Anda di halaman 1dari 2

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik Vitamin C:

1. Buah-buahan: jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan
strawberi.
2. Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.

Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz
sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C.

Kebaikan Vitamin C Pada Kulit

Berbalik kepada soalan penulis tadi, didapati suplemen vitamin C sangat popular dalam
kalandan wanita sekarang. Ia merupakan sejenis suplemen yang dapat membantu dari segi
kecantikan wajah. Suplemen ini boleh diambil dalam bentuk tablet atau serbuk, walaupun
demikian, suplemen ini juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Sebagai contoh harus
mengelakkan beberapa tabiat buruk seperti merokok, minum minuman beralkohol serta
minuman yang berkafein. Hal ini kerana tabiat seperti ini dapat mengganggu fungsi
suplemen vitamin C.

Foto – shutterstock.com
Antara kebaikan yang diberi;

Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan – Hal ini kerana banyak orang
pada masa kini mempunyai masalah kekurangan vitamin C dalam badan. Oleh itu, bagi
membantu menangani masalah ini dengan lebih cepat ianya lebih baik untuk mengambil vitamin
C dalam bentuk suplemen bagi kesan yang lebih cepat.

Penghasilan kolagen – Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan


penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Oleh itu, ianya dinasihatkan
untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat
berterusan dengan lebih cepat menerusi kaedah suplemen ini.

Menghasilkan kulit yang berseri – Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit
dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ini merupakan idaman semua wanita pada masa
kini.

Anda mungkin juga menyukai