Anda di halaman 1dari 3

Maksud diskripsi merupakan melihat apa yang kelihatan dalam karya.

Contohnya , topi, penarik lanca


perempuan melayu, rumah melayu Melaka dan manusia (baba nyonya).

Maksud analisis merupakan lanjutan dari diskripsi dan membuat analisis dari aspek formal seperti
penggunaan prinsip rekaan dan unsur seni. Sebagai contoh, pengkarya menggunakan warna merah
iaitu warna panas secara berlebihan. Selain itu, dari segi rupa , pengkarya menyelitkan rupa geometri.
Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain
rupa yang bersudut. Contohnya, tangga dan corak segi empat kecil-kecil yang terdapat pada benteng
tangga.
Interprestasi merupakan tema, mesej dan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dalam karya
tersebut, pengkarya menghasilkan karya ini dengan tujuan untuk menunjukkan keindahan rumah
Melayu Melaka. Selain itu, apabila diperhatikan, pengkarya memasukkan elemen tradisional.
Contohnya, seorang lelaki berbangsa Cina sedang memegang kipas tarian.

Pertimbangan bermakna kebolehan membuat keputusan dan kesimpulan terhadap kekuatan dan
kelemahan sesebuah hasil karya seni. Dalam karya, kita dapat memperhati bahawa pengkarya berjaya
menyampaikan mesejnya tentang suasana ketika berada di rumah Melayu Melaka pada zaman
dahulu. Selain itu, pengkarya sepatutnya lebih seimbang dalam penggunaan warna pada karya.

Anda mungkin juga menyukai