Anda di halaman 1dari 1

http://www.hmetro.com.

my/myMetro/articles/2013062606102420130626061
024/Article/index_html Dimuat turun pada 140714 oleh ChiamSL/JIP

1 anjakan perubahan
Komitmen kerajaan melengkapkan murid dengan kemahiran baru bagi merebut peluang
dan menangani cabaran abad ke-21 bukan calang-calang usaha, sebaliknya diteraskan
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Malah, dua soalan utama dibangkitkan ketika awal pembangunan pelan itu bertumpu kepada bentuk
murid yang bakal ditampilkan dan bagaimana bentuk sistem pendidikan dan sokongan yang dapat
disediakan mencapai hasrat yang diinginkan.
Pegawai Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), Dr Rosli Yacob berkata, dialog nasional
dan Penilaian Semula Pendidikan Negara sebelum penghasilan PPPM banyak membantu kerajaan
bagi mengatur langkah ke arah pemerkasaan sektor pendidikan.
Daripada itulah terhasilnya penetapan lima aspirasi sistem pendidikan, enam aspirasi murid dan 11
anjakan yang mampu memimpin kepada perubahan serta transformasi sektor pendidikan, supaya
akhirnya kita setanding di peringkat antarabangsa. Setiap satu aspirasi dan anjakan ini mempunyai
kaitan, malah bagi tempoh 13 tahun pelan berlangsung, sudah ditetapkan setiap rancangannya agar
tiada aspek yang tercicir, katanya ketika ditemui di pejabat PADU, di sini.
Menjelas lanjut, Dr Rosli berkata, 11 anjakan PPPM dilaksanakan dalam tiga gelombang. Gelombang
1 (2013-2015), mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada
kemahiran teras. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem dan
Gelombang 3 (2021-2025) beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi.
Bagaimanapun, katanya, tiada satu daripada anjakan itu ditekankan sebagai utama, sebaliknya
setiap perkara di bawahnya dinilai sebagai berkepentingan dan perlu dipastikan tercapai bagi
memastikan PPPM berjaya menjelang 2025.
Berdasarkan itu, kita tidak meletakkan mana-mana daripada 11 anjakan ini sebagai utama,
sebaliknya setiap satu daripada perkara ini adalah penting untuk melihat PPPM berjaya. Ia saling
berkait rapat, katanya.
Anjakan 1 - menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti, Anjakan 2 memastikan setiap murid mahir dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, Anjakan 3 - melahirkan
rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai, Anjakan 4 - transformasi keguruan sebagai profesion
pilihan dan Anjakan 5 - memastikan kepemimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Anjakan 6 - mengupayakan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah bagi
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan, Anjakan 7 - memanfaatkan teknologi
komunikasi maklumat bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, Anjakan 8 mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian dan Anjakan 9 bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Anjakan 10 adalah memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit, manakala Anjakan 11
meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.
Empat kategori yang boleh mengelaskan setiap anjakan ini iaitu Pembelajaran Murid membabitkan
anjakan satu, dua, tiga dan enam; Guru dan Pemimpin Sekolah (anjakan empat dan lima),
Transformasi Kementerian (anjakan enam, tujuh, lapan dan 10) dan Struktur Sistem (anjakan satu
dan sembilan. Kami akan melakukan yang terbaik dan semua usaha dijalankan mengikut tetapan
ini yang merentasi setiap gelombang PPPM, katanya.
Berikutan itu, beliau yakin menjelang 2020 setiap murid dan pelajar menerima pendidikan sama rata
dengan masing-masing dilengkapi kemahiran disasarkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/26

Anda mungkin juga menyukai