Anda di halaman 1dari 4

Refleksi BIG

LAU YEAN PING (No K/P: 830823-07-5234)




Program BIG ini adalah salah satu subjek dalam sukatan Program
Pensiswazahan Guru (PPG) yang disediakan oleh pihak IPG, dimana para
pelajar wajib melengkapkan Program BIG secara kumpulan. Matlamat BIG
adalah menekankan kepada undur-unsur hidup bermoral dan beragama serta
elemen-elemen JERI juga diberi penekanan iaitu; intelek, jasmani, rohani dan
emosi. Seterusnya membina daya tahan mental dan fizikal murid-murid. Saya
amat bersyukur kerana saya dan ahli kumpulan saya yang menuntut ilmu
Program Pensiswazahan Guru (PPG) di IPGK Tuanku Bainun telah berjaya
melaksanakan Program Bina Insan Guru pada 11 November 2012 di Havard
Suasana Hotel Golf & Country Club, Bedong, Kedah. BIG ini dinamakan sebagai
Kem Motivasi yang khas untuk murid-murid tahun 5 yang terdiri daripada SJKC
Hwa Min, Lunas, Kedah.
Sebelum menjalankan BIG ini, kumpulan kami telah menjalankan
mesyuarat untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam Program
BIG. Selain itu, kami juga bekerjasama menyiapkan kertas kerja BIG,
menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi, contohnya, masalah modal
kewangan, masalah aktiviti dan juga pemilihan tempat pelaksanan serta tarikh
yang sesuai untuk menjalankanp program ini. Walau bagaimanpun, masalah-
masalah tersebut telah berjaya selesainya dengan bekerjasama dan bertoleransi
antara ahli-ahli kumpulan, bah perkata berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
BIG ini telah disertai oleh 92 orang murid dan 13 orang guru,
pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan mentel murid telah dilaksanakan
sebagai contoh, flying fox and cat walk, kings finger, hole in one dan lain-
lain. Ini adalah bertujuan memberi murid-murid menempuh pelbagai cabaran,
dugaan dan halangan. Motifnya adalah untuk menwujudkan integrasi antara
rakan sekumpulan walaupun tidak sama bangsa. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
juga menerapkan nilai murni tolong menolong dan kerjasama tanpa mengira
perbezaan apabila sesutau pihak berada dalam kesulitan atau kesusahan.
Secara tidak langsung akan mewujudkan hubungan sosial dalam kehidupan
Refleksi BIG
LAU YEAN PING (No K/P: 830823-07-5234)


masyarakat majmuk serta mampu berkomunikasi sesama rakan-rakan
sekumpulan dengan baik dan sejahtera.
Senaman pagi yang dijalankan selepas murid-murid selesai
mendaftarkan diri. Gerak senam ini adalah bertujuan untuk memperbaiki tahap
fizikal murid-murid serta memperbaiki fungsi sistem kardiovaskular. Seterunya
membantu tubuh badan menyerap dan mengangkut oksigen ke segenap tubuh
dengan lebih berkesan. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk melahirkan murid-
murid yang sihat, cergas serta mempunyai badan yang sihat otot yang cergas.
Aktiviti lakonan yang dirancangkan bukan untuk menyeronokkan
murid-murid, tetapi sebaliknya adalah memberi peluang kepada murid-murid
untuk mempersembahkan bakat-bakat lakonan dan potensi murid yang
terpendam dalam diri mereka. Dan menggalakkan murid-murid menggunakan
elemen kreatif dan inovatif untuk menyediakan alatan hiasan, pakaian untuk
menjalankan lakonan dalam kumpulan. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga
menerapkan unsur keberanian dan mencungkil bakat kepimpinan dalam
kumpulan.
Sebelum mula mendirikan khemah, guru-guru yang ditugaskan
dalam aktiviti ini telah menjalankan demokrasi dengan menunjukkan cara-cara
yang betul untuk memasang khemah. Saya mendapati bahawa murid-murid
telah memberi tumpuan sepenuhnya semasa demokrasi dijalankan dan mereka
telah berjaya mendirikan khemah dalam masa yang singkat. Kejayaan yang
dicapai dalam satu kumpulan adalah atas sikap toleransi dan saling tolong
menolong. Aktiviti ini amat sesuai untuk memupuk nilai kesabaran murid-murid
dan sedar bahawa kerjasama yang sepenuh dalam kalangan ahli kumpulan
adalah penting demi menyiapkan sesuatu tugasan yang diarahkan dalam masa
yang diperuntukan.
Aktiviti kembara adalah bertujuan memberi peluang kepada murid
lebih mendekati alam sekitar dan lebih mengenali flora dan fauna yang terdapat
di sekitar alam, murid-murid berjalan kaki ke dalam hutan rimba yang berdekatan
Refleksi BIG
LAU YEAN PING (No K/P: 830823-07-5234)


dengan tapak perkehmahan. Secara tidak langsung, murid-murid juga dapat
menyegarkan minda dengan menyedut udara yang nyaman.

Akan tetapi, kami telah menghadapi satu dugaan iaitu; hujan tiba-
tiba turun pada waktu petang. Namun begini, kami juga meneruskan aktiviti yang
dirancangkan selepas hujan berhenti. Keadaan ini tidak melemahkan semangat
murid-murid untuk meneruskan aktiviti outdoor yang dijalankan walaupun, murid-
murid terpaksa menjalankan aktiviti dalam keadaan padang yang basah.
Setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahan dan kekuatan
yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut alatan
perkhemahan yang disediakan tidak mencukupi. Jadi, murid-murid terpaksa
digabungkan dua kumpulan kepada satu kumpulan semasa mendirikan khemah.
Kekuatan yang saya dapati ialah sikap bekerjasama antara ahli-ahli
kumpulan, apabila menghadapi masalah dalam melaksanakan BIG ini, ahli-ahli
kumpulan akan berganding bahu untuk mencari penyelesaiannya. Disamping itu,
pemilihan tapak perkhemahan yang ideal telah menjayakan BIG ini, di mana
tapak perkehmahan berhampiran dengan dewan, tandas, pejabat dan surau
merupakan tempat yang sesuai untuk kami menjalankan aktiviti.
Melalui aktivit BIG ini, saya telah menyedari bahawa
tanggungjawab seorang guru adalah berat yang penting. Terutamanya, semasa
murid-murid sedang menjalankan aktiviti yang lasak dan mencabar tahap
kekuatan fizik murid. Saya selalu mendoakan semua murid menjalankan aktiviti
dengan selamat. Selain itu, kerjasama di kalangan ahli kumpulan juga penting
untuk menjayakan setiap aktiviti. BIG ini telah meningkatkan semangat saya
untuk menjadi seorang guru yang lebih bertanggungjawab, berdedikasi,
mengurus masa dan aktiviti dengan lebih baik dan sempurna.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tingginya
penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun dan
Refleksi BIG
LAU YEAN PING (No K/P: 830823-07-5234)


Guru Besar SJKC Hwa Min, Lunas, Kedah yang memberi kerjasama secara
langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan BIG ini.

Anda mungkin juga menyukai