Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN LAPORAN

Nama Pelajar : NURULIZZAH HANI BINTI KAMARJAN


Angka Giliran : 2020302340214
Nombor Kad Pengenalan : 010329101288
Kumpulan/Unit : 2 PISMP PSV 1
Kod dan Nama Kursus : EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN
Nama Pensyarah : DR ENI ELIZA BINTI GHAZALI
Tarikh Hantar : 15.03.2021

Saya Nurulizzah Hani Bt Kamarjan dengan ini mengaku telah menerima maklum balas
kerja kursus saya daripada pensyarah.

Tandatangan : Tarikh :14 MAC 2021

Laporan Kepentingan Perbezaan Individu Dan Implikasi Terhadap Pengajaran Dan


Pembelajaran
Perbezaan individu adalah merangkumi beberapa aspek iaitu dari aspek personaliti,
fizikal, emosi, kognitif, sosial, rohani, minat dan bakat serta bahasa dan bangsa. Sebagai
seorang guru, adalah sangat penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap
wujudnya perbezaan individu setiap murid-muridnya. Perbezaan individu ini akan membawa
Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis
murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil
pembelajaran mereka di sekolah.

Melalui pemerhatian dan temu bual bersama guru semasa menjalani pbs, didapati
antara sebab seorang guru itu perlu mengetahui kepentingan perbezaan individu adalah
supaya boleh memahami perbezaan dari segi fizikal, mental dan emosi. Bagi memastikan
guru dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada murid-murid, pemahaman seperti ini
adalah amat penting disamping dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih. Menurut guru
Pendidikan Seni Visual (PSV) yang ditemubual, terdapat perbezaan individu yang ketara di
kelasnya iaitu dari segi bakat dan minat. Beliau dapati pelajar yang kurang berminat dengan
subjek PSV akan memberi respon yang minimum terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Hal ini telah menunjukkan implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan
pembelajaran iaitu murid-murid yang kurang berminat terhadap subjek tersebut akan
meyiapkan tugasan secara sambil lewa berbeza dengan murid-murid yang sememangnya
mempuyai minat yang mendalam terhadap subjek tersebut.

Kepentingan seterusnya adalah supaya guru boleh memilih pendekatan, strategi,


kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap murid. Guru yang ditemu bual ada menyatakan
bahawa, di dalam kelasnya terdapat murid-murid yang mempunyai personaliti Introvert dan
ekstrovert. Bagi membantu murid-murid dalam kalangan introvert, guru tersebut telah
menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan supaya mereka
dapat bergaul dan pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah. Implikasi
personaliti introvert dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid tersebut akan
menghadapi masalah perhubungan sosial kerana sukar bergaul.

Kepentingan yang seterusya ialah supaya guru dapat memahami tingkah laku murid
agar persefahaman dan perhubungan yang baik di antara murid dan guru dapat dicapai.
Murid datang bersama emosi yang berbeza-beza setiap hari. Menurut guru pendidikan khas
yang ditemu bual, murid yang menghidap disleksia cenderung untuk mempuyai emosi yang
sangat tidak stabil disebabkan komen atau reaksi negatif dari orang sekeliling. Perkara
tersebut telah memberi imlplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu preastasi yang
merudum di sekolah. Oleh itu, guru perlu bijak mengenalpasti masalah murid atau penyakit
yang mungkin diahadapinya.

Kepentingan yang seterusnya ialah supaya guru memahami perbezaan gaya kognitif
dan gaya belajar setiap murid. Menurut guru yang ditemubual, di dalam kelasnya terdapat
murid berbeza dari segi kognitif iaitu ada yang suka belajar menggunakan audio, visual,
memproses maklumat secara global dan ada yang secara analitikal. Jika perbezaan ini tidak
difahami dengan baik iaitu guru tidak menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang
bersesuaian, implikasi terhadap pembelajaran dan pengajaran adalah kanak-kanak akan
mudah bosan.

Kepentingan yang terakhir ialah meramal tingkah laku murid yang mungkin timbul di
dalam kelas. Contohnya, perbezaan fizikal individu yang ketara bagi setiap kelas iaitu
jantina. Murid lelaki cenderung untuk hiperaktif di dalam kelas berbanding murid perempuan.
Oleh itu, seorang guru perlu meramal apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa
guru mengajar dan bagaimana cara bagi mengatasi masalah tersebut. Implikasi daripada
kegagalan meramal tingkah laku murid yang mungkin timbul di dalam kelas akan
meyebabkan guru sukar untuk megawal kelas.

Laporan Disediakan Oleh, 8 MAC 2021

Izzah hani
……………………………………………………….
(NURULIZZAH HANI BINTI KAMARJAN)

Guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun


Rujukan

Abdullah, J. T. (2014). Disleksia dalam kalangan murid pemulihan khas di sekolah rendah.
Kota Kinabalu, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Esei Kepentingan PERBEZAAN INDIVIDU DARI SEGI FIZIKAL. (n.d.). Dipetik pada Mac 15,
2021, from https://www.scribd.com/document/393070422/Done-Esei-Kepentingan-
Perbezaan-Individu-Dari-Segi-Fizikal

Kepentingan PERBEZAAN INDIVIDU. (n.d.). Retrieved March 15, 2021, from


https://www.scribd.com/document/347555942/Kepentingan-perbezaan-individu

Lee, S. M. (1995). Murid dan proses pembelajaran asas pendidikan 2. Petaling Jaya:
Kumpulan Budiman.

Sharif, K. (1995). Pendidikan khas. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

Anda mungkin juga menyukai