Anda di halaman 1dari 1

Set induksi guru menyampaikan kuliah menggunakan slide.

Disertakan video berkaitan topik


iaitu, pengurusan dan pergerakan pertandingan sukan. Suara guru jelas, kreatif. Melibatkan
proses inkuiri terhadap pelajar. Sebagai contoh bertanya video tersebut berkaitan apa? Murid
cerdas dengan memberi jawapan tepat (elemen merentasi kokurikulum iaitu pengetahuan
selain dari bilik darjah). Guru meminta murid menyalin, dan mengaplikasi cara pengelolaan
sukan. Guru yang cerdas bukan hanya berada depan kelas tapi berjalan keliling kelas.
Penerangan guru jelas berikaitan sistem kalah mati. Penggunaan video, guru bertanya kepada
murid. Tetapi guru tidak memberi ruang kepada murid untuk memberi pandangan mereka
sepenuhnya kepada soalan yang guru beri.Penutup guru beri latihan.

Guru menerapkan nilai murni terhadap pelajar pada awal kelas iaitu mengutip sampah.
Penayangan video menarik minat pelajar. Tambahan guru meminta murid memberi refleksi
terhadap video dan guru memberi ulasan. Topik berkaitan pertolongan cemas. Berlaku
komunikasi dua hala antara guru dan murid. Guru bertanya soalan dan murid memberi
jawapan. Menyuruh murid membaca beramai2 supaya kelas lebih meriah dan meningkatkan
semangat murid. Penerangan guru jelas dan pelajar boleh faham. Guru memangil wakil
pelajar sebagai contoh kepada pelajar lain dalam pembelajaran pertolongan cemas. suasana
pembelajaran harmoni. Guru memberi penghargaan kepada pelajar yang memberi jawapan
betul menarik minat pelajar lain memberi jawapan. Terdapat elemen apply. Iaitu
Pengaplikasian kepada murid. Guru suruh rasa nadi rakan sebelah. Teknik inkuri iaitu guru
meminta pelajar bercakap. Uji minda. Guru fokus murid belakang. Menjadikan semua murid
bersedia dalam sesi soal jawab. Menguji kemahiran komunikasi dan mengutarakan pendapat
pelajar dan kefahaman pelajar terhadap subjek yang dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai