Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

SEMESTER 1 SESI 2015/2016


AJ20703 SEJARAH AMERIKA SYARIKAT SEBELUM REVOLUSI AMERIKA
NAMA PENSYARAH/TUTOR: PROF. MADYA DR BILCHER BALA

NAMA
ANJELINAMIEDEWI GIDALA
EGYNELLYSIA LAIDY
NOREMY LIANA BINTI SUNDANG

SOALAN

3:

PENJELAJAHAN

CHRISTOPHER

KOLONISASI

EROPAH

MERINTIS

UTARA SEHINGGA

BIL
1.

NO. MATRIK
BA14110066
BA14161067
BA14110427

KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN

COLUMBUS

TELAH

KE

BENUA

ATAS

TAHUN 1775. BAHASKAN.

MUKA SURAT
1

2.

2.0 LATAR BELAKANG CHRISTOPHER COLUMBUS

2-3

3.

3.0 PROSES PENJELAJAHAN CHRISTOPHER COLUMBUS

4-6

KE ATAS BENUA AMERIKA UTARA


3.1

PELAYARAN PERTAMA 3 OGOS 1492

3.2

PELAYARAN KEDUA 25 SEPTEMBER 1493

3.3 PELAYARAN KETIGA 30 MEI 1498 HINGGA


OKTOBER 1500
4.

3.4 PELAYARAN KEEMPAT 9 MEI 1502


4.0
PENJELAJAHAN
CHRISTOPHER
COLUMBUS
MEMBAWA

6-10

KEPADA KUASA-KUASA EROPAH KE

ATAS BENUA AMERIKA UTARA

5.

4.1

SEPANYOL

4.2

PERANCIS

4.3
BRITISH
5.0 KOLONISASI PENJAJAHAN EROPAH KE ATAS BENUA

11-12

AMERIKA UTARA (COLUMBIAN EXCHANGE)

6.
7.

5.1

POLITIK

5.2

EKONOMI

5.3
SOSIAL
6.0 KESIMPULAN
7.0 RUJUKAN

13
14

1.0 PENGENALAN
Penjelajahan membawa maksud kepada proses perjalanan ke suatu tempat baru
bagi

tujuan

penemuan.

Sebagai

contohnya,

Christopher

Columbus

telah

melakukan penjelajahan kerana minat yang tinggi untuk menerokai tempat baru,
mencari rempah dan emas. Pada peringkat penjelajahan, para penjelajah akan
menjelajah ke satu tempat ke tempat yang lain sehinggalah mereka menemukan
apa yang mereka mahukan. Apabila mereka mendapatkan apa yang mereka
mahukan, mereka akan tinggal di kawasan tersebut. Secara perlahan-lahan,
mereka akan melakukan perluasan koloni di kawasan tersebut. Koloni merupakan
negeri, wilayah yang dikuasai oleh sebuah kekuasaan asin. Koloni juga
merupakan satu kawasan di luar wilayah negara asal atau induk. Kolonisasi pula
merujuk kepada pengembangan atau perluasan koloni oleh sesebuah kuasa
asing. Tujuan kolonisasi adalah untuk mendominasi ekonomi di koloni tersebut.
Untuk mengawal dan mendominasi ekonomi di koloni tersebut, ketua
ataupun wakil daripada negara asal akan mula melaksanakan dasar campur
tangan dalam pentadbiran di kawasan koloni ini. Dasar campur tangan dalam
pentadbiran di kawasan tersebut akan menandakan bermulanya penjajahan.
Penjajahan bermaksud penguasaan sama ada dalam politik, ekonomi dan sosial
oleh kuasa asing

terhadap masyarakat peribumi. Kuasa asing ini akan

melaksanakan pentadbiran mereka sendiri yang lebih kepada ketenteraan dan


memaksa masyarakat peribumi mengikuti undang-undangnya. Ini menunjukkan
permulaan pertapakan orang Eropah di Amerika utara dan kepentingan mereka
ingin bertapak di sana. Di samping itu, terdapat ancaman-ancaman yang
dihadapi oleh orang-orang Eropah dalam proses penjelajahan dan penjajahan. 1

2.0 LATAR BELAKANG CHRISTOPHER COLUMBUS


1 Mark C Carnes and John A. Garraty, American Destiny: Narrative Of a Nation. United State:
Library of Cataloging-in-Publication Data, 2003, hlm. 22-23.

