Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

PENGHARGAAN 2

1.0 PENGENALAN 3

2.0 ANALISIS PERBANDINGAN DUA AHLI TEORI PEMBELAJARAN 3-4

3.0 IMPLIKASI TERHADAP PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PROSES 4-6


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.0 KESIMPULAN 6

5.0 RUJUKAN 7

1
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ALLAH S.W.T kerana diberi izin


olehNya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Murid dan Pembelajaran
(EDUP3033) dalam tempoh yang ditetapkan. Saya menjulang setinggi-tinggi
penghargaan kepada Puan Fathiah Binti Mohd Yusof, pensyarah subjek Murid dan
Pembelajaran atas pengorbanan beliau dalam memberikan penerangan kepada saya
untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya, Encik Ahmad Faisal Bin Salleh dan Puan
Nor Azlina Binti Mohd Yusof, atas dorongan yang tidak berbelah bahagi terutamanya
dari segi kewangan dan dan sokongan moral yang diberikan. Akhir sekali ,tidak lupa
juga kepada rakan rakan seperjuangan terutamanya kelas Pai 1 dan banyak
membantu dari segi ilmu pengetahuan dan sokongan moral yang amat membantu
saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin memohon kemaafan jika
terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan dalam menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah S.W.T datang lemah itu datang dari
diri saya sendiri. Sekian, assalamualaikum dan terima kasih.

2
1.0 PENDAHULUAN

Pada era globalisasi ini, pendidikan membawa watak yang penting dalam menjadikan
sesebuah negara itu mencapai taraf negara yang maju. Oleh itu, pembelajaran abad
ke-21 perlu dipraktikkan di dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk dijadikan
sebagai batu loncatan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Menurut
Choong Lean Keow (2008), pembelajaran dapat didefinisikan sebagai perubahan
tingkah laku seseorang akibat ilmu, kemahiran atau amalan yang diperoleh melalui
proses pendidikan. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025, siswa guru yang berkualiti dan berkemahiran pedagogi abad 21 perlu dilahirkan.
Salah satunya adalah siswa guru perlu menguasai teori pembelajaran bagi
memudahkan proses pedagogi abad 21 berlaku. Penulisan ini akan menekankan
analisis perbandingan dua ahli teori pembelajaran dari mazhab yang berbeza serta
kesannya terhadap perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 ANALISIS PERBANDINGAN DUA AHLI TEORI PEMBELAJARAN

Ahli teori pertama ialah Edward Lee Thorndike (1874-1949) dari mazhab
Behavioris . Behavioris merupakan sebuah teori yang mempelajari tingkah laku
manusia (Irwan, 2016). Dalam teori ini, Thorndike telah memperkenalkan
pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang hubungan rangsangan dan
gerak balas (Ee Ah Meng, 1997). Beliau melakukan eksperimen dengan seekor
kucing yang lapar di dalam sebuah sangkar. Hasil daripada eksperimennya, Thorndike
telah mengemukakan tiga hukum utama dalam teori pembelajarannya iaitu hukum
kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan (Hizbul, 2010). Bagi hukum yang pertama
iaitu hukum kesediaan, Thorndike mengatakan setiap individu perlu mempunyai
persiapan sebelum melakukan sesuatu tindakan. Apabila konsep kesediaan ini
dipindahkan ke dalam suasana bilik darjah, seseorang pelajar yang bersedia untuk
belajar disebabkan rangsangan motivasi akan memberikan impak yang positif
terhadap pelajarannya.

Bagi hukum latihan pula, Thorndike berpendapat hubungan ampuh akan


terbentuk antara rangsangan dan gerak balas sekiranya latihan, aplikasi dan aktiviti
pengukuhan dilakukan (Mok Soon Sang, 2003). Oleh itu, hubungan antara
rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan sentiasa diulang-ulang
dan begitu juga sebaliknya. Selanjutnya, bagi hukum kesan, Thorndike menyatakan
kesan pengalaman yang menyeronokkan akan mengakibatkan sesuatu gerak balas
akan diulang (Mok Soon Sang, 2003). Ini akan mengukuhkan pertalian antara

3
rangsangan dan gerak balas. Sebaliknya, jika pengalaman itu menyakitkan sesuatu
gerak balas akan cenderung untuk hilang.

Bertentangan dengan Edward Lee Thorndike, ahli teori selanjutnya adalah


Albert Bandura dari mazhab sosialis. Sosialis merupakan sebuah teori yang
menjelaskan sosialisasi dan pengaruhnya terhadap perkembangan individu (Qurrotul,
2017). Bandura banyak melakukan kajian mengenai kaedah bagaimana manusia
belajar melalui pemerhatian. Beliau juga berpegang kepada proses modeling iaitu
pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan
sesuatu (Ee Ah Meng, 2003). Sebuah kajian yang dikenali sebagai Patung Bobo telah
dilakukan oleh Bandura pada tahun 1961 (Choong Lean Keow, 2008). Kajian ini
berfokuskan pola tingkah laku berhubung kait dengan tingkah laku agresif. Patung
Bobo ini berbentuk telur dan mempunyai pemberat di bahagian bawahnya
membolehkannya naik semula setelah dipukul.

Apabila diamati dengan teliti, proses modeling yang menjadi prinsip teori
Bandura mempunyai empat langkah utama iaitu perhatian, pengekalan, penghasilan
semula dan motivasi (Ee Ah Meng, 2003). Menurut Bandura, sesuatu perkara hanya
dapat dipelajari dengan baik sekiranya pemerhatian yang teliti dilakukan. Bagi langkah
pengekalan Bandura menyatakan hasil pemerhatian perlu disimpan dalam ingatan. Ini
akan menguji kebolehan seseorang untuk menyimpan sesuatu maklumat dalam
bentuk imej mental atau huraian verbal dalam ingatannya. Penghasilan semula pula
ialah keupayaan seseorang untuk menghasilkan kembali apa yang telah diperhatikan
dan disimpan dalam ingatannya. Huraian verbal dan imej mental yang disimpan perlu
dipraktikkan kembali dalam bentuk tingkah laku sebenar. Akhir sekali ialah motivasi.
Seseorang akan melakukan semula tingkah laku sekiranya dia mempunyai motivasi.
Perkara ini dapat dikaitkan dengan ganjaran atau dendaan.

3.0 IMPLIKASI TERHADAP PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PROSES


PENGAJARAN &PEMBELAJARAN

Berdasarkan teori Thorndike yang mengemukakan tiga hukum utama, proses


pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar sekiranya guru mengambil langkah
drastik dalam merancang aktiviti mengajar di dalam kelas. Bagi memastikan para
pelajar melakukan persediaan dalam proses pembelajaran, guru perlu menerangkan
dulu topik-topik berkaitan dengan subjek tersebut. Hal ini kerana setiap pelajar
mempunyai cara belajar yang berbeza. Melalui pendekatan ini, pelajar akan lebih
mudah untuk memahami pembelajaran yang umum secara menyeluruh terlebih
dahulu. Ini menjadikan para pelajar akan bersedia untuk menerima input-input

4
daripada guru dengan lebih sistematik dan tersusun. Contohnya, dalam subjek Sains,
topik sistem pernafasan diajarkan terlebih dahulu sebelum sistem pencernaan bagi
mengelakkan kekeliruan dalam diri pelajar. Ini akan menjadikan proses pembelajaran
menjadi lebih lancar dan meningkatkan tahap kefahaman para pelajar.

Selari dengan hukum latihan yang dikemukakan oleh teori Thorndike, para
guru juga perlu mempelbagaikan jenis latihan yang mempunyai konsep pemahaman
yang sama. Perkara ini adalah penting kerana para pelajar mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza. Setengah daripada mereka tidak memerlukan masa yang
lama untuk memahami sesuatu perkara manakala yang lain memerlukan kaedah lain
seperti latihan dan pengulangan konsep bagi mengukuhkan kefahaman mereka. Ini
kerana latihan dan pengulangan konsep pembelajaran yang sama akan meningkatkan
keberkesanan pembelajaran (Abdullah Hassan, Ainon Mohd, 2005). Contohnya,
subjek matematik yang mempunyai konsep darab dan bahagi jika diperbanyakkan
soalannya dalam pelbagai aplikasi akan meningkatkan tahap intelek para pelajar.

Bagi memenuhi hukum kesan pula, guru perlu memainkan peranan mereka
dengan menjadikan suasana pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan.
Kesan pembelajaran menyeronokkan mampu mendorong pelajar ke arah pencapaian
yang lebih baik (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor,
2008). Perkara ini amat penting kerana setiap pelajar mempunyai perwatakan yang
berbeza di dalam kelas iaitu pelajar yang aktif dan pelajar yang pasif. Pelajar aktif
tidak mempunyai masalah dalam memberi respon terhadap pertanyaan guru tetapi hal
yang sebaliknya berlaku kepada pelajar pasif. Oleh itu, guru perlu mendorong pelajar
pasif ini untuk cuba memberi respon di dalam kelas dengan menghidupkan suasana
menyeronokkan di dalam kelas. Contohnya, guru melakukan proses gabung jalin
dalam subjek bahasa Arab dengan memasukkan unsur muzik iaitu nasyid yang
bertemakan warna. Ini akan menjadikan pelajar lebih mudah untuk menghafal warna
dalam bahasa Arab kerana wujudnya medium muzik yang menyeronokkan.

Berdasarkan teori sosialis Albert Bandura yang berasaskan konsep


modelling, guru hendaklah kreatif dalam menyampaikan ilmu di dalam kelas bagi
menarik perhatian para pelajar. Hal ini berikutan para pelajar mempunyai minat yang
berlainan menyebabkan mereka menggunakan kaedah yang berbeza dalam
memahami sesuatu perkara. Oleh itu, para guru perlu bijak dalam mengaplikasikan
minat para pelajar ini dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang pelbagai di
dalam kelas. Contohnya dalam subjek Pendidikan Seni, cara penyampaian tidak
terbatas dalam bentuk lukisan semata-mata tetapi boleh juga disampaikan dalam

5
bentuk penghasilan kraf tangan seperti menganyam dan mengukir. Ini membolehkan
pelajar mempelajari pelbagai kemahiran dengan meniru aktiviti yang dilakukan oleh
guru mereka berdasarkan minat yang mereka cenderung.

Selain itu, guru juga perlu sentiasa menunjukkan perwatakan yang baik kepada
para pelajar dari segi tingkah laku, pertuturan dan pemakaian. Setiap pelajar
mempunyai tingkah laku yang berbeza kerana mereka kebanyakannya datang dari
latar belakang yang berlainan. Oleh itu, guru perlu cuba menyeragamkan perlakuan
murid di dalam kelas. Salah satunya dengan menunjukkan perlakuan yang baik di
hadapan pelajar dan menggalakkan mereka mengamalkannya. Ini kerana pemikiran
dan perasaan pelajar pada asasnya tidak terlepas daripada pengaruh persekitaran,
terutamanya apabila mendapat desakan yang dibuat oleh orang yang rapat dengan
diri mereka seperti rakan sebaya, keluarga dan guru (Zakaria Stapa, Ahmad Munawar
Ismail, Noranizah Yusuf, 2012).

Selanjutnya, guru perlu memainkan peranan dalam memberi galakan kepada


para pelajar untuk mempraktikkan ilmu yang diajarkan dalam kehidupan seharian
mereka. Hal ini disebabkan para pelajar mengamalkan kaedah yang berbeza bagi
mengingati ilmu diajarkan. Oleh itu, guru perlu menunjukkan cara yang betul dalam
menggunakan ilmu pengetahuan yang diajarkan kepada pelajar. Contohnya, ilmu
pengetahuan tentang agama seperti solat dan membaca al-Quran yang diajarkan
perlu sentiasa diamalkan oleh pelajar. Aktiviti ini dikategorikan sebagai penghasilan
semula kerana apa yang dipelajari di dalam kelas dilakukan kembali dalam kehidupan
harian. Seterusnya, guru juga boleh menggunakan teori Bandura ini untuk mengubah
tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik. Bagi memastikan pelajar cenderung untuk
membiasakan diri dengan tingkah laku yang baik, guru perlu memberikan motivasi
kepada pelajar seperti pujian atau ganjaran.

4.0 KESIMPULAN

Natijahnya, guru terlebih dahulu perlu mendalami ilmu tentang teori-teori


pembelajaran bagi memudahkan mereka melakukan proses pengajaran di dalam
kelas. Hal ini kerana wujudnya perbezaan individu di dalam kelas kerana para pelajar
datang dari latar belakang yang berlainan. Dengan ini, cara penyampaian ilmu menjadi
lebih berkesan dan ini memudahkan proses pembelajaran abad ke-21 berlaku.

6
5.0 SUMBER RUJUKAN

Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2005). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Seberang
Perai Tengah: PTS Consultants Sdn. Bhd. .
Qurratol Ainiyah. (2017). Social Learning Theory dan Perilaku Agresif Anak dalam Keluarga.
Jurnal Ilmu Syariah dan Hukum, 91-104.
Choong Lean Keow. (2008). Murid Dan Alam Belajar. Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. (1997). PSIKOLOGI PENDIDIKAN II. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Muhd Hizbul Muflihin. (2010). APLIKASI DAN IMPLIKASI TEORI BEHAVIORISME DALAM
PEMBELAJARAN. Jurnal Aplikasi dan Implikaso Teori Behaviorisme, 70-81.
Novi Irwan Nahar. (2016). PENERAPAN TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK DALAM
PROSES PEMBELAJARAN. Jurnal Ilmu Pengetahuan Sosial, 64-74.
Mok Soon Sang. (2003). PSIKOLOGI PENDIDIKAN. Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa
(K.L.) Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, Noranizah Yusuf. (2012). Faktor Persekitaran Sosial
dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition,
155-172.

Anda mungkin juga menyukai