Anda di halaman 1dari 13

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (KEPUJIAN)

JANUARI/2020

HBEC2903

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

NAMA : MOHD FAZRI BIN BASRI


NO. KAD MATRIK : 911220125743001
NO. KAD PENGENALAN : 911220-12-5743
NO. TELEFON : 011-5119 8338
E-MAIL : fazribasri@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU, SABAH
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Bahagian 1 3
1.0 Pengenalan 3
2.0 Rumusan Video (Analisis) 3
3.0 Penilaian Pengurusan Tingkah Laku (Analisis Video) 4

Bahagian 2 7
4.0 Rumusan Teori 7

Konklusi 11

Senarai Rujukan 12

2
BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Dalam mendepani pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan, seseorang guru perlu
menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menguruskan tingkah laku murid. Pengurusan
tingkah laku adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk
mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Untuk
mewujudkan iklim bilik yang kondusif, seseorang guru perlu menitikberatkan pelbagai
aspek seperti pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar
satu alam belajar yang efektif dapat diwujudkan. Tingkah laku bolej didefinisikan sebagai
tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur, dinilai mahupun sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus ataupun tidak dalam keadaan sedar ataupun separa sedar.
Beaker (2001) pula menjelaskan bahawa ia sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar mahupun separa sedar. Pengurusan tingkah laku yang
didefinisikan oleh Singh (2005) pula menjelaskan secara terperinci bahawa satu rancangan
untuk memodifikasikan tingkah laku dengan teknik yang sesuai. Oleh demikian, sebagai
seorang guru, haruslah mengetahui bentuk system pengurusan tingkah laku kanak-kanak di
dalam kelas bagi mengelakkan gangguan semasa berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran sekaligus membentuk pemebelajaran yang sihat dan lebih produktif dalam
memberi input secara maksima kepada perkembangan pelajar. Tugasan ini bertujuan bagi
menerangkan mengenai pengurusan tingkah laku kanak-kanak sebenar berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan melalui bahan yang diberikan iaitu sebuah video. Rumusan
yang ditulis turut dinilai berdasarkan teori-teori yang berkaitan sebagai bahan rujukan
untuk memberi justifikasi terhadap penilaian mengenai pengurusan tingkah laku dapatan
daripada video tersebut selain memberikan pendapat dan alasan mengenai pengurusan
bilik darjah seandainya pelajar adalah seorang guru.

2.0 RUMUSAN VIDEO (ANALISIS)

Video tersebut berdurasi selama satu minit yang menampakkan berkaitan panduan
Danielson bahagian dua iaitu persekitaran kelas berkenaan ciri-ciri keempat iaitu
pengurusan tingkah laku murid. Video ini memfokuskan tindak balas guru terhadap salah
3
laku murid yang sesuai dan berjaya dengan menghormati maruah murid tersebut apabila
memintanya memikirkan semula tindakannya dan mencari cara yang berbeza untuk
bertingkah laku dengan baik. Permulaan video menampakkan beberapa murid di dalam
kelas yang mana murid berbaju kelabu bermain kerusi kemudian gurunya memberitahu
untuk memasukkan kerusi tersebut ke dalam sedikit manakalu murid berbaju corak petak
berwarna merah berlari mengelilingi kabinet fail di tengah kelas. Disisi lain kelas
ternampak beberapa murid sedang bercakap dengan seorang guru yang lain yang sedang
duduk. Guru berbaju hitam kemudian memberitahu kepada kumpulan Rectangle untuk
berada di dalam lingkaran permaidani setelah kertas mereka berada rak buku kemudian
guru mengarahkan murid berbaju hijau meletakkan buku yang dipegangnya ke tempat
yang sesuai. Setelah itu guru mengira murid yang telah menemukan tempat duduk masing-
masing di dalam lingkaran namun seorang murid berbaju kelabu bermain dengan berguling
dan merangkak di atas lantai, guru kemudian memegang tangannya dan berkata kepada
murid tersebut untuk berfikir untuk melakukannya dengan selamat, bangun dan
mencubanya sekali lagi kemudian bertanya kepada murid tersebut iaitu daripada
merangkak dan memanjat apa yang akan dia lakukan sambil menunjuk kepada rakan di
hadapannya yang sedang duduk. Guru sekali lagi berkata kepada murid tersebut untuk
memikirkan cara yang selamat untuk berada di permaidani. Murid tersebut kemudian
duduk dengan sopan seperti rakan-rakannya.

3.0 PENILAIAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU (ANALISIS VIDEO)

Pengurusan bilik darjah yang di pamerkan di dalam video tersebut adalah sangat
baik dan wajar kerana melihat kepada aspek susun atur perabot di dalam kelas tersebut
kemas dan teratur yang memberikan suasana kondusif kepada murid untuk melakukan
aktiviti. Susun atur bilik darjah yang teratur dapat memberikan keselamatan kepada murid
di samping merangsang perkembangan pembelajaran mereka selaras dengan Pendidikan
Abad Ke-21(PAK 21) yang dtonjolkan di dalam video tersebut mengikut contoh susun atur
meja dan kerusi yang pertama di dalam Rajah 1 di bawah.

4
Rajah 1 : Contoh Susunan Bilik Darjah PAK 21

Memiliki beberapa ciri penting, susun atur bilik darjah abad ke-21 dapat memberi
ruang kepada pelajar terlibat secara aktif dengan pengajaran dan pembelajaran yang di
jalankan dengan membina ruang autonomi pembelajaran yang diselarikan antara ruang
pembelajaran fizikal dan juga pembelajaran mental. Seperti yang ditunjukkan di dalam
video tersebut, susun atur meja dan kerusi bilik darjah adalah secara berkumpulan dan
terdapat ruang dihadapan untuk kanak-kanak berkumpul melakukan aktiviti beramai-
ramai. Rangsangan susun atur ini dapat menyokong teori yang dikenalkan oleh Albert
Bandura (1977) iaitu teori pembelajaran sosial yang mana murid akan belajar satu sama
lain, melalui kaedah seperti meniru, mencontohi dan pemerhatian. Murid akan melihat
apakah yang dilakukan oleh rakan yang lainnya dan bertindak mengikut seperti mereka.
Oleh itu, susun atur bilik darjah yang di tonjolkan di dalam video memberi ruang kepada
murid untuk melihat dan meniru rakannya untuk melakukan aktiviti. Jenis pembelajaran
ini juga selari dengan konsep Watering Hole yang mana ruang pembelajaran sesame rakan
dan melibatkan kerjasama dalam kumpulan yang kecil seperti yang di terapkan di dalam
bilik darjah di dalam video apabila guru menyebut Kumpulan Rectangle dan ini
menggambarkan bahawa guru tersebut telah membahagikan kanak-kanak kepada beberapa
kumpulan mengikut susun atur meja mereka yang kondusif. Selain memiliki peralatan asas
atau keperluan kritikal iaitu papan tulis, papan kenyataan dan ruang selesa serta almari
yang dihiasi juga terdapat bahan-bahan bacaan seperti yang ditonjolkan di dalam video
tersebut. Justeru, suasana yang kondusif yang disediakan guru di dalam video ini dapat

5
merangsang interaksi sesama mereka yang merupakan faktor dalam mewujudkan
hubungan yang positif antara guru dan murid di dalam bilk darjah.
Pengurusan bilik darjah dari aspek faktor sosial menerapkan interaksi yang
berkesan antara guru dan murid di dalam bilik darjah, sikap murid berlainan antara satu
sama lain kerana terdapat murid yang pendiam dan pemalu juga tidak suka bergaul dengan
rakan lain, justeru guru hendaklah bijak untuk menggalakkan perkembangan sosial murid
tersebut seperti yang dinyatakan Mok Soon Sang (2008) dengan menunjukkan sikap adil
dalam melaksanakan peraturan kelas. Selain itu, rangsangan kepada murid juga boleh
dilaksanaka dengan melibatkan semua murid dalam melakukan aktiviti di dalam bilik
darjah. Ini sekaligus memberi peluang kepada murid untuk berfikir bahawa guru juga
memberi perhatian kepadanya seperti rakan yang lainnya. Seperti guru di dalam video
tersebut membawa semua murid untuk berada di dalam lingkaran atas permaidani dan
bersedia melakukan aktiviti yan seterusnya. Perhatian kepada satu-satu murid dengan
mengarahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, murid menyimpan kertas dan
buku di dalam rak buku kemudian berkumpul di atas permaidani secara tidak langsung
memberi galakan kepada murid bahawa guru memerlukan mereka untuk bersama-sama
dengan rakan untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Guru di dalam video tersebut menguruskan bilik darjah dengan sewajarnya kerana
jika dilihat melalui aspek emosi, guru tersebut memberi galakan kepada murid untuk
berada atas permaidani dengan mengira murid yang telah duduk dan berada ditempat
masing-masing. Galakan ini adalah lebih memberi rangsangan kepada murid untuk
melaksanakan arahan berbanding menerima arahan secara langsung daripada guru dengan
tegas untuk berada di permaidani. Terdapat juga murid yang melakukan salah laku di
dalam video tersebut namun guru bijak untuk menegurnya tanpa menjatuhkan maruah
murid tersebut di hadapan rakannya. Tindakan guru tersebut adalah wajar dengan
menanyakan murid tersebut akan memikirkan perlakuannya semula dan melakukan cara
yang selamat tanpa memanjat dan merangkak untuk berada di permaidani. Guru tersebut
juga menunjukkan kepada murid itu rakannya yang sedang duduk dengan sopan agar
murid tersebut meniru akan rakannya dan bersedia untuk melakukan aktiviti. Konsep ini
adalah lebih menggalakkan peribadi sosial seorang murid kerana tidak mengecewakan
mereka dengan menegur mereka secara terus di hadapan rakan yang lainnya. Sesuai
dengan pembelajaran sosial yang dapat dipetik dari ayat al-Qur’an ayat ke 8 hingga ke 10
dalam Surah al-Shams yang membawa maksud “Maka Dia mengilhamkan kepadanya
(jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa
6
itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”, ayat ini jelas menerangkan bahawa
peribadi seseorang dapat dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh yang wujud dalam
persekitarannya melalui elemen-elemen ilham sama ada ia yang baik ataupun buruk.
Justeru, sebagai seorang guru di dalam bilik darjah, bimbingan dan galakan kepada murid
haruslah dengan memberi contoh yang baik sama ada keperibadian sendiri mahupun
perlakuan rakan lain yang dapat membentuk keperibadian mereka. Ini dapat memberi
galakan kepada murid untuk bersikap baik mengikut rakannya seperti yang ditonjolkan
oleh tindakan guru di dalam video tersebut. Faktor pembelajaran sosial ini turut ditekankan
oleh Imam al-Ghazali kerana ia merupakan salah satu daripada kaedah membentuk akhlak
mulia dalam diri seseorang (Muhamad Abul Quasem, 1975). Ini adalah kerana sifat
semulajadi manusia yang meniru keadaan sifat orang yang lainnya sama ada baik atau
buruk.

BAHAGIAN 2

4.0 RUMUSAN TEORI

Terdapat banyak faktor yang dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dan


sehingga kini banyak teori yang telah digunakan sebagai rujukan kepada perkembangan
kanak-kanak sama ada dari aspek fizikal, sosial, emosi mahupun pengetahun mereka saban
hari sehingga mereka menjejak dewasa. Semua teori adalah berlainan mengenai focus
yang ditumpukan kepada kanak-kanak. Antaranya ada teori yang memberi tumpuan
kepada sistem perkembangan kanak-kanak yang mana sistem yang terlibat di dalam
perkembangan seseorang kanak-kanak. Di dalam teori ini, terdapat dua teori yang terkenal
dan sering menjadi rujukan dalam fokus kepada perkembangan kanak-kanak ini iaitu teori
sistem ekologi dan juga teori sistem keluarga. Kedua teori ini menjadi rujukan dalam
perkembangan kanak-kanak. Secara rumusannya, teori sistem ekologi oleh Urie
Bronfenbrenner (1917-2005) menyatakan bahawa kanak-kanak itu diwujudkan dalam
beberapa sistem persekitaran mereka yang tersusun antara satu sama lainnya yang mana
membawa maksud perkembangan mereka ini dipengaruhi oleh sifat semulajadi kanak-
kanak dan juga persekitaran mereka. Teori ini membahagikan lima peringkat yang paling
dekat kepada yang paling jauh kepada diri manusia sendiri yang membawa maksud lima
tahap persekitaran. Antaranya adalah Mikrosistem yang paling terdekat dengan diri kita
7
kerana ianya adalah komponen terkecil yang merangkumi persekitaran langsung seperti
rumah, sekolah dan melibatkan kediaman harian, sekolah atau kemudahan jagaan harian,
rakan sebaya, kumpulan dan komuniti sekitar kanak-kanak. Komponen Mesosistem pula
merangkumi hubungan antara Mikrosistem dengan yang lainnya seperti hubungan ibu
bapa dan guru disekolah sedikit sebanyak memberi keselesaan dan perkembangan kanak-
kanak. Kompones Eksosistem pula melibatkan individu di sekitara kanak-kanak tersebut
seperti ibu bapa mereka jika kehilangan kerja akan menjejaskan sumber kewangan mereka
yang secara tidak langsung memberi impak kepada pembelajaran mereka. Seterusnya
adalah komponen Makrosistem walaupun berada jauh dari persekitaran kanak-kanak tetapi
masih boleh mempengaruhi perkembangan mereka seperti kepercayaan masyarakat dalam
pengaruh agama mahupun sistem politik dan ekonomi sesebuah negara. Manakala
komponen yang terakhir adalah Kronosistem yang memfokuskan akan dimensi masa yang
mana persekitaran yang tidak konsisten memberi pengaruh dalam perkembangan mereka
seperti kelahiran bayi yang baru mereka akan merasa sedikit tersisih dan kurang mendapat
perhatian daripada ibu mereka.

Rajah 2 : Teori Sistem Ekologi Urie Bronfenbrenner

8
Perkaitan teori sistem ekologi daripada Urie Bronfenbenner ini dengan video yang
diberikan adalah jelas terlihat melalui komponen yang pertama iaitu Mikrosistem dimana
guru menampakkan interaksi kepada kanak-kanak yang positif dengan memberikan
galakan kepada mereka mengikut arahan dengan menujukkan contoh yang sepatutnya
mereka ikuti samaada peraturan susun atur kerusi yang mana guru menunjukkan contoh
yang betul dengan memasukkannya ke bawah meja, kertas dan buku di simpan ditempat
yang sepatutnya serta menggalakkan murid melaksanakan arahan dengan memberi galakan
kepada mereka apabila guru tersebut mengira kanak-kanak yang telah duduk diatas
permaidani sekaligus rakan mereka juga dengan segera mengikut seperti yang lainnya.
Hubungan interaksi yang sebegini antara guru dan murid amatlah baik dalam memastikan
murid tidak merasa tersisih dan terlibat dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan secara
aktif dan memberi kerjasama.
Selain daripada itu, Teori Adler berkenaan Psikologi Individu oleh Alfred Adler
(1870-1937) turut menjadi rujukan dalam teori yang memberi tumpuan kepada keperluan
pembelajaran psikologi, emosi dan sosial. Teori Adler ini menjelaskan bahawa manusia
masing-masing memiliki keinginan dan kepentingan. Beliau turut menafsirkan bahawa
galakan yang diberi kepada kita akan memberi rangsangan yang baik kepada tindakan dan
perkembangan khususunya semasa kanak-kanak. Teori ini memyifatkan bahawa kanak-
kanak yang nakal adalah kanak-kanak yang tidak diberi galakan. Galakan yang diberi
dapat membantu kanak-kanak berasa bernilai dan diberi perhatian penting dan ianya
terbukti sebagai salah satu cara untuk menghadapi tingkah laku mereka yang susah. Seperti
yang ditunjukkan di dalam video, guru ini lebih menggunakan teori ini dengan memberi
galakan kepada kanak-kanak untuk bertingkah laku dengan baik tanpa memberi teguran
secara langsung mahupun arahan secara terus. Keadaan ini turut disokong apabila guru
memberi galakan yang berjaya mencegah salah laku seorang murid yang merangkak dan
berguling atas permaidani dengan menyuruhnya memikirkan perbuatannya semula dan
lakukan dengan selamat serta mencontohi rakannya yang telah duduk dengan sopan. Ini
amatlah berkait rapat dengan teori yang diperkenalkan oleh Albert Bandura (1925-
Sekarang) iaitu Teori Pembelajaran Sosial. Teori ini mengemukakan bahawa penekanan
terhadap tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh persekitaran yang mana ianya
melalui peneguhan dan pembelajaran tiruan. Seperti contoh kita menjadikan seseorang
sebagai model dan meniru tingkah laku mereka didefinisikan sebagai salah satu cara untuk
belajar. Tingkah laku yang positif dapat memberi perkembangan yang baik kepada kanak-
9
kanak secara khasnya apabila guru memberi bimbingan kepada mereka untuk melakukan
perilaku seperti rakannya seperti yang ditunjukkan di dalam video tersebut. Apabila
seorang kanak-kanak melakukan perilaku merangkak dan berguling di atas permaidani
sedangkan rakan-rakan yang lainnya sedang duduk dengan sopan seperti yang diberitahu
oleh guru. Guru tersebut mengambil langkah seperti teori yang dijelaskan di atas yang
mana dia bertanyakan kepada murid tersebut perlakuan yang sepatutnya dia lakukan
dengan lebih selamat berbanding merangkak dan berguling sambil guru menunjukkan
salah seorang rakannya yang telah duduk di atas permaidani di dalam lingakaran dengan
sopan. Kanak-kanak tersebut lantas menuruti apa yang guru tersebut beritahu dan tidak
merasa kecewa ataupun dimarahi oleh guru tersebut. Ini secara tidak langsung
membuktikan bahawa perilaku kanak-kanak dapat dikawal tanpa memberi teguran secara
terus tetapi dengan memberi peluang kepada meraka untuk memikirkan perilaku yang
sepatutnya dengan menjadikan rakan mereka sebagai contoh yang baik. Guru tersebut
berjaya membawa teori ini dalam pengawalan kanak-kanak di dalam bilik darjahnya dan
secara tidak langsung menjaga maruah kanak-kanak tersebut di hadapan rakan-rakannya.
Guru juga mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak tersebut kerana ingin
menunjukkan satu sifat apreasiasi yang positif agar apa yang dilakukan oleh kanak-kanak
tersebut dilihat sebagai sesuatu yang positif. Ucapan terima kasih ini juga dilihat sebagai
satu aspek peneguhan positif dalam pengurusan tingkah laku kanak-kanak. Peneguhan
positif adalah suatu rangsangan yang diberikan kepada seorang pelajar supaya sesuatu
tingkah laku diulangi atau kebarangkalian ia dilakukan akan diperkuatkan lagi (Mohd. Saat
et al, 2011). Daripada video tersebut, ucapan terima kasih merupakan satu bentuk stimulus
yang mendatangkan kemungkinan perbuatan positif untuk diulangi pada masa yang akan
datang. Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah
laku itu akan disifatkan sebagai peneguhan positif. Lantaran itu, sememangnya teknik
peneguhan positif berkesan dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

10
KONKLUSI

Intihanya, penulisan ini telah berfokuskan kepada analisis video yang berkaitan
dengan pengurusan tingkah laku murid serta perbincangan tentang teori-teori yang boleh
diaplikasikan untuk menguruskan bilik darjah. Maka, kepentingan dalam pengurusan bilik
darjah amat penting untuk menyediakan prasarana yang baik dalam usaha menyediakan
persekitaran yang selesa semasa proses P&P berlangsung. Oleh itu, guru haruslah
memainkan peranan utama dalam menyediakan bilik darjah yang selesa agar pelajar dapat
belajar dengan selesa dan mudah serta mampu merangsang mereka untuk menimba ilmu
dengan lebih berkesan. Jika pengurusan bilik darjah dijalankan dengan efektif
menggunakan pelbagai teknik dan model berdasarkan teori-teori pengurusan bilik darjah,
setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara sistematik dan
berkesan. Disiplin pelajar juga dapat dicapai untuk membentuk akhlak pelajar supaya
menjadi seorang pelajar yang baik. Kemahiran membina mengurus tingkah laku murid
merupakan langkah yang paling awal dalam pengurusan bilik darjah yang
berkesan. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai
dan rasa selamat antara guru dan pelajar supaya mereka sedia berbincang dan sentiasa jujur
dalam percakapan. Guru-guru mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang
meyakinkan dan menunjukkan kemesraan (Mok Soon Sang, 2003).

11
SENARAI RUJUKAN

Das, T. (2005). Culture and Behavioral Strategy. New York. Information Age Publishing,
Inc.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d) Pembelajaran Abad Ke-21:PAK21.


Dipetik daripada http://ipgkpm.edu.my/.

Muhammad Abul Quasem. (1975). The Ethics of al-Ghazali: A Composite Ethics in Islam.
Selangor. National University of Malaysia.

Mok, S.M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku: Siri Ilmu Pendidikan.
Kuala
Lumpur. Penerbitan Multimedia.

Razieh Tadayon Nabavi. (2012). Bandura’s Social Learning Theory & Social Cognitive
Learning Theory. Dipetik daripada https://www.researchgate.net/.

Wheldall, K., & Merrett, F. (2009). Positive Teaching: The Behavioral Approach. London.
George Allen & Unwin Ltd.

12
13

Anda mungkin juga menyukai