Anda di halaman 1dari 45

BAB 5: KONSEP INSAN 2

(METAFIZIK)

UHC1012 – FALSAFAH & ISU SEMASA


PUSAT SAINS KEMANUSIAAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan hubungan antara insan dengan Alam
dalam konteks faham Kosmologi Silam dan Ekologi
Semasa

2. Menjelaskan kepercayaan dan hubungan antara insan


dengan Tuhan berdasarkan dalam konteks
Teologi/Kepercayaan /Akidah/Kerohanian

3. Menghuraikan pembentukan dan perkembangan


sistem-sistem metafizik seperti Theisme,
Monotheisme, Atheisme, Agnotisme dan Politheisme,
Monisme.
PERINCIAN TOPIK

Hubungan Hubungan
Insan Insan
Dengan Dengan
Alam Tuhan

Metafizik
Sistem-
Untuk
Sistem
Kemajuan
Metafizik
Ilmu
Pengenalan
• Agama adalah asas yg membentuk isi kandungan & sekali
gus membentuk moral seseorang manusia. Tanpa agama yg
kukuh, individu akan hilang fokus dlm kehidupanya.

• Oleh itu, pembinaan konsep insan bermoral menurut acuan


Malaysia perlu mengandungi 3 komponen:
i. Agama-agama di Malaysia dengan agama Islam sbg teras.
ii. Falsafah moral & etika menurut acuan Malaysia
iii. Konsep Insan Bersepadu

• Kesedaran agama dapat membentuk etika & moral


individu & masyarakat.
• Nilai2 murni spt hikmah, keberaniaan, kesederhanaan &
keadilah tidak akan dapat dipraktiskan pd tahap yg tinggi
jika dibangunkan dengan hanya sosial/falsafah
peribadi/prosedur undang2 & birokrasi pentadbiran.

• Maka, institusi undang2, moral & agama perlu dilihat


secara sepadu & saling kait mengait (Undang2 & peraturan
harus bersandarkan hukum moral, hukum moral pula
bersandarkan agama).

• Oleh itu, konsep metafizik dalam pembentukan insan amat


penting difahami.
Metafizik

Meta

METAFIZIK

Fizik
• Melampaui

Meta • Melebihi
• Di atas
• Tingkatan atas

• Perkara atau alam bersifat material atau fizikal

Fizik
• Sesuatu yang melampaui sempadan atau batasan

METAFIZIK
fizikal
ISTILAH

METAFIZIK

UNSUR
KEAGAMAAN
FALSAFAH
Unsur Falsafah
• Aristotle dalam bukunya Metafizika:

ØMetafizik adalah suatu kajian di peringkat paling abstrak


mengenai sesuatu perkara atau sesuatu fenomena yang
berkaitan dengan alam, samada alam natural atau alam
semulajadi.

ØBerfikir secara umum apakah jasad atau benda-benda


material dengan mengenepikan semua sifat khusus yang ada
pada objek itu.

ØContohnya kerusi yang dilihat tanpa sifat khususnya seperti


warna, tempat di dalam suatu ruang dan baunya.
ØHasilnya, objek yang tinggal menurut Aristotle adalah
substance yang tidak memiliki kualiti-kualiti khusus.

ØSubstance: a composite of matter and form (gabungan


dari jisim dan rupa bentuk sesuatu objek itu).
Unsur Agama
• Fenomena di luar alam nyata.
• Contohnya: hidup selepas mati, hidup di alam barzakh,
konsep Syurga dan Neraka.
• Penentuan wujud atau tidak boleh disahkan melalui cara-
cara biasa dengan menggunakan deria.
• Ilmu mengenai perkara ini bukan dengan cara rasional atau
empirikal sahaja tetapi melalui wahyu.
• Pengertian kedua ini berbeza dengan makna yang pertama
kerana ia merujuk kepada suatu realiti alam ghaib yang tidak
boleh ditentukan melalui pancaindera.
TEORI-TEORI KEWUJUDAN

• Kewujudan hakiki bukan bersifat


material tetapi bersifat mental.
IDEALISME • Kita hanya mempunyai sensasi
ataupun image terhadap jasad
material di dalam minda sahaja.

• Hanya jasad material yang wujud


secara hakiki.
MATERIALISME • Idea atau perkara bukan material
hanya wujud secara imaginasi
sahaja
TEORI MATERIALISME
• Hanya jasad atau jirim yang wujud secara hakiki.
• Benda yang wujud secara hakiki terbahagi kepada
dua bahagian:
1. Benda-benda yang bersifat jasad ataupun
material seperti kerusi, meja, gunung-ganang,
sungai, air dan sebagainya.
2. Benda-benda yang bukan material seperti idea-
idea yang ada di dalam minda kita.
• Bagi pihak materialis, idea tidak mempunyai reality
yang tersendiri tetapi bergantung kepada sesuatu yang
bersifat jasad iaitu otak.
• Minda itu adalah hasil daripada pergerakan fizikal di
dalam otak.
• Mereka menolak kewujudan sesuatu yang bukan
material.
• Mengenai perkara-perkara yang bukan bersifat idea
pula, seperti kepercayaan terhadap alam ghaib, roh dan
sebagainya mereka mengambil jalan mudah dengan
mengatakan bahawa perkara-perkara tersebut
sebenarnya tidak wujud tetapi hanya wujud dalam
imaginasi kita.
TEORI IDEALISME
• Kewujudan hakiki bukan bersifat material, tetapi
bersifat mental ataupun bersifat idea ataupun bersifat
kerohanian.
• Josh Barkeley (pelopor fahaman idealisme) mengatakan
bahawa kita tidak mengenali jasad yang berada di luar
capaian pancaindera kita secara langsung tetapi kita
hanya mempunyai sensasi ataupun image akan jasad
tersebut dalam minda kita.
• Sensasi atau image itu adalah bersifat mental dan
bukannya fizikal.
• Fahaman ini mengatakan bahawa hanya alam minda itu
yang wujud dan alam fizikal itu tidak dapat kita kenali
secara langsung.
• Fahaman sebegini sebenarnya boleh membuka
ruang kepada kepercayaan terhadap kerohanian
kerana ia menganggap bahawa realiti itu bukan
bersifat fizikal sebaliknya bersifat bukan fizikal.
• Dengan itu, konsep-konsep seperti ruh
umpamanya yang terdapat dalam fahaman agama
boleh diterima kerana ruh juga bukan bersifat jasad
tetapi adalah sesuatu yang kita fahami melalui
minda kita dan kita kaitkan dengan sesuatu yang
kita katakan bersifat kerohanian ataupun spiritual
yang tidak mempunyai sifat material.
Hubungan Insan dengan Alam

Pencipta

Sesama Tanggungjawab Diri


Insan Insan Sendiri

Alam
1. PENCIPTA

Mematuhi perintahnya, jauhi larangannya dan bersyukur kepada Pencipta

2. SESAMA INSAN

Memelihara hak sesama insan

3. DIRI SENDIRI

Menjaga kesihatan diri sendiri dan menjaga keluarga

4. ALAM

Memakmurkan, memulihara dan memelihara alam


TUJUAN PENCIPTAAN ALAM
Allah menciptakan alam kerana beberapa tujuan:
1. Sebagai Pasak Bumi
2. Mengabdikan Diri Kepada Allah Swt
3. Sebagai Bukti Kekuasaan Allah Swt
4. Untuk Manusia Berfikir Dan Menikmati Nikmat Allah
S.W.T.
BAHAGIAN ALAM
• Bahagian Alam:
qAlam Nyata
qAlam Ghaib
DALIL KEWUJUDAN ALAM GHAIB

1. Kewujudan Udara
2. Arus Elektrik
3. Roh Dan Nyawa
HUBUNGAN KEHIDUPAN MANUSIA DI DUNIA DAN AKHIRAT

• Jika seseorang itu beramal soleh mahupun membuat kebaikan


dapat memberi manfaat pada diri dan masyarakat.

• Ini kerana sumbangan dapat memberi saham bagi menjamin


kehidupan yang lebih baik.

• Allah mengingatkan bahawa kita jangan meninggal masalah


dunia dan perlu membuat baik sebagaimana Allah berbuat
baik kepada kita.

• Allah berbuat baik kepada kita dengan cara menyediakan


kebahagiaan dunia sekaligus Akhirat.
HIKMAH BERIMAN DENGAN ALAM GHAIB

• Tanda iman seseorang.

• Membuatkan manusia menjauhi maksiat ,


memelihara hubungan baik antara manusia
dan menjadi pendorong tindakan yang baik
HIKMAH KERAHSIAAN ALAM GHAIB

• Sebagai tanda kekuasaan Allah S.W.T dan


menguji keimanan manusia.

• Perlu meningkatkan ilmu ketaatan dan


pengukuhan iman untuk memahami
persoalan berkaitan alam ghaib.
AKIBAT TIDAK PERCAYA
DENGAN ALAM GHAIB

• Allah berfirman yang bermaksud :

“(orang yang bertaqwa itu adalah) orang yang


beriman kepada perkara ghaib, mendirikan
(mengerjakan) solat dan membelanjakan
(mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang
kami berikan kepada mereka ” (Surah Al-Baqarah ,
ayat 3).
• Walaupun tidak dapat dilihat atau dirasai oleh
pancaindera yang lima, manusia mengakui serta
meyakini perkara ghaib dengan pemerhatian dan
fikiran berdasarkan dalil yang boleh diterima akal
sempurna.

• Kepercayaan bukan hanya pada agama Islam


bahkan penganut agama lain serti Kristian ,
Yahudi dan Buddha turut mempercayai perkara
ghaib yang terdapat dalam ajaran masing-masing.
• Setiap orang Islam yang mukalaf dan berakal waras wajib
beriman kepada perkara ghaib kerana Allah yang disembah
adalah zat yang maha ghaib. Zat Allah tidak dapat dicapai
oleh pancaindera manusia sebaliknya hanya dapat dicapai
dan dirasakan oleh jiwa yang beriman serta bertakwa. Oleh
itu, siapa yang tidak percaya kepada alam ghaib boleh jadi
murtad atau kufur kerana melanggar rukun iman.

• Matlamat utama: Menguji keimanan manusia. Rukun iman


jadi pegangan setiap muslim berasaskan perkara ghaib
bermula dari beriman kepada Allah sehingga beriman
terhadap qada’ dan qadar Allah.
PERBEZAAN ALAM NYATA DAN
ALAM GHAIB

ALAM NYATA ALAM GHAIB

• Boleh ditanggapi oleh • Tidak boleh ditanggapi


pancaindera pancaindera
• Boleh dimanfaat untuk • Untuk keimanan makhluk
tamadun • Kekal
• Bersifat sementara • Akal tak mampu menyelidik
• Boleh diselidik
MEMAHAMI TANGGUNGJAWAB
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM

• Memelihara : menjaga dan melindungi alam

• Memulihara : memulih alam agar dalam


keadaan baik
TANGGUNGJAWAB MANUSIA
TERHADAP ALAM

• Memelihara: dengan cara mengawal penebangan


pokok, menjaga keindahan sungai, mengawal
pencemaran udara, merancang pembangunan
dan mengekal habitat.

