Anda di halaman 1dari 1

Lebih 60,000 pengguna perkhidmatan KTM Komuter telah mendapatkan Kad Komuter1Malaysia daripada 20 kaunter khas yang telah

dibuka di 13 buah stesen KTM Komuter mulai 22 Oktober sehingga 21 November 2012 yang lalu bagi menikmati diskaun 50% bagi pembelian tiket KTM Komuter untuk tempoh setahun mulai 1 November 2012 sehingga 31 Oktober 2013. Mulai esok, 22 November 2012 sehingga 21 Disember 2012, lokasi terkini untuk proses pendaftaran dan penjualan Kad 1Malaysia adalah seperti berikut:

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Stesen Sentral Kuala Lumpur Tanjung Malim Seremban Rawang Shah Alam Serdang

Hari Operasi Isnin > Ahad Isnin > Ahad Isnin > Ahad Isnin > Ahad Isnin > Ahad Isnin > Ahad

Waktu Operasi 9.00 pagi > 9.00 malam 2.00 petang > 8.00 malam 2.00 petang > 8.00 malam 2.00 petang > 8.00 malam 2.00 petang > 8.00 malam 2.00 petang > 8.00 malam

Borang permohonan kad Komuter 1Malaysia masih boleh didapati di semua stesen Komuter dan laman web KTMB. Borang yang telah lengkap diisi perlu disertakan dengan salinan kad pengenalan dan caj bayaran RM1 akan dikenakan. Kad Komuter 1Malaysia akan dikeluarkan serta merta kepada pemohon yang menepati kelayakan. Pemberian diskaun ini adalah selaras dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2013, warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah layak mendapat diskaun 50% bagi pembelian tiket KTM Komuter. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web http://www.ktmb.com.my atau hubungi talian khas Kad 1Malaysia di 019-225 4628 (Zainal) dan 019-2921928 (Shahril) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Anda mungkin juga menyukai