Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Perkhemahan pengakap yang diadakan di Sk. Seri Puteri pada 15-17 Jun 2012
merupakan program yang julung-julung kali diadakan dalam sejarah sekolah ini. Program
yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini melibatkan kesemua 30 orang pelajar dari
dengan bantuan lebih 23 orang para guru dan ibu bapa. Perkhemahan ini juga julung
kalinya kerjasama antara para guru dan PIBG sekolah. Sepanjang perkhemahan, para
peserta telah ditempatkan di khemah untuk tidur secara berkumpulan. Murid-murid juga
telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah kawad kaki, hiasan khemah kreatif, malam
kebudayaan, mencipta logo kumpulan,mencari harta karun, ikatan dan simpulan serta
tidak ketinggalan pertandingan memasak antara kumpulan pengakap. Alhamdulillah
segala program yang dirancang telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua
pihak yang telibat secara langsung dan tidak langsung. Perkhemahan ini juga telah
berjaya mencapai objektif y a n g dihasratkan, khususnya kepada
p a r a p e s e r t a d a n t e l a h m e w u j u d k a n perubahan yang positif
d i d a l a m d i r i m e r e k a s e l e p a s m e n g i k u t i a k t i v i t i perkhemahan ini.D i
samping itu, aktiviti –aktiviti yang dilaksanakan telah memberi
p e l u a n g kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing
khususnya dari segi kepimpinan, dan kreativiti, di samping memperkukuhkan
disiplin kendiri,semangat bekerjasama dan kesediaan berdikari serta
bertanggungjawab.Dalam pada itu, unsur-unsur keriangan dan keseronokkan yang
disepadukan dalam perkhemahan ini diharapkan telah menimbulkan kesedaran tentang
hakikat bahawa keriangan dan keseronokan juga adalah sebahagian daripada kebahagiaan
kehidupan yang perlu dijana secara berdisiplin dan berhemah berpandukan
etika dan budaya bangsa.Sikap dan disiplin baik yang ditonjolkan oleh murid-murid
juga merupakan satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan program
perkhemahan yang dapat berjalan dengan lancar dari awal hingga selesai perkhemahan
tanpa berlakunya masalah disiplin. Murid-murid SK Seri Puteri sendiri yang begitu
bekerjasama, menunjukkan kesungguhan komitmen yang tinggi dalam membuat
persembahan dan menjalankan pertandingan yang ada. Murid dapat menjalankan ibadah
solat berjemaah, dengan ini silaturahim dapat diwujudkan.
Adanya sikap kerjasama , kesungguhan, kejujuran dan persefahaman yang padu dari
Guru Besar , GPK, guru-guru SK Seri Puteri di dalam setiap agihan tugas yang
diamanahkan dari peringkat perancangan hinggalah selesai program. Kem komandan
yang mantap dan sentiasa berusaha gigih memastikan perancangan berjalan dengan
sempurna.

Walaupun program perkhemahan pengakap ini dapat dijalankan dengan jayanya


namun masih ada juga kelemahan yang boleh dijadikan panduan dan teladan agar di
tahun-tahun akan datang kelemahan-kelemahan seperti ini dapat dielakan atau
dikurangkan . Di antara kelemahan-kelemahan itu ialah tiada makluman perubahan
jadual aktiviti kepada ajk bertugas yang lain. K e t u a d a n a h l i j a w a t a n k u a s a
k e r j a k u r a n g p e k a d e n g a n s k o p k e r j a dan tugas masing-masing..Ada ketua dan
ahli jawatankuasa yang menjalankan tugas sambil lewa umpama sekadar melepaskan
batuk ditangga.. Guru-guru tidak mendapat maklumat yang terkini dan lengkap tentang jadual serta
tugasan mereka. Kekurangan ahli jawatankuasa kerja terutama dalam jawatankuasa makanan dan
keselamatan. Skop kerja setiap jawatankuasa juga kurang jelas dan menimbulkan sedikit masalah dalam
pembahagian tugas. Guru-guru yang tidak bertugas tidak memberikan bantuan kepada kem koman dan
penyelaras aktiviti semasa murid menjalankan aktiviti.Guru hanyaduduk bersembang dengan rakan-
rakan guru yang lain. Kurang persediaan awal terutama dalam menyemak dan menyediakan peralatan
perkhemahan.
Cadangan penambahbaikkan perlu diambil bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan
datang, antaranya ialah ketua-ketua jawatankuasa di kalangan guru perlulah dilantik di kalangan guru
yang berminat dengan perkhemahan dan berkaliber. Taklimat lengkap tentang bidang tugas jawatankuasa
perlu disampaikan dengan sejelas-jelasnya. Guru yang diberi tugasan perlulah bertanggungjawab
terhadap tugas yang diamanahkan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang bertungkus lumus
membantu segala urusan dari mula perancangan hingga tamat hari perkhemahan. Catatan
memori ini akan terus diingati dan segala penambahbaikan akan dibuat oleh pihak
pengurusan untuk perkhemahan yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai