Anda di halaman 1dari 14

Nama: Nurul Ashikin binti Ahmad

No. Matrik: P130481

Templat untuk Tugasan Individu Kajian Tindakan:


Arahan: Analisis 2 artikel kajian tindakan, dan beri komen anda berdasarkan perkara-perkara yang disenaraikan (anda perlu menggunakan 2 templat
bagi membuat penilaian terhadap 2 artikel yang berasingan). Kedua-dua artikel yang dipilih perlu dilampirkan bersama templat jawapan anda.

Tajuk Artikel: Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

KRITERIA Ya/Tidak m/s Ulasan/Cadangan

1) Nama catchy bagi intervensi/inovasi/tindakan Tidak 1 Berdasarkan tajuk penulisan yang ditulis,
tiada tarikan perkataan yang melibatkan
intervensi yang boleh membuatkan
pembaca tertarik untuk membaca
laporan kajian ini.

1. Penulisan
Tajuk 2) Menyatakan hala tuju Ya 1 Hala tuju dinyatakakn dengan jelas iaitu
meningkatkan kemahiran membaca
dikalangan murid Tahun 2 dengan
menggunakan Kaedah Stesen.

3) Menyatakan subjek sasaran Ya 1 Pengkaji menyatakan subjek sasaran


iaitu melibatkan murid Tahun Dua
Bestari

2. Penulisan 1) Jumlah perkataan menepati (maksimum 300 patah Ya 1 Jumlah perkataan bagi abstrak ini
Abstrak perkataan)
menepati iaitu 204 patah perkataan.

2) Menyatakan masalah utama Ya 1 Pengkaji menerangkan isu permasalahan


murid Tahun 2 yang masih tidak boleh
menguasai kemahiran membaca yang
mengandungi perkataan KVKVK. Hasil
daripada tinjauan masalah tersebut,
pengkaji hadir dengan intervensi yang
akan dijalankan dalam membantu murid
Tahun 2

3) Menyatakan bilangan subjek/sasaran Ya 1 Pengkaji menyatakan bilangan sasaran


dengan terperinci di mana melibatkan
22 orang murid Tahun Dua Bestari.

4) Menyatakan tujuan/fokus kajian Ya 1 Tujuan kajian dinyatakan iaitu untuk


meningkatkan kemahiran membaca
kepada semua murid supaya memenuhi
impian warga sekolah agar kadar buta
huruf di kalangan murid-murid adalah
sifar.
5) Menyatakan dapatan tinjauan awal (berserta data Ya 1 Pengkaji menyatakan dapatan tinjauan
empirikal) awal tetapi tidak menyatakan data
empirikal.

6) Menyatakan tindakan/intervensi yang dijalankan Ya 1 Pengkaji menyatakan intervensi yang


akan dijalankan dalam membantu murid
Tahun 2. Pengkaji menggunakan kaedah
pembelajaran masteri dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu
juga, intervensi ini melibatkan teknik
latih tubi dan bercerita. Pengkaji juga
menyediakan bahan bantu mengajar
kepada murid yang menarik seperti
tulisan berwarna pada suku kata.

7) Menyatakan dapatan penilaian/ analisis terhadap Tidak 1 Pengkaji tidak menyatakan dapatan
tindakan/intervensi (berserta empirikal data) penilaian/analisis terhadap intervensi

8) Menyatakan rumusan /kesimpulan Ya 1 Pengkaji menyatakan rumusan di akhir


perenggan abstrak ini iaitu kaedah
pembelajaran nasteri amat sesuai
digunakan di kalangan murid-murid.
9) Mempunyai kata kunci yang sesuai : 5 – 8 perkataan Pengkaji tidak menyatakan kata kunci.
Tidak 1

3. Penulisan 1) Menggunakan ganti nama diri pertama Tidak 1-2 Penulis tidak menggunakan ganti nama
Refleksi Amalan (saya/pengkaji/kami) diri pertama.
yang lalu

2) Menyatakan siapa subjek/sasaran Ya 1-2 Pengkaji menyatakan murid Tahun Satu


sebagai subjek sasaran.

3) Menyatakan sikap/minat/tingkah Ya 1-2 Pengkaji menyatakan keseluruhan murid


laku/pencapaian/kemahiran subjek/sasaran yang Tahun Satu sekolah ini gagal menguasai
bermasalah kemahiran membaca secara total.
Maksud total ialah murid-murid ini gagal
mengenal huruf, tidak dapat menyebut
suku kata KVKVK, dan tidak boleh
membatangkan perkataan.

4) Menyatakan masalah yang kritikal berkaitan Ya 1-2 Pengkaji menyatakan masalah yang
subjek/sasaran (punca masalah) kritikal berkaitan sasaran iaitu berpunca
daripada keupayaan berfikir yang
rendah, murid tidak dapat memberi
tumpuan dengan lebih lama, murid tidak
boleh membaca perkataaan yang
melebihi dua suku kata dan terakhir
murid tidak memahami apa yang dibaca

5) Menyatakan kekuatan amalan pengkaji yang lalu Tidak 1-2 Pengkaji tidak menyatakan kekuatan
amalan pengkaji yang lalu.

6) Menyatakan kelemahan amalan pengkaji yang lalu yang Tidak 1-2 Pengkaji tidak menyatakan kelemahan
menyebabkan masalah tidak dapat ditangani) amalan yg lalu.

7) Menyatakan faktor-faktor lain (latar belakang Ya 1-2 Pengkaji menyatakan terdapat 4 faktor
keluarga/persekitaran sekolah/kelas/alatan/kemudahan yang menyumbang kepada masalah iaitu
yang terhad) yang menyumbang kepada masalah majoriti daripada keluarga yang
berpendapatan rendah, mengharapkan
pihak sekolah, tiada diberi perhatian
daripada ibu bapa dan mereka yang
menghadapi masalah keluarga.

8) Menyatakan teori/model yang dirujuk Tidak 1-2 Teori atau model yang dirujuk tidak
dinyatakan oleh pengkaji kecuali
penyelidik memaklumkan satu tindakan
sistematik dan terancang melalui kajian
tindakan telah di ambil. Sedikit cadangan
penambahbaikan dimana pengkaji boleh
merujuk model Kemmis & Mc Taggart
(1988).

1) Menyatakan masalah /punca masalah/root of the Tidak 3 Pengkaji tidak menyatakan masalah
problem yang ingin ditangani /punca masalah/root of the problem
yang ingin ditangani.
4. Penulisan
Fokus kajian
/Isu
Keprihatinan 2) Menyatakan tindakan yang akan dijalankan Tidak 3 Pengkaji tidak menyatakan tindakan
yang akan dijalankan.

1) Menyatakan dengan jelas (termasuk bilangan) Ya 3 Pengkaji menyatakan dengan jelas


kumpulan sasaran/subjek kajian jumlah penglibatan yang disasarkan dan
5. Penulisan penjelasan tentang kumpulan sasaran
2) Memberi justifikasi/penjelasan tentang kumpulan tersebut iaitu melibatkan 22 orang
Kumpulan sasaran
Sasaran murid Tahun Dua Bestari di Sekolah
Kebangsaan Taman Rasah Jaya

6. Penulisan 1) Menyatakan objektif umum yang selari dengan Ya 3 Pengkaji menyatakan objektif selari
Objektif Kajian tajuk dengan tajuk
2) Menyatakan objektif khusus yang boleh diukur Ya 3 Pengkaji menyatakan objektif khusus
yang boleh diukur

3) Menyatakan hala tuju yang mempunyai tanda Tidak 3 Pengkaji tidak menyatakan hala tuju
aras yang mempunyai tanda aras.

4) Menyatakan intervensi yang dilakukan Tidak 3 Pengkaji tidak menyatakan intervensi


yang dilakukan.

5) Menyatakan subjek/sasaran Ya 3 Pengkaji tidak menyatakan subjek dan


hanya memaklumkan sasaran objektif.

7. Penulisan 1) Menyatakan bagaimana data dikutip (ujian Ya 4 Pengkaji mengumpul data dengan
Tinjauan awal pra/temu bual/pemerhatian/semakan dokumen) - perbincangan dengan guru pemulihan,
selari dengan objektif khusus pemerhatian dan Ujian Pra.

2) Menyatakan bagaimana data dianalisis (markah - Ya 4 Pengkaji menyatakan bagaimana data


fre, peratus lulus/gagal, menentukan tema bagi dianalisiskan iaitu melalui skor peratus.
temu bual/ pemerhatian/semakan dokumen)

3) Membentangkan hasil analisis dalam bentuk Ya 5 Pengkaji membentangkan hasil analisis


jadual/rajah dan ada penjelasan dalam bentuk jadual dan menjelaskan
betapa pentingnya rawatan segera
dilakukan agar masalah dapat
dibendung.

4) Membuat rumusan bagi setiap dapatan analisis Ya 5 Pengkaji membuat rumusan daripada
ketiga-tiga kaedah yang digunakan.

5) Pembentangan tinjauan yang selari dengan Ya 5 Pengkaji membuat pembentangan


objektif khusus tinjauan yang selari dengan objektif
khusus.

8. Penulisan 1) Memberi nama yang catchy Tidak 5 Untuk penulisan tindakan, pengkaji tidak
Tindakan menyatakan nama yang catchy.

/Intervensi

2) Memberi justifikasi bagi nama intervensi Tidak 5 Pengkaji tidak memberi justifikasi bagi
(berdasarkan teori/model/gabungan aktiviti yang nama intervensi dan tidak dinyatakan di
terlibat dsbnya.) bahagian penuliasan tindakan.
3) Menyenarai aktiviti intervensi secara tersusun – Ya 5-9 Pengkaji menyusun aktiviti intevensi
selari dengan objektif khusus secara tersusun bermula dengan kaedah
Stesen Bacaan. Pengkaji menyediakan di
salah satu sudut di dalam kelas dan
menyediakan pelbagai bahan bacaan
iaitu kad suku kata, kad perkataan, kad
ayat dan carta cerita pendek. Di stesen
1, pengkaji menyediakan kad suku kata
yang menggabungkan KV dan KVK
seperti ‘bakul’ dan ‘jalan’. Murid-murid
dikehendaki mengeja dan membunyikan
suku kata terbuka dan tertutup
berdasarkan warna-warna

tulisan pada kad tersebut. Manakala di


stesen 2, pengkaji menyediakan kad
perkataan yang mengandungi gabungan
suku kata KV dan KVK. Di stesen 3 pula
pengkaji menyediakan kad yang
mengandungi ayat Tunggal yang mudah.
Manakala di stesen 4, pengkaji
menyediakan ‘Big Book’. Ia adalah
sebuah buku yang dibesarkan
mengandungi gambar-gambar berwarna
dan menarik.

4) Menyatakan tujuan setiap aktiviti Ya 5-9 Pengkaji menyatakan tujuan setiap


aktiviti yang dijalankan dalam setiap
fasa.

5) Tindakan/aktiviti yang dijalankan mempunyai ciri- Ya 5-9 Aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji
ciri inovasi mempunyai ciri-ciri inovasi seperti kad
suku kata, kad perkataan, kad ayat dan
carta cerita pendek ‘Big Book’.

6) Menonjolkan peranan pengkaji Ya 5-9 Pengkaji menonjolkan peranan sebagai


pengkaji kerana terlibat di dalam setiap
aktiviti intervensi yang dijalankan.

7) Menerangkan kesan intervensi/tindakan/aktiviti Ya 5-9 Pengkaji ada menerangkan kesan aktiviti


terhadap subjek/sasaran terhadap murid apabila aktiviti
dijalankan di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
8) Membuat refleksi selepas setiap aktiviti Tidak 5-9 Pengkaji tidak membuat refleksi pada
setiap aktiviti.

9) Tindakan/intervensi yang dijalankan jelas/mudah Ya 5-9 Bagi pembaca, aktiviti yang dijalankan
difahami oleh pengkaji sangat mudah untuk
difahami kerana langkah-langkah yang
dijalankan tidak terlalu banyak dan
mudah difahami

9. Penulisan 1) Menyatakan bagaimana data yang dikutip (ujian Ya 9-11 Berdasarkan pemerhatian pengkaji, data
Penilaian pos/temu bual/pemerhatian/semakan dokumen) dikutip selepas pengkaji membuat ujian
pos.

2) Menyatakan bagaimana data dianalisis (markah- Ya 9-11 Pengkaji memberikan kaedah data
peratus lulus/gagal bagi, menentukan tema bagi dianalisis selepas ujian pos dijalankan
temu bual/ pemerhatian/semakan dokumen) dengan membuat analisis keputusan
murid Tahun 2 kemudian dibentukkan
dalam bentuk jadual.
3) Membentangkan hasil analisis dalam bentuk Ya 9-11 Pengkaji membentangkan hasil analisis
jadual/rajah dan membuat penjelasan dalam bentuk jadual selepas
berdasarkan objektif khusus pemerhatian dijalankan oleh pengkaji.

4) Membandingkan dapatan penilaian dengan Ya 9-11 Pengkaji ada membuat perbandingan


dapatan tinjauan awal dapatan penilaian dengan dapatan
tinjauan awal di mana ujian awal adalah
Ujian Pra dan Ujian akhir adalah Ujian
Pos.

5) Membuat rumusan bagi setiap dapatan Ya 9-11 Pengkaji membuat rumusan bagi setiap
dapatan di mana selepas Ujian Pos
dijalankan, jelas menunjukkan ada
peningkatan berlaku walaupon tidak
secara keseluruhannya.

10. Penulisan 1) Menyatakan impak secara keseluruhan kepada Tidak 11-12 Pengkaji tidak menyatakan impak secara
diri
keseluruhan kepada diri.

2) Menyatakan impak secara keseluruhan terhadap Ya 11-12 Pengkaji menyatakan impak secara
subjek/sasaran keseluruhan terhadap sasaran iaitu
refleksi kajian kajian yang dijalankan terbukti
menunjukkan kaedah pembelajaran
mengikut kebolehan (stesen) dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran
bacaan kumpulan sasaran secara positif.

Penulisan cadangan kajian akan datang Ya 12 Pengkaji berpendapat dengan bahawa


murid bukan hanya memerlukan satu
pendekatan pengajaran fleksibel dan
inovatif yang dapat menarik perhatian
11. Penulisan mereka tetapi yang sama penting ialah
cadangan kajian satu strategi yang dapat membantu
selanjutnya mereka mengingat kembali maklumat
yang diajar agar proses P & P boleh
dianggap berkesan.

12. Penulisan Mempunyai senarai rujukan Tidak - Pengkaji tidak menyatakan sebarang
Rujukan rujukan. Oleh itu, cadangan
penambahbaikan yang perlu dibuat di
dalam kajian ini, pengkaji perlu
merekodkan setiap rujukan yang
digunakan agar pembaca lebih berminat
untuk meneruskan pembacaan dan
melakukan penyelidikan lanjutan.

Anda mungkin juga menyukai