Anda di halaman 1dari 18

`MAGIC TUNNEL MENINGKATKAN KEMAHIRAN HASIL TAMBAH

DALAM LINGKUNGAN 10 DALAM KALANGAN MURID


BERMASALAH PEMBELAJARAN

SITI HAJAR BINTI HJ. MOHD ZAKI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DARUL AMAN

MEI 2015

ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan di salah sebuah sekolah di
Alor Setar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah
penggunaan Neraca Nombor membantu meningkatkan kemahiran hasil tambah dalam
lingkungan 20 bagi murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini melibatkan seramai 3
orang orang murid sebagai responden. Data dikumpul melalui pemerhatian, analisis
hasil dokumen dan soal selidik dengan menggunakan analisis diskriptif iaitu
menggunakan skor dan peratusan. Hasil menunjukkan bahawa masalah kemahiran
pranombor dan nombor bulat serta menambah dalam lingkungan 20 adalah sangat lemah
kerana responden tidak dapat menggunakan pembilang mahu pun jari dengan tepat
semasa menjalankan operasi tambah. Bagi mengatasi masalah ini, Neraca Nombor
digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk memberikan pengalaman pembelajaran
yang lebih baik dan berkesan kepada responden. Dalam kajian ini, murid diberikan
intervensi secara ansur maju dan latih tubi bagi membantu meningkatkan kemahiran
hasil tambah dalam lingkungan 20.
1.0
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan keperluan bagi pembelajaran seumur hidup.
Menurut Nik Aziz, (1996) di dalam Effandi Zakaria et al., (2007), guru Matematik haruslah mampu
mengatasi dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan bijaksana.
Guru perlulah memainkan peranannya bagi memastikan murid dapat mempelajari Matematik dengan
sebaik mungkin dan mengatasi masalah mempelajari kemahiran asas Matematik dengan berkesan.
Kemahiran asas Matematik merupakan satu aspek yang sangat penting perlu dikuasai oleh
seseorang murid. Kemahiran-kemahiran asas tersebut terdiri daripada kemahiran pranombor, mengenal
nombor, operasi asas dan sebagainya. Salah satu kemahiran asas Matematik ialah kemahiran menambah
iaitu operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor ketiga iaitu jumlah atau hasil
tambah.
1.2
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Saya telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah di daerah Kota Setar. Di sekolah ini terdapat 6
kelas bagi Program Pendidikan Khas Integrasi. Semasa mengajar komponen Matematik bagi kelas
Saintis, saya mendapati 3 daripada 9 orang murid tidak menguasai kemahiran membilang nombor dalam
tertib menaik dan menurun. Saya telah membuat satu ujian ringkas iaitu Ujian Diagnostik merangkumi
subtopik-subtopik dalam kedua-dua kemahiran tersebut bagi mengesahkan lagi masalah yang dihadapi
oleh ketiga-tiga murid berkenaan.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pertama dijalankan, iaitu berkaitan kemahiran hasil
tambah dalam lingkungan 9 saya telah menggunakan objek bagi memudahkan mereka memahami konsep
penambahan. Pendekatan yang saya gunakan untuk mereka mengira adalah dengan menggunakan teknik
counting on iaitu mengira menggunakan pembilang yang menggunakan bahan-bahan maujud seperti jari

murid, bintang, kulit kerang dan kayu aiskrim sebagai objek pembilang. Saya mendapati bahawa semua
murid dapat memahami konsep penambahan dan dapat menyelesaikan lembaran kerja dengan betul.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kedua dijalankan iaitu berkaitan kemhiran hasil tambah dalam
lingkungan 20 dengan menggunakan teknik counting on, saya telah mendapati 3 daripada 9 orang murid
menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian yang
saya dilakukan, 3 orang murid tersebut menunjukkan cara mereka mengira dengan menggunakan jari.
Masalah dikesan apabila penambahan melibatkan jumlah yang melebihi nilai 10.
Apabila murid mengira dengan menggunakan pembilang pula, kekeliruan mulai timbul apabila
mereka terus menambah bilangan pembilang kepada kumpulan pembilang yang pertama tanpa
mencampurkan kedua-dua bilangan pembilang mengikut nilai nombor yang diberikan dalam soalan. Oleh
itu, murid tidak dapat mencari jawapan bagi operasi tambah yang diberikan dengan menggunakan
pembilang.
Berdasarkan temu bual tidak berstruktur yang saya laksanakan bersama Puan Salmah guru yang
mengajar Matematik di kelas tersebut, saya mendapat maklumat bahawa ketiga-tiga murid berkenaan
tidak dapat menentukan nilai pembilang dalam dua kumpulan mengikut nombor yang diberikan dalam
sesuatu soalan operasi penambahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mendapat jawapan yang
tepat bagi operasi tambah yang diberi.
1.3
Pengumpulan Data Awal
Bagi mengumpul data awal, pengkaji telah mendapatkan maklumat-maklumat daripada beberapa sumber
seperti semakan data ujian diagnostik murid, pemerhatian di dalam kelas, semakan hasil kerja murid dan
temubual secara tidak berstruktur.
Sebelum pengajaran bermula bersama murid, pengkaji telah menjalankan suatu Ujian Diagnostik
Matematik ke atas 9 orang murid dari kelas Saintis untuk menentukan daerah kelemahan atau kemahiran
yang teleh mereka kuasai. Ujian tersebut ditadbir ke atas 9 orang murid selama 60 minit dengan pelbagai
tahap kemahiran yang diuji dari mudah ke sukar. Hasil ujian menunjukkan bahawa 3 orang murid
mengalami masalah menyusun nombor dalam tertib menaik dan menurun serta mengalami kesukaran
dalam menguasai kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 tanpa menggunakan gambar atau
pembilang.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan terhadap 9 orang murid dengan menggunakan borang
senarai semak, 3 daripada 9 orang murid yang dibuat pemerhatian tidak dapat menguasai kemahiran
menambah sama ada yang melibatkan nombor 1 digit dengan nombor 1 digit yang lain mahu pun antara
nombor 2 digit dengan nombor 1 digit dalam lingkungan 20.
Selain itu, semakan yang dibuat ke atas hasil kerja murid menunjukkan bahawa 3 daripada 6
orang murid yang diberikan soalan penambahan yang hasilnya dalam lingkungan 20 memberikan jawapan
yang salah. Apabila pengkaji memberikan soalan bagi operasi tambah dalam lingkungan 9, murid masih
dapat memberikan jawapan yang betul. Berbeza pula apabila pengkaji mengemukakan soalan operasi
tambah nombor 1 digit dengan nombor 1 digit dalam lingkungan 20 secara bertulis, murid mula
memberikan jawapan-jawapan yang tidak tepat.
Pengkaji mendapatkan maklumat mengenai murid yang tidak dapat menguasai kemahiran hasil
tambah dalam lingkungan 20 daripada guru Matematik yang pernah mengajar mereka pada tahun lepas.
Daripada temu bual yang dijalankan, guru tersebut telah memaklumkan bahawa murid berkenaan
sememangnya masih keliru untuk menggunakan objek sebagai pembilang dalam operasi tambah kerana

masalah ingatan yang agak lemah dan tidak memahami konsep menambah lagi bilangan pembilang
mengikut nombor yang perlu ditambah.
2.0
FOKUS KAJIAN
2.1
Huraian Fokus Kajian
Kemahiran dalam operasi menambah merupakan aspek penting yang perlu dikuasai oleh murid dalam
sesuatu penyelesaian masalah. Di samping itu, kemahiran ini dapat meningkatkan lagi perkembangan
kognitif murid supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan.
Krulik dan Rudnick (1980) dalam Effandi Zakaria et al. (2007) mendefinisikan masalah sebagai kenyataan
atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian akan tetapi cara penyelesaian itu
tidak begitu nyata atau ketara.
Pengkaji telah mengenal pasti beberapa sebab yang mendorong murid menghadapi masalah
dalam kemahiran menyusun nombor dalam urutan menaik dan menurun serta menambah nombor dalam
lingkungan 20. Antaranya, murid tidak memahami konsep urutan nombor malah hanya menghafalnya
sahaja. Murid juga tidak dapat menggunakan objek seperti jari dan pembilang. Oleh itu, pengkaji telah
memilih bahan bantu mengajar yang lebih sesuai dan dapat digunakan mengikut kemampuan murid itu
sendiri.
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa aspek untuk menilai
sejauh mana kajian yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar. Antara aspek yang dinilai adalah
seperti kebolehtadbiran, kebolehgunaan, kerelevenan, kawalan, kolaborasi dan kepentingan kepada
pengkaji dan murid.
Sepanjang sesi pengajaran bagi menjalankan intervensi tersebut, pengkaji dapat melaksana,
mentadbir serta mengurus segala perkara yang berkaitan dengan sempurna. Sebelum menjalankan
intervensi, pengkaji telah mengadakan perbincangan bersama-sama guru yang mengajar Matematik bagi
kelas tersebut tentang jadual waktu, tempat, tingkah laku murid, peralatan dan sebagainya. Perbincangan
ini adalah bagi mendapatkan maklumat awal bagi memastikan segala masalah yang berlaku dapat
diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang halangan.
Bahan bantu mengajar serta intervensi yang dijalankan mempunyai tahap kebolehgunaan yang
tinggi. Hal ini kerana murid telah menggunakan bahan yang disediakan mengikut langkah-langkah
intervensi yang digariskan kepada mereka dengan sendiri. Cara penggunaan bahan yang mudah dan
menarik membolehkan murid mengaplikasikannya dengan baik sehingga dapat menyelesaikan masalah
mereka dalam kemahiran yang telah difokuskan tersebut. Murid lain yang bermasalah dalam menjalankan
operasi tambah juga menggunakan bahan tersebut semasa sesi pembelajaran mereka.
Fokus kajian yang ditetapkan telah dipengaruhi oleh tahap kerelevanan bahan bantu mengajar
dan intervensi yang dicadangkan ini dengan pihak sekolah dan murid bermasalah pembelajaran. Hal ini
kerana, murid di sekolah sering mengalami masalah dalam subjek matematik termasuklah operasi tambah.
Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar dan intervensi ini telah dapat membantu menyelesaikan
masalah tersebut dengan lebih mudah dan sebagai asas kepada mereka untuk menyelesaikan operasi
tambah berkenaan.
Bahan bantu mengajar yang dijalankan tersebut juga dapat menggalakkan murid berkolaborasi
antara satu sama lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa menggunakan intervensi, murid
dibenarkan untuk membantu rakan mereka yang menghadapi kesukaran. Murid juga dapat berkolaborasi
bersama dengan guru melalui bimbingan yang diberikan bagi menyelesaikan soalan operasi tambah.

Selain itu, bahan bantu mengajar tersebut dapat dikawal dengan mudah oleh murid. Bagi
menggunakan intervensi, murid perlu menggunakan kemahiran koordinasi mata dan tangan dengan baik.
Murid tidak perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain semasa menggunakan intervensi dan
dapat memudahkan guru melaksanakan kawalan kelas dengan baik.
Bahan bantu mengajar tersebut juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri terhadap murid.
Bahan tersebut adalah penting bagi murid yang tidak dapat menambah nombor sama ada dengan
menggunakan pembilang atau menyelesaikannya dalam bentuk lazim.
2.2 Tindakan/Intervensi
Tindakan atau intervensi merupakan langkah yang diambil untuk mengelakkan atau mengatasi sesuatu
masalah. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji telah memperbaiki
amalannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui kajian yang dijalankan ini. Pengkaji telah
memperkenalkan Neraca Nombor seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1 yang dapat membantu murid
menguasai kemahiran dalam urutan nombor dan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20. Bahan
tersebut telah diadaptasikan daripada konsep penimbang yang digunakan untuk mengukur berat sesuatu
barang. Alat ini dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah penambahan menggunakan
konsep imbangan. Konsep imbangan merujuk kepada proses meletakkan 2 pemberat yang mempunyai
nilai berat yang sama supaya penimbang tersebut dapat diseimbangkan.

Kad nombor
40cm
40cm

85cm
85cm

Tiang

Tapak

Rajah 1 : Neraca Nombor


Neraca Nombor merupakan bahan yang berfungsi sebagai alat penimbang yang diperbuat
daripada kayu sebagai bahan utamanya. Neraca ini mempunyai tapak untuk menjadi penyokong kepada
pembaris yang ditanda di kanan dan kirinya nombor bermula 0 hingga 20 di kedua-duanya dengan warna
hijau dan merah. Kad nombor yang berwarna hijau mewakili soalan operasi tambah manakala kad
nombor yang berwarna merah mewakili jawapan bagi operasi tambah. Kad-kad nombor tersebut dan
pembaris boleh dibuka dan dipasang semula apabila hendak digunakan. Bahan bantu mengajar ini telah
digunakan untuk kemahiran menyusun urutan nombor kerana murid perlu menyusun kad-kad nombor
terlebih dahulu pada neraca tersebut mengikut skala yang telah ditanda. Di samping itu, bahan bantu

mengajar ini juga digunakan bagi membantu murid yang mengalami kesukaran untuk menambah nombor
dalam lingkungan 20. Murid perlu meletakkan objek yang dijadikan pemberat pada cangkuk yang
terdapat di neraca. Objek pertama dan kedua diletakkan di sebelah kiri mereka pada neraca dan mengikut
nombor yang diberi dalam soalan pada kad ayat Matematik. Kemudian, murid dikehendaki meletakkan
pula satu lagi objek di sebelah kanan mereka pada neraca dengan menggunakan kaedah cuba jaya iaitu
dengan menggerakkan objek berkenaan dari satu cangkuk ke cangkuk yang lain sehingga neraca tersebut
menjadi stabil. Apabila neraca tersebut stabil, murid berkenaan akan memperoleh jawapan atau hasil
tambah nombor yang diberikan berpandukan angka yang tertera pada neraca.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3.1
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 bagi murid
bermasalah pembelajaran menggunakan Neraca Nombor.
3.2
Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut:
Adakah kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 bagi murid bermasalah pembelajaran dapat
ditingkatkan menggunakan Neraca Nombor?
4.0
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah melibatkan 3 orang responden dari kelas Saintis di bawah Program Pendidikan Khas
Integrasi di sebuah sekolah di daerah Kota Setar. Ciri-ciri responden berkenaan dapat dilihat melalui
Jadual 1 di bawah :
Jadual 1 : Ciri-ciri responden
RESPONDEN

JANTINA

KATEGORI

Lelaki

Slow learner dan


hiperaktif

CIRI-CIRI

Kurang memberikan
tumpuan.
Lemah ingatan.
Tertarik dengan bahanbahan maujud.
Suka bercakap.
Suka bercakap.
Mudah hilang fokus.
Lemah ingatan.

Tidak aktif.
Mematuhi arahan.

5.0

Perempuan

Slow learner

Perempuan

Slow learner

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1
Langkah-langkah Tindakan
5.1.1
Langkah 1 : Menyusun Kad
Langkah pertama yang telah pengkaji jalankan kepada responden ialah menyediakan Neraca Nombor dan
dua set kad nombor kepada responden. Responden diberi arahan untuk meletakkan satu set kad nombor
yang berwarna hijau mengikut urutan menaik bermula angka 1 hingga 20 di sebelah kiri responden pada
neraca tersebut mengikut skala yang telah ditandakan. Setelah siap, responden diarahkan untuk
meletakkan satu lagi set kad nombor yang berwarna merah di sebelah kanan responden pada neraca
berkenaan dalam urutan menurun pula iaitu dari 20 hingga 1. (Rajah 2)

Rajah 2 : Proses menyusun kad.


Setelah itu, sebagai aktiviti pengukuhan, pengkaji telah melakukan aktiviti menulis nombor di
udara bersama responden. Pengkaji akan menyebut nombor secara lisan bermula dari 0 hingga 20 dan
responden telah menggerakkan jari mereka untuk menulis nombor tersebut di udara dengan menggunakan
jari mereka.
5.1.2
Langkah 2 : Meletak Objek
Langkah seterusnya yang telah pengkaji lakukan ialah memberikan kad ayat Matematik bagi operasi
tambah kepada responden. Pengkaji telah menyediakan magnet sebagai objek pemberat untuk diletakkan
oleh responden pada neraca berkenaan. Berdasarkan nombor yang terdapat pada kad ayat Matematik,
responden telah meletakkan pemberat pada cangkuk besi mengikut nombor yang diberikan dalam kad
tersebut di sebelah kiri responden pada neraca contohnya, bagi ayat Matematik 5 + 7 = , responden telah
meletakkan pemberat pada neraca di sebelah kirinya iaitu pada nombor 5 terlebih dahulu dan kemudian
meletakkan pula pemberat pada nombor 7. Apabila kedua-dua pemberat telah disangkut, neraca tersebut
menjadi condong dan memberat di sebelah kiri. (Rajah 3). Langkah seterusnya yang telah dilakukan oleh
responden adalah untuk menstabilkan semula neraca berkenaan.

5+7

Rajah 3 : Proses meletak objek


5.1.3
Langkah 3 : Cuba Jaya
Langkah ketiga yang telah dilakukan oleh responden ialah melakukan kaedah cuba jaya bagi mendapatkan
hasil operasi tambah bagi ayat Matematik tersebut. Responden telah menggunakan kaedah cuba jaya
dengan meletakkan pemberat pada neraca di sebelah kanan mereka. Responden telah meletakkan
pemberat di setiap nombor satu demi satu sehingga dapat menstabilkan neraca tersebut. Apabila neraca
tersebut stabil, secara tidak langsung responden telah memperoleh jawapan berdasarkan pemberat yang
telah diletakkan pada nombor yang tertentu contohnya, pemberat yang diletakkan pada nombor 12 yang
telah menstabilkan neraca berkenaan dapat memberikan jawapan kepada operasi tambah yang telah
dikemukakan tadi. (Rajah 4)

12

Rajah 4 : Proses cuba jaya


5.2 Cara Mengumpul Data
5.2.1
Pemerhatian
Bagi mengumpul data kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian terhadap responden.
Pemerhatian dilakukan semasa sesi interaksi pengajaran dan pembelajaran yang pertama. Aspek yang
diperhatikan ialah tempoh masa responden menjawab soalan yang direkodkan dalam unit saat bagi
memastikan lagi kejituan masa yang diperoleh dan ketepatan responden memberikan jawapan sama ada
betul () atau salah (X) dengan menggunakan borang senarai semak. Pemerhatian ini dilakukan bertujuan
untuk melihat kemampuan responden menggunakan Neraca Nombor. Terdapat dua cara untuk
mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur (Chow
Fook Meng dan Jaizah Mahamud, 2011). Dalam pemerhatian tersebut, pengkaji telah memberikan 4
keping kad ayat matematik dan responden telah diminta untuk menjawab soalan tersebut menggunakan
Neraca Nombor.
5.2.2
Analisis Dokumen
Selain itu, pengkaji telah menggunakan analisis yang diberikan dalam bentuk lembaran kerja kepada
responden bagi mendapatkan data mengenai kajian ini. Soalan-soalan tugasan yang telah pengkaji
sediakan kepada responden dapat menguji kemahiran yang telah difokuskan dari aspek kemahiran
menjawab soalan dan tempoh menjawab bagi semua soalan tersebut dengan menggunakan bahan dan
intervensi yang disediakan. Pemerhatian tersebut telah dijalankan di dalam kelas sebanyak 3 kali interaksi
pengajaran dan pembelajaran bersama 3 orang responden berkenaan dengan menggunakan borang senarai

semak. Tugasan tersebut telah diberikan secara bertulis kepada responden dalam tempoh masa kira-kira
15 minit bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
5.2.3
Soal Selidik
Soal selidik ialah alat atau instrumen yang digunakan untuk mengukur tingkah laku responden. Pengkaji
telah menjalankan soal selidik ini bersama-sama responden dalam tempoh masa 5 minit setelah responden
menjalani intervensi semasa sesi interaksi yang terakhir.
Item-item soal selidik ini disediakan bagi mendapatkan maklumat mengenai perasaan dan kebolehan
responden ketika menggunakan Neraca Nombor yang jarang digunakan oleh mereka. Maklumat tersebut
telah direkodkan dalam borang yang telah disediakan. Terdapat 4 item soalan yang disenaraikan dalam
borang soal selidik tersebut. Item-item tersebut terdiri daripada:
1. Adakah murid gembira menggunakan Neraca Nombor?
2. Adakah Neraca Nombor mudah dan senang untuk digunakan?
3. Adakah murid dapat menggunakan Neraca Nombor dengan baik dalam aktiviti pembelajaran?
4. Adakah Neraca Nombor dapat membantu murid menyelesaikan operasi tambah?
6.0
DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Setiap kajian yang dijalankan perlu dikemukakan dengan bukti-bukti yang kukuh dan sah bagi
memastikan kajian tersebut mempunyai tahap ketepatan, kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
Melalui dapatan data yang telah dikumpul,pengkaji telah menggunakan kaedah analisis pemerhatian,
analisis hasil tugasan dan analisis borang soal selidik untuk menganalisis data tersebut.
6.1
Analisis Pemerhatian
Instrumen pertama yang telah pengkaji gunakan ialah pemerhatian. Pengkaji telah menjalankan
pemerhatian dalam kajian tindakan ini untuk melihat kesesuaian penggunaan Neraca Nombor dalam
meningkatkan kemahiran hasil tambah tambah dalam lingkungan 20.
Pemerhatian pertama dilakukan untuk menilai kemampuan responden menguasai penggunaan
Neraca Nombor yang dilihat melalui tempoh masa yang diambil oleh responden menjawab soalan dan
ketepatan responden memberikan jawapan sama ada betul () atau salah (X). (Lampiran 4).
Berdasarkan pemerhatian ini, pada peringkat awal penggunaan Neraca Nombor, responden
mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan jawapan bagi dua soalan yang diberikan. Namun
begitu, responden dapat menjawab dua soalan yang seterusnya dalam tempoh masa yang semakin pendek.
Hasil pemerhatian telah dianalisis di dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2 : Masa yang diambil oleh responden untuk menjawab soalan

Responden / Tempoh Masa (saat)


Bil.

Soalan

1.

Responden A

Responden B

Responden C

6+5=

120 saat

163 saat

90 saat

2.

3+6=

120 saat

160 saat

78 saat

3.

9+4=

84 saat

137 saat

70 saat

4.

5+8=

80 saat

123 saat

62 saat

Berdasarkan analisis pemerhatian pertama, dalam Jadual 2 didapati bagi soalan 1, responden A
mengambil masa untuk menjawab soalan tersebut selama 120 saat, responden B selama 163 saat dan
responden C selama 90 saat. Masa yang diambil oleh responden B untuk menjawab soalan 1 adalah
paling lama berbanding masa yang diambil oleh responden A dan responden C kerana responden B sukar
menumpukan perhatiannya terhadap intervensi yang dijalankan.
Kemudian, bagi soalan 2, responden A yang dikategorikan sebagai slow learner dan mempunyai
sedikit ciri-ciri hiperaktif mengambil masa selama 120 saat untuk menjawab soalan tersebut dan
responden B mengambil masa selama 160 saat. Responden C menjawab soalan 2 selama 78 saat kerana
responden C mematuhi arahan yang diberikan oleh pengkaji semasa di awal sesi interaksi. Masa yang
diambil oleh responden A, B dan C menjawab soalan 3 ialah selama 84 saat, 137 saat dan 70 saat.
Responden A, B dan C masing-masing mengambil masa yang semakin singkat bagi menjawab
soalan 4 iaitu 5 + 8 =. Responden A menjawab soalan 4 selama 80 saat, responden B selama 123 saat dan
responden C mengambil masa yang paling singkat iaitu 62 saat setelah melakukan beberapa kali
intervensi. Perbezaan masa yang diambil oleh responden A semasa menjawab soalan 1 dan 4 adalah
selama 40 saat menunjukkan bahawa responden A berjaya melakukan intervensi dengan lebih cepat kerana
responden A merupakan seorang responden yang mudah belajar. Sementara itu, responden C merupakan
seorang responden yang mempunyai kemampuan yang sangat baik dalam pelajarannya kerana dapat
menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam tempoh masa yang semakin singkat berbanding responden
A dan B dengan tempoh masa menjawab soalan antara 90 saat hingga 62 saat sahaja.
Berdasarkan Jadual 2 tersebut, dapat dirumuskan bahawa responden A, B dan C dapat menjawab
keempat-empat soalan operasi tambah yang diberikan dalam tempoh masa yang semakin singkat
walaupun pada awalnya mereka menghadapi kesukaran untuk melakukan intervensi.
Dalam pemerhatian yang dilakukan itu juga, ketepatan responden menjawab soalan tambah
dalam lingkungan 20 dengan bantuan Neraca Nombor dapat dilihat. Jadual 3 di bawah menerangkan
analisis pemerhatian tersebut.
Jadual 3 : Ketepatan jawapan yang diberikan oleh responden
Ketepatan jawapan ( / x )
Responden

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

Data di atas menunjukkan bahawa terdapat 2 kesalahan semasa menjawab soalan 1 yang dilakukan
oleh 2 orang responden iaitu responden A dan B yang tidak dapat menjawab soalan operasi tambah dengan
betul dan tempoh masa menjawab soalan yang paling lama berbanding responden C kerana tidak dapat
memahami konsep penggunaan intervensi tersebut dengan baik berikutan pertama kali menggunakannya.
Terdapat 1 kesalahan yang dilakukan oleh responden B semasa menjawab soalan 2 kerana tidak

mengingati langkah-langkah semasa melakukan intervensi dengan betul sehingga menyebabkan responden
B mendapat jawapan yang salah bagi soalan 2. Bagi soalan 3, responden B masih melakukan kesilapan
dan menyebabkan terdapat 1 kesalahan semasa responden menjawab soalan 3 tersebut kerana responden B
masih mengulangi kesilapan yang sama semasa menjalankan intervensi. Bagi soalan 4, responden A, B
dan C menjawab soalan tersebut dengan betul kerana telah menguasai intervensi yang dijalankan dengan
baik.
Secara keseluruhannya, responden dapat menjawab soalan operasi tambah yang diberikan dengan
betul setelah menguasai langkah-langkah intervensi dengan betul. Hasilnya, responden A, B dan C telah
menjawab soalan 4 dengan betul iaitu setelah berjaya memahami dan melakukan cara menjalankan
intervensi yang betul dan sekaligus dapat membuktikan bahawa intervensi yang dilakukan oleh responden
A, B dan C telah membantu meningkatkan kefahaman mereka untuk menyelesaikan hasil tambah dalam
lingkungan 20.
6.2 Analisis Dokumen
Dokumen tugasan yang berbentuk lembaran kerja diberikan kepada responden setiap kali mereka selesai
menjalani aktiviti intervensi. Tugasan ini mengandungi 10 soalan operasi tambah yang hasilnya adalah
dalam lingkungan 20.
Data yang telah dikumpulkan pula direkodkan dalam bentuk peratus dan dicatatkan dalam Jadual
4. Berdasarkan markah yang diperoleh, analisis keputusan dari Jadual 4 menunjukkan bahawa responden
A, B dan C boleh menjawab soalan yang diberikan kerana ketiga-tiga respoden ini telah menjalani
intervensi kali pertama dengan menggunakan Neraca Nombor dalam aktiviti Meletak Objek dan Cuba
Jaya.
Jadual 4 : Analisis ketiga-tiga hasil tugasan
Tugasan

Peratus
markah
betul

Peratus
markah
betul
Tugasan
2

Peratus
markah
betul

Responden

Tugasan
1

Tugasan
3

8/10

80%

8/10

80%

10/10

100%

6/10

60%

7/10

70%

8/10

80%

9/10

90%

10/10

100%

10/10

100%

Merujuk kepada jadual 4 di atas, semasa sesi interaksi pertama dijlankan iaitu apabila pengkaji
memberikan tugasan 1, responden A berjaya menjawab 8 daripada 10 soalan tambah yang diberi dengan
betul. Responden B menunjukkan prestasi yang agak lemah pada peringkat awal iaitu berjaya menjawab
hanya 6 daripada 10 soalan dengan betul. Responden C berjaya menjawab 9 daripada 10 soalan dengan
betul dalam tugasan 1. Berdasarkan semakan hasil tugasan 1, responden A mendapat markah sebanyak

80%, responden B mendapat markah sebanyak 60% sementara responden C mendapat markah sebanyak
90%. Semasa sesi interaksi pertama ini, pengkaji telah meminta setiap responden menjawab soalan
operasi tambah yang diberikan iaitu tugasan 1 (Lampiran 6). Berdasarkan keputusan yang diperoleh,
pengkaji mendapati terdapat responden yang masih belum menguasai aktiviti tersebut dan hal ini
mendorong pengkaji untuk memberikan lagi latihan kepada responden dalam bentuk lembaran kerja yang
lain.
Pengkaji telah memberikan tugasan 2 kepada responden A, B dan C (Lampiran 7). Berdasarkan
hasil tugasan tersebut, terdapat peningkatan penguasaan responden dalam kemahiran hasil operasi tambah
dalam lingkungan 20 yang dibuktikan melalui keputusan tugasan yang diberikan selepas tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi sesi interaksi kedua. Bagi tugasan 2, responden A berjaya menjawab 8
daripada 10 soalan tambah yang diberi dengan betul. Setelah menjalankan aktiviti selanjutnya pada
interaksi kedua, responden B menunjukkan peningkatan dalam amalan penggunaan intervensi bagi
menyelesaikan operasi tambah. Responden B dapat memberikan 7 daripada 10 jawapan berdasarkan
soalan yang diberi dengan betul dalam tugasan 2. Pengkaji mendapati bahawa responden C telah
menunjukkan kemajuan dengan memberikan jawapan yang betul bagi keseluruhan 10 soalan operasi
tambah yang diberikan dalam tugasan 2 kerana kemampuan daya kefahaman yang diperolehi oleh
responden C semasa interaksi kali pertama dan kedua menggunakan Neraca Nombor. Keputusan markah
yang diperoleh menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan keputusan markah bagi tugasan 1
khususnya markah responden B dan C. Markah yang diperolehi responden A adalah sama dengan
keputusan tugasan 1 iaitu sebanyak 80%. Responden yang menunjukkan peningkatan markah merupakan
responden B dan C iaitu masing-masing mendapat markah sebanyak 70% dan 100%.
Pengkaji mendapati dua orang responden iaitu responden B dan C semakin memberikan respon
yang positif terhadap soalan-soalan operasi tambah yang dikemukakan. Seterusnya, pengkaji telah
memberikan lagi tugasan kepada semua responden untuk melihat sama ada mereka benar-benar telah
menguasai kemahiran operasi tambah seperti yang telah difokuskan atau masih menghadapi masalah
untuk menyelesaikannya iaitu dalam tugasan 3 (Lampiran 8). Berdasarkan semakan terhadap tugasan 3,
pengkaji mendapati responden A dan C telah menunjukkan kemajuan dengan memberikan jawapan yang
betul bagi keseluruhan 10 soalan operasi tambah yang diberikan dan responden B dapat memberikan 8
daripada 10 jawapan dengan betul. Berdasarkan markah bagi tugasan ini, responden A telah menunjukkan
peningkatan markah dengan mendapat markah penuh iaitu 100% . Responden B sekali lagi telah
menunjukkan peningkatan markah iaitu dengan mendapat 80% berbanding sebelumnya iaitu 70%.
Responden C masih berjaya mengekalkan markah tugasannya iaitu dengan mendapat markah penuh.
Berdasarkan hasil tugasan 3, markah yang diperoleh oleh responden A, B dan C menunjukkan kesan
intervensi yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian ketiga-tiga responden tersebut dalam setiap
tugasan yang diselesaikan oleh mereka. Keputusan yang lebih jelas telah pengkaji rekodkan melalui rajah
di bawah (Rajah 5).

76.7%

83.3%

93.3%

Rajah 5 : Graf keputusan hasil tugasan dan purata peratus skor


Sehubungan itu, berdasarkan graf bar dalam Rajah 7 di bawah menunjukkan perubahan
pencapaian responden A, B dan C yang dapat dilihat melalui tugasan yang berbentuk lembaran kerja yang
diberikan oleh pengkaji. Bar yang berwarna biru adalah mewakili responden A. Sementara itu, bar yang
berwarna merah adalah mewakili responden B manakala bar yang berwarna hijau mewakili responden C.
Paksi x menunjukkan tugasan yang disiapkan oleh ketiga-tiga responden manakala paksi y menunjukkan
skor markah yang diperoleh oleh setiap responden dalam setiap tugasan.
Pada peringkat awal penggunaan intervensi, purata peratus skor yang diperoleh oleh responden
A, B dan C dalam tugasan 1 ialah sebanyak 76.6%. Responden C mendapat skor yang tertinggi dalam
tugasan 1 jika dibandingkan dengan responden A dan responden B dengan mendapat skor sebanyak 9
walaupun pada peringkat awal penggunaan intervensi ini kerana responden C dapat mematuhi arahan
untuk menggunakan intervensi dengan tepat dan mematuhi arahan pengkaji untuk menyiapkan tugasan
yang diberi.
Berdasarkan tugasan 2, purata peratus skor bagi ketiga-tiga responden dalam telah meningkat
kepada 83.3% berbanding purata peratus skor bagi tugasan 1. Responden A tidak menunjukkan
peningkatan manakala responden B mula menunjukkan peningkatan apabila dapat menjawab soalan dalam
tugasan 2 dengan mendapat sebanyak 7 skor dan begitu juga dengan responden C yang turut meningkat
pencapaiannya dengan mendapat skor yang penuh iaitu 10.
Terdapat peningkatan dari segi purata peratus skor responden A, B dan C dalam tugasan 3 kerana
masing-masing telah mendapat skor yang lebih banyak berbanding tugasan-tugasan yang sebelumnya iaitu
sebanyak 93.3%. Responden A, B dan C menunjukkan peningkatan dalam jumlah skor yang diperoleh.

Secara keseluruhannya, purata peratus skor bagi tugasan 1, tugasan 2 dan tugasan 3 telah
meningkat seiring dengan peningkatan skor yang diperolehi responden A, B dan C dalam setiap tugasan
yang diberikan. Pengkaji mendapati semua responden semakin mahir menggunakan intervensi yang
disediakan dan lebih memudahkan mereka menjawab soalan operasi tambah yang diberikan.
6.2.1
Perbandingan Min Masa Bagi Setiap Tugasan
Catatan masa diambil telah diambil oleh pengkaji ketika responden melakukan intervensi dan menyiapkan
tugasan yang diberikan. Catatan masa menjawab soalan tugasan bagi setiap sesi interaksi direkodkan di
dalam borang senarai semak. Min masa menyelesaikan soalan bagi setiap tugasan dicari bagi tujuan
mendapatkan perbandingan masa untuk ketiga-tiga tugasan tersebut. Pengkaji telah menggunakan jam
randik untuk merekod masa sebagai alat pengukur. Data yang telah dikumpul direkodkan dalam unit saat
dan dicatatkan dalam Jadual 5.
Jadual 5 : Min masa murid menyiapkan tugasan
Min masa (saat)/ soalan*
Responden

Tugasan 1

Tugasan 2

Tugasan 3

84

82

81

132

98

95

62

60

60

*Berdasarkan bacaan pada jam randik


Secara keseluruhannya, setiap responden berjaya menunjukkan peningkatan kecekapan mereka
dalam menggunakan neraca nombor berdasarkan min masa yang semakin singkat semasa menjawab satusatu soalan operasi tambah yang diberikan.
6.3 Analisis Borang Soal Selidik
Selepas menjalankan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan intervensi bersama
responden, pengkaji telah menjalankan soal selidik kepada responden A, B dan C. Pengkaji telah merekod
data bagi soal selidik ini di dalam borang yang telah disediakan dan telah dianalisis melalui Jadual 6 di
bawah.
Pengkaji mendapati bahawa responden A, B dan C memberikan respon positif terhadap
penggunaan intervensi ini. Responden A, B dan C berasa gembira semasa menggunakan Neraca Nombor
yang disediakan kerana mereka dapat menyusun kad-kad nombor pada Neraca Nombor.
Jadual 6 : Analisis borang soal selidik
Responden / Keputusan Soal Selidik (YA/TIDAK)
Responden A

Responden

Responden C

Bil.

Item

1.

Adakah murid gembira menggunakan


Neraca Nombor?

YA

YA

YA

2.

Adakah Neraca Nombor mudah dan


senang untuk digunakan?

YA

TIDAK

YA

3.

Adakah murid dapat menggunakan


Neraca Nombor dengan baik dalam
aktiviti pembelajaran?

YA

TIDAK

YA

4.

Adakah Neraca Nombor dapat


membantu murid menyelesaikan operasi
tambah?

YA

YA

YA

Pengkaji mendapati 2 orang responden iaitu responden A dan C telah menyatakan bahawa
mereka dapat menggunakan Neraca Nombor dengan mudah dan senang. Responden A dan responden C
dapat menggunakan Neraca Nombor dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa bimbingan
daripada pengkaji. Dalam hal ini, pengkaji hanya melakukan pemantauan terhadap aktiviti yang
dilakukan oleh responden. Responden B mengalami sedikit kesukaran semasa menggunakan Neraca
Nombor disebabkan masalah kurang fokus terhadap aktiviti yang sedang dilakukan olehnya kerana asyik
melihat aktiviti yang dilakukan oleh murid dari kelas yang lain.
Responden A dan responden C dapat menggunakan Neraca Nombor dengan baik dalam aktiviti
pembelajaran. Responden A dan C dapat menggunakan intervensi yang disediakan mengikut urutan yang
betul sehingga berjaya mendapatkan jawapan bagi soalan operasi tambah yang diberi. Responden B tidak
dapat menggunakan Neraca Nombor dengan baik dalam aktiviti pembelajaran kerana sikapnya yang
terburu-buru dalam melakukan sesuatu tindakan dan akibatnya responden B meninggalkan beberapa
langkah penggunaan intervensi yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
Penggunaan Neraca Nombor juga dapat membantu responden A, B dan C menyelesaikan
operasi tambah terutamanya dalam lingkungan 20. Responden dapat mencari jawapan bagi soalan-soalan
operasi tambah dengan hasil dalam lingkungan 20 dengan lebih tepat. Responden A dan responden C
berjaya menjawab semua soalan tambah yang diberikan dalam tugasan 3 (lembaran kerja) dengan tepat
tanpa melakukan kesilapan. Data ini telah membuktikan bahawa Neraca Nombor yang digunakan dapat
membantu responden menyelesaikan operasi tambah.
7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI
Hasil dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan perkembangan dan tindak balas yang positif diberikan
oleh responden. Analisis pemerhatian, hasil tugasan dan soal selidik telah membuktikan bahawa ketigatiga langkah intervensi yang dijalankan mendapat komitmen yang baik dan amat berkesan serta dapat
membantu meningkatkan penguasaan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 dalam kalangan murid
bermasalah pembelajaran.

Pada peringkat awal iaitu sebelum kajian ini dilaksanakan, kutipan data awal yang dilakukan oleh
pengkaji melalui ujian diagnostik, semakan hasil kerja murid dan temu bual bersama guru yang mengajar
responden berkenaan telah menunjukkan bahawa keputusan mereka adalah tidak memuaskan. Data awal
yang dikumpul membuktikan bahawa responden A, B dan C tidak dapat memperoleh hasil tambah
melebihi nilai 10 dengan tepat apabila diberikan soalan-soalan kepada mereka kerana responden A sering
lupa dengan pengiraan pembilang-pembilang yang digunakan olehnya semasa mengira. Responden A
sering berbual bersama rakannya dan guru lain semasa menjawab soalan yang diberikan kepadanya.
Responden A hanya akan menjawab soalan yang diberikan apabila ditegur oleh pengkaji.
Responden B hanya dapat menjawab soalan yang diberikan apabila melakukan pengiraan dengan
menggunakan pembilang dengan bantuan daripada guru. Responden ini menyatakan kekeliruannya untuk
menggunakan pembilang yang dilihatnya terlalu banyak. Responden C pula mengambil masa yang lama
untuk mengira menggunakan pembilang. Oleh itu, pengkaji telah memperkenalkan penggunaan Neraca
Nombor yang diubah suai daripada alat penimbang yang digunakan untuk mengukur berat sesuatu objek.
Bagi memantapkan lagi kajian ini, pengkaji telah membaca buku-buku yang berkaitan bagi
mendapatkan maklumat untuk membantu pengkaji menjalankan aktiviti intervensi kepada responden
tersebut. Akhirnya, pengkaji telah memilih untuk menggunakan Neraca Nombor untuk memudahkan
responden menambah nombor-nombor yang hasilnya melebihi nilai.
Objektif kajian yang ditetapkan telah berjaya dicapai kerana penggunaan Neraca Nombor dapat
meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 20 bagi murid bermasalah pembelajaran.
Neraca Nombor ini merupakan bahan intervensi yang mudah untuk digunakan kerana membolehkan
semua responden mendapatkan hasil tambah dua nombor dengan hanya menyangkutkan magnet pada
cangkuk besi yang tersedia di setiap nombor. Responden akan memperoleh jawapan hasil tambah dua
nombor berkenaan apabila dapat menyeimbangkan Neraca Nombor tersebut sehingga menjadi lurus.
Semua responden dilihat dapat menjalani pembelajaran dalam suasana yang terkawal. Setiap kali sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, ketiga-tiga responden iaitu responden A, B dan C
menunjukkan minat yang tinggi untuk menggunakan bahan bantu mengajar tersebut. Responden dapat
menyelesaikan operasi tambah yang diberikan dengan lebih baik dari semasa ke semasa dan hal ini
menyebabkan responden berasa lebih gembira dan bersemangat ketika menjalankan aktiviti.
Sungguhpun begitu, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki. Intervensi tersebut tidak dapat
digunakan oleh responden dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa. Responden dikehendaki
menunggu giliran masing-masing untuk menggunakan intervensi berkenaan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang dapat dikenal pasti melalui pelaksanaan intervensi ini.
Penggunaan intervensi ini dapat mempelbagaikan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Latihan yang
diberikan secara latih tubi dan beransur maju kepada responden dapat meningkatkan kemahiran menyusun
urutan nombor dalam tertib menaik dan menurun serta membolehkan responden menyelesaikan operasi
tambah dengan lebih berkesan. Selain latihan, intervensi ini dapat digunakan semasa melaksanakan
aktiviti set induksi dan kuiz.

Secara keseluruhannya, pengkaji amat berpuas hati kerana hasil dapatan daripada penggunaan
intervensi ini menunjukkan bahawa setiap aktiviti yang dijalankan dapat memberikan perubahan dan
peningkatan tahap responden dalam kemahiran yang telah difokuskan.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Dapatan kajian ini mendapati bahawa penggunaan Neraca Nombor telah berjaya membantu responden
menguasai kemahiran menambah dua nombor sama ada nombor 1 digit dengan nombor 1 digit atau
nombor 1 digit dengan nombor 2 digit lain dalam lingkungan 20 bagi murid bermasalah pembelajaran.
Berdasarkan skor yang semakin banyak diperolehi responden dan masa yang semakin singkat yang telah
diambil oleh responden untuk menyelesaikan operasi tambah dalam lembaran kerja semasa sesi interaksi
dijalankan membuktikan bahawa kajian ini telah berjaya dijalankan.
Berdasarkan masalah yang timbul dalam kitaran pertama ini, pengkaji merancang untuk membuat
beberapa penambahbaikan. Pengkaji akan membaca jurnal-jurnal kajian yang lepas dengan lebih banyak
lagi bagi mendapatkan idea untuk menambah baik intervensi supaya dapat menghasilkan kaedah
pengajaran yang lebih menarik dan berkesan. Melalui pembacaan tersebut, pengkaji yakin bahawa lebih
banyak pengetahuan dan idea menarik yang akan pengkaji perolehi dari semasa ke semasa.
Pengkaji juga bercadang untuk melakukan penambahbaikan dari aspek saiz bahan bantu
mengajar yang disediakan. Saiz bahan bantu mengajar yang lebih sesuai dan mudah dibawa untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat membantu keberkesanan proses pembelajaran murid.
Berdasarkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan peratusan kemahiran
hasil tambah dalam lingkungan 20 bagi kumpulan sasaran, pengkaji bercadang untuk memantapkan lagi
intervensi ini dari aspek kaedah penggunaan yang lebih mudah supaya responden dapat menguasai
kemahiran menambah dalam lingkungan nombor yang lebih besar. Pengkaji bercadang untuk menambah
baik intervensi iaitu dengan menghasilkan Neraca Nombor Elektronik yang lebih canggih supaya dapat
membantu murid bermasalah pembelajaran menambah nombor-nombor lebih banyak jumlah hasilnya.
Kesimpulannya, pengkaji yakin bahawa penggunaan Neraca Nombor dapat mencapai objektif
yang ditetapkan dan dapat membantu responden menguasai kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20.
SENARAI RUJUKAN
Alis Bin Puteh. (2009). Kajian tindakan di sekolah. Kedah : Pure Honey Enterprise.
Amin Senin. (1993). Memahami matematik prasekolah & sekolah rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
& Pustaka.
Baharin Shamsudin. (1995). Pengajaran dan pembelajaran matematik untuk sekolah rendah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Bob Williams et all. (2010). Matematik prasekolah. Kuala Lumpur : Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & amalan dalam pengajaran.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Effandi Zakaria. (2007). Trend pengajaran dan pembelajaran matematik. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Noor Shah Saad. (2001). Teori dan perkaedahan pendidikan matematik. Selangor : Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd.
Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai