Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) adalah program memberi kefahaman awal


kepada guru pelatih tentang persekolahan. Ia memberi peluang kepada guru pelatih untuk
memahami peranan guru di sekolah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan
interaksi dengan rakan sekerja. Ini juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk memahami
sekolah itu sebagai institusi pendidikan dan etika seorang guru. Melalui PBS, guru pelatih dapat
memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan bilik darjah, sekaligus dapat memberi
pengisian yang penting mengenai tugas sebenar seorang guru dan apa pendekatan yang sesuai
untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, bukan sekadar mempelajari teori
sahaja. Bagi menyiapkan tugasan ini, saya telah membuat kajian terhadap perkembangan murid
berdasarkan seorang responden yang bernama Haikal melalui aspek jasmani, kognitif, emosi dan
sosial.

2.0 KONSEP, PRINSIP ASAS DAN FAKTOR-FAKTOR

Perkembangan jasmani ditakrifkan sebagai perkembangan motor yang merangkumi


kemahiran-kemahiran koordinasi otot bagi menjalankan aktiviti. Contohnya aktiviti bermain pasir,
mewarna, melukis, menendang bola, berlari dan memanjat. Ia terjadi mengikut peringkat
perkembangan individu. Menurut Haliza Hamzah, Joy N Samuel dan Rafidah Kastawi(2008) baka
merujuk kepada ciri-ciri biologi, gen-gen yang diwarisi anak daripada ibu bapa bagi menentukan
persamaan anak dengan ibu bapa. Teori ini bersesuaian dengan kajian saya terhadap responden
kerana Haikal adalah seorang murid yang aktif dalam pelbagai aktiviti di sekolah seperti sukan,
pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan kuiz dan lain-lain lagi. Responden juga
memiliki susuk tubuh yang sihat sesuai dengan peringkat umurnya. Ini juga dapat dikaitkan
dengan faktor baka kerana bapa responden adalah seorang guru yang amat aktif di sekolah saya
berkhidmat dan memiliki susuk tubuh yang sihat. Persekitaran juga memainkan peranan penting
dalam perkembangan ini kerana Haikal tinggal bersama keluarganya di dalam kuarters sekolah
dan sekolah tempat saya berkhidmat ini aktif menganjurkan program-program untuk pelajar.

Perkembangan kognitif merupakan proses perkembangan daya fikir atau perkembangan


daya pengetahuan kanak-kanak. Menurut Prof. Madya Dr Rohani Abdullah (2008) kognitif
merujuk kepada pemikiran individu atau intelek. Berdasarkan pemerhatian saya sewaktu
mengajar di kelas responden, Haikal seorang yang kreatif dalam menghasilakn sesuatu lukisan
dan mewarna. Beliau juga seorang pelajar yang pintar dan sentiasa mengekalkan kedudukan
teratas di dalam darjah. Semasa belajar, beliau mudah faham apa yang diajar dan sentiasa
menjadi tempat rujukan rakan sekelas. Perkembangan ini juga berkait rapat dengan faktor baka
kerana bapa dan ibu beliau adalah guru di sekolah saya berkhidmat. Sudah tentu seorang guru
mempunyai intelektual yang tinggi. Begitu juga dengan persekitaran harian respondan, beliau
tinggal dalam kawasan sekolah dan ibu bapanya tidak leka daripada memantau aktiviti harian
beliau. Masa bermain dan belajar telah diatur dengan baik oleh ibu bapanya. Beliau juga tidak
terlepas daripada menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak asrama

Perkembangan emosi pula dikaitkan dengan perasaan gembira, takut, sedih, yakin dan
sebagainya. Mengikut kajian ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka
ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah
akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Dalam kajian saya, Haikal adalah seorang
murid yang periang, sentiasa ceria dan tidak mudah marah jika rakan sedarjah melakukan
provokasi terhadapnya. Beliau Berjaya mengawal emosi dengan baik sesuai dengan peringkat
umurnya. Sama seperti ibu dan bapanya yang bersifat ceria dan tenang. Ini juga berkait rapat
dengan persekitaran yang dihadapi oleh respondan kerana beliau hidup dalam persekitaran
keluarga yang harmoni.

Seterusnya pula ialah perkembangan sosial. Ia ditakrifkan sebagai kemahiran mendisiplin


dan menyesuaikan diri dalam pergaulan dengan orang lain. Responden adalah seorang yang
mudah bergaul dengan sesiapa sahaja di sekolah. Melalui pemerhatian di dalam bilik darjah,
Haikal adalah seorang murid yang sentiasa berinteraksi dengan guru semasa proses
pembelajaran. Ini berdasarkan apa yang telah saya lalui dan menurut cerita daripada guru-guru
yang mengajar beliau. Ini disebabkan pengaruh persekitaran keluarga, guru dan rakan sebaya
yang mendorong beliau menjadi seorang murid yang pandai bersosial.

3.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapatlah dibuktikan bahawa pengaruh baka
dan persekitaran berkait rapat dengan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak membesar
dalam susasana yang positif akan melahirkan seorang individu yang positif di masa hadapan.

Berdasakan pengamatan dan pemerhatian saya, kajian yang telah dijalankan menyatakan
bahawa baka dan persekitaran memberi kesan yang mendalam dalam membantu perkembangan
dan pertumbuhan kanak-kanak. Tambahan pula, kanak-kanak akan meningkat remaja, jadi
perkembangan tersebut mempengaruhi kehidupan mereka jika mereka dididik dengan asuhan
yang baik maka mereka akan menjadi seorang yang baik. Bukan sahaja ibu bapa yang
memainkan peranan penting, bahkan guru juga terlibat kerana di sekolah mereka akan
mempelajari ilmu yang baru dan akan dipraktikkan untuk masa akan datang. Sebab itulah
pentingnya persekitaran dan baka yang baik bagi membantu proses PdP berjalan dengan lancar
dan kemenjadian murid berhasil.
LAMPIRAN A

PROFIL MURID

NAMA : MUHAMAD HAIKAL AIMAN BIN ASRULNIZAM

UMUR : 10 TAHUN

NO SIJIL LAHIR : 080507130975

TEMPAT TINGGAL : KUATERS GURU SK UBONG IMANG, 98300, LONG LAMA, SARAWAK

SEKOLAH : SK UBONG IMANG, LONG LAMA, SARAWAK

HOBI : MEMBACA, MELUKIS, MEWARNA

NAMA IBU : SITI AISYAH

NAMA BAPA : ASRULNIZAM BIN TONEL


LAMPIRAN B

Hasil kerja responden semasa PdP Dunia Seni Visual

Responden menerima pingat dalam acara lontar peluru


Respondan dipilih sebagai pembawa bendera rumah sukan
Bersama bapa responden

Bapa responden yang aktif dalam aktiviti sekolah


LAMPIRAN C

LAPORAN UJIAN PSIKOMETRIK

Anda mungkin juga menyukai