Anda di halaman 1dari 19

CABARAN KEWANGAN YANG

DIHADAPI OLEH PENGGUNA


DISEDIAKAN OLEH :
SHALINE A/P VIJAYAN
SHAAMALA A/P NADARAJAH
VINOOTHINI A/P MANOGARAN
Pendidikan Keupayaan Kewangan
• Pendidikan kewangan merupakan elemen penting dalam Abad Ke-21 sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak
International Networking and Financial Education (INFE) dan Organisation of Economic Co-operation and
Development (OECD), yang memperakui bahawa masyarakat celik kewangan berperanan dalam pembangunan dan
kestabilan ekonomi bagi membina sesebuah negara yang sejahtera.

• Pendidikan kewangan merupakan satu proses yang membolehkan pengguna kewangan meningkatkan pemahaman
mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan dan melalui maklumat, panduan dan/ atau nasihat yang betul,
dapat membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif mengenai risiko dan peluang serta dapat
membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan, dan mengambil tindakan yang berkesan
untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka.
• 6 elemen Celik Kewangan (CK):
- CK1 – Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya
- CK2 – Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan
- CK3 – Pengurusan dan Perancangan Kewangan
- CK4 – Simpanan dan Pelaburan
- CK5 – Pengurusan Kredit dan Hutang
- CK6 – Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans
Cabaran kewangan yang
dihadapi oleh pengguna
1. Peningkatan penipuan kewangan
• Penipuan kewangan boleh didefinisikan sebagai sesuatu perbuatan yang bertujuan
untuk menipu seseorang atau sekumpulan orang dalam bentuk kewangan untuk
keuntungan mereka sendiri. Penipuan sebenarnya adalah satu jenayah dan boleh
dihukum di bawah undang-undang. Penipuan tersebut boleh dilakukan dengan
pelbagai cara sama ada perjumpaan secara langsung, panggilan telefon, Perkhidmatan
Pesanan Ringkas (SMS), e-mel, WhatsApp atau yang popular masa ini melalui media
sosial. Insentif kewangan yang ditawarkan adalah seperti keuntungan segera, wang
tunai, pakej pelancongan dan alat-alat elektronik. Penipuan seperti ini boleh dilakukan
dalam pelbagai bentuk seperti penipuan waris, penipuan kerja dan penipuan cinta.
• Ramai yang menjadi mangsa penipuan kewangan yang menyebabkan kerugian besar.
Pengendali skim-skim sebegini lazimnya menarik perhatian mangsa mereka dengan
jaminan pulangan tinggi dan meyakinkan pengguna untuk melabur wang yang akhirnya
akan hilang begitu sahaja. Pengendali sebegini akan sentiasa memperbaiki skim
penipuan lama untuk mengelakkan daripada ditangkap.
Contoh-contoh skim penipuan :
SKOP PEMBELAJARAN : CK 2 :- TANGGUNGJAWAB
DAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN
CIRI-CIRI PENYELEWENGAN KEWANGAN
Pengendali atau syarikat yang beroperasi secara tidak sah ini biasanya:
• Memaparkan iklan yang cukup menarik untuk mengumpan orang ramai supaya mendengar rancangan
pemasaran mereka yang meyakinkan tetapi sebenarnya palsu
• Mempunyai ibu pejabat di luar negara
• Beroperasi di pejabat dan kemudahan IT yang canggih
• Menyediakan latihan kepada bakal pekerja mengenai prinsip dagangan dalam mata wang asing dan
memberi latihan amali mengenai dagangan mata wang asing berasaskan transaksi andaian atau tiruan
dalam suasana yang dikawal oleh pengendali. Biasanya semua transaksi yang dibuat akan menghasilkan
keuntungan
• Mengambil pekerja berasaskan komisen dan mereka ini tidak diberi surat pelantikan secara formal atau
kontrak yang menggariskan syarat-syarat pekerjaan
• Menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko rendah atau tiada berisiko
• Mangsa diminta:
i. menyertai segera (tawaran dengan jangka masa terhad)
ii. memberikan maklumat sulit
iii. meminta deposit untuk pemprosesan & fi pentadbiran
2. CELIK KEWANGAN DAN KECENDURUNGAN
TINGKAH LAKU
• Celik kewangan ialah pengetahuan dan pemahaman konsep kewangan dan
risiko, kemahiran, motivasi dan keyakinan untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan pemahaman tersebut untuk membuat keputusan yang
efektif meliputi semua konteks kewangan. Ini bertujuan untuk meningkatkan
kedudukan kewangan individu dan masyarakat, dan membolehkan pengguna
turut serta dalam kegiatan ekonomi negara.
SKOP PEMBELAJARAN : CK 3 :- Pengurusan dan
Perancangan Kewangan
Proses Membuat Keputusan
Tinggal bersama ibu bapa
Mengenal pasti
Masalah Menumpang kawan - kawan
Menyenaraikan Menilai
Di mana saya harus Alternatif Tinggal bersama ibu bapa dan Alternatif
bayar sewa
tinggal selepas
tamat belajar Berkongsi menyewa rumah
Tinggal berseorangan

Cadangan aktiviti:
• Minta murid mengenal
pasti keputusan yang perlu
dibuat Membuat
Menilai Keputusan Keputusan
• Lakon peranan strategi
yang digunakan

12
Pengurusan Kewangan
• Matlamat Jangka pendek,
• Semak status kewangan anda (aset sederhana dan panjang
dan liabiliti) (bergantung kepada kedudukan
• Pastikan tabiat berbelanja dan kewangan dan isirumah
menyimpan anda bagi mencapai Kaji semula 5
matlamat dan semak
• Semak semula matlamat kewangan kemajuan Menetapkan
anda Matlamat
.
4 1
• Gunakan Bajet
• Buat semula bajet (jika Pelaksanaan
perlu) pelan
• Kurangkan hutang kad kewangan Menilai • Aset dan liabiliti
kredit kedudukan • Peringkat kehidupan
• Buat pelaburan kewangan - Taraf perkahwinan
• Beli insurans/ takaful yang - Pekerjaan
diperlukan 3 Ujudkan
- Tangunggan
2
pelan
kewangan

Buat Bajet: • Simpanan • Pelaburan


• Perbelanjaan, • Pengurusan hutang
• Insurans • dll

13
3. TRANSAKASI MAYA & TANPA SEMPADAN
• E- Dagang (kini lebih popular dengan istilah dotcom) merupakan satu alat
atau mekanisma yang akan membantu pembekal perkhidmatan/produk
menyelesaikan masalah ini.
• E-Dagang merupakan satu kaedah transaksi elektronik maya tanpa
sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya, organisasi dapat
menubuhkan pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada
bila-bila masa sahaja.
• Contohnya seorang penjual buku, cenderamata, memorablia dll dapat
mendirikan gedungnya menerusi laman web selaku pejabat maya (lihat
Amazon.com) Ini merupakan satu metodoloji perdagangan yang sangat
ideal dan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan.
Konsep e-dagang
• Automation
Otomasi bisnis proses sebagai pengganti proses manual (konsep “enterprise resource planning”)

• Streamlining / Integration
Proses yang terintegrasi untuk mencapai hasil yang efisien dan efektif (konsep “just in time”).

• Publishing
Kemudahan berkomunikasi dan berpromosi untuk produk dan jasa yang diperdagangkan (konsep
“electronic cataloging”)

• Interaction
Pertukaran informasi/data antar pelaku bisnis dengan meminimalisasikan human error (konsep
“electronic data interchange”)

• Transaction
Kesepakatan dua pelaku bisnis untuk bertransaksi dengan melibatkan institusi lain sebagai fungsi
pembayar (konsep “electronic payment”)
SKOP PEMBELAJARAN CK1 : WANG, SUMBER
PENDAPATAN DAN KERJAYA
KELEBIHANA TRANSAKSI MAYA
• Menggantikan konsep manual
Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan
mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan
hanya sekali ‘klik’ di internet tanpa membuang masa dan tenaga.
• Pemasaran yang luas
Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk
mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat.
Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja
peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.
• Cepat dan mudah
Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan
menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk
yang dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa
sekatan.
• Modal yang rendah
Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa
yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang
diperlukan juga adalah rendah.
KELEMAHAN TRANSAKSI MAYA
• MAKLUMAT YANG TIDAK SAH
• MUDAH TERTIPU
• RISIKO YANG TINGGI (KECURIAN)

Anda mungkin juga menyukai