Anda di halaman 1dari 8

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PENGENALAN
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Definisi PDK
Satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat. Tumpuan kepada pemulihan dan latihan asas Dibuka kepada semua jenis kecacatan, peringkat umur dan jantina

OBJEKTIF :
1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU). 2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU. 3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat. 4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan. 5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.

Ciri-Ciri PDK :
Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan. Ibu bapa/ahli keluarga/komuniti memainkan peranan penting Menggunakan teknologi dan kos yang rendah Kaedah dijalankan secara di pusat dan seliaan rumah Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada

Konsep :

Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan. Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan komuniti. Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan dari keluarga dan komuniti. Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka. Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU.

TASPUTRA
Tasputra PERKIM adalah pusat penjagaan Islam yang pertama di Malaysia bagi jagaan fizikal, penglihatan kecacatan mental bagi kanak-kanak dari golongan yang kurang berkemampuan. Pusat ini disokong beberapa orang staf termasuk ahli terapi, penyelia, pemerhati dan tukang masak yang menyediakan perkhidmatan pertolongan dan latihan kepada kanak-kanak di antara 2 hingga 10 tahun.

Objektif TASPUTRA
Untuk melatih anak-anak untuk menjadi sendiri yang bebas dan tidak mungkin dan mengembangkan kebolehan fizikal dan mental mereka melalui program-program berikut:

Aromaterapi

Aquatherapy

Terapi Pertuturan

Hippotherapy

Snoezelen

Programprogram yang disediakan oleh TASPUTRA

Terapi urut

Fisioterapi Terapi Pekerjaan

Terapi muzik

Anda mungkin juga menyukai