Anda di halaman 1dari 3

Setiap projek elektronik memerlukan penyambungan litar yang biasanya melibatkan banyak

komponen dan agak rumit. Terdapat banyak cara untuk menyambung litar terutama pada
peringkat protaip, misalnya menggunakan "point-to-point connection", tag board, bread board,
donuts board, strip board atau printed circuit board (PCB). Di dalam semua kaedah yang
disebutkan, PCB adalah kaedah yang paling hampir dengan produk sebenar. Di sini akan
dibincangkan cara untuk menghasilkan PCB untuk tujuan prototaip ataupun mungkin untuk
pengeluaran bersekala kecil.

TEORI PCB
Papan litar bercetak (PCB) dihasilkan dengan cara mencetak litar (menutup bahagian-bahagian
tertentu) di atas papan bersalut tembaga (copper clad board) dengan bahan kalis air. Papan
tersebut kemudiannya dicelup ke dalam bahan penghakis (biasanya ferric chloride) untuk
membuang bahagian-bahagian yang tidak ditutup. Apabila semua bahagian yang tidak
diperlukan dihakis keluar, maka litar yang bercetak akan terbentuk.
TEORI PEMINDAHAN LASER (LASER TRANSFER)
Toner pencetak laser adalah bahan kalis air yang mencair
apabila dipanaskan. Ini membolehkan imej yang dicetak di atas
kertas dipindahkan ke papan litar melalui teknik pemanasan.
Kami telah menguji kertas-kertas yang sesuai dan mendapati
kertas yang terbaik adalah kertas foto (inkjet photo paper).
Kertas ini boleh mengelakkan toner dari mengembang apabila
dipanaskan dan mampu menghasilkan garis yang lebih halus. Ini
membolehkan litar untuk SMD (surface mount devices)
dihasilkan dengan touch-up yang paling minima. Foto di sebelah
adalah contoh litar SMD yang dihasil menggunakan pemindahan
laser kertas inkjet berkepadatan tinggi.


PANDUAN LANGKAH DEMI LANGKAH Berikut adalah panduan langkah demi
langkah bagi menghasilkan PCB menggunakan teknik pemindahan laser:
LANGKAH 1

Menghasilkan Artwork
Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk
menghasilkan artwork PCB. Kebanyakannya dilengkapi
ciri-ciri "auto conversion" daripada litar ke PCB dan juga
"auto routing" bagi mencari laluan yang sesuai. Bagi yang
sukakan sesuatu yang lebih natif, anda boleh menggunakan
Photoshop atau mana-mana penyunting grafik. Sekiranya
anda menggunakan grafik bitmap, pastikan anda melukis
artwork dari sebelah komponen.

LANGKAH 2 Mencetak
Artwork yang telah dihasilkan perlu dicetak dengan
pencetak lazer. Artwork hendaklah dicetak dari sebelah
pandangan komponen kerana ia akan ditelangkuplkan
kepada permukaan PCB.


LANGKAH 3


Memindahkan Hasil
Cetakan
Sebelum melakukan
proses pemindahan
pastikan permukaan PCB
dibersihkan terlebih
dahulu. Anda boleh
menggunakan kertas pasir
atau kapas besi. Elakkan
dari menyentuh
permukaan PCB kerana
kesan gris akan
menghalang toner dari
melekat.

Telangkupkan artwork
yang telah dicetak ke atas
permukaan PCB. Dengan
menggunakan sterika pada
suhu yang sederhana,
gosok dari hujung ke
hujung kertas untuk
mengelakkan terjadinya
gelembung udara. Tekan
sterika semasa menggosok
dan pastikan semua
kawasan digosok dengan
sekata.

Apabila selesai, rendam
PCB tadi di dalam air dan
biarkan air meresap ke
dalam kertas, kemudian
tanggalkan kertas dengan
menggosok perlahan-lahan
sehingga hancur dan


tertanggal. Lakukan
sehingga semua kertas
tertanggal dan
meninggalkan salinan
toner di atas permukaan
PCB.

LANGKAH 4

Menghakis (Etch)
Bahagian tembaga yang tidak dikehendaki dibuang melalui
proses penghakisan atau ethcing. Untuk melakukannya,
campurkan ferric chloride ke dalam sedikit air, cukup
untuk meneggelamkan PCB, di dalam bekas plastik.
Kemudian masukkan PCB dengan pemukaan bercetak di
bahagian atas. Ayak bekas plastik tersebut untuk
mengalirkan larutan ferric chloride di permukaan PCB.
Lakukan sehingga semua bahagian tembaga yang tidak
dikehendaki dihakis.

LANGKAH 5

Membersih
Bersihkan toner yang tertinggal di atas permukaan PCB
dengan menggunakan kertas pasir atau kapas besi.

Anda mungkin juga menyukai