Anda di halaman 1dari 3

TIPS MUKA GLOWING

1: Minum Air Putih Dengan Secukupnya

Ini adalah tips untuk muka glowing dan flawless secara semulajadi yang paling asas dan
penting sekali. Tubuh badan anda memerlukan air berish untuk membantu menggantikan
sel-sel yang mati di dalam badan anda. Anda seharusnya minum sekurang-kurangnya dua
liter air sehari bagi memastikan sistem dalaman badan anda dapat berfungsi dengan baik.
Apabila tubuh badn anda mendapat air yang cukup, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih
dan cerah secara semulajadi. Tips ini memang harus diamalkan pada setiap masa dan
waktu.

2: Air Beras

Tahukah air beras tu apa? Bagi yang memang rajin ke dapur tau lah ya apa tu air beras,
yang tak tahu tu sekali-sekala jenguk-jenguk la di dapur tu ya. Air beras merupakan air
daripada mencuci beras sebelum ia dimasak dan kebiasaannya ia dibuang semasa proses
mencuci beras. Apa kata untuk kali ini jangan dibuang air cucian beras itu, sebaliknya
tadahkan dan simpan di dalam bekas air yang berasingan, seperti baldi atau sebagainya.
Tahukah anda bahawa air beras mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan? Air bilasan
dari mencuci beras itu dikatakan dapat mampu menghaluskan serta memutihkan kulit.
Caranya adalah untuk megambil air bilasan ini dan amalkan berendam dalam air bilasan
tersebut selama 15-20 minit setiap hari.

3: Beras Pulut sebagai Masker

Beras pulut adalah sejenis beras yang anda boleh dapati secara mudah di pasar-pasar.
Bukan pulut yang dah dimasak dan boleh terus dimakan ya! Untuk tips ini yang akan dapat
memberikan anda muka glowing dan flawless secara semulajadi, ambil beras pulut tersebu
dan gorengkan ia tanpa menggunakan minyak sehingga warna beras pulut tersebut menjadi
kekuningan. Selepas proses menggoreng, tumbuk atau kisarkan beras pulut tersebut
supaya menjadi seperti serbuk bedak. Apabila proses kisar atau tumbuk selesai, bancuh
dengan air dan sapukan kepada wajah. Biarkan ia kering untuk seketika waktu dan basuh
dengan air bersih. Amalkan tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini untuk
mendapatkan kulit muka yang cantik, gebu, anggun dan bergaya.
4: Menggunakan Yogurt Asli

Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi
boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit, terutaman sekali pada kulit muka anda. Untuk
tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini, caranya adalah untuk ambil yogurt asli
dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih.
Amalkan tips ini 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti.

5: Elakkan Sinaran Ultra Ungu (Ultraviolet – UV)

Matahari adalah sumber yang besar bagi vitamin D. Sinaran matahari dari jam 7 pagi hingga
9 pagi adalah yang terbaik untuk kulit. Cuba elakkan sinaran matahari selepas waktu ini
adalah sangat penting. Sinaran UV yang agak kuat bukan sahaja boleh merosakkan tekstur
kulit tetapi pendedahan terhadap sinaran ini boleh menyebabkan kanser kulit. Elakkan
matahari terutamanya dari 10 pagi hingga 2 petang kerana sinar matahari boleh
menyebabkan kerosakkan walaupun untuk kulit normal.

6: Sapukan Larutan Jus Lemon

Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia
mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang
lebih gelap. Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit, buat larutan jus lemon
dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola
kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan
air suam.

Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu.
Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan
pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda. Anda
sepatutnya boleh melihat hasilnya selepas tiga hingga empat minggu penggunaan larutan
tersebut untuk beberapa kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan
sepantas kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati.

Anda mungkin juga menyukai