Christopher Columbus dilahirkan di Genoa, Itali pada 1451. Beliau merupakan


anak kepada Domenico Colombo dan Susanna Fontana-Rossa dan merupakan
anak pertama daripada lima orang adik-beradik.2 Pada usia mudanya, beliau
membantu ayahnya dalam kerja menenun bulu. Namun cita-cita sebenar beliau
adalah untuk menjadi pelayar. Columbus meninggal pada tahun 1506 pada usia
55 tahun. Beliau tidak mendapat pendidikan yang secukupnya kerana tidak
mampu pada ketika itu. Genoa merupakan pelabuhan yang berkembang maju
pada ketika itu. Oleh itu, Columbus banyak mempelajari dan tertarik untuk
melakukan pelayaran setelah mendengar cerita pelayaran daripada pelayarpelayar di Genoa. Pada mulanya Columbus hanya melakukan perjalanan pendek
semasa keluar untuk memancing. Apabila umur Columbus mencapai 14 tahun,
beliau mula melakukan pelayaran yang jauh bersama dengan peniaga yang
melakukan kegiatan perdagangan di sepanjang pantai Laut Mediterranean.
Selain daripada berlayar, Columbus juga mempelajari membuat peta dan
geografi.3
Pada awal umur 20 tahun, beliau berlayar sebagai pelaut biasa dengan
kapal-kapal saudagar untuk mengangkut barang-barang ke utara Eropah. Mereka
berlayar melalui Selat Gibraltar di luar pantai selatan Sepanyol dan ke dalam
Lautan Atlantik. Beliau memperoleh wang sendiri dengan menjual peta dan
carta. Pada tahun 1476, Columbus telah hidup di Portugal. Portugal merupakan
pusat pelayaran Eropah yang sangat unggul pada zaman tersebut. Pusat ini
merupakan pusat yang mana kegiatan penerokaan amat digalakkan sehingga
mendorong beliau untuk mencari tanah baru yang belum pernah diteroka oleh
orang. Selama Columbus menetap di Portugal, beliau bukan sahaja telah
menguasai seni navigasi tetapi juga membaca kebanyakan tulisan berkaitan
dengan pengembaraan seperti, Marco Polo yang telah mengembara sehingga ke
kawasan-kawasan Asia.4 Cerita Polo mengenai perjalanannya ke Cathay (China)
pada 1275 menyifatkan tanah tersebut kaya dengan rempah, permata dan
sutera. Ini menjadikan tekad Columbus melakukan pelayaran semakin kuat.
2 https://www.scribd.com/doc/29594129/CRISTOPHER-COLOMBUS. Diakses pada 9 December
2015.

3http://www.mtcarmelcoorparoo.qld.edu.au/resource-centre/studentlinks/Documents/Christopher
%20Columbus.pdf. Diakses pada 9 December 2015.

4 Op cit.

Pada zaman Christopher Columbus, hanya ada satu laluan ke Asia


daripada Eropah. Pengembara berlayar ke arah timur dengan merentasi Laut
Mediterranean. Kemudian mereka melalui Caravan melintasi laluan purba
dengan melalui padang pasir dan gunung. Pada masa itu, Eropah tidak sabar
untuk mencari laluan mudah bagi kapal-kapal dagangan mereka. Sesudah
peneroka Portugal berlayar ke selatan untuk ke Atlantik, mereka berharap
menemui jalan ke Asia dengan pergi ke sepanjang jalan di sekitar Afrika. Tetapi
pelaut-pelaut takut untuk pergi lebih jauh di sekitar lautan Atlantik yang tidak
diketahui menyebabkan kegiatan mencari laluan baru gagal.
Pada waktu itu juga, Sepanyol juga tidak ketinggalan untuk mencari jalan
baru ke

Timur melalui Christopher Columbus. 5 Seorang pelayar yang telah

melakukan kajian dalam bidang geografi dan mendapat maklumat daripada


cerita pelayar lain tentang kawasan baru iaitu India. Columbus menganggap
bahawa India dan Asia timur terletak di seberang Lautan Atlantik. Beliau
berangan-angan untuk mencari jalan singkat untuk sampai ke Hindia dengan
kapal.

Tujuan

utama

Columbus

melakukan

penerokaan

tersebut

adalah

disebabkan oleh apa yang disebut sebagai Gold, Gospel dan Glory. Gold yang
dimaksudkan adalah dengan mencari rempah, emas dan sutera di pelbagai
negeri.6 Gospel adalah untuk menyebarkan ajaran agama Kristian, manakala
Glory pula untuk keunggulan dirinya serta mahu menjadi terkenal seperti negara
Sepanyol. Namun demikian, selama bertahun-tahun Columbus telah berusaha
untuk menarik minat raja-raja Eropah dalam rancangannya tetapi gagal. Hal ini
kerana, pada abad ke 15 ramai orang berpendapat bahawa dunia adalah
berbentuk segi empat atau rata. Mereka beranggapan bahawa apabila berlayar
cukup jauh maka akan jatuh dari tepi bumi, oleh itu ramai yang menolak dan
takut untuk melakukan pelayaran. Tetapi Columbus percaya dunia adalah
berbentuk bulat dan mahu membuktikannya dengan melakukan pelayaran ke
barat. Namun, kos pelayaran adalah sangat mahal oleh itu beliau memerlukan
tajaan untuk memulakan pengembaraannya.
Setelah lapan tahun berusaha meyakinkan Raja Ferdinand dan Ratu
Isabella dari Sepanyol untuk membekalkannya dengan kapal-kapal dan wang,
5 http://nurlie.tripod.com/Tema7.html. Diakses pada 12 December 2015.
6 Garraty, J. A.,The American Nation: A Story Of United States, 9th Edition, USA: Addison Wesley
Educational Publishers Inc, 1998 hlm.8.

