Anda di halaman 1dari 1

Laporan Ahli Jawatankuasa Minuman bagi Pertandingan Bola Jaring

Kelab Permainan Bola Jaring Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya telah mengadakan satu
pertandingan bola jaring pada 3 dan 4 September 2014 iaitu Rabu dan Khamis di gelanggang bola
jaring. Ahli Jawatankuasa (AJK) minuman terdiri daripada dua orang iaitu Gan Yin dan Siaw Jia Ye.
Kami telah membuat penyediaan sebelum pertandingan diadakan. Kami telah berusaha dalam
peminjaman bekas minuman dan akhirnya telah berjaya meminjamnya daripada Puan Suraya Hani dari
Jabatan Sains Sosial. Pembelian sirap oren, ais dan cawan plastik yang secukupnya juga kami
jalankan seminggu sebelum pertandingan diadakan. Bukan itu sahaja, penyediaan air yang bersih turut
kami disediakan supaya dapat membancuh minuman dari semasa ke semasa.
Sebelum pertandingan dijalankan, kami telah membancur sirap oren. Kami telah menyediakan
satu tempat khas di balai rekreasi untuk minuman supaya semua peserta dapat berehat dan
menikmati minuman yang kami sediakan. Kebetulan cuaca pada kedua-dua hari pertandingan adalah
panas tarik dan minuman dihabiskan dengan cepat sekali untuk menghilangkan perasaan dahaga
masing-masing. Kami turut mengisi semula minuman yang hampir dihabiskan dari semasa ke semasa.
Namun demikian, kami telah menghuraikan penyediaan peti ais pada hari pertama pertandingan.
Selepas mendapat peringatan daripada rakan-rakan, kami telah menyediakannya pada hari kedua.
Selepas pertandingan diadakan, kami telah bekerjasama dengan AJK kebersihan untuk
menjalankan kerja pembersihan dan pengemasan termasuklah mencuci bekas minuman dan bekas
tersebut dipulangkan kepada pensyarah pada hari keesokkan harinya. Kami telah memastikan
persekitaran balai rekreasi adalah bersih dan kemas sebelum meninggalkan dari situ. Kami ingin
berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Komitmen yang diberi amat kami hargai. Sekian terima kasih.
Disediakan oleh, 24 SEPTEMBER 2014
______________
(GAN YIN)
AJK Minuman
yin

Anda mungkin juga menyukai