunjukkan peningkatan pretasi murid-murid ADHD ini di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kesannya murid akan berlumba untuk berada paling atas dan ini akan
meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran.
11.0 Kesimpulan
Justeru itu kecelaruan ADHD ini adalah gangguan tingkah laku yang perlu di
tangani dengan serius oleh semua pihak. Ini kerana kanak-kanak yang mengalami
gangguan ADHD ini akan bertindak secara agresif yang akan mengganggu
kanak- kanak lain terutamanya ketika berada di sekolah. Oleh itu, masalah ini tidak
boleh dipandang ringan oleh semua pihak termasuk NGO dan pihak kerajaan. Seperti yang
telah dibincangkan masalah ini semakin meningkat di kalangan kanak-kanak terutamanya
kanak-kanak lelaki. Jika tidak dibendung dan dirawat boleh menyebabkan kanak-kanak
ADHD ini terbabit dengan salah laku jenayah yang serius apabila dewasa nanti. Jadi,
peranan ibu bapa sebagai orang yang paling rapat amatlah penting bagi menangani
permasalahan kecelaruan ADHD ini. Mereka perlu sentiasa memberi sokongan, kasih sayang
dan kemesraan terhadap anak-anak ADHD agar kanak-kanak ini tidak berasa rendah
diri dan bertindak dengan agresif di dalam perlakuan mereka. Namun begitu, kasih sayang
yang melampau juga akan memberi kesan yang negative terhadap kanak-kanak ini. Justeru
itu, ibu bapa perlu menyatakan garis dan batasan tertentu yang perlu mereka
patuhi. Memberikan didikan agama yang bermula dari kecil lagi akan dapat memberi
panduan bahawa terdapat undang-undang yang perlu mereka patuhi. Ibu bapa juga
hendaklah tidak memandang rendah terhadap kebolehan mereka sebaliknya ibu bapa sentiasa
memberi dorongan yang positif agar jati diri mereka terbina.
Peranan guru juga adalah penting bagi menangani kanak-kanak ADHD ini. Dengan
itu hubungan baik di antara guru dan murid bermasalah ADHD ini diwujudkan.
Kebijaksanaan dan kawalan emosi yang tinggi dengan bersikap terbuka dan sabar perlu
diamalkan apabila berhadapan dengan murid yang mengalami masalah ADHD ini.
Jelaslah disini kerjasama di antara guru, ibu bapa, komuniti masyarakat dan juga pihak
kerajaan amat diperlukan bagi menangani masalah ADHD ini di kalangan kanak-kanak.
Rawatan segera perlu dilakukan agar kanak-kanak ADHD ini

Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik sahaja masalah ini dikesan. Tumpuan
intervensi pada peringkat permulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah
laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan
ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6
bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-
kanak autistik.

Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah
atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurangkan atau menghapus tingkah laku
kurang sesuai. Di antara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kelejekan, time-out,
shaping, memberi ganjaran, dendaan, dan sebagainya.
Walaupun rawatan perubatan digunakan, namun tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan autisme.
Namun, program pendidikan yang sesuai dan berstruktur serta pengurusan intervensi semasa awal
kanak-kanak lagi boleh memainkan peranan penting dalam membantu mengembangkan fungsi dan
potensi mereka pada kemudian hari kelak. Mengenal pasti dan mendiagnosis autisme pada peringkat
awal boleh membantu menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai, intervensi awal juga
bermatlamat mengelak kemungkinan penempatan di sekolah khas.

Perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu
mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan
tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan
individu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika Syarikat amnya, program
intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi,
perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan atau
nutrisi, program kebudayaan dan kesenian dan sebagainya.

Intervensi awal bagi kanak-kanak autisme bermula dengan pembentukan Individualized Family
Services Plan ( IFSP ), yang akan memenuhi keperluan-keperluan dalam bidang kemahiran sosial,
kemahiran urus diri, komunikasi, dan pengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi
kanak-kanak autisme dilaksanakan melalui program prasekolah. Kanak-kanak autistik yang akan
memasuki alam persekolahan akan melalui program prasekolah terlebih dahulu bagi memastikan
mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun Satu. Di sini, kemahiran urus diri dan pengurusan
tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran Bahasa Melayu, Agama,
Moral, dan Matematik.

Autisme adalah ketidakupayaan yang tidak dapat disembuhkan. Namun begitu, individu autistik boleh
dibantu melalui pendidikan yang terancang yang melibatkan berbagai pihak dan disiplin. Kecelaruan
tingkah laku yang ditunjukkan menambahkan lagi keunikan mereka berbanding kategori
ketidakupayaan yang lain. Sebab itulah intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik
supaya masalah yang mereka hadapi dapat dibetulkan di awal sebelum mereka memasuki alam
persekolahan. Justeru, kerjasama di antara ibu bapa dan guru hendaklah sentiasa erat dan saling
bantu membantu terutamanya dalam menyediakan maklumat-maklumat berkaitan anak mereka
kepada guru supaya program pendidikan yang sesuai dapat dirancang dengan mengambil kira
keupayaan dan keperluan anak autistik tersebut.

Terdapat tiga strategi dalam menangani masalah tingkah laku. Antaranya ialah strategi
meningkatkan tingkah laku, mengurangkan tingkah laku dan juga dengan menggunakan model
pengurusan tingkah laku.

Tingkah laku yang baik atau yang diingini yang di tunjukkan oleh murid hendaklah di
tingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru
adalah seperti peneguhan positif iaitu pemberian peneguhan/ganjaran selepas sesuatu tingkah laku
yang diingini di tunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau di tingkatkan lagi. Peneguhan
negatif merupakan penarikan rangsangan negatif(aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran
ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. Selain itu,
pembentukan (shaping) ialah pemberian pengukuhan kepada pelakuan-pelakuan yang dilakukan
oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Kontrak merupakan
persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid di
pertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid
faham akan tingkah laku yang hendak di ubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.
Ekonomi Token pula ialah peneguhan yang diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau
sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan
dengan pengukuh/benda lain yang disediakan oleh guru. Modeling ialah menggunakan watak-watak
(murid,guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. Disamping itu,
rantaian(chaining) merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau
berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai
analisis tugasan dan yang terakhir ialah pengaburan/pelunturan(fading) iaitu mengurangkan tingkah
laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-lahan.

Strategi mengurangkan tingkah laku ialah dengan cara penghapusan(extinction) iaitu


memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara
beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. Cara time-out pula
ialah dengan menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau
mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Kejemuan(satiation) pula membiarkan murid
melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukanya dan behenti sendiri. Hukuman/dendaan
dengan contoh tahanan kelas(lambat balik), dendaan fizikal, ambil balik token/hak. Selain itu,
disensitisasi ialah tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau
takut yang berlebihan(takut bercakap di depan kelas, fobia). Overcorrection pula merupakan
prosedur yang memerlukan pelajar membaiki keadaan/kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan
sebelumya contohnya membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali atau bukan hanya
mengelap bahagian lanati yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai
bilik itu dan yang terakhir ialah response cost iaitu suatu bentuk penarikan peneguhan/ganjaran
secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

Bagi strategi pengurusan tingkah laku mengikut model pula, para pengkaji tiga teori utama
iaitu model psikodinamik, model biofizikal dan model persekitaran. Bagi model psikodinamik,
terdapat teori yang menyatakan bahawa punca tingkah laku manusia adalah dari faktor dalaman
individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic.
Berdasarkan perspektif psikodinamik, perkembangan personaliti kanak-kanak berlaku semasa
mereka membesar melalui siri tingkat psikoseksual. Dalam model ini, strategi pengurusan adalah
melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti. Seterusnya adalah teknik media
ekspresif yang melibatkan lakonan bebas, permainan boneka, main peranan dan aktiviti fizikal.
Selain itu, teknik pengaruh tingkah laku juga boleh diaplikasikan seperti tidak mengendahkan suatu
tingkah laku yang dibuat secara terancang atau mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan
perbualan bersahaja.

Model seterusnya adalah model biofizikal yang menegaskan bahawa punca tingkah laku
berlaku secara organik. Model ini mengaitkan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan
dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi yang digunakan dalam model ini adalah
penjagaan sebelum serta selepas kelahiran, penjagaan pemakanan, perubatan dan nutrisi. Peranan
guru amat diperlukan dalam intervensi ini.

Seterusnya adalah model persekitaran yang menyatakan bahawa pengaruh persekitaran


tehadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli dalam teori ini mnyatakan bahawa
pengasingan kanak-kanak dari suatu persekitaran bermasalah boleh mengelakkan mereka dari
tingkah laku yang tidak diingini tersebut. Intervensi tingkah laku menurut model ini adalah
berpusatkan murid atau berpusatkan persekitaran atau berpusatkan murid dan persekitaran.
Justeru, kanak-kanak diberi peluang menentukan kaedah pembelajaran mereka tetapi berpandukan
guru.
2.0 Terapi Bermain

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai


sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak
tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada
kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-
kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang


sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.

Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan


kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan
ketahanan emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari
mengamati orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar
atau tidak menerapkan keterampilan sosial pro dan memerlukan pengajaran
tambahan, latihan dan pembinaan. Kecenderungan alami anak-anak untuk bermain
menyediakan cara yang sangat memotivasi untuk melibatkan mereka dalam belajar
keterampilan sosial pro. Anak-anak cenderung dengan peribadi yang menyelesaikan
masalah dengan agresi, kurangnya persahabatan, pengurusan kemarahan dan
pembohong.

Kemajuan permainan pada pengembangan keterampilan dan kompleksitas


dengan fokus yang kuat pada intervensi awal, mulai dari usia 4-14. Permainan dapat
digunakan secara beturutan selama enam sampai lapan minggu dan satu sesi untuk
menutup keterampilan tertentu. Anak-anak muda akan mulai dengan permainan
Persiapan Bersama dan bekerja dengan Teman yang Ramah dan mungkin untuk
Pemikir Ulang.

Anak-anak berusia lapan atau sembilan atau yang lebih tua akan mulai
dengan Teman yang Ramah, Pengusik atau Pemikir ulang, tergantung pada
pengembangan keterampilan yang diperlukan. Permainan dapat digunakan dengan
individu, kelompok atau anak-anak seluruh kelas.

3.0 Terapi Muzik

Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional
yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan
peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal
dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-
fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga
bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam
tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan
dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang
memulihkan.

Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku
ajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan
ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi
seseorang (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).

Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana


yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan
dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai
masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka
sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap
tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang
secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.

Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan


juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat
dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka
yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.

Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan


terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin
untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain
itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau
migrain.

Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang


Alzheimer dan penyakit yang hampir serupa. Cara ini sangat berguna kepada
mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan
komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib
baik ini.
Kajian menunjukkan bahawa keberkesanan teknik terapi muzik memberi
relaksasi secara fisiologi dan psikologi.

Jellison 1975, mendapati muzik latar dapat mengurangkan stress dan


membantu dalam proses relaksasi.

Scartelli & Borling, 1986 membantu proses relaksasi dengan teknik


biofeedback.

Hanser 1998, mendapati kajian literature menggunakan keberkesanan muzik


dalam relaksasi.

American Music Therapy Association (2009), terapi muzik sebagai


penggunaan intervensi muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai
matlamat individu dalam perhubungan antara terapeutik oleh professional yang
mempunyai kredential yang telah menamatkan program terapi muzik yang diiktiraf.

Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej


menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar
muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyur itu berupaya menurunkan
denyutan jantung dan membuat anda bersantai.

4.0 Terapi Bercerita

Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa
dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam
cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.

Nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai
motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan
pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku bermasalah.

Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi dalaman.
Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan
yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami
perasaan tersebut. Dengan mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin,
kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian.

Di samping itu, menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan.


Bercerita dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda,
deria dan emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu.
Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam
kehidupannya.

Selain itu, cerita dapat mengajar cara penyelesaian masalah secara kreatif.
Lazimnya, cerita mengandungi masalah atau konflik yang harus diselesaikan. Cerita
membawa pendengar menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah
konflik tersebut. Cara ini mengajar kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan
ketabahan. Cerita juga menunjukkan tindakan dan akibat. Cerita memberi contoh
kegagalan dan kejayaan, lesedihan dan kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat
setiap keputusan watak, sama ada positif atau negative. Ini memberi tunjuk ajar
kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan positf pada masa kelak.

Cerita juga mencerminkan keadaan manusia yang universal. Melalui


peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita memberi persepsi dalam emosi
pendengar dan pengalamannya, dan mengingatkan pendengar walaupun wujud
perbezaan antara satu sama lain, semua manusia menghadapi rintangan hidup yang
sama.

Helen Keller, dalam The Story of My Life menulis, mendengar cerita merupakan
cara yang paling mudah dan secara semulajadi untuk kanak-kanak menguasai
bahasa yang membolehkan mereka menyusun, menstruktur, memanipulasi, memikir
dan mempersepsikan dunia secara rasional.

Guru atau kaunselor boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu


pendekatan terapi kepada murid-murid di mana guru boleh meneroka dan cuba
mendekati murid bermasalah dengan bercerita. Murid yang bermasalah kadang-
kadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada guru atau
kaunselor. Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang
sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut.

Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang
sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid
mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan
perasaan atau masalah yang dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika murid
masih malu atau tiada keyakinan untuk bercerita kepada kaunselor, guru perlulah
menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan dan
pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini supaya murid dapat membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh
guru.

Tujuan bercerita yang lain juga ialah untuk menerapkan nilai murni, pengajaran dan
unsur-unsur teladan yang baik kepada murid. Oleh itu, seorang pencerita hendaklah
bijak membuat pemilihan jalan cerita supaya kanak-kanak dapat dipupuk dengan
nilai-nilai yang positif. Jalan cerita yang baik untuk kanak-kanak adalah cerita yang
ringkas, mudah difahami, menarik, menggunakan bahasa yang sesuai
danmempunyai nilai moral yang tinggi supaya murid dapat menghayati pengajaran
yang ingin disampaikan pada akhir sesi bercerita.

Nilai-nilai murni boleh diserapkan secara langsung dan juga tidak langsung.
Penyerapan nilai murni secara langsung selalunya dilaksanakan oleh pencerita
semasa akhir sesi penceritaan. Manakala penyerapan secara tidak langsung dapat
diselitkan semasa penceritaan tersebut berlangsung.Terapi bercerita ini merupakan
suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada
kanak-kanak (Trencher, 1991:86).

Tugas seorang guru atau kaunseling bukan sahaja mendidik dan mengajar bagi
memenuhi bidang akademik sahaja. Namun aspek sosial seperti yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah dititikberatkan oleh guru supaya
murid dapat menjadi seorang modal insan yang seimbang, harmonis,
berdikari,fleksibel dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Apabila guru menggunakan teknik bercerita sebagai terapi, murid-murid akan


diminta berkumpul membentuk bulatan atau sebagainya. Semasa proses
penyampaian, sesi soal jawab akan berlaku antara murid dengan guru. Guru perlu
mengambil kesempatan ini dengan mencungkil keberanian murid untuk
menyuarakan pendapat di hadapan kawan-kawannya yanglain.

Selain itu, murid-murid akan berbincang dan berbual dengan rakan-rakan tentang
cerita tersebut. Oleh itu, tanggungjawab guru untuk menyediakan suasana
pembelajaran sosial yang sihat dan positif dalam kalangan murid-murid. Selain itu,
dengan terapi bercerita, murid juga dapat menambah keyakinan diri untuk
mengekspresikan perasaan dan idea di mana pendekatan ini
memerlukanpenglibatan murid secara aktif. Proses bercerita merupakan salah satu
aktiviti yang berpusatkan murid. Oleh itu murid memerlukan keyakinan diri yang
tinggi untuk menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru seperti bercerita,
menjawab soalan dan aktiviti susulan.

Murid akan berusaha dan berlatih untuk mempersembahkan cerita yang menarik
dan sesuai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh guru mengikut perspektif
individu. Bimbingan dan nasihat akan diberikan oleh guru semasa proses
penyampaian supaya murid dapat membaiki kesalahan dan mempertingkatkan
keupayaan diri. Di samping meningkatkan keyakinan diri, murid juga dapat
meluahkan perasaan dan idea mereka dengan cara yang sihat di mana mereka tidak
perlu bergaduh, menjerit atau merosakkan harta benda jika mereka berhadapan
dengan masalah. Dengan terapi bercerita, mereka dapat mengaitkan diri mereka
dalam cerita tersebut dan sekaligus menyelesaikan masalah dengan bimbingan dan
pendapat guru dan kawan-kawan.

5.0 Terapi Seni

Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama kita
fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh
dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.

Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan
pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni
terutama lukisan.

Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan
mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan
menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat
umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang
menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi
psikoterapiutik dan teknik proses kreatif.

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan


keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian
resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat
nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar.
( Judith Peck)

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive


Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal
conflicts, while facililitating their ability to implement change.

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan


keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian
resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat
nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia senimelalui rekabentuk seni luar.
( JudithPeck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive


Therapist within a school setting is to help student express and contain their
internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.

Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan
seni yang dicipta dari tanah liat.

Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk


membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya
bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan
perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.

Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan


merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor
terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien.

Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta
menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan
tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.

Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar
klien tidakmerasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan.

Manfaat terapi seni ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di
University of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh
membantu mengatasi gangguan mental.

Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti


perkembangan 20 orang pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut
dari Therapeutic Community of theNorthen Area of the Virgen de las Nieves Hospital,
Granada selama lebih dari setahun. Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah
terapi seni ini secara sukarela selama dua hari dalam seminggu. Selama mengikuti
terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani,
EdvardMunch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk menambahkan pandangan
mereka.
Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan
terpendam, perasaan serta emosi dari hati dan fikiran mereka.

Selama proses ini berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh


mengungkapkan serta meluahkan perasaan dan emosi mereka.

Dengan itu, mereka boleh menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini
dan menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh
mereka.

Terdapat dua kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai


pemangkin emosi dalam sahsiah pelajar.

i. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti
mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat
mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak
keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang
mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ).

ii. Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk
meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai
kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri mereka dan untuk
mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders ,
1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

6.0 Terapi Biblio

Terapi Biblio ialah penggunaan buku-buku untuk menolong orang


menyelesaikan masalah. Konteks kanak-kanak kaunseling biblioterapi adalah bahan
bacaan penulisan yang terbimbing. Bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau
menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga
dikenali sebagai bimbingan melalui bacaan.

Shrodes (1950):- proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca


dengankesusasteraan di bawah bimbingan seorang yang terlatih.

Harris dan Hodges (1995):- terapi ini merangkumi penggunaan pembacaan


bahan- bahan bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari segi kesedaran
kendiri.

Pardeck dan Pardeck (1998):- Terapi Biblio melibatkan rawatan melalui buku-
buku.

Konsep terapi biblio ialah membaca untuk pengalaman rawatan. Ia juga


merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman
yang relevan dengan situasi yang tertulis dalamnya. Ia juga merangkumi
pendekatan terapi bercerita. Terapi biblio ini telah diluaskan hingga dipadankan
dengana ktiviti perbincangan atau bermain.
Kegunaan terapi biblio ialah mengurangkan stress atau tekanan yang
dihadapi. Contohnya, bahan-bahan seperti Chickens Soup dapat membantu
seseorang yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih ( dari segi
emosi ). Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan
( misalnya ketika beratur menunggu sesuatu ). Menghilangkan ketegangan ( panas
baran, marah, tidak sabar). Meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Dapat
menyelesaikan masalah murid. Membantu murid memperoleh ilmu.

7.0 Peranan Guru Biasa sebagai guru bimbingan.

Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling. Bilangan murid di


sesebuah sekolah adalah berbeza. Disetengah-setengah sekolah terdapat beberapa
puluh orang murid sahaja dan setengah-setengahnya lebih daripada dua ribu orang.
Sekiranya, setiap tugasan bimbingan diserahkan kepada guru bimbingan, maka kes-
kes murid yang memerlukan pekhidmatan bimbingan akan berhimpun. Oleh itu,
setiap guru, sama ada guru biasa atau guru bimbingan hendaklah memainkan
peranannya dalam membantu meningkatkan kebajikan murid-muridnya.

Terdapat perbezaan di antara guru biasa dengan guru bimbingan. Guru biasa
tidak menghadiri kursus bimbingan selama lapanminggu dalam masa cuti atau lain-
lain kursus di Maktab Perguruan Ilmu Khas atau dimana-mana university.
Walaubagaimanapun, guru biasa pernah didedahkan kepada konsep bimbingan dan
kaunseling selama lapan minggu dalam masa cuti sekolah, kursus enam bulan atau
setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas , kursus diploma di Universiti Kebangsaan
Malaysia, kursus sarjana muda pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti
Putra Malaysia dan kursus sarjana di university-universiti tempatan atau luar negeri.

Bimbingan merupakan sebahagian daripada tugas pengajaran. Sama ada


dikehendaki atau tidak. Seseorang guru tidak dapat mengelakkan daripada tugas
memberi bimbingan. Dalam pengajarannya setiap hari, murid-murid mungkin
mengemukakan pelbagai masalah mengenai pelajaran dan sosioemosi. Guru perlu
berusaha untuk mengendalikan penyelesaian masalah-masalah tersebut.

Oleh sebab guru biasa kurang pengetahuan dan latihan dalam bidang
bimbingan, maka tugas-tugas mereka biasanya teridir daripada:

Yang pertama, guru biasa memainkan peranan yang penting dalam


membimbing murid di bawah jagaannya. Guru membimbing murid membuat
penyesuaian peribadi, social, emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah,
peraturan-peraturan tatatertib dan sebagainya, khasnya dalam awal persekolahan.

Murid menghadapi masalah dan kekeliruan apabila mereka memasuki situasi


pembelajaran baru. Mereka memerlukan penyesuaian diri. Dalam hal ini, murid perlu
diperkenalkan dengan system pendidikan dan matlamat kurikulum, sukatan
pelajaran, kaedah atau cara belajar, situasi persekitaran dan peraturan sekolah,
serta kepentingan mata pelajaran terhadap masa depan kerjaya mereka. Program
orientasi merupakan salah satu cara yang sesuai untuk mencapai matlamat ini.

Harus juga diwujudkan peluang-peluang untuk setipa murid


mengembangkan daya kebolehan mengikut kemampuan dan kebolehan mereka.
Untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, perlulah ada rancangan pelajaran mulai
dari peringkat awal pembelajaran. Dalam hal ini, murid perlu diberi bimbingan untuk
aktiviti pelajaran yang sesuia mengikut kebolehan dan minat masing-masing. Jadi,
peranan guru di sini ialah memberi kesedaran kepada para murid di peringkat awal,
sehingga mereka berjaya menanamkan sikap suka belajar dalam diri mereka. Ini
akan membawa pencapaian objekif pelajaran dengan berkesan.

Peranan guru yang lain ialah mengesan masalah atau keadaan-keadaan


yang tidak memuaskan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik para murid,
di samping mengembangkan peribadi dan social para murid serta memberi
BImbingan dan Kaunseling mengenainya. Pada bila-bila masa, tiap-tiap individu
sering menghadapi kesulitan yang berpunca dari dalaman diri sendiri, wujud konflik
dalam jiwa, kekecewaan, rasa tersingkir, merendah diri dan bosan dalam kehidupan
dan pelajaran.

Semua ini merupakan gejala-gejala tidak sihat yang memerlukan bimbingan


daripada guru kaunselor. Masalah atau konflik yang dihadapi oleh murid-murid
sekolah menengah perlu mendapat perhatian dan bantuan daripada guru.
Bimbingan ini membantu individu mengatasi masalah-masalah peribadi akibat
kekurangan kemampuan individu untuk menyesuaikan diri dengan aspek-aspek
perkembangan yang begitu cepat. Masalah kejutan budaya, krisis keluarga,
persahabatan jantina, soal kewangan dan kerjaya adalah antara masalah yang
memerlukan bimbingan guru.

Guru harus menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik dan menghargai
kerja yang diamanahkan. Ini bermakna guru harus membantu murid memupuk tabiat
melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan sempurna.

Guru memainkan peranan sebagai kaunselor, haruslah bekerjasama dengan


ibu bapa dalam hal perkembangan murid, khasnya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Guru haruslah berkenal mesra dengan ibu bapa dan murid supaya
dapat mengetahui latar belakang murid sekolahnya. Butir-butir penting hendaklah
dicatatkan sebagai panduan untuk guru. Guru haruslah menyediakan kad rekod
himpunan. Tujuan menyediakan kad rekod himpunan ini adalah untuk mengetahui
butir-butir lengkap tentang maklumat pelajar serta latar belakang mereka.

Dalam rekod ini, guru dapat mengatur rancangan pelajaran dan aktiviti kokurikulum
yang sesuai untuk murid-murid tersebut. Kad rekod himpunan merupakan suatu
system untuk merekod butir-butir murid dari semasa ke semasa. Ini membolehkan
guru mengenali setiap murid dengan lebih dekat dan memahami masalah mereka
serta memudahkan guru memberi bimbingan dan kauseling untuk mereka.

8.0 Kesimpulan

Sebagaimana yang telah dihuraikan, intervensi merupakan suatu teknik


kanseling yang digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah
berlainan dengan remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih kurang
matang serta menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup
untuk menjelaskan gangguan mental dan emosi yang abstrak.
Oleh itu, kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan
pelbagai jenis kemahiran komunikasi. Antaranya ialah kemahiran bermain, bercerita,
melukis, bermain alat muzik dan menyanyi. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah
menggunakan media main, cerita, lukisan dan alat muzik untuk menggambarkan
pemikiran dan emosi secara semulajadi. Melalui aktiviti-aktiviti bermain, bercerita,
melukis dan bermain alat muzik, terapis dapat menghayati dunia dalaman kanak-
kanak dengan lebih tepat lagi, mendianogsis punca gangguan mental dan emosi
mereka dan seterusnya menggunakan kemahiran pelaksanaan intervensi kaunseling
untuk membimbing kanak-kanak kea rah menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam pelaksanaan terapi biblio. Cara yang
paling konvensional adalah penggunaan novel, cerita pendek, cerita dongeng, hikayat dan
buku
berilustrasi. Bahan bacaan sebegini boleh menarik minat dan memberikan impak yang positif
kepada kanak-kanak. Antara contoh judul buku yang sering digunakan adalah seperti
Chicken
soup for the soul, A friend like Simon: a story about autism, Little tree: a story for children with
serious medical problems dan Gentle willow: a story for children about dying, Tidurlah Intan,
dan
Hikayat 1001 malam.

Selain daripada itu, teknik bercerita read-aloud memainkan peranan penting. Dalam situasi
ini,
sukarelawan terlibat perlu kreatif untuk menyampaikan cerita tersebut agar boleh
memberikan
kesan dan impak yang positif.

Sejajar dengan perkembangan semasa, penggunaan video dan cakera padat yang
menayangkan
pelbagai cerita juga boleh digunakan. Kaedah ini lebih mudah dan menarik minat pesakit
memandangkan ia merangkumi cerita, ilustrasi dan kesan bunyi seperti Patch Adams, Upin
dan
Ipin, Pada zaman dahulu dan Wonderpet.

Untuk memberikan kesan yang lebih efektif, pelbagai aktiviti sampingan interaktif yang lain
boleh
digunakan seperti permainan, mewarna, melukis, kuiz, origami dan sebagainya untuk
menarik
minat dan menjadikan mereka lebih berani dan bersemanga

Kaedah rawatan secara biblioterapi telah lama diamalkan di luar negara dalam merawat
pesakit
khususnya kanak-kanak. Kaedah ini melibatkan penggunaan buku atau bahan bacaan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi dan menangani perubahan kehidupan. Perpustakaan
Hamdan Tahir telah mengambil inisiatif menjalankan projek rakan buku menggunakan
kaedah
biblioterapi bersama pesakit kanak-kanak di wad pediatrik, Hospital USM. Objektif projek ini
dijalankan bagi meningkatkan motivasi dan psikologi pesakit kanak-kanak dan peneman ke
arah
lebih positif, menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan pesakit dan peneman seterusnya
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca dan perpustakaan kepada
masyarakat.
Perkembangan minda kanak-kanak dapat dibentuk dengan menyertai pelbagai aktiviti yang
disediakan. Secara tidak langsung, projek ini juga telah memantapkan aktiviti sukarelawan
dalam
kalangan staf perpustakaan khususnya. Metodologi yang digunakan adalah pemerhatian,
perbincangan dan penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan. Pemilihan bahan bacaan dan
penyampaian aktiviti adalah berdasarkan keadaan pesakit. Pesakit kanak-kanak khususnya
memerlukan sokongan moral daripada pelbagai pihak bagi menghilangkan tekanan dan
kesakitan
yang dihadapi. Peranan peneman/penjaga, perawat dan masyarakat sekeliling amatlah
penting
bagi mereka meneruskan kehidupan pada masa akan datang. Kejayaan aktiviti ini telah
memberi
Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia, Melaka, 25-27 Ogos 2013
2

peluang kepada perpustakaan meluaskan perkhidmatannya di Hospital Universiti Sains


Malaysia.
Secara ringkasnya, program ini merupakan serampang dua mata yang mana kaedah
biblioterapi
yang telah digunapakai dapat menanam tabiat membaca dari peringkat awal dan secara
tidak
langsung, kasih sayang dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat terhadap golongan yang
memerlukan. Oleh yang demikian, usaha murni ini harus diteruskan bagi mengembangkan
kaedah rawatan biblioterapi sebagai jalan penyelesaian altenatif untuk menangani masalah
kesihatan dalam kalangan masyarakat.

Katakunci: Terapi biblio; khidmat masyarakat; pesakit pediatrik; perpustakaan

1. PENGENALAN

Perpustakaan merupakan pusat sumber dan rujukan maklumat untuk semua lapisan
masyarakat.
Peranan perpustakaan pada era globalisasi tidak menghadkan tugasan yang hanya
berkaitan
perkhidmatan rujukan, sirkulasi (pinjaman dan pemulangan) dan perolehan sumber sahaja.
Kepelbagaian tugas yang dijalankan oleh pustakawan pada masa kini telah menjadi faktor
penyumbang ke arah pengiktirafan kerjaya kepustakawanan pada mata masyarakat dunia
dan di
Malaysia khususnya.

Perpustakaan akademik yang secara langsung terlibat dalam aktiviti pembelajaran,


pengajaran
dan penyelidikan telah memberi peluang yang besar dalam menabur bakti dan berkhidmat
kepada masyarakat sekeliling. Universiti yang mempunyai hospital sebagai pusat pengajaran
dan
pembelajaran merupakan satu kelebihan kerana ia merupakan tempat tumpuan pelbagai
lapisan
masyarakat seawal peringkat bayi sehinggalah di usia emas bagi mendapatkan rawatan dan
khidmat nasihat perubatan.

Justeru itu, Perpustakaan Hamdan Tahir telah mengambil inisiatif dengan peluang yang ada
untuk turut serta memberi dan menyumbang bakti kepada pesakit pediatrik (kanak-kanak)
yang
sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Kanak-kanak
merupakan
generasi muda yang perlu dipupuk dan dipimpin bagi membentuk generasi akan datang.
Kaedah
terapi biblio telah diaplikasikan memandangkan kepelbagaian sumber bacaan yang terdapat
di
perpustakaan dan juga memupuk minat membaca dari peringkat awal. Kaedah rawatan ini
telah
lama diamalkan di luar negara dalam merawat pesakit dan hanya melibatkan kaunselor,
pakar
psikologi dan jururawat. Menurut Gubert (1993) Sadie Peterson Delaney merupakan
pustakawan
pertama yang telah berjaya menggunakan terapi ini dalam membantu pemulihan pesakit
mental
Veterans Administration Hospital di Tuskegee, Alabama. Ini merupakan satu transformasi
bagi
memantapkan peranan pustakawan dan secara tidak langsung dapat mengubah persepsi
masyarakat terhadap kerjaya kepustakawanan.

1.1 LATAR BELAKANG PROJEK

Pada dasarnya, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kampus
Kesihatan
telah melaksanakan program Riang Ria Rabu dalam kalangan pelajar. Kemudian program
tersebut telah ditawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama
menjayakannya.
Bagi menyahut seruan pihak universiti untuk mengembangkan program khidmat masyarakat,
pihak pengurusan perpustakaan telah mengambil inisiatif untuk turut serta dengan
menubuhkan
pasukan sukarelawan untuk menjalankan aktiviti tersebut di Pusat Sumber Kanak-kanak,
Hospital
USM mengikut jadual yang telah ditetapkan mulai 2010. Segmen bercerita bersama kanak-
kanak
merupakan aktiviti utama dan diikuti oleh segmen mewarna, teka-teki, origami dan
sebagainya.
Memandangkan aktiviti sukarelawan ini amat memberi manfaat dan impak positif kepada
jabatan
dan pesakit, pihak pengurusan telah memohon geran daripada Bahagian Jaringan Industri
dan
Masyarakat (BJIM), USM bagi menjayakan aktiviti ini. Geran ini digunakan untuk membiayai
perolehan buku, alat permainan, cenderamata dan alat tulis. Ini merupakan satu galakan dan
penghargaan kepada kanak-kanak yang menyumbang dan mencari idea serta aktif
penyertaan
dalam setiap sesi yang diadakan. Selain daripada itu, projek ini juga telah mendapat
kerjasama
dan sumbangan daripada Mattel Shared Service Solutions Sdn. Bhd., Institut Terjemahan
Buku
Malaysia (ITBM) dan Koperasi USM Berhad. Buku dan alat permainan yang disumbangkan
telah
Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia, Melaka, 25-27 Ogos 2013
3
ditempatkan di pusat sumber dan memberi keseronokan kepada pesakit kanak-kanak.
Secara
tidak langsung, kesakitan yang ditanggung dapat dikurangkan buat seketika.

Pesakit kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kaum, agama, tahap pendidikan dan latar
belakang
keluarga yang berbeza-beza. Jarak tempat kediaman dan tempoh rawatan yang berterusan
menyebabkan pesakit dan peneman perlu tinggal di wad dalam tempoh tertentu. Masa yang
terluang di dalam tempoh tersebut perlu diisi dengan perkara yang bermanfaat seperti
membaca
buku dan menonton cerita teladan.

1.2 DEFINISI TERAPI BIBLIO

Terapi biblio atau biblioterapi berasal dari perkataan biblion bermaksud buku atau bahan
bacaan
dan therapeia bermakna penyembuhan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Brewster
(2009)
terapi biblio adalah penggunaan bahan bacaan untuk memulihkan keadaan fizikal dan emosi
pesakit melalui pembacaan, perbincangan dan pemahaman yang baik. Manakala menurut
Roselina dan Mohd. Shukry (2008) terapi biblio bermaksud satu teknik interaksi yang
berstruktur
di antara perawat dengan pesakit (sama ada individu atau secara berkumpulan) berdasarkan
kepada perkongsian sesuatu bahan bacaan dalam memenuhi keperluan rawatan pesakit
untuk
mengatasi masalah atau situasi yang dihadapinya. Duffy et.al (2009) pula mengaitkan terapi
biblio dengan pembacaan buku, cerita dan puisi secara kreatif supaya pesakit mempunyai
perasaan positif tentang diri mereka dan juga orang lain.

Projek ini memberi fokus terhadap program membaca berpandu yang dirancang untuk
meningkatkan pemahaman pesakit dengan dirinya sendiri dan juga untuk mempelbagaikan
pengalaman emosinya. Melalui pembacaan, pesakit boleh mendapat inspirasi, menjadi lebih
positif dan bersemangat untuk menangani beban penyakit ditanggungnya.

Mengikut perspektif Islam, kaedah terapi biblio ini telah lama diamalkan semenjak ia
diperkenalkan berdasarkan wahyu pertama yang diterima berkenaan seruan membaca
sebagaimana tercatat di dalam surah al-Alaq ayat 1-5.

1.3 KATEGORI TERAPI BIBLIO

Menurut Janaviciene (2010), terapi biblio dibahagikan kepada tiga (3) kategori yang
berdasarkan
kepada perbezaan objektif proses terapi biblio, lokasi aplikasi dan juga ahli professional yang
melaksanakan kaedah tersebut seperti doktor, pekerja sosial, pustakawan, pakar psikologi,
guru
dan lain-lain. Tiga (3) kategori tersebut adalah terapi biblio klinikal, terapi biblio pemulihan dan
terapi biblio pendidikan (perkembangan personaliti).

Terapi biblio klinikal adalah terapi yang berkait terus dengan rawatan penyakit yang
dikendalikan
oleh para doctor. Objektifnya adalah untuk merawat dengan memberikan bahan bacaan yang
boleh memberikan impak kepada pesakit. Bahan bacaan tersebut hanya boleh dicadang dan
diberikan oleh doktor yang merawatnya. Terapi biblio klinikal ini hanya boleh dilaksanakan di
institusi perubatan sahaja dan pustakawan boleh berperanan sebagai ahli pasukan tersebut.
Terapi biblio pemulihan pula berbeza dengan terapi biblio klinikal. Terapi ini bukan untuk
merawat penyakit tetapi lebih kepada untuk membantu mengatasinya dan juga untuk
membantu
pesakit mengadaptasi perubahan persekitaran. Tujuan utamanya adalah untuk memberikan
harapan melalui bahan bacaan yang boleh menunjukkan bagaimana orang lain menghadapi
dan
menguruskan situasi sebegitu. Melalui terapi ini, pesakit boleh meluaskan pandangan dan
mempunyai harapan yang lebih positif untuk menghadapinya. Terapi biblio pemulihan ini
boleh
disediakan dan dikendalikan oleh pustakawan dengan kerjasama staf perubatan. Dalam
keadaan
ini, perpustakaan boleh berkolaborasi dengan unit lain seperti pemulihan, rawatan harian dan
pekerja sosial.

Terapi biblio pendidikan bertujuan untuk perkembangan personaliti dan mengharmonikan


hubungan sosial. Terapi biblio ini digunakan oleh kebanyakan institusi sosial dan ia juga
berkait
rapat dengan terapi biblio pemulihan kerana melibatkan perkembangan personaliti dan
adaptasi
kepada perubahan persekitaran. Melalui terapi ini, pesakit boleh berubah ke arah personaliti
yang
Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia, Melaka, 25-27 Ogos 2013
4

lebih seimbang dan perkembangannya lebih kreatif. Profesional yang terlibat untuk
mengendalikan terapi ini adalah yang memberikan khidmat sosial seperti guru, kaunselor,
pekerja
sosial, pustakawan dan lain-lain.

1.4 PROSES TERAPI BIBLIO

Merujuk kepada Pardeck (1994) dalam artikel Strub (2011), proses terapi biblio atau
implementasi terapi biblio ini merangkumi empat langkah utama iaitu kenalpasti masalah,
pemilihan bahan bacaan, pembacaan bahan yang dipilih dan aktiviti susulan selepas
pembacaan.

Implementasi yang pertama melibatkan pengenalpastian masalah yang dihadapi untuk


memudahkan proses terapi. Masalah yang dihadapi boleh dikenalpasti melalui temubual dan
perbincangan.

Setelah masalah yang dihadapi dikenalpasti, bahan bacaan perlu dipilih supaya bersesuaian
dan
bertepatan dengan senario pesakit tersebut. Dalam situasi ini, pustakawan memainkan
peranan
besar memandangkan ia adalah bidang kepakaran mereka.

Proses yang ketiga melibatkan pembacaan bahan bacaan tersebut. Mengikut Foss (2009),
kanak-kanak tidak diwajibkan membaca bahan tersebut tetapi sekiranya mereka memilih
untuk
turut serta, mereka sewajarnya memilih dua atau tiga bahan bacaan yang dipilih atau dibaca
oleh
sukarelawan terbabit.
Peringkat yang terakhir adalah penilaian selepas pembacaan untuk mengenalpasti sama ada
ia
memberikan impak atau tidak.

1.5 KAEDAH TERAPI BIBLIO

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam pelaksanaan terapi biblio. Cara yang
paling konvensional adalah penggunaan novel, cerita pendek, cerita dongeng, hikayat dan
buku
berilustrasi. Bahan bacaan sebegini boleh menarik minat dan memberikan impak yang positif
kepada kanak-kanak. Antara contoh judul buku yang sering digunakan adalah seperti
Chicken
soup for the soul, A friend like Simon: a story about autism, Little tree: a story for children with
serious medical problems dan Gentle willow: a story for children about dying, Tidurlah Intan,
dan
Hikayat 1001 malam.

Selain daripada itu, teknik bercerita read-aloud memainkan peranan penting. Dalam situasi
ini,
sukarelawan terlibat perlu kreatif untuk menyampaikan cerita tersebut agar boleh
memberikan
kesan dan impak yang positif.

Sejajar dengan perkembangan semasa, penggunaan video dan cakera padat yang
menayangkan
pelbagai cerita juga boleh digunakan. Kaedah ini lebih mudah dan menarik minat pesakit
memandangkan ia merangkumi cerita, ilustrasi dan kesan bunyi seperti Patch Adams, Upin
dan
Ipin, Pada zaman dahulu dan Wonderpet.

Untuk memberikan kesan yang lebih efektif, pelbagai aktiviti sampingan interaktif yang lain
boleh
digunakan seperti permainan, mewarna, melukis, kuiz, origami dan sebagainya untuk
menarik
minat dan menjadikan mereka lebih berani dan bersemangat.

1.6 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Kaedah terapi biblio ini mempunyai banyak kelebihan dan juga kekurangan, bergantung
kepada
pelbagai faktor dan situasi.

Di antara kelebihan yang boleh diperolehi melalui terapi biblio adalah peningkatan
pemahaman
dan keupayaan mengurangkan tekanan pesakit sejajar dengan keperluan rawatan dan
terapeutik
kanak-kanak yang dihadapi semasa berada di wad. Keadaan persekitaran di wad adalah
sesuatu
yang digeruni oleh kanak-kanak kerana mereka berhadapan dengan orang asing dan
pelbagai
alatan yang tidak biasa dilihat. Berdasarkan keadaan ini, membaca merupakan satu proses
terapi
yang boleh membantu untuk menghilangkan kebosanan. Selain daripada itu, ia dapat
Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia, Melaka, 25-27 Ogos 2013
5
menghilangkan ketegangan dalam diri seperti perasaan marah, tingkah laku panas baran dan
tidak sabar dalam membuat atau mengingini sesuatu perkara. Ia juga boleh meningkatkan
perkembangan kanak-kanak dengan lebih teratur dan cepat, membantu mereka memperoleh
dan
meningkatkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan motivasi terhadap sesuatu perkara.

Walaupun begitu, terapi ini tetap mempunyai kekurangan kerana tidak boleh diaplikasikan
kepada
semua pesakit memandangkan kaedah tersebut terhad kepada mereka yang suka membaca
dan
mempunyai minat mendalam untuk memahami dan meneruskan pembacaan. Ini kerana
keberkesanan terapi ini memerlukan tempoh masa yang lama dan komitmen daripada
pesakit.

1.7 PELAKSANAAN PROJEK

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam melaksanakan kaedah terapi
biblio kepada pesakit. Namun, projek ini hanya menumpukan tiga pendekatan utama yang
telah
diaplikasi oleh pasukan sukarelawan Perpustakaan Hamdan Tahir yang melibatkan pesakit di
tiga
wad pediatrik (6 Selatan, 6 Utara dan 2 Selatan).

1.7.1 Perbincangan dan temu bual

Pendekatan pertama yang telah dilaksanakan ialah melalui perbincangan dan temu bual
secara
langsung antara sukarelawan dan pesakit atau peneman mengenai latar belakang pesakit
dan
penyakit yang dihadapi. Hasil daripada perbincangan, bahan bacaan dan tayangan akan
dipilih
mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan senario pesakit tersebut. Di akhir segmen,
sukarelawan meminta maklum balas secara terus daripada pesakit atau peneman hasil
daripada
segmen yang diikuti.

