Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan I

II
Penghargaan

Tugasan 1 (Pembentangan Kumpulan) 0

Tugasan 2 (Penulisan Laporan) 13

Tugasan 3 (Penulisan Laporan 27


Reflektif)

Rujukan 33

II
PENGHARGAAN

Terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail kerana
memberi peluang kepada saya bagi menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan
kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan
yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Kursus Biologi
Persekitaran (SCES3103), Encik Sazli Bin Aziz @ Abdul Aziz yang telah banyak memberi
tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya sejak dari awal lagi. Sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Sazli kerana memberi kepercayaan kepada
saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian mungkin saya tidak dapat menghasilkan tugasan ini dengan sempurna
seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga
bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan
saya agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan juga kepada
pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada
masyarakat setempat khususnya

II
1.0 Pengenalan

Mengikut kamus dewan edisi keempat, peringkat membawa maksud batas yang
sudah dicapai dalam sesuatu proses. Manakala perkembangan menurut kamus dewan edisi
keempat pula bermaksud proses berkembang menjadi lebih maju dan meluas. Secara
keseluruhannya, peringkat perkembangan boleh diterangkan sebagai satu proses yang akan
menyebabkan individu yang mengalami proses ini mengalami perkembangan dari pelbagai
aspek apabila mencapai batas batas yang tertentu.

Perspektif yang ingin dibincangkan ialah berkaitan dengan peringkat perkembangan


pasangan kembar Amri dan Amir dari awal kanak-kanak sehingga mereka berumur 16
tahun di mana mereka berada pada peringkat awal remaja. Peringkat perkembangan Amri
dan Amir ialah satu proses yang berlaku pada diri mereka dan proses ini dapat
menyumbang kepada kematangan fizikal serta emosi mereka. Seiring dengan peningkatan
umur, kemajuan intelek dan sahsiah Amri dan Amir juga akan meningkat.

Perkembangan seseorang individu dipengaruhi oleh beberapa faktor contohnya


faktor baka dan persekitaran. Dalam konteks pasangan kembar Amri dan Amir, faktor
persekitaran sangat banyak mempengaruhi perkembangan mereka kerana mereka
dibesarkan dalam situasi yang sangat berbeza walaupun berkongsi genetik yang sama.
Persekitaran menurut Wong Kiet Wah di dalam Perkembangan Kanak-kanak Siri Pendidikan
Guru merujuk kepada pengalaman kanak-kanak ketika berinteraksi dengan seseorang
individu baik di rumah, sekolah atau masyarakat.

2.0 Peringkat perkembangan Amri dan Amir

Perkembangan Fizikal (sensori motor)

Pada peringkat awal kanak-kanak iaitu pada usia dua hingga enam tahun, Amri dan
Amir mempunyai saiz badan yang agak sama. Rupa paras mereka juga adalah sama
kerana meraka ialah kembar seiras. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara
di antara Amri dan Amir dari segi peningkatan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor
halus. Kemahiran motor kasar ialah kemahiran seperti melompat, membaling bola,
menunggang basikal dan sebagainya. Amri lebih menguasai kemahiran motor kasar

II
berbanding Amir kerana Amri tinggal jauh di kawasan pedalaman. Terdapat banyak tanah-
tanah kosong yang lapang dan belum digunakan di kawasan pedalaman. Bilangan
kenderaan juga lebih sedikit di kawasan pedalaman berbanding dengan kawasan bandar.
Hal ini akan menyebabkan Amri bebas bergerak dan bermain bersama-sama rakan-
rakannya. Permainan seperti kejar mengejar akan menguatkan otot otot pada kaki Amri dan
seterusnya menyumbang kepada peningkatan kemahiran motor kasar. Penggunaan
anggota badan secara optimum akan mempercepatkan kematangan fizikal kerana menurut
teori kematangan biologi yang dikemukakan oleh Arnold Gesell (1880-1961), kematangan
fizikal akan berkembang dalam aktiviti permainan dan ini akan menyumbang kepada
peningkatan kemahiran untuk melakukan tugasan harian seperti berjalan, berlari, menulis
dan sebagainya.