akhirnya mereka bersetuju untuk memenuhi permintaan Columbus. 7 Mereka


telah menyediakan tiga buah kapal dan berjanji menjadikan Columbus sebagai
raja muda (gabenor) di mana kawasan-kawasan yang diperolehnya dan
membayarnya sebanyak 10 peratus daripada kekayaan yang dibawa balik ke
Sepanyol. Setelah persetujuan diperoleh, Columbus telah menyediakan tiga buah
kapal yang diberi untuk memulakan pelayaran. Kapal yang pertama diberi nama
Santa Maria dan dua buah kapal yang lebih kecil ialah Pinta dan Nina.

3.0 PROSES PENJELAJAHAN CHRISTOPHER COLUMBUS KE ATAS BENUA


AMERIKA UTARA
3.1 PELAYARAN PERTAMA 3 OGOS 1492
Siri pelayaran pertama Columbus, mereka telah berlayar dari Palos
Sepanyol. Columbus mengetuai ekspedisi dengan tiga buah kapal iaitu
Santa Maria, Nina dan Pinta dengan kira-kira 90 buah anak kapal. Kapal
tersebut berhenti di Kepulauan Canary untuk melakukan kerja-kerja
pembaikan

kapal dan mengambil makanan segar. 8 Kapal tersebut

seterusnya meneruskan pelayarannya ke Open Atlantik yang juga


dinamakan sebagai Laut Kegelapan. Setelah berlayar selama 70 hari,
mereka akhirnya menemui pulau-pulau Caribbean di perairan Selatantimur Amerika Utara pada 11 Oktober 1492. Mereka mendarat di sebuah
pulau yang mereka namakan sebagai San Salvador. 9 Mereka telah
berjumpa dengan penduduk peribumi Indian dan menangkap sebilangan
yang kemudiannya dijual menjadi hamba. Columbus menyangka bahawa
dia telah sampai ke Asia, dan memanggil kawasan tersebut Hindia dan
memanggil

penduduknya

Indian

serta

mengaitkan

kawasan

tidak

berhabitat.10 Beliau menganggap bahawa telah menemui apa yang


dipanggil New World oleh orang Eropah tidak lama lagi. Tetapi ia
7 https://www.scribd.com/doc/29594129/CRISTOPHER-COLOMBUS. Diakses pada 9 December
2015.

8 https://www.scribd.com/doc/29594129/CRISTOPHER-COLOMBUS. Diakses pada 9 December


2015.

9 Oliver Dunn et. al ,The Diario of Christopher Columbus First Voyage to America 1492-1493, USA:
Library Resources, 1989, hlm.4.

sebenarnya bukan New World kerana beribu-ribu penduduk asli Amerika


sudah tinggal di kawasan tersebut. Mereka telah hidup di kawasan
tersebut selama ribuan tahun sebelum Eropah menemukan kawasan
tersebut.
Selepas itu, Columbus kemudian berlayar ke Cuba dan Hispaniola.
Di sana Santa Maria telah terdampar berhampiran dengan Haiti. Columbus
dan anak-anak kapal daripada Nina dan Pinta kembali Eropah. Dalam
pelayarannya, beliau telah menulis sebuah laporan penemuan beliau
dengan mengatakan telah mencapai Asia. Beliau juga menulis mengenai
lombong besar emas dan logam lain. Tetapi sebenarnya ia tidak benar
kerana beliau tidak mendapati sejumlah besar kekayaan yang ingin
dimilikinya. Pada Mac 1493, Columbus dan anak kapalnya tiba di Lisbon,
Portugal. Beliau telah menghadap Raja Portugal seterusnya ke Barcelona,
Sepanyol untuk bertemu dengan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella.
Columbus memberitahu mereka bahawa dia telah mencapai pulau-pulau
terdekat Asia dan berjanji untuk membawa balik lebih kekayaan, dan
menawarkan untuk memberi Raja Ferdinand dan Ratu Isabella emas
sebanyak yang mereka perlukan dan juga tenaga hamba. Beliau
membawa beberapa penduduk Indian yang diculiknya dan dijadikan
hamba. Ini membuatkan Raja Sepanyol dan ratu begitu teruja dan sertamerta memberikan wang serta kapal-kapal untuk pelayaran lain.
3.2 PELAYARAN KEDUA 25 SEPTEMBER 1493
Pada pelayaran ke-dua Columbus, ekspedisi dilakukan adalah lebih besar.
Columbus belayar dengan 17 kapal dan 1,200 hingga 1,500 orang untuk
mencari emas dan menangkap kaum Indian untuk menjadi hamba. 11
Mereka tiba ke Hispaniola dan Natividad, sebuah tanah jajahan dimulakan
oleh pelayar-pelayar yang telah tinggal di belakang apabila pelayaran
pertama telah pulang ke rumah. Apabila Columbus tiba, beliau mendapati
koloni tersebut kosong. Orang Sepanyol telah cuba untuk mengambil alih
kawasan

tersebut

tetapi

dibunuh

oleh

penduduk

asli.

Columbus

10 Op cit.

11 https://www.scribd.com/doc/29594129/CRISTOPHER-COLOMBUS. Diakses pada 9 December


2015.

memulakan satu lagi tanah jajahan Natividad

dan menamakannya

Isabella. Beliau mengembara sekitar Cuba dan Jamaica, maka beliau


mengambil keputusan untuk pulang ke tempat asalnya lagi. Abangnya
Batolome tinggal di belakang di Hispaniola dan memulakan koloni
dipanggil Santo Domingo yang merupakan penempatan Eropah tetap
pertama di New World (Dunia Baru). Columbus tiba kembali di Sepanyol
pada 1496.
3.3PELAYARAN KETIGA 30 MEI 1498 HINGGA OKTOBER 1500
Semasa pelayaran ke tiga Columbus, beliau telah berlayar bersama
dengan enam buah kapal ke Selatan, ke Trinidad dan Venezuela di Amerika
Selatan. Columbus adalah orang Eropah pertama sejak Viking Leif Ericsson
untuk menjejakkan kaki di tanah besar Amerika. Sewaktu Columbus
belayar kembali ke Santo Domingo beliau mendapati masalah apabila
orang Sepanyol ketinggalan. Pesuruhjaya raja yang akan tiba tidak lama
lagi dari Sepanyol menyalahkan Christopher dan Bartolome atas masalah
dengan orang asli kaum India. Columbus dan abangnya telah ditangkap
dan dihantar balik ke Sepanyol.

3.4

PELAYARAN KEEMPAT 9 MEI 1502

Selepas Raja Ferdinand dan Ratu Isabella membebaskan Columbus


daripada

tahanan

dan

memberinya

wang,

serta

kapal

pelayaran,

Columbus telah berlayar ke Pulau Martinique dan kemudian ke Honduras


dan Panama di Amerika Tengah. 12 Selepas meneroka di Caribbean,
Columbus pulang ke Sepanyol pada 1504. Columbus tidak menjadi kaya
seperti yang diharapkannya. Pada akhir hidupnya, ia hanya diberi bayaran
pencen daripada Raja dan Permaisuri kerana beliau merupakan orang
pertama yang sampai ke dunia baru. Beliau menghabiskan beberapa
bulan terakhir hidupnya di atas katil kerana sakit artritis. Beliau meninggal
dunia dua tahun kemudian.

12 Valentini et alThe Portuguese in the Track of Columbus (1493) . Part 2, Journal of the
American Geographical Society of New York, 21 (1): 35-56, hlm. 56.

4.0

PENJELAJAHAN

CHRISTOPHER

COLUMBUS

MEMBAWA

KEPADA

PENJAJAHAN KUASA-KUASA EROPAH KE ATAS BENUA AMERIKA UTARA


Penjelajahan Christopher Columbus telah mempengaruhi penjelajahan kuasa
Eropah yang lain ke atas Benua Amerika Utara. Persaingan untuk meluaskan
koloni di Amerika Utara telah menyebabkan kuasa-kuasa Eropah melakukan
penjajahan untuk mengukuhkan koloni mereka di kawasan itu.
4.1

SEPANYOL

Penjelajahan Christopher Columbus telah membawa kepada penjelajahan


Sepanyol ke atas Amerika Utara. Walau bagaimanapun, secara perlahanlahan penjelajahan yang dilakukan oleh Sepanyol bertukar kepada
penjajahan di kawasan Amerika Utara dan Amerika Selatan. Penjajahan
Sepanyol ke atas Amerika Utara juga didorong dengan penemuan
Christopher Columbus di Pulau Hispaniola. Di Pulau Hispaniola, Christopher
Columbus

telah

menjumpai

masyarakat

peribumi

Amerika

yang

dipanggilnya Indian memakai barangan kemas.13 Oleh itu, Sepanyol telah


memulakan koloni mereka di Pulau Hispaniola kerana berpendapat di
kawasan sekitar Pulau Hispaniola terdapat emas kerana masyarakatnya
memakai emas. Di samping itu, Sepanyol juga melakukan penjajahan
untuk mendapatkan kawasan baru dan memperhambakan masyarakat
peribumi Amerika Utara.
Pada awal kedatangan kuasa Eropah di Amerika Utara, kedatangan
mereka telah menyebabkan penyebaran penyakit seperti cacar, campak,
dan tifus. Hal ini dibuktikan apabila lebih ramai masyarakat peribumi
Amerika Utara meninggal dunia akibat daripada penyakit-penyakit yang
dibawa oleh orang-orang Eropah berbanding dengan jumlah masyarakat
peribumi Amerika mati kerana peperangan. 14 Semasa penjajahan Sepanyol
ke atas Amerika Utara, mereka telah membawa senjata api, padang besi,
kuda dan anjing. Semasa penjajahan Sepanyol, Sepanyol telah berjaya

13 Alan Brinkley, American History: A survey, United Stated: McGRaw-Hill, 1995, hlm.11.
14 Smitch. C, Student Almanac of Native American History: From Prehistoric Times to the Trail of
Tears, 35000 BCE-1838, Vol.1, United Stated: Greenwood Publishing Group, 2003, hlm.51.

menakluki pulau-pulau besar di Pulau Caribbean termasuklah Puerto,


Jamaica dan Cuba.15
Di Amerika Utara, Sepanyol telah menemukan koloni St. Augustine,
Florida dan San Juan De Los. Di kawasan ini, masyarakat peribumi Amerika
Utara telah dipaksa oleh Sepanyol untuk bekerja di bawah kuasa
Sepanyol. Sepanyol telah memaksa masyarakat peribumi Amerika Utara
bekerja dengan mereka berdasarkan encomienda system. Di bawah
Encomienda system , masyarakat peribumi Amerika Utara akan bekerja
di bawah pengawasan Sepanyol. Ada juga dalam kalangan masyarakat
peribumi wanita Amerika Utara dipaksa menjadi perempuan simpanan
ataupun isteri-isteri kepada orang-orang Sepanyol yang datang ke
Amerika Utara. Hasil daripada perkahwinan campur antara orang Sepanyol
dengan masyarakat peribumi Amerika Utara telah melahirkan anak
kacukan yang dikenali sebagai mestizo. Kelahiran anak kacukan ini juga
telah membawa kepada jumlah yang besar dalam populasi Amerika Latin
pada masa kini.
Selain itu, Sepanyol juga turut memaksa masyarakat peribumi Amerika
Utara menerima dan mengamalkan ajaran agama Kristian. Pemaksaanpemaksaan yang dilakukan oleh Sepanyol ke atas masyarakat Amerika
Utara telah menyebabkan masyarakat peribumi Amerika menderita dan
mula menentang Amerika. Kekayaan Sepanyol pada masa itu juga
disebabkan emas dan perak yang dimiliki oleh masyarakat peribumi
Amerika Utara. Apabila kuasa Eropah yang lain melihat kekayaan yang
dimiliki oleh Sepanyol adalah disebabkan emas dan perak yang terdapat
di Amerika Utara, mereka telah mula untuk meluaskan koloni. Hal ini telah
menyebabkan berlakunya persaingan perluasan koloni dalam kalangan
kuasa-kuasa Eropah.
4.2

PERANCIS

Berbanding

dengan

kuasa

Sepanyol,

kuasa

Perancis

hanya

dapat

meluaskan koloni di Amerika Utara. Antara koloni Perancis ialah di New


France. Pada abad ke-16, orang Perancis yang bernama Samuel de
Champlain telah menjumpai Quebec dan seterusnya membentuk New
15 Gary B. Nash et al, The American People: Creating a Nation and a Society, United States:
HarperCollins College Publishers, 1994, hlm.14.

France. Samuel de Champlain juga dianggap sebagai The Father of New


France. Perluasan koloni Perancis bermula sepanjang sungai St. Lawrence.
Objektif perluasan koloni Perancis adalah disebabkan Perancis
tertarik dengan aktiviti perladangan dan perdagangan bulu binatang yang
dilakukan oleh masyarakat peribumi Amerika Utara. Company of New
France iaitu syarikat di bawah kuasa Menteri Perancis yang bernama
Cardinal Richelieu bertanggungjawab untuk meningkatkan pertanian di
New France.16 Namun, usaha Cardinal Richelieu untuk meningkatkan
pertanian di New France gagal kerana orang Perancis tidak berminat untuk
melakukan kegiatan pertanian di kawasan tersebut. Malah, orang Perancis
yang menganuti agama Protestan juga berpindah ke kawasan lain kerana
berlakunya penindasan agama di New France. Mereka juga tidak
mempunyai wang yang cukup untuk membayar sewa tanah kepada tuan
tanah. Ada juga dalam kalangan mereka yang telah berkahwin dengan
wanita dalam kalangan masyarakat peribumi Amerika Utara. Golongan ini
hidup dengan menyewa tanah bersama-sama dengan keluarga baru
mereka. Walaupun berkahwin dengan wanita dalam kalangan masyarakat
peribumi Amerika Utara, mereka tetap menyewa tanah. Di samping itu,
golongan ini turut dikenali sebagai Coureur de bois atau Runner of The
Woods. Hasil pekerjaan mereka iaitu pendapatan akan dikumpul. Tujuan
mereka

mengumpul

wang

adalah

sebagai

kos

untuk

membiayai

perjalanan mereka untuk kembali semula ke Perancis.


Kegagalan kegiatan pertanian tersebut telah menyebabkan Cardinal
Richelieu membawa masuk lagi penyewa-penyewa tanah, pekerja-pekerja
dan askar menggunakan tiga buah kapal. Richelieu berharap usahanya
akan merubah kehidupan koloni Perancis di New France. Usahanya
berhasil apabila Company of New France menjadi pembeli dan penjual
bulu binatang di Eropah. Mereka membeli bulu binatang daripada
masyarakat Huron. Pada ketika itu, bulu binatang amat diperlukan dalam
pembuatan topi di Eropah. Hubungan antara masyarakat Huron dengan
Perancis bermula daripada perdagangan bulu binatang dan penjualan
barang. Masyarakat Huron amat memerlukan barang-barang yang dijual
oleh Perancis, manakala Perancis pula memerlukan bulu binatang.
16 Carlon Berkin, Making Amerika: A History of the United Stated, New York: Houghton Mifflin
Company, 2004, hlm.40.

Contohnya, sebagai balasan kepada masyarakat Huron yang menjadi


pembekal utama kepada perdagangan bulu binatang, Perancis telah
membekalkan senjata besi seperti, pisau besi dan senjata api. Untuk
memastikan keuntungan yang diperoleh Perancis berterusan, masyarakat
peribumi Amerika Utara telah dilayan secara baik.
Selepas kematian Richelieu, beliau telah digantikan oleh Anne. Anne
adalah seorang Jesuit Missionaris. Dia beranggapan bahawa kegiatan di
New France tidak efektif. Seterusnya, Anne telah menukarkan Company
of New France kepada syarikat baru iaitu Community of Habitant of New
France. Namun, pada masa itu, masyarakat peribumi Amerika telah mula
mengawal

penjualan

bulu

binatang

kepada

Perancis.

Pengawalan

penjualan bulu binatang kepada Perancis telah menyebabkan hubungan


Perancis dengan masyarakat Utara mula menjadi renggang. Malah,
hubungan yang tidak baik antara kedua-dua pihak telah membawa kepada
peperangan seperti Beaver Wars. Dalam peperangan ini, masyarakat
peribumi Amerika Utara telah kalah. Sejak dari peperangan tersebut,
hubungan antara masyarakat peribumi Amerika Utara dengan Perancis
bertambah
masyarakat

teruk.

Perancis

peribumi

telah

Amerika

melakukan
Utara.

penindasan

Mereka

terhadap

menjual

dan

memperhambakan masyarakat peribumi Amerika Utara.


4.3

BRITISH

British pula melakukan perluasan koloni kerana mereka memerlukan tanah


untuk pertanian dan pembinaan bangunan. Antara penjelajah British ialah
Francis Drake. France Drake telah menemui San Francisco. France Drake
berpendapat bahawa masyarakat peribumi Amerika Utara adalah bersifat
penurut dan penyayang. Ini bermaksud, apa sahaja perintah British akan
diikuti oleh masyarakat peribumi Amerika Utara.
Pada permulaannya, hubungan British dengan masyarakat peribumi
Amerika Utara bermula dengan baik. Ini disebabkan pertolongan yang
diberikan oleh masyarakat peribumi Amerika Utara kepada orang British
semasa kali pertama kedatangan British di Plymouth, Massachusset.
Antara masyarakat yang menolong British pada itu adalah Squanto. 17
Squanto telah mengajar orang British dalam kegiatan pertanian di Amerika
17 Ibid, hlm.53.

Utara. Orang British iaitu William Peen telah menemui Pennsylvania dan
mengatakan bahawa orang-orang British melayan masyarakat peribumi
Amerika Utara dengan baik.
Walau bagaimanapun, seperti yang berlaku antara Perancis dengan
masyarakat peribumi Amerika Utara, hubungan British dengan masyarakat
lama kelamaan menjadi renggang. Hal ini kerana, koloni British mula
melayan masyarakat peribumi Amerika Utara dengan buruk. Mereka juga
turut mengambil tanah-tanah kepunyaan masyarakat peribumi Amerika
Utara. Di samping itu, masyarakat peribumi Amerika Utara juga tidak
memahami

konsep

pemilikan

tanah

yang

dilakukan

oleh

British.

Ketidaksefahaman antara koloni British dan masyarakat peribumi telah


menyebabkan peperangan berlaku. Contoh peperangan yang berlaku
adalah War in the New England and The Pequot War.
5.0 KOLONISASI PENJAJAHAN EROPAH KE ATAS BENUA AMERIKA UTARA
(COLUMBIAN EXCHANGE)
5.1

POLITIK

Pertapakan awal Christopher Columbus telah membuka ruang kepada


koloni lain untuk bertapak di Amerika utara. Koloni-koloni ini telah
mendapatkan tanah jajahan mereka dengan pelbagai cara. Antaranya
ialah melalui peperangan, perjanjian dan rampasan. Dengan berlakunya
penubuhan koloni di benua Amerika, maka bermulanya pengaruh Eropah
di benua tersebut. Hal ini memberi kesan kepada pentadbiran di sana, di
mana, ianya dimonopoli oleh orang luar. Berlakunya penindasan dan
permusuhan antara orang asli di Amerika dan juga orang Eropah. Di
koloni, wakil-wakil daripada negara Eropah akan menggunakan corak
pemerintahan seperti yang berlaku di negara tanah. Contohnya, konsep
pemilikan tanah dan encomienda system. Kedudukannya yang strategik
dan sumber bahan asli yang banyak telah menyebabkan banyak kuasa
luar bersaing untuk menjajah benua tersebut.
5.2

EKONOMI

Ramai kuasa Eropah datang ke Amerika atas sebab-sebab ekonomi yang


disebut-sebutkan oleh kekayaan Sepanyol iaitu kekayaan yang diperoleh
dari tanah jajahan seperti penaklukan Aztec, Inca dan lain-lain penduduk

asli Amerika yang besar dalam abad keenam belas. Orang Inggeris
pertama yang menetap di Amerika berharap untuk menemui kekayaan
yang sama apabila mereka mula-mula menubuhkan Jamestown, Virginia.
Mereka ditaja oleh syarikat-syarikat saham biasa seperti Virginia Syarikat,
dibiayai oleh Inggeris kaya yang memahami potensi ekonomi tanah baru
ini. Tujuan utama tanah jajahan ini adalah dengan harapan untuk mencari
emas atau kemungkinan untuk mencari laluan melalui Amerika ke Hindia.
Ia dipimpin oleh pemimpin yang kuat, seperti John Smith yang meyakinkan
penjajah Jamestown yang mencari emas dan menjaga keperluan asas
mereka seperti makanan dan tempat tinggal dan bahawa "orang yang
tidak bekerja, tidak boleh makan". Kadar kematian yang sangat tinggi
agak menyedihkan dan menyebabkan rasa putus asa di kalangan
penjajah.
Namun, tembakau cepat menjadi tanaman tunai untuk eksport dan
pemacu ekonomi Virginia dan jajahan berhampiran Maryland. 18 Penjelajah
Eropah membawa bersama-sama makanan dan haiwan ternakan dari
setiap kawasan yang dijelajah. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis makanan
dan haiwan ternakan yang mereka bawa. Hal ini telah menghasilkan
pertukaran makanan antara orang Indian dengan Eropah. Di samping itu,
sumber bahan mentah dan bahan asli yang diperoleh dari tanah jajahan
ini akan di didagangkan dan mendapat keuntungan daripada perdagangan
tersebut. Sebagai contohnya, ubi kayu, potato, nanas, dan sebagainya.
Apabila orang Eropah membawa pelbagai jenis makanan dan haiwan
ternakan, maka ekonomi benua Amerika Utara mula berkembang dengan
adanya urusan perdagangan. Di samping itu, pembangunan dan kemajuan
yang dibawa oleh orang Eropah sedikit sebanyak telah memajukan benua
Amerika Utara secara perlahan-lahan.
5.3 SOSIAL
Dari segi sosial pula, kesan kedatangan Eropah ke benua Amerika yang
utama adalah penyebaran wabak penyakit seperti cacar. Penyakit yang
boleh membawa maut ini telah tersebar dalam kalangan masyarakat
peribumi Amerika. Kesannya, banyak penduduk peribumi Amerika yang
terbunuh akibat penyebaran penyakit ini. Kesan penjajahan Eropah yang
18 http://www.newworldencyclopedia.org/entry/European_Colonization_of_the_Americas. Diakses
pada 14.12.2015

terbesar ke atas Amerika Utara adalah pengenalan penyakit. Penduduk


asli tidak mempunyai imuniti dalam badan yang kuat telah membawa
kepada kematian apabila dijangkiti penyakit. Sepanjang pantai New
England antara 1616 dan 1618, wabak penyakit meragut nyawa 75
peratus

daripada

orang-orang

asli.

Pada

tahun

1630-an,

separuh

masyarakat Huron dan Iroquois meninggal dunia akibat cacar. Seperti


yang sering berlaku, yang muda dan yang tua adalah yang paling
terdedah dan mempunyai kadar kematian tertinggi. Kehilangan generasi
tua bermakna kehilangan pengetahuan dan tradisi, manakala kematian
kanak-kanak menambah trauma, mewujudkan implikasi yang amat buruk
untuk generasi akan datang.
Selain itu, dari aspek penyebaran agama, orang Eropah datang ke
Benua Amerika bersama-sama dengan niat untuk menyebarkan agama
Kristian kepada masyarakat peribumi di Amerika Utara. Oleh itu, kesannya
masyarakat peribumi di benua Amerika Utara mula menganut agama
Kristian yang disebarkan. Pada masa yang sama, barangan Eropah telah
mula mengubah hidup masyarakat Indian secara radikal. Dalam tahun
1500-an, beberapa objek yang paling awal diperkenalkan oleh Eropah
kepada Indian ialah manik kaca, cerek tembaga, dan alatan logam. Orang
peribumi Amerika menyesuaikan diri dengan barang-barang ini untuk
kegunaan mereka sendiri. Sebagai contoh, beberapa potong cerek
tembaga dan logam yang dibentuk semula untuk kegunaan yang lain,
termasuk barang kemas yang diberikan status pada pemakainya.
Penempatan koloni Eropah meningkat sepanjang tahun 1600-an,
malah dianggap sebagai pengganti masyarakat peribumi yang ramai
meninggal dunia akibat penyakit. Barangan Eropah juga membanjiri
masyarakat

peribumi.

Tidak

lama

kemudian

masyarakat

peribumi

menggunakan barang-barang ini untuk tujuan yang sama seperti orang


Eropah. Sebagai contoh, ramai penduduk asal meninggalkan pakaian kulit
haiwan mereka dan memihak kepada tekstil Eropah. Begitu juga, alat
memasak tanah liat ditukar kepada alat memasak logam. Hal ini demikian
kerana masyarakat Indian berasa lebih mudah untuk melakukan kerjakerja harian dengan menggunakan peralatan yang dibawa oleh orang
Eropah ini. Hal ini membuktikan kesan dari segi sosial yang dibawa oleh
orang Eropah.

6.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa insan yang bernama
Columbus telah menjadi orang pertama Eropah dalam sejarah, yang telah
membuka laluan bagi koloni Eropah bertapak di benua Amerika. Proses
pelayarannya sebelum menemukan benua Amerika ini berhadapan dengan
banyak dugaan dan rintangan. Namun, beliau tidak berputus asa dan terus
mencapai matlamatnya. Pelayarannya yang terdiri daripada empat fasa itu telah
melihatkan kepada kita tentang usaha beliau yang komitmen dalam mencapai
matlamatnya. Kuasa-kuasa Eropah yang lain seperti Perancis dan Inggeris telah
menjejakkan kaki ke Benua Amerika bagi menubuhkan kekuasaan di sana, di
samping tertarik dengan sumber semula jadi seperti emas yang terdapat di
benua itu. Kekayaan yang dimiliki oleh Sepanyol hasil daripada perluasan koloni
mereka di Amerika telah membuka mata kuasa Eropah yang lain untuk
melakukan penjajahan di Amerika Utara. Namun, tidak dinafikan bahawa
kedatangan penjajah dari Eropah ini mendatangkan kesan dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Impak yang paling besar dapat dilihat dari aspek sosial,
yang mana, orang Eropah telah mengubah cara hidup masyarakat Indian di
Benua Amerika.

7.0 RUJUKAN
a)

BUKU

Alan Brinkley.1995. American History: A Survey. United Stated: McGRaw-Hill.


Carlon Berkin. 2004. Making Amerika: A History of the United Stated. New York:
Houghton
Mifflin Company.
Bolton et al. 1920. The Colonization Of North America 1492-1783. New York:
Macmillan Company.
Gary B et. al. 1994. The American People: Creating Nation and a Society. United
States of
America: Harper Collins College Publisher.
Garraty, J. A. 1998. The American Nation: A Story Of United States. 9th Edition.
USA: Addison Wesley Educational Publishers Inc.
John Ward. 1997. Latin America: Conflict and Development. United States of
America:

Library of Congress cataloguing in Publications Data.

Mark C Carnes and John A. Garraty.2003.


Nation. United

American Destiny: Narrative Of a

State: Library Of Cataloging-in-Publication Data.

Oliver Dunn and James E.Kelly, Jr. 1989. The Diario of Christopher Columbus First
Voyage to
America 1492-1493. USA: Library Resources, inc.
Smith. C. 2003.Student Almanac of Native American History: From Prehistoric
Times to the Trail of Tears, 35,000 BCE-1838, Vol 1. United States of America:
Greenwood Publishing Group
Valentini, P. J. J. 1889. The Portuguese in the Track of Columbus (1493): Part 2,
Journal
35-56.

of the American Geographical Society of New York, 21 (1):

b)

INTERNET

http://nurlie.tripod.com/Tema7.html. Diakses pada 12 December 2015.


https://www.scribd.com/doc/29594129/CRISTOPHER-COLOMBUS. Diakses pada 9
December

2015.

http://www.mtcarmelcoorparoo.qld.edu.au/resourcecentre/studentlinks/Documents/ Christopher% 20Columbus.pdf. Diakses pada 9


December 2015.
http://www.newworldencyclopedia.org/entry/European_Colonization_of_the_Ameri
cas.

Anda mungkin juga menyukai