Dalam pendekatan ini, sukarelawan akan mengaitkan watak di dalam sesebuah cerita atau
hikayat untuk merangsang semangat pesakit agar timbul rasa positif dalam diri mereka,
berupaya
menangani tekanan dan mengembangkan nilai-nilai positif dalam menghadapi situasi
pesakit.
Teknik bercerita merupakan suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran
berkomunikasi kepada kanak-kanak (Trencher, 1991: 86). Bagi menguatkan lagi pendekatan
ini,
pasukan sukarelawan Perpustakaan Hamdan Tahir juga akan meminta maklum balas
daripada
perawat kerana mereka lebih hampir dan kerap bertemu dengan pesakit tersebut.

Selain daripada itu, pesakit juga digalakkan menglibatkan diri secara aktif melalui aktiviti
permainan teka-teki, mewarna, melukis, kuiz, origami dan sebagainya bagi membangkitkan
faktor
imaginasi dan merangsang kreativiti.

1.7.2 Pemerhatian
Sukarelawan juga akan bertindak sebagai pemerhati terhadap penyertaan dan penglibatan
pesakit semasa aktiviti dijalankan. Hasil daripada pemerhatian akan dibincangkan dalam
pasukan
untuk penambahbaikan pada sesi akan datang. Sebagaimana yang dinyatakan oleh
Brewster,
Sen dan Cox (2010), pemerhatian untuk kaedah terapi biblio terhadap pesakit adalah melalui
interaksi antara pesakit dan ahli dalam kumpulan tersebut, interaksi antara pesakit dan bahan
bacaan dan penggunaan bahan bacaan yang memberi kesan dalam kehidupan.

1.7.3 Pelaksanaan aktiviti secara berkala

Pendekatan ini melibatkan pasukan sukarelawan perpustakaan yang dibentuk melalui


penubuhan
dua pasukan terdiri daripada staf pelbagai peringkat. Pelaksanaan aktiviti ini dijalankan setiap
hari Rabu petang selama dua jam dan mengikut jadual yang ditetapkan. Sehingga kini, lebih
kurang seramai 100 orang pesakit telah mengikuti program ini, tidak termasuk sesi yang
dikendalikan oleh pelajar.

2. OBJEKTIF

Objektif projek ini dijalankan bagi meningkatkan motivasi dan psikologi pesakit kanak-kanak
dan
peneman ke arah lebih positif dalam menghadapi kesakitan yang ditanggung serta
menyuburkan
Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia, Melaka, 25-27 Ogos 2013
6

tabiat membaca dalam kalangan pesakit dari peringkat awal manakala peneman
merupakan
contoh dan ikutan pesakit. Selain daripada itu, projek ini juga dapat meningkatkan kesedaran
tentang kepentingan membaca dan peranan perpustakaan kepada masyarakat.
Perkembangan
minda kanak-kanak dapat dibentuk dengan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.
Strategi
dan teknik yang digunapakai semasa menyertai aktiviti dapat merangsang dan membentuk
minda
yang kreatif dalam kalangan kanak-kanak. Secara tidak langsung, projek ini juga
memantapkan
aktiviti sukarelawan dalam kalangan staf perpustakaan khususnya.

3. ULASAN KAJIAN

Setelah beberapa tahun aktiviti ini dijalankan, projek ini telah menunjukkan kesan dan impak
positif dalam kalangan pesakit dan peneman. Sambutan yang diterima juga adalah
menggalakkan dan menyuntik semangat bagi meneruskan lagi kerja-kerja sukarelawan ini.

Hasil dari pemerhatian, kanak-kanak yang hadir ke sesi Riang Ria Rabu ini pada mulanya
tidak
segera dapat menerima kehadiran orang luar untuk mendekati mereka, terutama bagi kanak-
kanak yang ditemani oleh ibubapa. Sukarelawan perlu mengambil initiatif dengan mendekati
mereka, berkenalan dan bercakap untuk membina hubungan yang lebih mesra supaya
aktiviti
yang akan dijalankan dapat diteruskan dengan berkesan.

Manakala bagi kanak-kanak yang sudah biasa menghadiri aktiviti yang diadakan akan
tertunggu-
tunggu dan teruja untuk menyertai setiap aktiviti yang akan dijalankan. Ini kerana mereka
merasa
diraikan, terhibur dan dapat menghilangkan kebosanan sepanjang mendapat rawatan di
hospital.

Hasil daripada aktiviti ini juga, perpustakaan berjaya membangunkan satu sistem
perpustakaan
yang memudahkan pencarian dan aktiviti sirkulasi bahan di pusat sumber. Secara
keseluruhannya, aktiviti ini sebenarnya memenuhi the five laws of library science yang
diutarakan
oleh Ranganathan.

3.1 IMPAK

3.1.1 Memupuk Minat Membaca


Antara impak yang paling ketara ialah aktiviti ini ternyata dapat menggalakkan minat
membaca
dalam kalangan pesakit terutama yang berasal dari luar bandar yang kurang didedahkan
dengan
buku-buku yang menarik dan kekurangan kemudahan perpustakaan di kawasan tempat
tinggal
mereka. Secara tidak langsung, tabiat membaca dan nilai-nilai murni dapat dibentuk dari
peringkat awal. Terdapat peningkatan pinjaman buku dari pusat sumber hasil daripada projek
ini
dijalankan. Pengurusan bahan di pusat sumber juga lebih sistematik dengan kepakaran yang
dimiliki oleh staf perpustakaan.

3.1.2 Mengurangkan Tekanan, Emosi Dan Beban Kesakitan


Di saat seseorang pesakit sedang berjuang mengatasi kesakitan atau masalah emosi, sedikit
sebanyak bacaan yang diberikan akan membantu mengurangkannya lalu mempengaruhi
dan
membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Cerita dan watak yang dipersembahkan
dapat
mempengaruhi perubahan sikap dan diri pesakit serta mengurangkan tekanan yang
dihadapi.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan ini juga memberi kesan dan impak yang sangat positif kepada
pesakit dalam membina imaginasi diri dan membimbing pesakit terutamanya kanak-kanak
membentuk kehidupan dan masa depan yang akan mereka lalui dengan lebih baik lagi.
Melalui
contoh dan teladan yang ditunjukkan mereka juga diajar untuk berkongsi masalah dan saling
mengambil berat di antara satu sama lain. Ini kerana kita sedar, daya kawal diri setiap pesakit
adalah berbeza-beza, malahan pelbagai rawatan, suntikan dan ubat-ubatan yang diterima
menyebabkan mereka tertekan, terbeban dan mengalami pelbagai konflik diri. Justeru
program ini
dilihat banyak membantu mereka dalam mengurangkan tekanan, beban kesakitan, konflik diri
malah dapat menghiburkan hati mereka dan menceriakan mereka walau untuk seketika

3.1.3 Perkembangan Minda Pesakit


Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia, Melaka, 25-27 Ogos 2013
7
Aktiviti yang dijalankan seperti mari bercerita, tayangan cerita kanak-kanak, permainan
menguji
minda, mari mewarna, membuat origami serta kraftangan bukan sahaja memberi kesan
fizikal
iaitu membantu menceriakan emosi pesakit malah meningkatkan perkembangan minda,
kreativiti
berfikir serta membantu pengembangan minda pesakit secara lebih positif.

Permainan yang diadakan telah memberi kesan kepada pesakit untuk memperolehi
perasaan
dan mengawal keadaan yang dapat membantu pesakit untuk berurusan dengan kehidupan
sebenar.

