Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN SIMULASI PENGAJARAN MIKRO

Dalam melaksanakan tugasan PRKA 3012 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran, kami
telah ditugaskan untuk melaksanakan pengajaran mikro. Saya telah memilih langkah pertama
dalam menyiapkan tugasan pengajaran mikro ini. Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran
mikro Reka Bentuk dan Teknologi – Penghasilan projek yang telah dilakukan, saya mendapati
terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dikendalikan tersebut.

Mikro pembelajaran ini dibuat dalam masa tidak melebihi 20 minit yang mana saya telah
memilih kelas Tahun 4 Alamanda sebagai kelas pengajaran dan pembelajaran saya dalam
mata pelajaran yang hendak di ajar ialah Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4. Saya
telah memilih langkah pengajaran iaitu langkah pertama bagi pengajaran mikro ini. Kelas ini
mempunyai seramai 35 orang murid dan merupakan sebuah kelas yang diklasifikasikan
sebagai kelas sederhana.

Pada pendapat saya, objektif pengajaran saya belum dicapai. Hal ini disebabkan melalui
aktiviti meletakkan nama peralatan yang dijalankan, masih ada murid yang tidak dapat
meletakkan nama peralatan pada peralatan yang betul. Kebanyakan murid dapat
meletakkannya dengan betul, namun terdapat juga murid yang hanya menikam sahaja nama
peralatan tersebut. Kebanyakan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan.
Mereka sangat aktif untuk menjawab atas setiap apa peralatan yang dipegang dan ditunjukkan
kepada mereka.

Dari segi bahan bantu mengajar, saya rasa ia kurang cukup kerana saya hanya
menggunakan kad-kad yang mempunyai nama-nama peralatan tersebut sahaja. Saya tidak
meletakkan gambar pada nama-nama peralatan tersebut, maka ianya telah menyukarkan
murid-murid saya untuk mengenal pasti nama-nama peralatan yang betul berdasarkan
peralatan yang sebenar yang terdapat di atas meja bengkel tersebut. Saya telah menganalisis
kekuatan dan kelemahan saya sendiri melalui pandangan dan pendapat rakan-rakan sejawat,
murid-murid dan diri saya sendiri.

1
Antara kelemahan saya adalah seperti berikut:

Kelemahan Cara mengatasi

Bahasa yang saya gunakan kurang sesuai  Lebihkan untuk bertutur dalam
dengan persekitaran murid-murid. Bahasa Melayu dengan murid
 Penggunaan bahasa standard yang
murid lebih faham

Saya kurang berfokus kepada semua murid  Saya perlu memberi perhatian kepada
tetapi kepada satu kumpulan sahaja. semua kumpulan dengan bergerak
Terdapat murid yang terasa dengan dari satu kumpulan kepada satu
ketidakprihatinan saya terhadap kumpulan kumpulan agar dapat membantu
mereka. murid lebih fokus terhadap
pengajaran yang dijalankan.
Pengurusan masa yang lemah. Terlalu lama  Saya harap boleh peka terhadap
mengambil masa dalam menjelaskan masa yang diperuntukkan.
sesuatu perkara.  Memberi penjelasan yang ringkas dan
jelas supaya murid tidak cepat berasa
bosan kerana mengambil masa yang
terlalu lama.

Antara kekuatan saya adalah seperti berikut:

Kekuatan Cara penambahbaikan

Penggunaan suara saya yang kuat dan jelas  Saya akan mengawal suara saya
ketika berada di bengkel. apabila bercakap dan mempunyai
intonasi suara yang lebih menarik dan
jelas walaupun ketika berada di
bengkel.
Pengajaran yang aktif dan bukan bercakap  Melibatkan murid untuk menyatakan
satu hala sahaja. jawapan yang sebenar tentang aktiviti
yang dijalankan.
 Respons dan kerjasama yang baik
yang ditunjukkan oleh murid-murid.
REFLEKSI RPH
Kekuatan dalam Pengajaran Mikro