• Memulihara: menanam pokok-pokok,


mewartakan hutan simpan dan membersihkan
sungai.
SUMBANGAN ALAM TERHADAP
MANUSIA

• Menyediakan sumber makanan

• Mengekal sistem ekologi

• Memudahkan pergerakkan manusia


HIKMAH MEMELIHARA
DAN MEMULIHARA ALAM
• Menghasilkan suasana yang bersih

• Mengawal suhu bumi

• Mengawal bencana alam

• Kepupusan dapat dielakkan

• Mengekalkan keindahan alam


AKIBAT PENGABAIAN
TERHADAP ALAM SEKITAR
• Berlaku Tanah Runtuh

• Banjir

• Tsunami

• Pemanasan Global

• Penipisan Lapisan Ozon

• Hujan Asid
PUNCA KEROSAKAN ALAM DAN LANGKAH
MENGATASI KEROSAKAN ALAM

• Pencemaran Udara : Asap Kilang , Kebakaran Hutan

• Pencemaran Air : Pembuangan Sampah Dalam Sungai

• Pencemaran Tanah : Penebangan Hutan Berleluasa

• Pencemaran Radioaktif : Operasi Perlombongan


Uranium
LANGKAH MENGATASI
• Penggunaan Teknologi Moden

• Pendidikan Alam Sekitar Melalui Kurikulum

• Kempen Kesedaran

• Iklan Tentang Alam Sekitar Di Media Massa


• Dr Muhammad Sa`id Ramadan Al-Buṭī, dalam
bukunya Manhaj al-Haḍārah al-Insāniyyah fī al-
Qur’ān menyatakan dua hakikat kejadian manusia
menurut al-Qur’ān:

1. Merupakan makhluk Allah yang dicipta daripada


bahan yang rendah iaitu tanah.

2. Makhluk yang dimuliakan ke atas seluruh makhluk


yang lain kerana dipilih untuk menjadi khalifah Allah di
muka bumi ini.
Al-Rāghib al-Iṣfahānī menjelaskan tujuan asas
kehidupan manusia sebagaimana yang telah
digariskan di dalam al-Qur’ān dibahagikan kepada
tiga iaitu:

1. Beribadah kepada Allah.


2. Menjadikan khalifah Allah di atas muka bumi ini.
3. Mengimarahkan atau membangunkan bumi
Allah.
• Ateisme
• Agnostisisme
• Teisme
Sistem • Monoteisme
Metafizik • Politeisme
• Ateisme: Tuhan tidak Wujud

• Agnostisisme: Tuhan itu wujud atau tidak, itu tidak


boleh diketahui.

• Teisme: Tuhan itu wujud.

• Monoteisme: Tuhan itu hanyalah satu (Tauhid dalam


Islam).

• Politeisme: Tuhan itu wujud lebih daripada satu.


In-class activity (Metafizik untuk Kemajuan Ilmu)

Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukun Negara


dapat membentuk individu dan masyarakat yang
sejahtera

Bincangkan dalam kumpulan:


a. Apakah yang dimaksudkan dengan Kepercayaan?
b. Bagaimanakah kesejahteraan individu dan
masyarakat dapat dibentuk melalui kepercayaan
kepada Tuhan?
Rujukan
Ahmad Sunawari, L. (2017) Sejarah Falsafah, Edisi Kedua.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamal Azmi, A. R., Indriaty, I., Mohd. Nasir, O. (2014)


Manusia Dalam Wacana Pemikiran Moden Di
Barat. International Research Management and
Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-
18 November 2014.

Muhammad Sa‘id Ramadhan Al-B. (2004), Muhammad


Ramzi, O. (terj), Islam Hadhari dalam
Pembangunan Insan. Putrajaya: Yayasan Islam
Hadhari. ms. 28-51.
Nawi, N. H. M. (2010). Konsep Insan Moral Menurut
Acuan Malaysia. Perspektif: Jurnal Sains Sosial
dan Kemanusiaan, 2(1), 108-125.Yusuf al-
Qaradawi (1995). Al-Islam Hadarah al-Ghad.
Kaherah: Maktabah Wahbah, ms.181-185.

Transkrip Video Rujukan Kursus Falsafah Dan Isu


Semasa Kuliah 5: Metafizik, Temu bual Nurfa
Failasuf( Pengacara) & Prof Hazim Shah
(Pensyarah Universiti Utara Malaysia)
Profesor Madya Dr Amran Muhammad (2020) Slide
Kuliah 5 Metafizik.
Q&A
SEKIAN

Abdul Kamil bin Jamaludin


abdulkamil@ump.edu.my
Versi 3.0

Anda mungkin juga menyukai