3.1.4 Sokongan Moral


Selain dari itu, secara tidak langsung program ini dilihat dapat memberikan sokongan moral
yang
kuat dan padu kepada pesakit. Sokongan moral sangat penting dalam kehidupan bersosial
sesama manusia. Ini kerana sokongan dan sikap ambil berat yang ditunjukkan dapat
menghiburkan mereka dan menceriakan hari-hari mereka serta mengembalikan semula
semangat dan kekuatan diri mereka. Ada dalam kalangan mereka yang kekurangan kasih
sayang
keluarga, lahir dari keluarga yang miskin, keruntuhan rumahtangga dan dari latar belakang
yang
pelbagai. Hakikatnya aktiviti ini telah menunjukkan kepada pesakit bahawa ramai yang
mengambil berat akan diri mereka, sudi membantu mereka, menceriakan kehidupan mereka
dan
secara tidak langsung mencurahkan kasih sayang kepada mereka terutama pesakit yang
telah
kehilangan ahli keluarga.

3.1.5 Kerjasama Dengan Pesakit Lebih Mudah

Perbincangan dengan ibubapa dan jururawat mendapati kanak-kanak lebih mudah menjalani
rawatan tanpa banyak karenah kerana linkungan pergaulan mereka lebih meluas selepas
menghadiri Riang Ria Rabu dan tidak tertumpu kepada perawat sahaja. Mereka merasakan
mereka dihargai, tidak bersendirian, ada orang yang menyayangi serta dipercayai dan
tumpuan
mereka teralih dari asyik memikirkan tentang penyakit sahaja. Begitu juga dengan rawatan
susulan. Pesakit juga patuh kepada jadual rawatan susulan.

Kanak-kanak juga tertunggu-tunggu dengan aktiviti pada setiap hari Rabu kerana kaedah
pembacaan secara kuat (read-aloud) mempunyai potential therapeutic value (Lenn, 2004,
p.1)

3.1.6 Interaksi Lebih Berkesan

Impak yang jelas ialah perubahan dari segi interaksi yang lebih berkesan sama ada antara
sukarelawan dengan pesakit dan antara pesakit dengan perawat. Menurut Thompson dan
Stanford (1981) read-aloud mengurangkan ketidakbiasaan dengan mewujudkan suasana
seronok
(playful environment). Bak pepatah Inggeris mengatakan Laughter is the best medicine.

Sesi bercerita akan diselangselikan dengan pertanyaan untuk menarik perhatian pesakit.
Seterusnya membina keyakinan kepada sukarelawan untuk meneruskan aktiviti.
3.1.7. Kerjasama

Kerjasama antara Perpustakaan dengan pihak hospital berjalan dengan lancar dan sudah
ada
beberapa rakan perpustakaan yang menunjukkan minat dan bertanya untuk menyokong
projek
ini sebagai sukarelawan. Sumbangan kepada projek ini tidak sahaja terhad kepada bahan
bacaan namun turut menerima sumbangan perabot dan barang permainan dari para
dermawan.

3.2 HALANGAN DAN CABARAN

Tidak dinafikan pelbagai halangan dan cabaran telah dilalui kumpulan sukarelawan kami
semasa
menjalankan tugas-tugas tersebut. Namun halangan dan cabaran ini dapat diatasi dengan
sokongan yang padu dari semua pihak yang terlibat.

3.2.1 Kerjasama dan sambutan


Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia, Melaka, 25-27 Ogos 2013
8

Antara halangan yang dihadapi pada peringkat awal semasa menjalankan aktiviti-aktiviti ini
ialah
kurang mendapat kerjasama dari pesakit dan juga peneman pesakit. Ini disebabkan mereka
masih kekok dan tidak biasa dengan program yang dijalankan. Setiap kali tiba waktu
program,
sukarelawan terpaksa ke wad-wad untuk menjemput pesakit supaya menyertai aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.

Hakikatnya, tidak semua kanak-kanak dapat menyertai aktiviti ini kerana sesetengahnya tidak
boleh bergerak sama ada tidak berupaya dari segi fizikal atau sedang menjalani rawatan
khusus.
Ini menyebabkan bilangan pesakit amat terhad pada satu-satu masa.

Keadaan fizikal pesakit banyak mempengaruhi dan memberi kesan kepada mereka untuk
menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Contohnya pesakit yang terpaksa berkerusi roda,
cacat
anggota, kurang pendengaran dan penglihatan menyebabkan mereka kurang memberi
kerjasama untuk menyertai aktiviti yang diadakan. Sukarelawan dan jururawat terpaksa
memujuk,
dan membantu mereka untuk menyertai aktiviti tersebut.

Hal ini memerlukan kesabaran sukarelawan dan jururawat terlibat, termasuklah peneman
pesakit
dalam membantu mereka menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan
keyakinan diri mereka untuk bersosial.

3.2.2 Sumber Dan Masa

Pasukan sukarelawan juga menghadapi kekangan kewangan dari segi perolehan buku, rak
buku, troli, komputer dan sistem perpustakaan. Geran yang sedia ada hanya mampu
menampung aktiviti-aktiviti yang dirancang bersama pesakit. Manakala buku-buku yang
sesuai
dalam bahasa yang mudah masih terhad di pasaran.

Masa yang terhad dan bebanan tugas hakiki juga telah memberi kesan dalam membuat
persediaan dan pelaksanaan aktiviti yang dirancang. Kajian secara menyeluruh untuk projek
ini
tidak dapat dijalankan kerana kekurangan peruntukan dan masa.

3.2.3 Kemahiran Sukarelawan dalam Terapi Biblio

Cabaran paling utama ialah sukarelawan tidak mempunyai pendedahan dalam


melaksanakan
terapi biblio dan kemahiran yang khusus. Sukarelawan yang terlibat tidak mendapat
sebarang
latihan yang formal dalam bidang berkaitan. Sukarelawan terpaksa menggunakan
kebolehan
semulajadi yang ada dalam diri masing-masing bagi menjayakan setiap aktiviti yang
dijalankan.
Namun pengalaman bercerita, mengendalikan aktiviti bersama pesakit amat menyeronokkan
dan
memberi pendedahan baharu kepada sukarelawan serta dapat menambah kemahiran yang
sedia
ada dan lebih kreatif.

3.2.4 Tahap Literasi

Oleh kerana tahap literasi dalam kalangan pesakit masih rendah, timbul cabaran untuk
menerapkan sifat suka membaca terutamanya bahan bacaan yang bermutu dan sesuai
untuk
mereka.

4. KESIMPULAN

Terapi biblio tidak dapat disangkal lagi dapat memainkan peranan penting dalam proses
pemulihan pesakit terutamanya kanak-kanak. Penglibatan perpustakaan dalam proses ini
masih
baharu lagi di Malaysia dan boleh diperkembangkan lagi ke tahap yang lebih berkesan.

Khidmat masyarakat seumpama ini amat sesuai diterapkan secara meluas bukan hanya
tertumpu
kepada pesakit pediatrik sahaja malahan pesakit dewasa juga memerlukan bimbingan dan
dorongan untuk mewujudkan budaya membaca sebagai suatu tabiat.

Projek ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan memperkembangkan
skop aktiviti kepada perkhidmatan perpustakaan bergerak di wad-wad berkaitan. Ini akan
memudahkan akses bahan bacaan kepada pesakit yang terbatas dari segi keupayaan
fizikalnya.
Kerjasama daripada sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bidang juga amatlah
diharapkan
seperti pakar psikologi, perawat dan tenaga pengajar Sekolah Dalam Hospital bagi
memantapkan
projek ini. Kepakaran yang dimiliki oleh sukarelawan tersebut dapat diaplikasikan dalam
memulihkan pesakit secara lebih efektif. Kajian lanjut penglibatan pustakawan dalam bidang
terapi biblio di Malaysia ini perlu dijalankan secara lebih saintifik bagi mendapatkan hasil
yang
kompre

Anda mungkin juga menyukai