Anda di halaman 1dari 1

1.

KEMANUSIAAN ( Humanity )

Pergerakan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberikan
pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha
untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ia wujud. Tujuannya adalah untuk
melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk
kesefahaman, persahabatan, kerjasama, yang berkekalan di kalangan manusia.

Persatuan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberikan pertolongan tanpa
diskriminasi yang bermaksud pertolongan itu diberikan dengan adil tanpa pilih kasih misalnya
Persatuan Bulan Sabit Merah memberikan pertolongan kepada semua yang memerlukan tidak
mengira umur,pangkat dan warna kulit.

Selain itu,Persatuan Bulan Sabit Merah juga membantu dalam meringankan kesengsaraan terhadap
masyarakat sebagai contoh Misi Bantuan Kemanusiaan yang dijalankan oleh Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia di Gaza pada tahun 2010 yang memberikan sumbangan dari rakyat Malaysia
sebanyak RM1.7 juta,sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Palestin disana
dengan membeli ubat-ubatan,kaki palsu,peralatan bilik pembedahan dan peralatan sekolah.Aktiviti
ini juga dijayakan berkat hasil kerjasama antara Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan
Persatuan Bulan Sabit Merah di Palestin.

Selain daripada meringankan kesengsaraan,Persatuan Bulan Sabit Merah juga melindungi nyawa
masyarakat misalnya Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di Kelantan memberi perlindungan
kepada mangsa-mangsa bencana alam dan memberikan mereka tempat berlindung yang selamat
serta memberikan keperluan harian seperti makanan dan minuman yang cukup.

Kesimpulannya,Persatuan Bulan Sabit Merah memberikan kesan dan nilai yang baik terhadap
masyarakat dan juga negara luar dengan memberi bantuan dan sumbangan yang dapat memupuk
kesefahaman,kerjasama,hormat-menghormati dan kedamaian sesama manusia.

Anda mungkin juga menyukai