Anda di halaman 1dari 3

OBJEKTIF

Memberi Perlindungan Dan Pemulihan Kepada Kumpulan Sasar Jabatan Membangunkan Masyarakat Melalui Perubahan Sikap Dan Peningkatan Keupayaan Untuk Berdikari Mewujudkan Masyarakat Yang Berbudaya Penyayang Meningkatkan Kesejahteraan Melalui Perkhidmatan Kebajikan Dan Pembangunan Sosial Dan Perkongsian Tanggungjawab Yang Strategik

LATAR BELAKANG RUMAH SERI KENANGAN ULU KINTA


Intitusi ini dahulu dikenali sebagai Rumah Kebajikan Tanjong Rambutan telah dibina pada tahun 1951 di atas tanah seluas 18 ekar dan mula beroperasi pada tahun 1952. Beberapa asrama telah ditambah pada tahun 1967 untuk menampung peningkatan penghuni dari semasa ke semasa. Pada tahun 2006, institusi ini telah dikenali sebagai Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta selepas menjalani proses penjenamaan semula. Institusi ini menempatkan Warga Emas dan orang papa, lelaki dan perempuan dari pelbagai etnik. Kapasiti untuk menampung kemasukan penghuni ke institusi ini adalah seramai 250 orang sahaja. Namun institusi ini sentiasa menerima lebihan kemasukkan penghuni. Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta terletak dibelakang kwasan Hospital Bahagia dan laluan adalah sejauh 3 km melalui pintu utama Hospital Bahagia Ulu Kinta.

OBJEKTIF
Tujuan dan matlamat penubuhan Rumah Seri Kenangan adalah untuk memberi penjagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur,daif serta tidak berkeupayaan dari segi fizikal, mental dan emosi. Di samping itu juga, memberi perlindungan bagi orang Papa iaitu peleser, kuturayau dan pengemis yang diperintahkan masuk olah mahkamah dibawah Akta Orang Papa 1977 untuk dipulihkan atau semata-mata untuk penjagaan dan perlindungan.

PUNCA KUASA YANG BERKAITAN


Akta Orang-Orang Papa (AOP)1977 Kaedah-Kaedah bagi Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983: i) Kaedah 47 Ii) Kaedah 45(2) Client Management System (CMS) Sistem Pengurusan Klien

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
1- Kaedah Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983 Berumur 60 tahun ke atas Warga tua yang uzur dan daif Tidak menghidapi penyakit berjangkit Berupaya menguruskan diri sendiri Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap

2- Akta Orang Papa (AOP)1977 : Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun. Tidak menghidapi penyakit berjangkit Berupaya menguruskan diri sendiri Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap

PERKHIDMATAN YANG DISEDIKAN OLEH RUMAH SERI KENANGAN


1 PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN Menyediakan keperluan asas yang mencukupi kepada penghuni seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal bagi menjamin keselesaan hidup penghuni dalam suasana yang aman dan tenteram.

2. RAWATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN Menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan yang lebih berkesan kepada penghuni dan menerapkan aspek kualiti dalam semua aktiviti perkhidmatan rawatan penghuni. Perkhidmatan rawatan yang diberikan kepada penghuni adalah pendidikan kesihatan, penjagaan kebersihan,pemberian ubat,pemeriksaan kesihatan dan membawa penghuni ke hospital untuk rawatan susulan. Dengan ini potensi penghuni dalam kesihatan dapat dicapai sepenuhnya.

3. BIMBINGAN KAUNSELING Ianya adalah sebagai kaedah penyelesaian masalah emosi dan psikologi yang timbul dikalangan penghuni. Kaedah kaunseling tersebut terdiri daripada: i) Kaunseling Individu ii) Kaunseling Kelompok

4. PEMULIHAN CARAKERJA DAN FISIOTERAPI Bertujuan untuk memberi penghuni mencapai tahap kefungsian dan berdikari dalam kehidupan harian mereka. Penghuni digalakkan membuat kerja-kerja harian seperti berkebun, membersihkan kawasan institusi, membuat kraftangan, memasak dan sebagainya yang sesuai dengan keupayaan penghuni tersebut. Dengan cara ini perasaan bosan dan kesepian mereka dapat dihindari. Institusi ini juga menyediakan rawatan fisioterapi untuk memberi pemulihan (rehabilitasi) kepada penghuni bagi memulihkan kekuatan, ketahanan dan kestabilan fizikal . Pelbagai kaedah dan teknik dipraktikkan seperti kaedah senaman secara individu dan kumpulan, teknik-teknik mobilisasi dan kaedah- kaedah elektroterapi.

5. KEMUDAHAN BERIBADAT DAN BIMBINGAN AGAMA Disini semua penghuni digalakkan untuk mengamalkan ajaran agama mengikut kepercayaan masing-masing bagi memenuhi keperluan rohani serta ketenangan mental dan jiwa meraka. Institusi ini dilengkapi dengan surau dan tenaga pengajar (sukarela) mengikut agama masing-masing. Seorang ustaz yang didatangkan dari JAKIM turut mengajar penghuni yang beragama Islam.

6. AKTIVITI REKREASI DAN RIADAH Penghuni-penghuni digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, kemampuan dan minat mereka. Kemudahan yang disediakan untuk mengisi masa lapang penghuni adalah seperti menonton television dan video, membaca suratkhabar dan sebagainya. Institusi ini juga menyediakan dan merancang program diluar seperti berkelah dan melawat tempat menarik dimana dapat membuka minda mereka kepada dunia luar. Ianya penting bagi menghilangkan rasa bosan berada didalam institusi.

7. HUBUNGAN KELUARGA DAN KOMUNITI Institusi ini mengalakkan ahli keluarga, sanak saudara dan masyarakat setempat untuk memberi perhatian serta mengeratkan hubungan silaturrahim dengan penghuni agar mereka tidak merasa tersisih dan sentiasa diingati.

8. LEMBAGA PELAWAT Ahli lembaga pelawat dilantik oleh Menteri Pembanguna Wanita Keluarga Dan Masyarakat untuk tempoh 3 tahun, mengikut kaedah bagi Pengurusan Rumah Orang- Orang Tua 1983 bagi memastikan institusi ini ditadbir dengan baik dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai