Anda di halaman 1dari 8

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 2

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 2 Maju

Tarikh : 25 Ogos 2008

Masa : 60 Minit (7.45pagi 8.45pagi)

Bilangan Murid : 30 orang

Tajuk : Sayangilah Alam Sekitar

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:


Membaca petikan bertajuk Sungai Kami dengan sebutan, rima, dan intonasi
yang betul.
Memahami makna perkataan mengikut konteks berdasarkan perkataan bergaris
dalam petikan.
Melafazkan puisi dengan betul mengikut sebutan, intonasi, rima, dan irama yang
sesuai berdasarkan petikan bertajuk Pantai.

Fokus Utama:
Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras: 3 (1) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
menarik.

1
Fokus Sampingan:
Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Aras: 2(1) Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah dengan


menggunakan kata tanya.

Kemahiran Bahasa: mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahasa: Tatabahasa: Menyatakan maksud perkataan frasa dalam ayat yang
diberikan.
Sistem ejaan: Pola keselarasan huruf vokal, kata pinjaman, kata dasar dan kata
terbitan.
Sebutan dan intonasi: Berdasarkan petikan dan puisi.

Pengisian Kurikulum:

a. Ilmu: Pendidikan Seni dan Kajian Tempatan

b. Nilai Murni: Kasih sayang, menghargai alam sekitar, prihatin

c. Kemahiran Bernilai Tambah:


- Belajar Cara Belajar (kemahiran belajar)
- Kemahiran berfikir: Menghubungkait, penyelesaian masalah dan membuat rumusan
- Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik dan kinestatik
- Strategi: Konstektual, direktif, metakognitif
- Pembelajaran konstruktivisme- pemahaman dan pengetahuan baru

2
Pengetahuan Sedia Ada: Pernah dan tahu:
-bercerita sesuatu
-berpengalaman berekreasi di tempat kawasan air

Bahan Bantu Belajar:


Gambarajah Sungai
Petikan Sungai Kami
Pantun 4 Kerat Pantai
Permainan Dadu Berakit Di Sungai
Komputer

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Pembelajaran

Set Induksi (5 Minit) Guru mengedarkan gambarajah BBM:


Sungai kepada murid.
Soalan :- *Gambarajah sungai
(Lampiran A)
-Siapa pernah pergi *Paparan media elektronik
Guru memaparkan gambarajah
berkelah di tepi pantai
sungai di komputer, Nilai:-
atau air terjun?
Bertanya kepada murid tentang Insaf kesedaran
-Apakah perasaan kamu
beberapa soalan.
pergi berkelah di Prihatin
kawasan tersebut? Mengaitkan dengan tajuk
Kasih sayang
Mengapa? pelajaran.

Langkah 1 (15 Minit) Guru memaparkan petikan BBM:


Sungai Kami di komputer dan
Petikan Sungai Kami *Helaian petikan Sungai
mengedarkan petikan dalam

3
Kata Nama:- salinan kertas. (Lampiran B) Kami

celah Murid diarahkan membaca *Paparan media elektronik


petikan secara mekanis untuk
sampah-sarap Bacaan secara mekanis.
mengetahui isi kandungan
Kata Adjektif:- petikan tersebut. Kosa kata insang, tin
kosong, sedih
bersih Murid mencari makna perkataan
dan frasa yang berhuruf tebal. Nilai:-
jernih
Murid berbincang dengan guru
Kerjasama
Kata Kerja:- tentang perkataan tersebut.
Kesyukuran
selamatkan Murid memberi makna simpulan
bahasa dan menulisnya dalam
Simpulan bahasa:
buku latihan.
sakit hati

tanah air

Langkah 2 (20 Minit) Guru memaparkan paparan Strategi :


puisi pantun di komputer dan
Puisi Pantun Pantai Direktif Kontekstual
mengedarkan helaian puisi
Kata Nama: pantun. (Lampiran C) Penilaian Formatif
Pemerhatian
Cermai Murid dikehendaki membaca
pantun. ABM
Nyiru
Murid dikehendaki bertutur serta *Paparan media elektronik
Lautnya
melafazkan puisi pantun
*Helaian puisi pantun
Kata Adjektif: berseorangan dan diikuti secara
beramai-ramai. KB penyelesaian masalah
Permai
Mereka mengeja dan menyebut
Nyaman
perkataan berhuruf tebal yang

4
Penilaian dari segi:- terdapat dalam pantun.

Kemahiran membaca Murid berbincang tentang


bagaimana hendak menjaga
kebersihan pantai

Langkah 3 (15 Minit) Guru memaparkan paparan ABM


Permainan Berakit di Sungai.
Permainan Berakit di *Paparan media elektronik
Sungai Guru mengedarkan 4 helaian
*Helaian lembaran kertas
lembaran kertas Permainan
permainan
Berakit di Sungai. (Lampiran D)
KB penyelesaian masalah
Murid dibahagikan kepada
kepada 4 kumpulan, membaca Strategi :
arahan permainan dan bermain
Direktif Kontekstual
untuk mengumpul mata dalam
kumpulan. Nilai:

Guru dan murid berbincang kerjasama


tentang nilai yang terdapat
dalam permainan tersebut.

Penutup Murid diminta menyatakan Nilai Murni


perkara-perkara yang telah
(5 Minit) menjaga kebersihan alam
dipelajari
sekitar
Guru membuat penutup sosial
Murid membaca semula petikan
puisi Pantai.

5
LAMPIRAN A

Gambarajah Sungai

LAMPIRAN B

Sungai Kami
Baca dan fahami petikan ini.

Saya ikan keli. Nama saya Sitam.


Saya tinggal di Sungai Bertam.
Saya ada banyak kawan.
Antaranya Termasuklah sepat, seluang,
lampam, haruan dan tilapia.
Dahulu, saya dan kawan-kawan saya sihat.
Kami selalu berenang serta bermain-main di celah batu
dan rumput di tepi sungai.
Air Sungai Bertam pada masa itu bersih dan jernih.
Sekarang, saya dan kawan-kawan saya kurus.
Tempat tinggal kami kotor.
Di sana sini terdapat tin kosong dan sampah sarap.
6
Air sungai kotor dan busuk.
Kami sukar bernafas.
Insang kami tersumbat.
Kami juga selalu sakit.
Ada juga ahli keluarga kami yang mati.
Sakit hati kami dengan perbuatan manusia.
Kami amat sedih.
Oh, Tuhan!
Tolonglah selamatkan tanah air kami!

LAMPIRAN C
Pantai
Baca dan lafazkan.

Buah ciku buah cermai,


Mari dipilih dalam nyiru;
Pantai negeriku indah dan permai,
Pasirnya putih lautnya biru.
Mari dipilih dalam nyiru,
Dibawa Encik Seman dari desa;
Pasirnya putih lautnya biru,
Udaranya nyaman segar terasa.
Dibawa Encik Seman dari desa,
Bersama petai dengan berangan,
Udaranya nyaman segar terasa,
Jagalah pantai dicemar jangan.
Bersama petai dengan berangan,
Mari ditutup oleh Pak Kasa;
Jagalah pantai dicemar jangan,
Agar hidup sihat sentiasa.

7
LAMPIRAN D

Permainan Berakit Di Sungai

Anda mungkin juga menyukai