Amir pula menghadapi situasi yang berbeza di mana dia tinggal di bandar dan tinggal
bersama dengan keluarga angkat yang dapat menyediakan pelbagai kemudahan bagi
membantunya untuk membesar dengan baik. Antara kemudahan yang dapat disediakan
oleh ibu bapa angkat amir ialah gajet elektronik dan permainan untuk kanak-kanak seperti
‘puzzle’. Aktiviti sebegini juga sesuai untuk Amir kerana aktiviti ini boleh dilakukan di dalam
rumah dan tidak memerlukan ruang yang luas. Hal ini kerana Amir tinggal di bandar, jadi
aktiviti luar adalah agak bahaya kepada Amir kerana terdapat pelbagai risiko seperti
kemalangan, penculikan dan banyak lagi kes jenayah yang lain. Aktiviti yang telah dilakukan
oleh Amir menyebabkan kemahiran motor halusnya meningkat dan lebih tinggi berbanding
kemahiran motor halus Amri. Kemahiran motor halus banyak melibatkan koordinasi
penglihatan dan tangan. Hakikatnya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu pada usia dua
hingga enam tahun, Amri mempunyai kemahiran motor kasar yang tinggi manakala
kemahiran motor halus pula lebih dikuasai oleh Amir berbanding Amri.

Pada peringkat kanak-kanak iaitu pada usia tujuh hingga 12 tahun, perkembangan
fizikal yang dialami oleh Amir dan Amri adalah lebih tertumpu kepada pertambahan berat
dan tinggi. Pertambahan ketinggian di antara Amri dan Amir adalah sama kerana ketinggian
dipengaruhi oleh faktor genetik. Perbezaan ketara yang dapat dilihat pada Amri dan Amir
ialah dari segi pertambahan berat badan dan saiz badan. Pertambahan berat badan banyak
dipengaruhi oleh pemakanan dan aktiviti seharian yang dilakukan oleh Amri dan Amir. Amir
mempunyai berat badan yang lebih berat berbanding Amri. Hal ini kerana, terdapat banyak
kedai makanan segera yang menyediakan makanan yang mempunyai kadar lemak dan
karbohidrat yang tinggi seperti burger. Pengambilan makanan berlemak akan menyebabkan
pertambahan berat badan kerana pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan.

II
Selain itu, berat badan Amir juga adalah lebih berat berbanding Amri kerana Amir
kurang melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Apabila kurang aktiviti
dilakukan, pembakaran kalori juga tidak berlaku dengan giat dan perkara ini akan
menyebabkan lemak berlebihan disimpan sebagai tisu adipos. Sebagai contohnya, Amri
perlu berjalan untuk ke sekolah kerana sekolahnya terletak di kawasan pedalaman
manakala Amir pula akan dihantar oleh ibu bapanya jika dia ingin ke sekolah. Perjalanan
Amir ke sekolah menggunakan tenaga yang agak minima jadi kurang pembakaran kalori
yang berlaku bagi menghasilkan tenaga berbanding perjalanan Amri ke sekolahnya.
Tegaslah di sini bahawa faktor luaran seperti pemakanan dan aktiviti seharian memberi
impak yang besar terhadap pertambahan berat Amir dan Amri.

Pada peringkat awal remaja iaitu pada usia 12 hingga 16 tahun, perkembangan
fizikal Amri dan Amir adalah hampir sama kerana pada peringkat ini, kebanyakan perubahan
fizikal adalah berkait dengan pertumbuhan dan kematangan ciri sekunder seks mereka
sebaimana yang disebutkan oleh Mok Soon Sang (2008) ;

“ Suara remaja lelaki yang berada pada peringkat awal remaja akan berubah menjadi lebih garau.
Lemak mereka juga akan berkurang dan otot mereka akan menjadi lebih kuat. “

Hakikatnya, faktor persekitaran seperti pemakanan dan aktiviti harian yang dilakukan oleh
Amri dan Amir memberikan kesan yang sangat besar kepada perkembangan fizikal mereka
selain daripada faktor genetik.

Perkembangan Kognitif

Kemahiran kognitif ialah kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,


memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Menurut Berk (2006), kemahiran ini melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori,
merancang, mencipta imaginasi, menaakul dan menyelesaikan masalah. Piaget pula
berpendapat, proses pemikiran individu berubah secara menyeluruh bermula sejak mereka
lahir sehingga mereka mencapai kematangan. Oleh itu, Setiap individu akan cuba untuk
memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

Pada peringkat awal kanak-kanak, Amri dan Amir menunjukkan sikap egosentrik. Hal
ini kerana, mereka berada pada peringkat Pra Operasi di mana mereka melihat dan
memahami persekitaran melalui perspektif mereka sendiri. Mereka sukar untuk menerima
pendapat orang lain. Mereka juga beranggapan bahawa setiap perkara yang mereka
lakukan adalah betul. Sedangkan mereka masih belum dapat menggunakan fikiran yang
rasional untuk menilai sesuatu perkara. Perkara ini dikenali sebagai intuitif.

II
Selain itu, pada peringkat pra operasi ini, Amri dan Amir akan memperolehi satu
kebolehan yang baru iaitu kebolehan meniru atau melakonkan watak yang pernah mereka
lihat sama ada di rumah, di sekolah mahupun di media massa. Kebolehan ini diperolehi
daripada permainan membayangkan (pretend play). Amir lebih menguasai kebolehan ini
berbanding Amri. Hal ini kerana Amir tinggal di Bandar manakala Amri tinggal di kawasan
pedalaman jadi, Amir dapat meneroka pelbagai perkara kerana pelbagai kemudahan telah
disediakan untuknya. Kemudahan seperti televisyen dan gajet elektronik akan membantu
Amir untuk mendedahkan watak yang boleh ditirunya. Berbeza dengan Amri, watak yang
boleh dirujuk untuk dilakonkan semula adalah terhad kerana persekitarannya yang tidak
begitu meluas berbanding dengan Amir.

Pada peringkat kanak-kanak iaitu pada umur tujuh hingga 12 tahun pula, Amir dan
Amri sudah boleh berfikir secara fleksibel dan sudah dapat melakukan operasi mental
secara tersusun. Pada waktu ini, Amri dan Amir sudah berupaya untuk memahami
perubahan yang dinamik. Amir dan Amri juga sudah boleh mengklasifikasikan objek
mengikut kategori yang tertentu. Pada peringkat awal remaja pula, Amir dan Amri sudah
dapat berfikir secara logik dan juga secara abstrak. Berbeza dengan keadaan fikiran mereka
ketika berada pada peringkat awal kanak-kanak di mana mereka hanya percaya kepada
objek fizikal yang dapat dilihat oleh mereka sahaja. Pada peringkat awal remaja pula, Amir
dan Amri dapat memikirkan perkara yang berkaitan dengan masa depan dan sudah
berupaya membuat hipotesis. Apabila Amir dan Amri sudah berupaya membuat hipotesis,
mereka akan dapat memikirkan kemungkinan perkara yang akan berlaku berdasarkan
pengalaman yang telah mereka lalui sebelum ini.

Perkembangan Bahasa

Idea yang disampaikan oleh seseorang idividu tersebut dapat difahami dengan
mudah apabila pendengar ataupun penerima mempunyai kemahiran berbahasa yang baik.
Oleh itu, perkembangan bahasa adalah sangat penting kerana ;

“ Dengan meningkatnya perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-


konsep abstrak. “

(Santrock, 2007)

Pada peringkat awal kanak-kanak, Amir dan Amri sudah boleh merangka ayat yang
ringkas tanpa menggunakan tatabahasa yang betul. Akan tetapi apabila usia mereka
semakin meningkat, perbendaharaan kata mereka semakin bertambah dan perkara ini
membolehkan mereka untuk bercerita tentang perkara ataupun objek yang pernah mereka

II
lihat dan lalui sebelum ini. Pada peringkat kanak-kanak pula, Amir dan Amri sudah berupaya
untuk membaca dan menulis. Hal ini disebabkan oleh mereka telah mengenali suku kata,
bunyi perkataan dan cara menyebut perkataan tersebut. Manakala pada peringkat awal
remaja pula, berlakunya peningkatan kefahaman terhadap apa yang dibaca oleh mereka.
Kemahiran menulis juga meningkat apabila usia mereka meningkat.

Bagi perkembangan bahasa, Amir berupaya menguasai lebih daripada satu bahasa
dan kemahiran berbahasanya juga adalah lebih tinggi berbanding kemahiran berbahasa
Amri. Hal ini kerana, Amir didedahkan dengan drama asing yang menggunakan bahasa
ibunda mereka sebagai bahasa pengantar seperti drama Korea dan drama Inggeris. Selain
itu, Amir juga sering bermain permainan yang melibatkan penggunaan bahasa inggeris
sebagai bahasa pengantarnya. Pendedahan kepada bahasa asing ini telah menyebabkan
kosa kata bahasa asing Amir bertambah seterusnya membolehkan Amir untuk bertutur
menggunakan bahasa asing. Ibu bapa angkat Amir telah menyediakan persekitaran yang
dapat membantu perkembangan bahasa berlaku dengan betul. Persekitaran yang dapat
membantu proses perkembangan bahasa ialah seperti cara percakapan di antara Amir dan
ibu bapa angkatnya. Mereka menggunakan kata panggilan yang sesuai dan mereka juga
menggunakan bahasa baku dalam percakapan mereka. Hal ini akan menimbulkan rasa
hormat antara satu sama lain ketika berkomunikasi.

Amri pula membesar di kawasan pedalaman jadi, dia hanya dapat bertutur dalam
satu bahasa sahaja iaitu bahasa melayu yang dipelajarinya di sekolah. Hal ini berlaku
kerana kekurangan prasarana dan kemudahan seperti televisyen dan gajet elektronik di
kawasan pedalaman. Amri hanya dapat menguasai dialek yang digunakan oleh masyarakat
sekitarnya sahaja kerana dia telah terdedah dan terbiasa dengan dialek tersebut sejak dari
kecil. Amri juga dapat berkomunikasi menggunakan bahasa baku, tetapi tidak sefasih Amir
kerana dia tidak mempraktikkan pelajaran Bahasa Melayu yang dipelajarinya di sekolah. Dia
lebih selesa untuk berkomunikasi menggunakan dialek yang biasa digunakan oleh
masyarakat sekitarnya. Tegaslah di sini bahawa Amir dan Amri cenderung untuk
terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di sekeliling mereka.

Perkembangan Sosioemosi

Pada peringkat awal kanak-kanak, Amri dan Amir cuba untuk melakukan aktiviti
fizikal tanpa bantuan dari orang lain. Mereka ingin mempunyai kuasa autonomi ke atas
tindakan mereka. Pada peringkat ini, mereka mempunyai keinginan untuk melakukan
sesuatu aktiviti secara bebas tanpa bergantung kepada orang lain dan pada tahap ini juga
keyakinan diri mereka dipupuk. Keyakinan diri Amri adalah lebih tinggi berbanding Amir

II
kerana Amri sering diberi sokongan dan dorongan untuk berdikari dan meneroka
persekitarannya. Ibu bapa angkat Amri mengawal dengan ketat akan segala aktiviti yang dia
lakukan. Hal ini kerana ibu bapa angkat Amri takut jika sesuatu perkara yang tidak ingini
berlaku kepada Amri. Mereka terlalu risau akan keselamatan Amri. Pada peringkat awal
kanak-kanak juga, Amir dan Amri sudah mula berupaya untuk mengenal pasti emosi mereka
sendiri dengan tepat seperti rasa bangga, malu dan rasa bersalah. Emosi tersebut ialah
emosi yang berbentuk kesedaran kendiri di mana individu itu sendiri yang akan merasai
emosi tersebut tanpa penglibatan orang luar.

Manakala pada peringkat kanak-kanak pula, Amir dan Amri berkebolehan untuk
memahami emosi-emosi yang lebih kompleks. Amir dan Amri juga akan mengetahui bahawa
terdapat beberapa jenis emosi yang boleh dirasai dalam satu satu masa dan dalam satu
satu keadaan. Amir dan Amri juga akan memahami situasi yang memerlukan mereka untuk
memberi perhatian sepenuhnya terhadap situasi tersebut. Pada peringkat ini, Amir akan
berasa bangga diri kerana dia tinggal di bandar dan perkara tersebut seakan akan menjadi
satu kelebihan pada dirinya.. Seterusnya, pada peringkat awal remaja Amir dan Amri
terdedah kepada pergolakan emosi. Pergolakan emosi ini menyebabkan perubahan emosi
secara mendadak dan mungkin disebabkan oleh perubahan hormon kematangan. Dalam
konteks ini, Amri akan mempunyai sistem sokongan yang lebih baik berbanding Amir kerana
Amri mempunyai seorang ibu yang tidak bekerja dan mempunyai banyak masa di rumah.
Justeru, Amri dapat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tersebut
kepada ibunya dan perkara ini dapat menenangkan perasaannya seterusnya menstabilkan
emosinya. Berbeza dengan Amir, ibu bapa angkatnya sibuk bekerja dan tidak sempat untuk
meluangkan banyak masa untuk mendengar luahan hatinya. Hal ini akan menyebabkan
Amir mula mencari rakan yang dapat mendengar luahan masalah yang dihadapinya. Gejala
sosial yang tidak diingini mungkin berlaku apabila Amir tersalah pilih rakan. Hakikatnya,
faktor persekitaran seperti kawalan ibu bapa dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa
mampu memberikan impak yang positif jika ianya dikendalikan dengan baik.

3.0 Penutup

Kesimpulannya, persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang dapat mempengaruhi


perkembangan fizikal, kognitif, bahasa dan sosioemosi. Kuasa yang berasal daripada luar ini
mampu memberikan kesan yang sangat baik kepada perkembangan dari aspek di atas jika
ia dimanfaatkan dengan sebaiknya. Faktor persekitaran lebih banyak mempengaruhi aspek
perkembangan berbanding faktor baka. Perkara ini ialah suatu kelebihan kerana faktor

II
persekitaran adalah faktor yang boleh diubah. Setiap orang mampu mengawal
perkembangan mereka dan orang sekeliling mereka dengan menjadi contoh yang baik
kepada orang lain.

II

Anda mungkin juga menyukai