Anda di halaman 1dari 4

NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP

MATEMATIK
SEMESTER 7

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam
membandingkan dua pecahan tak wajar di kalangan murid-murid. Selain itu, kajian
ini juga akan menumpukan kepada kefahaman konsep pecahan secara lebih jelas.

3.2 Objektif Khusus
Secara khusus, kajian tindakan ini adalah membantu:
3.2.1 Meningkatkan pencapaian murid dalam topic pecahan dengan
menggunakan kaedah Magic Transparent.
3.2.2 Mengenalpasti keberkesanan kaedah Magic Transparent terhadap
pencapaian murid-murid di samping mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik.

3.3 Persoalan Kajian
Berdasarkan kajian, penyelidikan ini akan menjawab soalan-soalan berikut:
3.3.1 Bagaimana Magic Transparent membantu untuk meningkatkan
kemahiran murid-murid dalam topik pecahan?
3.3.2 Adakah penggunaan kaedah Magic Transparent memberi kesan
positif terhadap pencapaian murid-murid?
NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP
MATEMATIK
SEMESTER 7

3.4 Kepentingan Kajian
Pengkaji mengharapkan kajian ini dapat memberi pengetahuan yang berguna
kepada semua pihak samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam bidang pendidikan. Selain itu, pengkaji juga mengharapkan kajian ini dapat
menjadi sumber rujukan kepada guru-guru sekolah, ahli akademik dan individu-
individu yang berminat dengan kajian ini. Keputusan kajian ini diharapkan dapat
menjadi panduan untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
matematik bagi topik pecahan di kalangan murid-murid. Oleh sebab itu, semua
instrumen dan kaedah yang digunakan sepanjang menjalankan kajian adalah
bersesuaian dengan minat dan kemampuan kognitif murid-murid.

3.5 Definisi Operational / Istilah
Dalam membincangkan kajian ini, kita tidak dapat lari daripada memperkatakan
definisi atau takrifan dan konsep istilah yang diguna pakai. Definisi atau takrifan
istilah adalah seperti berikut:
Pecahan
Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, pecahan bermaksud benda yang
sudah pecah; perihal memecah; pecahan harta; angka berbahagi; angka pecahan
seperti 1/2 .
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pecahan bermaksud sesuatu yang sudah
pecah atau dipecahkan, bahagian yang sudah dipisahkan dan sebagainya daripada
NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP
MATEMATIK
SEMESTER 7

sesuatu yang lain atau yang lebih besar atau lengkap; angka yang bukan angka
bulat seperti .

Pecahan Janggal / Pecahan Tak Wajar
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pecahan janggal bermaksud pecahan yang
pengatasnya sama atau lebih besar daripada pembawahnya seperti

atau

.

3.6 Batasan Kajian
Ketika menjalankan kajian, pengkaji mendapati beberapa batasan yang berlaku dan
perlu diatasi. Antara batasannya ialah:
3.6.1 Tempat Dan Masa
Masa untuk melakukan aktiviti adalah terlalu singkat kerana murid-murid perlu
menjalani aktiviti-aktiviti lain. Oleh sebab itu, pengkaji perlu menyusun jadual aktiviti
supaya tidak bertembung dengan jadual aktiviti murid-murid.
3.6.2 Kumpulan Sasaran
Hanya terdapat 4 orang murid yang terlibat dalam kajian ini. Oleh itu, kaedah ini
hanya dapat dibuktikan kepada kumpulan sasaran tersebut sahaja.


NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP
MATEMATIK
SEMESTER 7

3.6.3 Tajuk/Kemahiran Yang Dipilih
Tajuk yang dipilih adalah baru bagi murid-murid menyebabkan mereka tidak dapat
memahami konsep dengan cepat menyebabkan sukar bagi pengkaji bagi
menyampaikan konsep yang dipilih.

Anda mungkin juga menyukai