2
Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini, cara pengajaran yang digunakan
agak berkesan untuk murid-murid tahun 4. Hal ini kerana, murid-murid pada tahun ini masih
baharu lagi dalam subjek RBT ini. Sesi pengajaran ini telah melibatkan aktiviti bagi murid-murid
untuk meletakkan nama-nama peralatan pada peralatan dengan betul berdasarkan kefahaman
mereka. Ada terdapat kumpulan murid yang dapat mengenal pasti nama peralatan dengan
betul dan ada juga yang tidak tepat. Justeru, mereka akan dijelaskan semula oleh guru tentang
nama peralatan-peralatan tersebut dengan betul. Aktiviti yang dirancang ini telah memenuhi
keperluan pembelajaran murid-murid tahun 4. Saya juga telah meminta murid-murid untuk
menerangkan sedikit fungsi peralatan yang berada di hadapan mereka supaya dapat
mengukuhkan lagi kefahaman mereka.

Selain itu, kad-kad nama peralatan yang disediakan ini amat berguna kepada murid-
murid. Melalui aktiviti ini dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang
dijalankan seperti yang dinyatakan oleh Orlich et al. dalam Noriati (2009). Dengan adanya kad-
kad nama peralatan ini, murid-murid akan lebih mudah untuk meletakkan nama-nama peralatan
tersebut di mana-mana tempat sahaja bergantung pada mereka untuk mengubahnya ataupun
tidak. Ingatan murid-murid adalah bergantung pada nama peralatan yang mereka ingat dengan
peralatan sebenar yang terdapat di atas meja. Penggunaan kad-kad nama peralatan ini sangat
membantu murid mengingat nama peralatan yang telah diajar.

Sebagai kekuatan dalam langkah pertama yang dijalankan, penggunaan alatan tangan
yang sebenar dapat memberi rangsangan kepada murid-murid dan juga dapat memberi
peluang kepada mereka untuk melihat bentuk alatan tangan tersebut secara lebih dekat. Ini
secara tidak langsung dapat memberikan keselesaan kepada murid untuk belajar secara lebih
dekat lagi dengan objek atau alatan yang betul.

Kelemahan dalam Pengajaran Mikro

3
Dalam langkah pertama ini, guru meminta murid-murid untuk membahagikan kumpulan
mengikut kehendak mereka sendiri. Melalui tindakan ini telah menyebabkan murid-murid
berebut untuk memilih rakan-rakannya untuk berada dalam satu kumpulan yang sama
dengannya. Disiplin kurang terkawal. Arahan pada masa itu juga kurang jelas. Esah (2003)
menyatakan bahawa guru hendaklah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran semasa menyediakan aktiviti untuk mereka. Maka, sebagai guru saya
seharusnya memikirkan terlebih dahulu kesan ataupun akibat daripada pelaksanaan dan
perancangan sesuatu pengajaran yang dibuat.

Tindakan penambahbaikan

Garvin dalam Mumtaz Begum Abdul Kadir (2009) ada menyatakan bahawa kualiti adalah
penambahbaikan berterusan dalam semua aspek. Sebagai tindakan penambahbaikan, saya
akan memikirkan satu susunan pengajaran yang tersusun dan teratur supaya disiplin murid-
murid ketika berada di bengkel dapat dikawal sebaiknya. Saya perlu untuk menyenaraikan
nama-nama kumpulan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti. Perkara ini penting agar
dapat mengawal disiplin murid-murid dengan baik. Hal ini dapat mengelakkan murid-murid
daripada berebut sesama mereka di dalam bengkel untuk membentuk satu kumpulan yang
sama

Aktiviti yang berfokus dan menambah baik ingatan mereka juga perlu dilaksanakan
untuk membantu murid belajar dengan lebih seronok dan berkesan.

Nama :
Tandatangan :

4
RUJUKAN
Esah Sulaiman. (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia

Mumtaz Begum, A. (2009). Integriti Peningkatan Kualiti Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distribution Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah. (2009). Murid dan Alam Belajar.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

5
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai