Anda di halaman 1dari 2

JAWAPAN HANIS

1. Secara jujurnya, pada awalnya agak sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan gaya
hidup dan suasana di Sarawak ini apatah lagi ini merupakan kali pertama saya keluar dari
kawasan Semenanjung. Namun demikian, saya mula berfikir, tidak mungkin lah saya ingin
biarkan diri saya ini terus menganggap perbezaan itu sebagai satu bebanan kepada saya,
malah saya cuba jadikan ia sebagai satu cabaran dalam memikul tugas yang diamanahkan.
Biarpun saya terpaksa mengambil sedikit masa, saya cuba untuk mendalami dan
memahami gaya hidup di negeri Sarawak ini.

Oleh itu, saya membuat sedikit kajian dan pencarian maklumat di aplikasi Google tentang
gaya hidup orang Sarawak. Selain itu, saya juga ada beramah mesra dengan jiran tetangga
untuk mengetahui sedikit sebanyak keunikan dan perbezaan budaya masyarakat negeri
Sarawak dengan negeri-negeri lain di Semananjung.

Tambahan pula, ini hanyalah suatu permulaan cabaran dalam dunia pendidikan demi janji
saya dalam merealisasikan falsafah pendidikan di Malaysia. Alah bisa tegal biasa. 💪

2. Ya, sudah tentu saya memerlukan bantuan dari guru lain terutamanya yang sudah biasa
dengan persekitaran di Sarawak. Hal ini kerana, bantuan mereka sangat membantu saya
terutamanya dalam aspek komunikasi dan adat budaya yang pastinya banyak perbezaan
dengan tempat asal saya.

3. Pada pandangan saya , bimbingan dari guru-guru lain sebenarnya sangat perlu. Hal ini
kerana bimbingan dari guru guru tersebut dapat memudahkan saya untuk menyesuaikan diri
di sini. Tambahan pula, seperti yang kita tahu, budaya dan persekitaran di sini ternyata
berbeza dengan persekitaran di semenanjung. Oleh itu, dengan bimbingan dari mereka,
saya dapat menjalankan tugas dengan lebih komited.

4. Secara jujurnya , saya membayangkan banyak kesukaran yang akan saya alami apabila
dipindahkan ke Sarawak untuk yang pertama kali terutamanya dalam bidang bahasa. Hal ini
kerana rata-ratanya pelajar di sekolah ini berasal dari kawasan sekeliling. Jadi, saya
mengalami kesukaran dalam komunikasi terutamanya ketika berkomunikasi bersama
pelajar. Oleh itu, untuk membendung kesukaran yang saya bayangkan pada awalnya saya
disini, saya telah pun mempelajari dialek Sarawak yang sedikit sebanyak telah memudahkan
saya untuk berkomunikasi dengan guru dan pelajar.

5. Secara jujurnya, saya masih tidak begitu mahir berkomunikasi dalam bahasa Sarawak.
Namun demikian, saya percaya bahawa usaha saya untuk mempelajari bahasa Sarawak ini
telah pun memudahkan lagi komunikasi antara saya dengan pelajar di sekolah ini dan
pastinya dapat melancarkan proses pdp serta menambahbaikkan persefahaman antara
saya dan semua orang di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai