Anda di halaman 1dari 9

PENULISAN AKADEMIK

Nama Pelajar : NURULIZZAH HANI BINTI KAMARJAN


Angka Giliran : 2020302340214
Nombor Kad Pengenalan : 010329101288
Kumpulan/Unit : 2 PISMP PSV 1
Kod dan Nama Kursus : EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN
Nama Pensyarah : DR ENI ELIZA BINTI GHAZALI
Tarikh Hantar : 25.03.2021

Saya Nurulizzah Hani Bt Kamarjan dengan ini mengaku telah menerima maklum
balas kerja kursus saya daripada pensyarah.

Tandatangan : Tarikh :

ISI KANDUNGAN

1
ISI HALAMAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Pendekatan, Strategi Dan Kaedah Masa Kini Yang Digunakan 3

2.1 Pendekatan

2.2 Strategi

2.3 Kaedah Masa Kini

3.0 Implikasi Pengaplikasian Model dan Teori Pembelajaran Terhadap PdP 5

4.0 Kesimpulan 5

Rujukan 6

Lampiran 7

1.0 Pengenalan

2
Membuat perancangan bagi sesi pengajarannya adalah perlu oleh seorang guru.
Perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai
mengelola, melaksana dan menilai pengajaran (Burden dan Byrd, 1999). Proses guru
membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang
dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank,
1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan
yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk
diajarkan supaya dapat difahami pelajar. Pentingnya rancangan pengajaran dan
pembelajaran (RPH) adalah bagi memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru
sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Selain itu, guru
juga dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran
mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan
perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 Pendekatan, Strategi Dan Kaedah Masa Kini Yang Digunakan

Merujuk kepada RPH yang terdapat di bahagian lampiran, berikut merupakan


pendekatan, strategi dan kaedah masa kini yang telah diaplikasikan.

2.1 Pendekatan

Pendekatan adalah merupakan kebijaksanaan dan kepakaran guru dalam


memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai Objektif
Pembelajaran (OP) dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Pendekatan juga merujuk kepada pelbagai teori pembelajaran. Kegagalan guru
dalam penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai
menyebabkan murid berasa bosan, mengantuk dan berasa jemu (Abdul Rahim,
1998). Berdasarkan RPH yang telah disediakan, pendekatan yang dipilih adalah
pendekatan induktif iaitu yang melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir
maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam
penggunaan kaedah ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan menberikan
beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.

Seperti yang dapat dilihat pada RPH, guru telah memulakan sesi
pembelajaran dengan mengemukakan beberapa contoh karya corak pembalut buku
menggunakan teknik capan iaitu ketika proses mengumpul dan mentafsir maklumat-
maklumat. Melalui contoh-contoh tersebut yang berkongsi prinsip (konsep) yang
sama, murid dapat memahami dan membuat kesimpulan tentang bagaimana konsep
corak pembalut buku menggunakan teknik capan.

3
2.2 Strategi

Strategi merupakan kebijaksanaan guru memilih pendekatan, kaedah dan


teknik (PKT) pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Strategi yang
digunapakai dalam RPH saya adalah strategi berpusatkan kepada murid dimana
murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Strategi ini menggalakkan murid supaya bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi
membantu mereka tentang bagaimana untuk belajar. Antara ciri strategi berpusatkan
kepada murid adalah berlakunya komunikasi dua hala seperti yang dinyatakan dalam
RPH iaitu guru bersoaljawab tentang bahasa seni visual pada contoh karya corak
teknik capan. Matlamat strategi ini juga adalah untuk memperkembangkan
kemahiran pemikiran kreatif dan kritis sesuai dengan aktiviti yang dinyatakan pada
RPH iaitu murid belajar meneroka media, proses dan teknik yang akan digunakan
untuk menghasilan corak capan sebagai pembalut buku. Melihat kepada aktiviti yang
dinyatakan dalam RPH murid Tahun 3 tersebut, aktiviti penghasilan corak adalah
dhasilkan secara berpasangan bagi membolehkan berlakunya perbincangan sesama
murid yang selaras dengan Teori Konstruktivisme iaitu pelajar memperoleh
pengetahuan melalui pengalaman sendiri.
Setelah selesai meneroka media, proses dan teknik yang akan digunakan
untuk hasilkan capan, murid akan melakukan proses awal dalam penghasilan corak
teknik capan secara berpasangan sesuai dengan apa yang dinyatakan dalam model
pengajaran sosial iaitu mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid-murid
bekerjasama bagi menyempurnakan suatu tugasan.

2.3 Kaedah Masa Kini

Kaedah pembelajaran masa kini yang dipilih ialah Blended Learning atau
kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid yang menggabungkan amalan
tradisional seperti pembelajaran bersemuka dalam bilik darjah dengan penggunaan
teknologi sebagai pengantara seperti komputer dan rangkaian internet serta media
digital. Dengan lain perkataan, Blended Learning bermaksud guru menggunakan
lebih daripada satu kaedah penyampaian dalam bilik darjah seperti yang ada
dinyatakan dalam RPH iaitu guru meminta murid mencari contoh corak pembalut
buku yang menerapkan teknik capan dengan menggunakan komputer guru.
Penggunaan teknologi komputer dalam sesi PdP sangat memudahkan proses
pencaraian maklumat dan data kerana sifatnya yang pantas dan tiada had.

4
3.0 Implikasi Pengaplikasian Model dan Teori Pembelajaran Terhadap PdP

Implikasi penerapan model pengajaran sosial dalam PdP yang dirancang adalah
aktiviti secara berpasangan atau berkumpulan ini sangat membantu untuk
memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas serta
mengembangkan idea. Disamping itu juga, murid-murid akan bersaing antara satu sama lain
dalam suasana yang kondusif dan dalam pada masa yang sama, setiap ahli mempunyai
peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang. Manakala implikasi
pengaplikasian teori pembelajaran Konstruktivisme terhadap PdP adalah Teori
konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam pendidikan.
dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas, iaitu pengetahuan dibina
oleh para murid, setiap murid memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan
pengetahuan melibatkan aspek sosial dan guru merupakan fasilitator dalam pembinaan
pengetahuan murid. Penggunaan pendekatan teori PdP memainkan peranan penting dalam
menentukan keberkesanan sesuatu PdP dalam bidang pendidikan.

4.0 Kesimpualan

Kesimpulannya, untuk pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini, ianya


melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan
susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat
memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
semua aspek. Seterusnya, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran
berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam
merancang dan menilai dan juga penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar
belakang serta dapat mengurus masa dengan baik disamping berusaha membina
kemahiran abad ke 21.

Rujukan

5
Abd. Rahim Abd. Rashid (1999). “Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.” Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distridutors Sdn. Bhd.

Burden, Paul R. dan Byrden, David M. (1999). Methods for Effective Teaching. USA: Allyn

and Bacon

Cruickshank, Donald R. (1995). “The Art of Teaching.” New York: Mcgrow-Hill.

Esah Sulaiman, (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Lampiran

6
Minggu : 3 Hari : .Isnin... Tarikh : ....1 Mac 2021...

TAHUN/MASA/MATA
STANDARD PEMBELAJARAN REFLEKSI/CATATAN
PELAJARAN

2.1 2.2 2.3 2.4


Persepsi Aplikasi Ekspres Apresiasi
Dunia Seni Visual EMK:
i
Keusahawanan
Estetik seni Seni
(EK1,EK2,EK3,EK5),
Tahun 3 Kreatif
Kreativiti dan inovasi,
TMK dan nilai murni.
Masa: ( 60 minit ) 2.1.1 2.2.1
Unsur Media
seni Bahan Bantu
Bidang: Membuat Belajar:
corak dan Rekaan 2.2.2
1.Contoh: Hasil
(capan) 2.1.2 Proses
karya
Prinsip dan
rekaan teknik 2.Kertas lukisan,cat
Tema : Alam Semula
air, berus lukisan,
jadi (potongan
2.2.3
pelepah pisang) palet, potongan
capan
pelepah pisang

Tajuk : Corak motif Objektif Pembelajaran


potongan pelepah
pisang
Pada akhir pembelajaran murid dapat
(untuk pembalut
(rujuk 2 standard kandungan):
buku)
1. Memahami dan menyatakan bahasa Refleksi
seni visual yang ada pada corak
seramai .25/25 orang
pembalut buku menggunakan teknik
capan. murid dapat
2. Mengetahui dan mengenal media,

7
teknik serta proses dalam penghasilan mencapai objektif
corak teknik capan. yang telah ditetapkan.

tiada murid yang tidak


Aktiviti P&P mencapai objektif
akan diberi bimbingan
1. Guru menunjukkan contoh karya
khas dalam sesi
corak pembalut buku menggunakan
pembelajaran yang
teknik capan.
akan datang.
2. Guru meminta murid memaparkan
contoh corak menggunakan teknik
capan dan contoh pembalut buku
menggunakan komputer guru.
3. Guru bersoaljawab tentang bahasa
seni visual pada contoh karya corak
teknik capan.
4. Guru menunjukkan cara-cara
menghasilkan corak teknik capan.
5. Murid meneroka media, proses dan
teknik yang digunakan untuk hasilkan
capan.
6. Murid melakukan proses awal dalam
penghasilan corak teknik capan secara
berpasangan.

Penilaian P&P

Proses penghasilan karya sepanjang


aktiviti membuat corak teknik capan
berdasarkan dua Standard Kandungan.

Catatan: Proses pembelajaran akan

8
disambung pada minggu hadapan

Anda mungkin juga menyukai