Anda di halaman 1dari 3

Soalan 1:

Jelaskan makna bagi konsep teknologi dan media untuk pengajaran dan pembelajaran dan
kepentingan konsep (TPACK) diaplikasikan oleh guru untuk menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

Jawapan:

1. Mengikut Galbraith (1967), ‘technology is the systematic application of scientific or


other organised knowledge to practical tasks’. Manakala merujuk Finn (1960); Heinich,
Molenda dan Rusell (1989); Romizowski (1988) dalam buku Yusup Hashim dan
Razmah Man (2006) yang bertajuk Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi telah
menjelaskan bahawa teknologi membawa dua maksud:
 Teknologi sebagai proses : Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu
untuk menghasilkan tugas-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah
penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka
bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
 Teknologi sebagai produk atau bahan : Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari
proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan filem, (perisian)
adalah hasil teknologi.
2. Teknologi dapat ditafsirkan sebagai keupayaan dalam menggunakan pengetahuan
sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun dan digunakan
secara teratur.
3. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan
pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran,
perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses
pembelajaran.
4. Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang
melibatkan penggunaan penglihatan atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik
pengajaran, termasuk juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini
bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.
5. Media merupakan penghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar dengan pelajar
dan setiap orang yang terlibat dalam proses P&P.
TPACK memainkan peranan penting dalam menyediakan guru yang boleh
mengintegerasikan pengetahuan tiga komponen ini iaitu teknologi, pedagogi dan kandungan
dalam amalan pengajaran. TPACK adalah asas pengajaran yang berkesan dengan teknologi,
ia memerlukan pemahaman konsep menggunakan teknologi; teknik pedagogi yang
menggunakan teknologi dengan cara yang konstruktif untuk mengajar kandungan; apakah
pengetahuan yang membuatkan konsep sukar atau mudah untuk belajar dan bagaimana
teknologi boleh membantu menyelesaikan masalah P & P dan membina pengetahuan baru
berasaskan pengetahuan sedia ada. Sebagai contoh penggunaan internet dalam
pembelajaran dalam talian memaksa guru memikirkan isu pedagogi seperti memuat turun
kandungan dalam ‘Learning Management System’ (LMS) dan bagaimana menggalakkan
interaksi pelajar dengan bahan dan melibatkan mereka dalam forum dalam talian.

TPACK terdiri daripada 7 komponen iaitu;

1- CK - Content Knowledge atau Pengetahuan Kandungan


2- PK - Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi
3- TK - Technological Knowledge atau Pengetahuan Teknologi
4- PCK - Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan
5- TCK - Technological Content Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Kandungan
6- TPK - Technological Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Pedagogi
7- TPACK - Technological Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan
Teknologi Pedagogi Kandungan

TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan teknologi dalam pengajaran yang


dilakukan mengikut disiplin ilmu pengetahuan guru di mana ia perlu difahami secara
mendalam dari sudut CK, PK, TK, PCK, TCK dan TPK (Koehler, 2011). Menurut Koehler
dan Mishra (2008), integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam
pengajaran akan menghasilkan P&P yang efektif dan sempurna bagi seorang guru atau
pengajar.

Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge - CK) CK merupakan pengetahuan


pengajar terhadap kandungan yang akan disampaikan kepada pelajar. Sehubungan
dengan itu, pengajar perlu menguasai kandungan seperti konsep, teori, idea-idea, rangka
kerja, keterangan dan bukti serta amalan-amalan yang diperlukan ke arah membangunkan
pengetahuan itu (Koehler & Mishra, 2009). Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical
Knowledge – PK) PK merupakan pengetahuan tentang jenis-jenis pedagogi yang boleh
digunakan sebagai menyokong pengajaran berkesan. Menurut Koehler dan Mishra (2008),
PK merangkumi pengetahuan tentang proses serta amalan yang digunakan dalam
pengajaran.

Selain itu, guru perlu membuat kajian terhadap teori-teori pedagogi secara khusus agar
mereka tidak lesu dalam memperkasa kaedah pengajaran bagi menghasilkan suasana
P&P yang berkualiti (Archambault & Barnett, 2010). Dalam konteks kajian ini, pengajar
perlu mengetahui teknik dan kaedah yang harus digunakan dalam pengajaran
pengaturcaraan komputer. Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge - TK) Domain
TK meliputi pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian termasuk
dengan boleh mengendalikannya dengan baik sehingga membantu atau memudah cara
pekerjaan seorang pengajar (Koehler, 2011).

Hal ini merangkumi apa sahaja pengetahuan seorang pengajar terhadap teknologi
yang biasa digunakan dalam pengajaran sama ada teknologi berbentuk analog
(mikroskop, papan putih, video dan lain-lain) mahupun digital (telefon pintar, internet,
persidangan video dan lain-lain). Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical
Content Knowledge - PCK) CK apabila diintegrasikan dengan PK menjadikan PCK iaitu
pengetahuan teras pengajaran yang meliputi kurikulum, penilaian dan pedagogi (Koehler
& Mishra, 2009). PCK masih mengambil kira konsep yang diperkenalkan oleh Shulman
(1986) di mana ia merangkumi pengajaran, pembelajaran, kurikulum, pentaksiran, dan
laporan yang melatari cara penyampaian pengajaran kepada para pelajar. Shulman turut
menyatakan bahawa guru yang mengajar tanpa mengetahui aspek-aspek seperti
kurikulum dan pentaksiran tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran. Pengetahuan
Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge - TCK) CK apabila
diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TCK. Domain TCK merupakan
pengetahuan terhadap teknologi tertentu yang paling sesuai untuk menangani hal
pembelajaran dan bagaimana ia membantu kandungan yang sesuai apabila berlaku
perubahan pada teknologi tersebut (Koehler & Mishra, 2009).

Anda mungkin juga menyukai